Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja
sHaRiNa (opzzpinky.com)
August 08, 2020
1 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum
Assalamualaikum
Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja | Wanita memang sinonim dengan perkataan jamu, orang dulu-dulu percaya bahawa jamu dapat mengembalikan kecantikan dalaman serta luaran kewanitaan apatah lagi diamalkan oleh ibu selepas bersalin. Pemikiran sesetengah wanita menganggap jamu adalah suatu minuman yang tidak sedap untuk diamalkan setiap hari, namun itulah kunci kebahagian setiap pasangan yang sudah berumahtangga.
Bagi sha selepas melahirkan anak kedua baru terpikir nak buat jamu sendiri, memang sha sendiri tidak cukup masa untuk membuat jamu di rumah, sedangkan mandi saja hanya 5 minit, apa lagi untuk memasak benda yang remeh. Belum sempat pegang periuk anak sudah menangis minta susu, yang si abang pula, sibuk nak minta makan, alahai..kenapa tak beli jamu di luar saja? senang kerja..sha boleh ja kalau nak beli jamu buatan bidan sha harga mampu milik RM25 sebotol 1liter bahan alami digunakan, tapi buat sendiri lagi puas hati kan..haha
Sebenarnya jamu yang sha kongsikan hanya perlu 2 bahan dapur yang utama dan boleh dibuat dirumah bila bila masa.
Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja
Ok, bahan utama adalah 2 sudu asam jawa dan 2 batang kunyit, ini ikut masing-masing nak berapa banyak ya.
Bersihkan kunyit dan potong halus, masukkan bersama asam jawa dalam periuk bersama 2 gelas air, bila mendidih masukkan gula perang atau gula biasa pun boleh 1 sudu untuk menyedapkan rasa jamu tersebut haha.
Didihkan sampai air dalam periuk jadi 1 gelas, lepas tu saring air tadi, dan minum setelah suam-suam
Amalkan 3 kali seminggu untuk hasil yang mantap
Minum jamu ini sebelum sarapan pagi dengan perut yang kosong
Untuk ibu yang lepas bersalin sebaiknya amalkan selepas anak bebas dari demam kuning
Manfaat Jamu Kunyit Asam adalah :-
1. Menyingkirkan toksik dalam badan
2. Melancarkan darah haid dan nifas
3. Mencerahkan Kulit
4. Membakar lemak dan kuruskan badan
5. Kunyit sebagai penyembuh luka bersalin
Adapun barang-barang dapur itu sendiri banyak khasiatnya yang telah diguna pakai oleh orang dulu kala yang kita masih belum peka tentang nya. Kebanyakan lebih kepada kunci kebahagian rumah tangga, kita tidak perlu menghabiskan ratusan wang ringgit untuk kekal sihat luar dalam, jika ada barang dapur yang kita guna seharian bermodelkan tidak kurang dari RM5 sahaja tapi manfaat dan kebaikannya suami isteri yang rasa.
Amboi sharina hahaha..apapun semoga entry ini sangat bermanfaat buat kita semua..amin..