November 5, 2018

Datang Bulan ketika sedang Berpantang

November 05, 2018 2 Comments
Datang Bulan ketika sedang Berpantang | Assalamualaikum, alhamdulilah besok genap 44hari berpantang..besok ok..sekarang belum lagi haha..saja tengah free susu kan edan teringat minggu lalu darah banyak macam datang bulan..emm iyaka sha datang bulan?time berpantang?



Sha memang bab ni zero pengalaman haha semestinya la kan baru ja bersalin..adoi sha ni pun..seingat sha 20 hari memang darah nifas tu tinggal sisa baki ja..bau perghh hebat..haha rasa takut pun ada..tanya punya tanya memang darah nifas ada bau sikit..sha pun rasa happy nak habiskan 44hari..

Tiba-tiba masuk edan sebulan seminggu lagi nak habis pantang..darah datang pulak..aishh..banyak pula tu..3 hari datang siang malam sekali dengan pakej sengugut..bila dah lepas 3 hari 2 hari terakhir siang ja ada itu pun tinggal sisa ja..sha memang syak oww mesti datang bulan..tapi iyaka datang bulan? Macam awal ja haha..

Kawan sha cakap tak mustahil sebab lain orang lain ragam nya haha..so sha pun plan dengan husband tuk ambil ubat perancang..ermm kemarin dulu lupa makan sebiji..apa ya kesan nya? Hahaha..

Ok itu ja..korang jawab ya..bagila respond sikit dekat umie newbie ni hahah..

Salam dari umie edan

October 26, 2018

Muhd Fyirdhan Uthman Genap Sebulan

October 26, 2018 1 Comments
Muhd Fyirdhan Uthman Genap Sebulan | Assalamualaikum guys, lama betul sha nda bersiaran, well hari rabu yang lalu genaplah usia edan sebulan, nda kesedaran kan, aishh cepat betul masa berlalu, teringat waktu dapat tahu umie mengandungkan edan..segar masih dalam ingatan umie..tauu


Maafkan umie lambat update entry haha..maklumla sejak jadi mak mak ni..semuanya nak cepat ja..haha 😂 takut sangat dengar jeritan vocal edan 

Edan dah ada buku klinik..yeahhh..di usia sebulan ni berat dia naik dari 3.36kg sekarang dah 4.1kg..perghh aaanak kuat betul kau menyusu kan haha..panjang pun ikut keturunan babanya.. lahir hari tu 49cm sekarang 56cm..jenis yang tinggi..oklah ikut juga genetik baba..kalau ikut umie..comel kemetotla jawabnya haha..nurse cakap BMI edan xngam dengan berat badan dia sebab over tinggi..so nurse cakap edan kena kuat susu..ok sekarang dia tengah sahut cabaran nurse 😂

Umie dengan baba berusaha jadi parent yang terbaik untuk edan walaupun bukan mudah..kena bergilir untuk berjaga malam..nda bole sambil lewa tentang penyusuan bayi terutamanya susu badan..baba lah yang banyak remind umie dalam semua perkara..kadang umie rasa annoying tapi hakikatnya itula yang terbaik untuk edan..baba kata kalau dia ada susu untuk bagi edan..umie bole tidur lena hahaha..😍 thanks b sama-sama bertanggungjawab jaga edan dan jaga umie juga time berpantang ni walaupun siang b kerja..love u..aisheeey romantiklah pulakk

Edan selama sebulan banyak benda yang buat umie sebak..melihat dia membesar depan mata umie dengan ragam nya..riak muka nya..membuatkan umie sayang sama edan..of kosla anak umie kannn..

Edan ikut muka baba..ok harus terima hakikat sebab semua pun cakap macam tu..umie ingat lagi time umie 3rd trimester umie kerap cakap baba hensem..baba xjugala hensem..haha tapi ntahlah umie suka tengok muka baba..kata orang tua kepayingan..then keluarla muka copy paste baba kecuali lesung pipi ikut umie hahah..boleh lah ampit sikit kann haha

Umie doakan edan membesar dengan sihat depan mata umie..walaupun baba kerja..umie nda mau baba rugi xtengok muka anak dia hari hari..zaman sekarang kan canggih setiap hari umie hantar gambar edan dan video call dekat baba..bukan apa..umie ni sejak dua menjak pandai rindu pulakk haha

Oklah panjang lebar umie celoteh..eh best pula ada anak..semua part nak cerita kan..dan ketika umie update blog menggunakan handphone edan tengah menyusukan umie..dah kenyang tapi tetap nak susu..saja ja tu tuk cukupkan syarat nak tidor dalam pangkuan umie..nasib umie dah mandi hahaha..

Wassalam..love u edan dan baba ❤



October 11, 2018

Tembuni Putus Selepas Melahirkan Edan

October 11, 2018 8 Comments
Tembuni Putus Selepas Melahirkan Edan | Assalamualaikum hi guys, seram tak tajuk entry ni, seram sejuk ja sha nak story dekat korang, tembuni putus selepas melahirkan edan, ini adalah sambungan dari cerita edan dilahirkan dalam entry ini, pengorbanan ibu harungi sakitnya kontraksi, sakitnya melahirkan seorang anak, tak tahulah kenapa pembuangan bayi masih berleluasa huhu.



Selepas baby edan dilahirkan, anduh bah comelnya baby edan lahir 3.36kg, panjangnya 49cm hahaha, putih bersih dia lahir, angkat ja terus berak baby edan, diletakkan didada sha untuk sesi perkenalan dengan umie dia, "assalamualaikum baby" sejuk hati umie bila tengok baby dalam kandungan 38minggu 4hari keluar dari perut umie dan berdepan mata dengan umie, moment terindah guyss..alhamdulilah..syukur nikmat Allah selamat juga sha melahirkan..walaupun sakit itu masih ada, sha yakin sakit itu penghapus dosa.

Tapi selepas sesi perkenalan dengan baby edan, baby pun diangkat untuk dimandikan, dan mulalah proses mengeluarkan tembuni, tiba-tiba bidan cakap tembuni halus, susah nak pegang, bila tarik tembuni putus, Ya Allah, tak tahu nak cakap apa, bidan careless atau apa, sha dah tengah layan perasaan lega melahirkan sebab taklah sakit sangat, tiba-tiba kena berdepan dengan masalah tembuni putus. Jadi sedaya upaya bidan mengeluarkan tembuni tu, apalagi dia celuklah masuk dalam, sha pun dah lupa berapa lama proses pengeluaran tembuni tu, sha follow ja bidan tu suruh berdehem dengan kuat sambil dia tekan perut sha, bila dah keluar masalah pendarahan pula.

Banyak darah sha keluar, sebab koyak besar kan, so kena hentikan pendarahan baru boleh jahit, dalam labour room pun sha tinggal sorang ja, doktor silih ganti tengok keadaan sha, baby edan senyap ja tunggu umie dia dekat katil pemanas lampu biru.

Bila sudah selesai, sesi menjahit pula, aduhai, dijahit hidup-hidup, sha dahlah lemas lepas bersalin, kena meraung sekali lagi sebab sakitnya dijahit 3 lapisan, lapisan terakhir of course bahagian luar tu punyalah sakit, gas penyedut tu pun tak tahu berapa kali sha sedut, Allah sahaja yang tahu bertapa sakitnya dijahit, sha teriak berkali-kali suruh doktor berhenti sebab sakit sangat, sekarang pun masih terasa sakitnya, huhu..doktor tak layan sha, sebab doktor tu memang bengis, sha faham dia mau cepat habiskan menjahit, mesti dia kesian tengok sha dijahit tanpa bius, bila sha minta dibius dia cakap tak boleh takut kena jangkitan dengan redhanya sha tunggu sampai doktor habis menjahit dengan meraung tak henti-henti.

Alhamdulilah azab dijahit hidup hidup sudah selesai, 3 doktor bersilih ganti menjahit bahagian sulit sha, tak apalah yang penting selamat dan tak mahu dijahit sudah, dari jam 4.20 pagi lepas lahirkan edan, sha keluar labour room jam 7.00 pagi, masa melawat dah habis, husband sha dari semalam tak henti call, sha pun dah lupa nak bagitahu dia yang sha dah bersalin.

Sampai ja dikatil, sha nak tidur sangat, 1 malam sha tiada tidur sebab melayan sakitnya kontraksi, tapi sha belum jumpa baby edan lagi, tunggu punya tunggu, baby edan terpaksa ditahan sebab nak cek darah untuk gula, sampai ja baby sha rasa penat semua hilang, hi baby..panggil husband azan kan baby, bila nampak husband takut-takut nak pegang baby kali pertama, terjatuh air mata sha, "b dah jadi seorang ayah, sayang pun dah jadi seorang umie, semoga kita jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak kita" 

Husband namakan baby edan dengan nama Muhammad Fyirdhan Uthman Bin Mohd Azrin dengan maksudnya, Sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang Istimewa, semoga baby edan membesar dengan sihat walafiat, dipermudahkan rezeki, jadi anak yang soleh, dengar cakap umie sama baba..

Terima kasih kepada doktor dan nurse yang terlibat dalam proses kelahiran baby edan pada 24 September 2018 di Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan..edan sayang korang sangat-sangat


October 10, 2018

Kuning Bayi Menurun Asbab Susu Kambing Nufael

October 10, 2018 2 Comments
Kuning Bayi Menurun Asbab Susu Kambing Nufael | Assalamualaikum, hi guys, hari ini edan dah 16 hari, sihat walafiat, makin kuat menyusu baby edan, lepas ja dia lahir 3 hari, edan dah kena kuning, dah jadi kebiasaan kan baby baru lahir kena kuning, dulu-dulu tiada pula, huhu mak mak yang pening turun naik hospital check kuning baby, baby pula kesian kena cucuk dekat kaki, umie tak sanggup nak tengok edan kena cucuk dekat kaki, nak..nasib baik baba hati cekal hihi..so story pasal edan kena kuning, alhamdulilah asbab 7 Khasiat Susu Kambing Nufael kepada Bayi baru lahir, bacaan kuning edan makin turun.



Sha start consume Susu Kambing Nufael ni start 1hb Oktober , edan lahir 24hb September, sha lambat minum sebab kena urus baby, turun naik hospital, dengan jahitan belum sembuh lagi, sha suggest dekat korang sebelum bersalin terus minum Susu Kambing Nufael ni sebabnya boleh banyakkan air susu, tak payah risau susu tiada lepas bersalin nanti, lagi satu susu ini juga kalau korang minum sebelum bersalin memang akan menghindari baby kena kuning, aiyahh rugi sangat sha tak minum awal-awal kan.

Ibu bapa mana tak risau bila baby baru lahir kena kuning, lagi-lagi edan anak pertama, umie zero pengalaman pasal baby kuning ni, sha berpantang pun mertua jagakan, terima kasih mak mertua tolong jaga sha dan edan 2 minggu, macam puteri dilayan hihi..untung ada mertua yang baik kan..so lepas edan lahir 3 hari terus kuning, aduihhhh risau umie, baba push umie banyakkan minum air sebab susu umie tiada air susu, stress juga la, baca dekat internet dekat seminggu tiada air susu tu normal bagi ibu yang baru pertama lahirkan anak ..huhu




















Ini result check kuning edan dari 27 Sept (188), 28 Sept  (189), 30 Sept (196), 2 Oct (126), 5 Oct (99), kuning turun sepenuhnya pada tahap 85 tapi oleh sebab kuning edan ada peningkatan doktor cakap tak payah cek lagi, alhamdulilah, penat juga turun naik hospital, baba pula terpaksa ambil cuti untuk temankan umie bawa edan cek kuning, segalanya untuk baby edan, umie sanggup lupa sakit jahitan yang belum sembuh ni..haha baba dan umie sanggup berjaga malam nak kejutkan edan untuk minum susu umie, alhamdulilah mudahan edan sihat walafiat ya nak

7 Khasiat semulajadi dalam Susu Kambing Nufael korang boleh tengok dekat sini, bukan khas untuk ibu lepas bersalin sahaja tau, tapi untuk seisi keluarga boleh kongsi kebaikannya. Dengan campura ekstrak bahan sebenar dari kurma, madu, delima, minyak zaitun, kismis, minyak sayuran, manna dan tanpa pewarna dan perisa tiruan, dan paling penting tiada campuran tenusu lain.

KELEBIHAN SUSU KAMBING DARI SEGI SAINTIFIK

  • Ianya adalah susu kedua lebih baik selepas susu ibu.
  • Susu kambing mudah dihadamkan kerana molekul lemak dan protein yang halus berbanding susu lembu sebab itu jika anak sembelit, cirit birit kerana ciri-ciri susu lembu yang tidak mudah dihadamkan.
  • Sesuai untuk diet bayi dan dewasa.
  • Zarah halus dan nyah asid serta bersifat alkali sesuai untuk mereka yang ada ulcer dan gastric
  • Kandungan laktosa rendah dan halus memudahkan penghadaman bayi.
  • Bertindak neurtal kan acid dalam badan, kerana bersifat alkali, asid penyebab pening, berat badan, sakit badan dan otot, keletihan dan darah tinggi.
  • Tiada lendir seperti susu lembu ( yang alah susu takda masalah nak minum )
  • Selenium dalam susu kambing membantu sel pertahanan tubuh dan bahan antioksida untuk lawan virus.
  • Anti penuaan kerana ada bioorganic sodium dikenali dengan rawatan naturapathic yang boleh kurangkan masalah sendi. 
  • Kandungan potassium dan kalsium tinggi serta sodium yang rendah penting untuk kawal tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  • Mengandungi riboflavin untuk merawat enzema, colic, insomnia, dan dema kuning serta asma.
  • Kandungan Silicon dan fluorine yang tinggi dapat cegah diabetes.
  • Mengapa susu minuman pertama untuk anak, kerana mudah hadam
  • Tidak menyebabkan alahan kerana kandungan asid lemak yang tinggi 37% berbanding lembu
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Tidak mudah berubah khasiat jika disejuk beku
  • Jika anak kembung kerana susu lembu, bukan kerana alah, tetapi dalam susu tu ada bahan penstabil.
  • Susu lembu protein tinggi dan susah hadam jika 6 bulan dan ke atas tidak ada msalah.
  • Perut bayi 6 bulan keabawah boleh minum susu kambing
  • Bayi bukan perlukan susu tetapi perlukan khasiat yang semua ada di dalam susu
Cara penyediaan 
Campurkan 3 Skop dengan 170ml air suam dan kacau lawan arah jam sehingga larut untuk keberkesanan dari bahan sebenar 


Testimonial dari Sha


Selain dari dapat menurunkan kuning pada bayi, Susu ini juga dapat membantu untuk menambah susu badan, so korang tak perlu risau lepas ja bersalin minum susu ini, InsyaAllah meriah air susu hihi.

Muka sha selepas bersalin memang pucat ja, stress tengok muka sendiri, tapi selepas minum susu ini alhamdulilah, muka berseri haha, selain itu juga bantu elak sembelit, trauma nak buang air besar bila sembelit time berpantang kan haha dan paling penting bagi tenaga selepas bersalin, banyak sangat tenaga dikeluarkan semasa kita meneran..

Apa yang sha suka susu ini, sha boleh minum dengan tenang dan tiada paksaan, haha sebab sha jenis yang tidak minum susu, sebab bau susu boleh buatkan sha muntah, tapi alhamdulilah sha serasi dengan Susu Kambing Nufael.

Dan kepada yang nak jana pendapatan dengan Modal dropship tetapi keuntungan Stokis, boleh terus daftar ---> www.nufael.com/pengedar-susu-nufael, terhad tau! Info lanjut korang boleh layari :-


Website : www.susukambingnufael.com

NUFAEL SUSU KAMBING HQ
No 9, Jalan Keluli,
AK7/AK, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 016-840 4932



October 4, 2018

7 Khasiat Semulajadi dalam Susu Kambing Nufael

October 04, 2018 0 Comments
7 Khasiat Semulajadi dalam Susu Kambing Nufael  | Assalamualaikum guys, sejak bersalin ni, kena pandai curi-curi masa untuk update blog hihi, maklumlah baby yang breastfeeding ini memang sensitif bila umie diorang bergerak sikit, hahhh bila dah kenyang tidur baru boleh tarik puting dan buat kerja, korang mesti pernah laluinya kan..nak paska juga korang baca entry tentang kelahiran baby sulung sha di entry ini hihi paksa korang baca jugaak !!...kalau korang nak tahu, susu kambing ni banyak khasiatnya, sha lepas bersalin terus minum susu kambing, jenama Nufael..mari sha kongsikan khasiatnya.


Actually Susu kambing Nufael ini bukan hanya untuk ibu-ibu lepas bersalin saja, ianya juga baik untuk dikongsikan seisi keluarga, so satu susu ini boleh share ramai-ramai..best kan? sebelum sha ceritakan 7 Khasiat Semulajadi dalam Susu Kambing Nufael, sha nak share mereka yang boleh minum susu ini.

Nufael ialah produk yang dirumuskan khas untuk seisi keluarga yang akan membantu :
1. Kanak-kanak 2 tahun dan keatas
- Peralihan daripada SUSU IBU kepada susu biasa sangat sesuai diamalkan Nufael ni.
- Membantu naikkan selera makan kanak-kanak selepas 2 tahun ke atas
- membantu untuk sel otak berhubung dan cepat belajar dan fokus untuk belajar
- Membantu kurangkan kembung perut dan sembelit.

2. Ibu Menyusu/ Hamil dan berpantang
- Membantu untuk menambah susu badan
- Menstabilkan HB semasa hamil
- Membantu elakkan sakit semasa sembelit di dalam pantang
- Memberi tenaga luar biasa
- Mengelakkan baby jaundice selepas dilahirkan.

3. Perempuan Dewasa
- Membantu cantikkan kulit
- Mengurangkan masalah insomnia (susah tidur malam)
- Memberi tenaga extra
- Mengurangkan gastrik, angin dan ketidakhadaman perut.

4. Lelaki Dewasa/Suami
- Memberikan tenaga extra
- Mengurangkan gastrik, angin dan ketidakhadaman perut.


7 Khasiat Semulajadi dalam Susu Kambing Nufael 
Susu pertama"familymilk" dengan 7 gabungan makanan sunnah, tanpa pewarna, perisa dan gula tambahan serta menggunakan tenusu sumber dari susu kambing. Itulah sebabnya susu kambing Nufael ini digelar SUPERMILK.

1. Susu Kambing 
- Susu kedua terbaik selepas susu ibu
- Mudah hadam untuk kanak-kanak 2 tahun keatas kerana molekul lemak dan protein halus berbanding susu lembuuuuuu..korang boleh tengok perbezaannya di SINI
- Elak anak sembelit dan kembung perut bila gunakan susu lembu...
- Tidak perlu susu SOYA atau Lembu jika amalkan Nufael.
- TANPA GULA, CAMPURAN SUSU LAIN, PERASA dan PEWARNA
- TIDAK HAMIS KAMBING ( sesuai diminum semua peringkat umur )

2. Delima
- Kaya dengan serat untuk elak SEMBELIT pada ibu hamil, lepas berpantang dan kanak-kanak
- Kaya dengan Zat Besi untuk lancarkan peredaran darah dan boleh elakkan Kekejangan dan lenguh badan semasa hamil, berpantang dan juga kerja seharian

3. Kurma
- Memberikan tenaga EXTRA
- Untuk kembalikan tenaga selepas bersalin dan semasa berpantang
- Makanan sunnah utama yang tinggi khasiatnya

4. Minyak Zaitun
- Khasiat untuk elak penyakit dan kuatkan antibodi
- Kaya dengan Omega 3 untuk perkembangan otak
- Kaya dengan vitamin untuk mata dan tulang
- Mudahkan kelahiran bayi
- Membantu elakkan sembelit dan mudahkan percernaan.
- Mencantikkan kulit dan rambut

5.Kismis
- Membantu untuk mudah menghafal dan menghubungkan saluran otak dan minda
- Tinggi khasiat untuk perekembangan minda

6. Madu
- Kurangkan Morning Sickness
- Memberikan tenaga extra
- Mencantikan kulit ibu dan anak
- Memberikan selera makan kepada anak

7. Manna
- Tinggi prebiotic untuk memberikan bakteria baik dalam tubuh
- Menguatkan sistem imunisasi badan
- Khasiat semulajadi untuk badan

Duta Nufael yang Comel

Fattah anas dan papa nya menjadi duta produk susu kambing nufael secara rasmi, bukan sahaja menjadi duta, papa juga mengantikan susu formula yang di minum fattah anas kepada susu nufael.

Berikut adalah Testimonial Pengguna Susu Kambing Nufael




Oleh kerana sha baru ja consume susu ini, maka entry seterusnya sha akan ceritakan testimonial dari sha pula, sebagai ibu yang baru lepas bersalin dan sedang menyusukan anak. Dan kepada yang nak jana pendapatan dengan Modal dropship tetapi keuntungan Stokis, boleh terus daftar ---> www.nufael.com/pengedar-susu-nufael, terhad tau! Info lanjut korang boleh layari :-

Website : www.susukambingnufael.com
Facebook : Nufael Susu Kambing HQ
Instagram : Nufael Susu kambing HQ

NUFAEL SUSU KAMBING HQ
No 9, Jalan Keluli,
AK7/AK, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 016-840 4932