July 1, 2020

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

July 01, 2020 5 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender | Sejak dua menjak ni, sha teringin makan yang manis-manis, kalau menu nasi akhir trimester ni dah tiada selera nak makan, proses dalam pengurangan berat badan mungkin, so disebabkan sha besok kena BSP, start kontrol benda manis, memang kena kontrol lah takut baby dalam rahim besar pula kan lagipun 5hb ni dah nak masuk wad seram nya bila baca pengalaman mommies kena induce. Jadi nak dipendekkan cerita, sha nak makan juga kek, tak kira kek apa hihi so bagus buat sendiri kan, jimat, boleh kurangkan manis dan orang lain pun boleh makan sekali.

Happynya bila husband cakap kek sha buat ni sedap, hihi dah boleh buat bisnes katanya, hihi ntahlah sejak pregnancy kedua ni, sha rajin sangat buat benda yang tak pernah sha buat, memalukan kan ini sha baru terjinak nak melangkah masuk dapur buat kek biskut tu semua haha, tapi belum terlambat bah kan. oh iya, sha juga suka tanam bunga viral tu, ada 1 pasu ja haha, next nak tanam serai pula haha..macam-macam ragam ibu mengandung kan.


So mari sha share dekat korang resepi kek coklat moist bakar di oven dan adunan hanya menggunakan blender sebab sha belum beli mixer lagi haha, dan paling penting sukatan pakai cawan ja, bahan pun senang dapat..korang bolehlah try sendiri dirumah ya..walaupun sha bukan baker tegar, tapi sedikit sebanyak boleh lah bantu korang yang tengah mengidam kek coklat haha...

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Guna Blender

Bahan A 
1 cawan tepung gandung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Ayak bahan A dan ketepikan

Bahan B 
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan koko
3 biji telur

Baca : Resepi kek marble koko

Bahan B korang masukkan dalam blender, dan putar sampai sebati, kalau nak kurangkan manis, boleh kurangkan gula dan susu pekat kepada 1/2 cawan saja

kemudian korang masukkan bahan yang suda di blender ke dalam bekas dan masukkan sedikit demi sedikit bahan A tadi, gaul sampai sebati

Dalam loyang apa jenis pun korang sapukan minyak ataupun majerin, ratakan supaya kek tidak melekat dan letakkan kertas minyak dalam loyang tersebut. Masukkan adunan tadi dan hentak 2 3 kali untuk merata kan nya.

Kemudian panaskan oven 10 minit 180'c, ikutlah oven masing-masing, ceh macam ayat baker tegar ja kan haha, lepas tu masak lah kek coklat korang tadi pada suhu yang sama api atas bawah selama 20-25 minit sehingga masak, nak cek masak ka tidak guna lidi, kalau tidak meletak pada lidi maksudnya masak lah tu, rehatkan sekejap

Cara Buat Topping/Ganache Coklat

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 sudu majerin
3 sudu koko

Panaskan bahan diatas dengan api kecil sehingga pekat dan letakkan pada atas kek coklat tadi, taburkan coklat chip atau apa apa jenis yang korang suka

Siap untuk dimakan, senang kan, selamat mencuba :)


June 24, 2020

Tarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin Sebab ada GDM on Ubat

June 24, 2020 8 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum




Tarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin Sebab ada GDM on Ubat | Bila ibu sudah ada kencing manis ketika mengandung, ibu perlu patuh pada nasihat doktor untuk memastikan baby dalam rahim kita lahir dengan sihat dan selamat, jangan main-main jika nurse sudah kesan ibu ada kencing manis, pemantauan oleh doktor sudah menjadi semakin kerap apatah lagi jika makan ubat atau insulin.


Sedihnya result BSP sha pada sebelah pagi sebanyak dua kali agak kurang memuaskan, maka dengan itu doktor decided untuk bagi sha makan ubat Metformin 500g 2 kali sehari, baru nampak result BSP sha cantik, apa lagi cara yang membuatkan sha patuh pada doktor untuk memastikan bacaan gula sha menurun selain dah control makan macam mana pun tetap naik, kata doktor memang segelintir ibu mengandung perlukan ubat juga, sebab pembawaan baby dalam rahim.

Yang tak bestnya, sebaik sahaja sudah makan ubat, ibu perlu bersalin awal 2 minggu sebelum due date, kalau tak bersalin juga kena induce, masuk belon dan jalan terakhir adalah operate, seriau rasanya dengar bila terpaksa bersalin secara paksa, mesti sakit kan. BFF sha sudah laluinya 2 tahun yang lepas, insulin, dan dimasukkan ke dalam wad 38 minggu, induce 2 kali jalan tak buka, masuk belon pun sama juga, akhirnya terpaksa lalukan operation, derita ibu melalui segala sakitnya bersalin.


Pada 22 Jun, doktor dekat KK suruh sha pergi Klinik pakar Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk scan baby dan dia akan bagi tarikh serah diri, apabila scan berat baby dah naik 2.7kg rasanya kalau nak bersalin pun dah boleh sebab berat dah cun, so tiada masalah untuk baby keluar awal. 

Tarikh Serah Diri Ke Hospital Untuk Bersalin pada 5 Julai ini masa ini usia kandungan 37minggu 6 hari, due date pada 20 Julai, anak pertama lahir pada 38minggu 4 hari secara normal walaupun time tu sha pun ada juga GDM tapi on diet, tak perlu makan ubat, Jadi sha harap sangat sebelum tarikh masuk wad tu, sha dah bersalin, semoga dipermudahkan. Korang doakan sha ya.

Pemborong Bundle Sabah - Percuma Penghantaran Seluruh Sabah

June 24, 2020 2 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum


Pemborong Bundle Sabah - Percuma Penghantaran Seluruh Sabah | Berniagalah kamu sehingga kamu lupa untuk mengumpat, 99% rezeki kita adalah daripada perniagaan, apa saja jenis barang yang kamu boleh jual, ambilah dikesempatan ini untuk mempromote di sosial media yang ada, bagi mereka yang teringin nak memulakan perniagaan bundle, atau barang terpakai dari Jepun, Korea dan Taiwan boleh lah roger sha, sha ada jual by bale harga ikut kilo dan percuma penghantaran seluruh sabah.

Untuk pengetahuan semua, sha pun baru berjinak-jinak untuk menjual bale dan menjual bundle, setakat ini, sha menjual selimut alhamdulilah stok tinggal sikit sekarang, dan bale baju mix seluar budak 0-12 tahun akan mendarat esok di Sandakan, semoga dipermudahkan.

Actually sha takut sangat sha jual bundle tiada orang nak beli, keluar modal banyak, barang pula tak habis, mesti serik kan, tapi sha berani kan diri untuk jual juga, sha share modal dengan ipar sha, setakat ni dia jual selimut di kampung, alhamdulilah berpusu-pusu orang kampung beli, termasuk sha dan kakak sha borong terus sebab harga selimut murah sangat hihi.

Insyallah baju budak mix ini pun sha nak jual murah-murah ja, haraplah mendapat sambutan ya..sha area Sandakan sesiapa yang nak tengok boleh ja pergi rumah sha di Taman Sejati Apartment, Batu 7, dan sha akan cuba live dekat Facebook mana la tahu kan ada orang nak beli by pos, insyaAllah sha akan try pos kan, area Sabah ikut bas or pos laju tapi cas sha tak tanggung hihi. Tapi kalau nak beli area Sandakan insyaAllah sha akan consider maybe lebih dari RM20 kita bagi free COD tengok tempat macam mana ya. Ada pertanyaan mengenai borong bale bundle boleh contact sha..

Whatsapp sha off


June 23, 2020

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

June 23, 2020 0 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum.



Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin | Ada orang sekejap saja sakit, dah bersalin. Ada orang pula sudah berhari­-hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak langsung, padahal punyalah sakit. Allah saja yang tahu. Kalau ikutkan pengalaman sha mengandung anak pertama sakit menunggu bukaan tu kira-kira dalam 6 jam, anak kedua pula disebabkan induce maka sakitnya teramatlah sakit walaupun masa nak tunggu bukaan itu agak singkat berbanding anak pertama. InsyaAllah dalam entry ini sha kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.

Lain anak lain pengalaman bersalinnya, jangan cakap sudah melahirkan anak ketiga sekali pun tetap akan berbeza pengalamannya, ibu yang hendak bersalin ini bagaikan pergi ke medan peperangan untuk pertarungan nyawa. Sakit bersalin tetap ada. Jadi hargailah para isteri serta ibu kamu ya.


Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin 




1. Banyakkan berjalan
Ya, memang sakit. Tapi kalau kita duduk sahaja lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh. Kalau sudah berada diwad kerapkan berjalan keliling wad, berehat ketika penat dan sambung balik, ini salah satu cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin. Tapi 37 minggu rasanya dah boleh mula kerap berjalan, tak kisahlah pergi shopping mall ka pasarka, berjalan kaki lah, mesti kaki penat bila malam sebelum tidur, boleh tinggi kan sikit menggunakan bantal

2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum. Sha pun kurang pasti pengunaan air selusuh ini meski kedua-dua kandungan sha memang mak mertua pesan suruh minum sebelum sha bersalin tapi hasilnya tetap sama, adakah ianya tidak serasi, wallahualam hihi


3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah, Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi. 


4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat-­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­-lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.

5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang. Mengikut pengalaman sha bersalinkan anak kedua, sha tak putus baca doa nabi yunus sambil miring ke kiri, alhamdulilah bukaan lancar ja. 

6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Sebagai orang islam, dalam solat, seharian kita akan sujud, kalau boleh sujud tu biar lama sikit, pujuk baby keluar cepat, dan minta doa, semoga dipermudahkan proses kelahiran

So, Itulah dia cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh korang amalkan. Setiap ibu pasti ingin yang terbaik buat anaknya lahir ke dunia ini , tak kisahlah dia terpaksa merasainya sakitnya kontraksi berjam lamanya, atau sakit kena jahit bahagian alat sulit, ataupun melahirkan melalui pembedahan, semua itu kerana untuk melahirkan permatanya.


Sha doakan supaya korang melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga korang dan baby selamat. 

June 21, 2020

List Keperluan Persiapan Anak Kedua

June 21, 2020 0 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum



List Keperluan Persiapan Anak Kedua | Biasanya mengandung anak kedua dan seterusnya, pengalaman tu sudah ada, jadi bab beli barangan baby ni, kita dapat jimat sikit sebab boleh ja pakai baju anak pertama, itupun kalau korang mengandung jarak 2-3 tahun kan. Alhamdulilah mengandung kali kedua ini, sha hanya toupu ja barangan yang tiada, tambah sikit baju dan ubatan serta pampers itu penting.

Mengandungkan edan hari tu, semua sha nak beli, maklumlah anak pertama kan, lagi satu sha tiada pengalaman ubatan mana yang perlu dibeli sebelum bersalin dan mana barangan yang tidak berapa penting yang boleh dibeli selepas bersalin, macam set bersalin tu, sha beli sebelum bersalin tapi tak semua sha guna habis, ada yang langsung tak sentuh pun sampai sekarang, rugi ja beli mahal-mahal

So bersalin kali kedua ini, sha beli ja ala cart, contohnya mandian serai atau uncang , ini boleh pakai banyak kali untuk stabilkan emosi sambil-sambil ambil ketenangan ketika mandi, losyen panas tu boleh gantikan dengan balsem biasanya letak bahagian perut, paha dan tapak kaki. Minuman herba boleh dapatkan di kedai Cina, sha hari tu guna set Afiat memang bagus minuman akar kayu nya, sha nak beli tapi pkp sekarang lambat sangat sampai, so nanti iktihar cara dekat mydin kalau ada.

Untuk barangan baby, packing awal dari 30 minggu, takut beranak awal, anak kedua ni ada potensi beranak awal sebab nurse kata dah ada jalan kan. Bolehlah korang beli sikit-sikit mulai 30 minggu tu, musim pkp ni ibu mengandung susah sikit keluar, tapi bila dah beres semua barangan, rasa lega dihati tinggal tunggu baby keluar ja kan hihi.

List Keperluan Persiapan Anak Kedua

Ikut kemampuan ibu-ibu diluar sana, ada yang memang akan pakai balik baju, seluar, tuala anak pertama, itu lagi bagus, barang masih elok kan kita cuci saja, so duit lain tu boleh pakai time emergency pula, selepas baby lahir segelintir akan kena demam kuning, kena beli ubat lagi, so boleh save dekat situ

Bagi sha list yang sha ingin share kan ini atas pengalaman sha sendiri jika tertinggal bolehlah roger sha, kita tambah dekat entry ini, sha harap sangat dapat membantu ibu-ibu diluar sana, mana lah tahu kan anak pertama dengan kedua jaraknya lima tahun, dah lupa dah list nak beli apa yang penting hihi

1. Baju Hari Pertama - yang ini sha beli baru, dan semestinya warna putih, time edan dulu lahir pun sha belikan juga baju warna putih, pilih saiz newborn atau saiz s, baby sha kali ini kecil sikit hihi ikut badan sha kot, edan ikut badan babanya itu yang lahir 3.36kg. Sha beli baju jenis romper lengan panjang dan berstokin, beli sekali dengan swaddle, time edan shabxda beli swaddle, sha beli dekat servey sahaja. Barangan yang sha pakai balik anak pertama contohnya barut, tuala, alas tilam kalis air, bantal semua tu masih elok lagi. Make sure sebelum guna cuci dulu.


2. Barangan mandian dan ubatan - ini of cos kena beli baru haha..beli ja yang mini saiz, pilihan sha adalah mandian anakku..lembut pada kulit baby..1 box ada shampoo, losyen, mandian, dan bedak..bawa set ni..jimat ruang beg. Untuk ubatan sha beli minyak kayu putih dan minyak batu untuk luka jahitan sha hihi

3. Pampers dan Modes - dari pengalaman sha pampers yang sesuai untuk edan adalah pet pet, sebab lembut pada kulit, sebelum edan lahir sha beli huggies tapi timbul merah merah pada celah paha, jadi sha suka pet pet, sampai sekarang edan guna pet pet..untuk baby pula sha ambil saiz s, kalau new born kecil sangat, saiz s ada 80pcs, bawa ja 5 pcs ke hospital. Modes pun bawa ja 5pcs, sha pilih librease saiz besar dan panjang dan beli seluar dalam pakai buang..tak perlu cuci dan bawah balik..untuk dirumah pula beli ja kotex 1box besar 

4. Set bersalin - Macam sha cerita kan di atas tadi, set bersalin option ja..tapi kali ni sha hanya beli mandian yang menyegarkan ni bole beli dekat kedai cina dan minuman akar kayu dr afiat memang recommended, tungku dan bengkung  sha masih bagus lagi, bole guna untuk bersalin  anak kedua nanti.

5. Tilam dan kelambu baby - actually ini ok ja kalau tiada, tapi biasanya kita letak baby depan tv tinggal kejap buat kerja at leqst baby safe dalam kelambu tak kena kacau dek nyamuk, tilam sekali kelambu ni memang sha beli dulu sebelum bersalin kan edan pakai pun 2 bulan ja sebab baby cepat besar kan..dah tak miat masuk kelambu,..kalau korang belum ada, korang beli la katil, sebabnya sha takut  baby diganggu oleh abangnya pula hahaha..sha tengah suruh orang buatkan set katil.

6. Susu formula, botol dan pump susu - rasanya ini penting bila lahir anak 1st, ibu kekurang air susu, bukan langsung tiada ya..ada cuma sikit sahaja, kalau baby kuning boleh kerapkan minum susu formula, cadangan sha susu s26 membantu mengurangkan demam kuning. Pump susu pun penting juga kalau korang ada urusan tak perlu bawa baby, pump ja banyak2 susu..

7. Barang lain - ada ja baranga lain yang kita terlepas pandang contohnya pencek suhu dan sedut hingus, dari pengalaman sha dua benda ni penting sangat, sebab baby baru lahir senang sakit, so kena prepare awal. Ni pun sha dah ada bekas edan punya..masih elok lagi tapi kalau sedut hingus tu boleh ganti bila dah lebih 6bulan pakai.

InsyAllah semoga entry ini bermanfaat, sha pun kalau terkurang bahan dalam entry maafkan la ya..ini semua dari pengalaman sha ja..semoga dipermudahkan ibu ibu bersalin nanti..wassalam