Bismillah,
Assalamualaikum
Sesi Ujian Kemahiran Juruteknik Komputer FT19 | Hari yang ditunggu telah tiba, segala persiapan telah pun dibuat sepanjang 10 hari sebelum temuduga bermula, berdebar rasanya menghadiri temuduga kedua dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, insyaAllah dengan sha kongsikan pengalaman menghadiri sesi ujian kemahiran untuk jawatan juruteknik komputer FT19 dapatlah korang praktiskan dengan baik ya.
Secara umumnya, untuk ujian yang sha pergi tadi adalah ujian amali yang dilakukan dimakmal komputer jadi korang kenalah fokus kepada hardware komputer, printer ataupun router semuanya bergantung kepada jabatan yang menjalankan sesi ujian kemahiran juruteknik komputer FT19
Ok sha cerita dari awal, sesampai nya sha di lokasi tempat ujian kemahiran di Jabatan Perkhidmatan komputer Negeri Sandakan, terus daftar nama, check suhu dan duduk sampai nama kena panggil, yang bestnya pihak penemuduga sudah mula memberi kertas soalan kepada kami untuk kami bersedia melalukan amali tersebut, boleh bincang dengan kawan tapi kena jaga jarak social 1 meter.
Sha bersyukur dapat soalan yang sha belajar secara last minit semalam, hihi ianya tentang cara membuat kable LAN, setup ip address ke wireless dan PING kan ke komputer, meskipun sudah bertahun lamanya sha sudah tinggalkan bidang IT, tapi untuk buat kable LAN sha siapkan dalam masa 3-5 minit sahaja, ini korang hafal ja warna kabel tu, ketipkan dan test kable tadi, 20 markah penuh untuk bahagian ini.
Sampai bahagian kedua iaitu setup ip address ke wireless dan PING kan ke komputer diberi masa selama 20 minit, sha dapat selesaikan walaupun dengan menggunakan windows 10, kaku sikit sebab laptop sha guna windows 7 haha tak sama kan, aduhai mana lah network sharing ni, stuck sikit sebab jarang pakai windows ni.
Malangnya sha habiskan masa terakhir pada connect router, sha lupa nak belajar pasal username dan password pada website dlink tu, tinggal 1 step ja lagi, username :admin, password (apa saja korang nak) sha biarkan kosong itu pasal tak boleh login, jadi sha kehabisan masa dekat situ, rugi kan
Sha tak tahu sama ada fail atau tak, walaupun sha tak dapat habiskan, mana tahu dia kira based on markah maybe? lepas times out tu sha sedih sangat tak dapat berfikir pun nak letakkan apa-apa password dekat situ, tapi husband sha tenangkan sha, dia kata usaha dah, tinggal tawakal saja, mana tahu dia kira berdasarkan markah kan, insyaAllah siapa tahu rezeki baby dalam perut hihi
Hikmah di sebalik temuduga tu, sha dapat ramai kawan, semua baik-baik, sha ingatkan sha lah yang paling tua dekat situ, rupanya ada yang satu umur hihi, dan sudah berkahwin, bezanya sha pergi ujian kemahiran ini dengan baby dalam perut yang tak lama lagi nak bersalin haha
Harapnyalah dapat panggilan untuk temuduga kedua nanti,
amin..korang doakan sha ya..