December 7, 2018

Nak Bagi Hadiah Apa Dekat Mom To Be?

December 07, 2018 0 Comments
Nak Bagi Hadiah Apa Dekat Mom To Be? | Assalamualaikum, hi guys rasa senang sikit nak update blog bila edan dah tidur haha..sebelum kejap lagi dia bangun bagus sha siapkan cepat-cepat entry ni, mesti ada kawan korang yang tengah mengandung, lagi-lagi anak pertama, al maklumlah tahun ni ramai sangat ibu mengandung alhamdulilah, best kan..sha pula terlebih excited nak share dekat korang lubuk hadiah untuk mom to be.


Eh entry ni khas untuk semua tau, sha cuma highlight mom to be sebabkan dalam website yang sha nak story ni, banyak sangat gift mencuit hati yang korang boleh hadiahkan lagi-lagi mom to be tak semua barang baby dia ada, mostly orang akan hadiahkan baju, boleh ja kalau nak hadiahkan baju, tapi dekat website ni boleh custom baju dengan nama baby tersebut, ahh rare sikit hadiah korang tu (sha nak satu boleh?) hahaha..


 >> Lovingly Signed << 

Lovingly Signed adalah salah satu laman web terkemuka di Singapore yang menampilkan pelbagai barangan baby diseluruh dunia, dalam masa yang sama, mereka tolong korang bungkus cantik-cantik parcel korang, then hantar depan rumah, sangat sesuai untuk korang surprise kan kawan baik korang yang tengah mengandung ataupun baru bersalin, mesti happy dapat hadiah kan hahaha.

Keunikan daripada Lovingly Signed selain dari service bungkus hadiah, juga menarik hati pembeli terutamanya mak mak yang sukakan warna pastel yakni warna lembut, rasa nak add cart ja kan haha..lagi-lagi warna pink tu aduhai tak tahan umie nak belinya haha..




Sempena Hari Natal bulan ini setiap pembelian SG$100 korang akan dapat Patung Santa Claus, boleh simpan buat kenangan atau bagi dekat anak kawan yang non muslim, dekat Sabah ni kawan akan jemput raihkan sekali Hari Natal, so boleh hadiahkan barang dekat web site ini, settled masalah nak bagi hadiah apa dekat dorang kan hihi.

Dah selesai pilih barang, untuk penghantaran, percuma ja di Singapore, ambil masa dalam 4-5hari sampai, manakala penghantaran percuma juga bagi antarabangsa jika tempahan tersebut lebih dari SGD250 dan ambil masa 4-8 hari sampai depan pintu rumah korang

Risau barang tak ngam? Lovingly Signed juga menawarkan pulangan barang mengikut terma dan syarat korang boleh rujuk dekat link web tersebut. Rasa macam bestnya kalau ada Lovingly Signed dekat Malaysian kan, kot dia berkenan nak belikan baju untuk edan kan..hihi

Laman web : Lovingly Signed 
Facebook : @lovinglysigned 
Instagram : lovinglysigned



December 5, 2018

Rezeki Mengandung Serentak 3 Kawan Baik

December 05, 2018 1 Comments
Rezeki Mengandung Serentak 3 Kawan Baik | Assalamualaikum macam funny ja tajuk entry sha tapi korang..betul tauu mengandung secara serentak 3 kawab baik ni kira macan bff goals la kann..ka terjangkit? Ni sha nak share dekat korang bukan story orang tau..ini happen dekat sha dan kawan kawan hahaha

Kisah ini adalah benar ya..sha dan kawan lepas ja sha kahwin terus pergi berurut..jadi kami pergi bertiga..dorang dua ni dah memang kahwin dulu dari sha..yang tengah tu nama daya..yang tepi dia nama is, daya dah 3 anak..lama dah kahwin anak bungsu pun dah 2tahun time tu..is pula kahwin awal 4bulan dari sha. Jadi planning pergi berurut tempat bidan tak silap sha awal tahun tu sebab sha kahwin bulan 12 tahun lalu. Nak perbetulkan rahim kononnya hahaha..

Nak dijadikan cerita awal bulan 2 sha dapat tahu sha mengandung..lepas beberapa minggu pula khabar gembira dari is pun mengandung juga haha..masih ok lagi tu..then terkejut pula daya turut join kami sama haha..rezeki Allah alhamdulilah..

Kalau ada siapa2 nak cuba khidmat bidan ni tuk iktihar mengandung..dengan izin Allah..area sandakan sabah boleh pm sha ya.

Dan kini kami bertiga selamat melahirkan anak berderet ja edan bulan 9, sazie bulan 10, adrian bulan 11..haha..semua baby boy tauu..semoga mereka ini sihat walafiat dan jadi anak yg soleh dan sekali gus jadi bff macam mommy mereka insyaAllah

Releks ja edan kena ambil gambar hahaha

November 22, 2018

Sakitkah Kontraksi?

November 22, 2018 3 Comments
Sakitkah Kontraksi? | Assalamualaikum guys, morning, umie edan kembali mengimbau kenangan manis melahirkan edan, hihi siuk bah throw back ni, rasa nak mengandung lagi pulak tapi nanti lah tunggu edan besar sikit kan b hihi..kawan sha banyak tanya, ok memandangkan kawan-kawan sha subur mengandung sama tahun dengan sha memang ramai yang bertanya sakitkah kontraksi? hahaha..hanya mampu ketawa dalam hati, sakit ka?? ermm

Related image
pic credit to google

Kawan sha yang tanya tu mostly dah beranak, due date kami pun beza beberapa minggu ja, so entry ni sha saja-saja mengimbau kenangan sebab ternampak post sakitnya kontraksi huargghhhh..haha..kena alami baru tahu sakit ke tak, tapi ada ja time beranak tiada kontraksi berlaku, macam ibu mengandung katil depan sha, dah 8cm releks ja dia tengok sha meraung, sedangkan bukaan baru 4cm huhu kannn ada kann..

Berbalik kepada tajuk entry ni, sakitkah kontraksi? pada sha, sha sudah alami sakitnya itu saat mengandungkan edan minggu ke 32 korang boleh baca dekat >>>sini<<< tapi guys, sakit kontraksi saat melahirkan itu lagi dahsyat tau ngakk..sha sahaja alaminya start jam 10 malam sampai 4 pagi, dalam 6 jam guys bayangkan malam itu sha langsung tak tidur dek kerana sakitnya hendak melahirkan huhu

Tapi walaupun sakitnya kontraksi, sha tak lepas untuk berzikir kepada Allah dan Rasul, sha masih dalam keadaan sedar waktu kesakitan melanda, walaupun husband sha tak nampak bertapa sakitnya sha pada malam itu, sha tetap harap dia tak mengalaminya, huhu..tapi sesudah sha cerita bertapa sakitnya kontraksi itu, sha harap dia lebih menghargai ibu dan isterinya sebagai wanita yang melahirkan dia dan zuriatnya.

Guys, sakit beranak adalah sakit kedua selepas mati, korang kena sentiasa sedia dari segi mental dan fizikal, banyakkan baca ilmu2 tentang sebelum bersalin, banyak sangat membantu, insya Allah.

Pada semua ibu-ibu yang mengandung sha doakan korang dipermudahkan bersalin..amin

November 11, 2018

Header berwajah baru

November 11, 2018 8 Comments
Header berwajah baru | Assalamualaikum, sejak dua menjak dah ada anak kekangan masa membuat sha jarang sangat buka laptop nak update blog, ahh ni free time ada mood pula nak kemaskan sikit header blog..dulu bukan main edit tukar sakan..haha adakah ini simptom mak mak newbie..

Eh ada muka edan lah haha comel kah header baru sha? Nampak fresh kan..ada bunga bunga gitu..Pink of course tak larikk..favourite mak kau nakk hahah

Sha update entry pun guna handphone ja wakk..edan tak bagi chance umie dia buka laptop..buka sikit lapik laptop ja dah ngekk..sambung wayar dah mula tinggikan vokal..terus tak jadi hahaha...

Oklah kan yang penting umie rajin up entry iyo dok?

Salam sayang dr umie dan edan..

November 10, 2018

Beli Pump Susu Dekat Shopee

November 10, 2018 3 Comments
Beli Pump Susu Dekat Shopee | Assalamualaikum hi mummies out there, rindu edan tak? haha umie edan nak story beli pump susu murah-murah ja dekat Shopee, mostly umie edan beli barangan baby dekat sana, kalau korang nak tahu pump susu pun penting tau untuk ibu selepas bersalin, nak tahu sebabnya, eh umie edan share dekat korang kenapa perlu beli pump susu dekat shopee cehh haha..


Semua orang tahu shopee adalah mall online termurah diabad ini, iya itu sha akui..sebab kebanyakan barangan anak sha beli dekat sana termasuklah Beg Mummy 5 in 1, murah tauu tapi korang kena pandai carilah, ada yang murah tapi belum masuk postage, ada yang murah tapi nun diseberang china, lambat dapat, ada yang murah tapi belum ada orang beli, so itu kena teliti, tengok komen betul2 ada yang rating tak cantik boleh cari yang more better.

Image result for susu ibu pertama

So lepas bersalinkan edan hari, susu tak keluar, stress gila, suami marah sebab anak dah lapar sehari tak menyusu, sha dah try makan dan minum macam-macam, still keluar cuma susu pekat putih yang dipanggil colostrum. pump guna pump manual sakit yang amat ya, so decided untuk beli pump susu, maka gigih lah mencari dekat shopee heee..



Untuk Pump Susu ni sha beli dekat kedai sini murah-murah ja sha beli yang penting boleh pump susu dengan baik dan keluarkan susu haha kan korang. Oh ya time sha beli ni on sale jadi harga dia RM26+ tambah postage bolehlah dapat RM31. So korang pun boleh tunggu nak purchase besok sebab on sale juga sha tak tahu berapa harga tapi try la kan hihi. Stok hanya ada pink, i like pink hihi