September 22, 2021

Permainan PC popular zaman sekolah dulu

September 22, 2021 4 Comments
Permainan PC popular zaman sekolah dulu

Bismillah
Assalamualaikum

Bila bercakap tentang PC, teringat waktu pertama kali memiliki PC sendiri time tu sha melanjutkan pengajian di ILP, time tu ramai ja orang bawa PC ke asrama, sebab sha masih tak mampu beli laptop, PC ini pun bekas kakak sha punya sebab dia belajar dekat matrikulasi labuan, masuk UMS dia beli laptop.

solitaire card

Pertama kali dapat pegang PC time tu rasa seronok sangat, iyalah bayangkan time tu sha dah tingkatan 5 baru dapat merasai sendiri pengalaman memegang keyboard dan mouse dan sistem di dalam sebuah komputer hihi, of course sha excited bermain game didalam PC tu, dulu tak banyak game tapi sha ingat sangat permainan solitaire card, alah main susun susun kad mengikut nombor pada kad. 

Untuk pengetahuan korang, game solitaire ini memang ada sedia dalam PC ni, maksudnya telah di pasang sedia oleh windows sejak dari windows 95 hingga windows 10, jadi game ini automatik akan berada dalam PC korang apabila korang siap install windows.

Sampai sekarang sha masih main game solitaire, sha main di Solitaire sha rasa klasik ja main game macam ini, bukan apa, bila main waktu lapang, terimbau zaman sekolah curi curi masuk bilik semata-mata nak main game zuma dulu kan game zuma ni bila terpapar di skrin kita jadi excited nak main sebabnya grafik game ni masa tu sangat memberangsangkan membuat pemain enjoy dengan paparan skrin dan suara. 1 permainan boleh main sampai berjam lamanya.

Permainan PC popular zaman sekolah dulu

Sekarang dah boleh main game percuma secara online yang paling penting tiada iklan dan tak perlu download pun, bila tekanan asyik berkurung dekat rumah, boleh main dekat handphone, jangan risau permainan sangat senang lagipun ada level korang boleh pilih.




Selain solitaire card dan zuma, ada banyak lagi game korang boleh main, contohnya macam mahjong, hidden object, candy crush, tak tahu cara main, dekat page bawah sebelum main tu akan ada how to play, kot lah korang lupa cara nak main game tu kan, tapi sha jenis yang main dulu walaupun tak tahu cara nya main ja dulu dah kalah nanti baru tengok balik how to play hahaha..

Permainan ini senang loading sebab website dia ringan, so kalau main sambil ayun anak, no hal..as long as tidak lupa pada tanggungjawab, rumah dah kemas, anak dah makan hihi ingat main game berpadah, dan kita masih belum tua untuk bermain game, game untuk semua peringkat umur, kalau korang nak try main game klasik macam ini boleh pergi laman web nya ~> Solitaire


September 13, 2021

Cimb Sistem Down, rasa macam kena Prank

September 13, 2021 4 Comments
Cimb Sistem Down, rasa macam kena Prank

Bismillah
Assalamualaikum

Cimb Sistem Down, rasa macam kena Prank | tadi petang sha pergi mydin, dalam perjalanan teringat mahu kasih keluar duit untuk beli ikan di pasar besok, ok parking kereta depan bank muamalat sebab itu ja bank yang ada di dalam kawasan perumahan sha, tadi sebelum memandu buka tingkap seluasnya, bila dah berhenti tingkap pula tak mau naik, adui takkan mau tinggal kereta dengan tingkap tak naik nanti hilang pula kereta haha..tau la kereta kancil tua sudah, value ada lagi ini.

Call husband tak angkat, call adik katanya dia pun tak tahu sebab tak pernah terjadi dekat kereta nya hahah..lepas tu husband call tanya kenapa, sha katalah tingkap kereta merajuk hahah, sha tunggu lah dia ngam juga dia baru habis kerja, kami bertukar kereta lepas tu sha tak jadi ambil duit, sha terus pergi mydin sebab dah lewat sudah mau belanja lagi kan.

Belanja punya belanja total RM100+ time nak bayar tu cashier cakap guna cimb ka? Sha cakap iya..dia kata ala..ari ini cimb sistem down, pulak dahh..duit semua memang dalam account cimb ja, dia cakap ada kad lain, sha tengoklah dalam dompet, ada kad maybank tapi isi kosong hahaha..sha call husband suruh transfer duit, tak sambut pula mungkin tengah repair tingkap kereta tadi hahah, call adik suruh transfer secepat mungkin. Dah lah internet tiada, pakai 1gb percuma ja sha sebab jarang keluar rumah, di rumah ada wifi kan, tunggu punya tunggu dapat juga bayar guna kad maybank, sha cash memang tiada, sebab mydin kan boleh bayar guna kad.

So hari ini ramai juga pengguna cimb terkena prank akibat sistem down, sha tak dapat transfer ke account lain, kalau orang bisnes memang efek lah juga kan..moral nya sediakan kad bank lain yang ada isi dalam nya hahaha

Begitula cerita hari ini hihi..

September 8, 2021

Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

September 08, 2021 3 Comments
Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

Bismillah,
Assalamualaikum

Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya | Cuaca mendung begini, sedap makan roti dengan teh tarik panas, nak beli malas pula, jadinya gigih cari resepi dekat you tube, banyak sangat resepinya entah jadi entah tidak haha..sha ingat lagi pertama kali buat roti, resepi tu sha google ja hasilnya keras sangat, lempar dinding pun. Boleh retak..haha sayang ja bahan tapi boleh lah nice try..mood rajin tu ada..itu yang penting

So kali kedua try, sha beli tepung ready made, tinggal campur telur, butter, yis dan air rasanya. Tepung tu dalam RM6 lebih sha beli dekat mydin, ini untuk yang teringin makan roti tapi degil mau buat sendiri boleh try yang ini..ada resepi disediakan, tepung 900g dapatlah buat 2 3 kali, puas hati macam beli dekat kedai.

Hari ini sha try lagi tapi sha guna resepi yang sha belajar online, ini group berbayar ya..pjj punya, bahan ringkas senang dapat. Boleh guna minyak, kira kalau jadi jual ni save banyak, tepung 500g agak2 dalam 1 kg lebih juga doh, uli guna tangan sebab sha tak ada bread maker, boleh lah bagi tegap sikit tangan haha..

30minit sha perap doh tak kembang, aish tak kan tak jadi kan, hari tu jadi pula ini tak jadi, down sikit. Sha search dalam youtube, mungkin sebab yis tak aktif, ada betulnya juga..sedih lah time tu rasa macam mau buang ja doh tadi..tapi sayangnya doh tu banyak..anak sha dah ambil piring nak makan roti..huhu

Search pula dalam group berbayar tadi, katanya kalau buat doh time cuaca mendung, yis memang lambat aktif, lah iyaka lambat aktif ingatkan tak jadi tadi hahaha..memang mendung hari ini..

So, Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

Dalam group tu cakap kalau doh tak kembang, sila panaskan oven 10 minit, bila bunyi ting, letak doh atas oven 10 minit confirm doh akan kembang bak bunga mekar, terima kasih group pjj buat roti, senang hati sha..tengok anak makan roti buatan sendiri

Oh iya group pjj ni dulu sha join RM10 ja yuran nya. Dia kasih masuk dalam group private fb, sha tak dapatlah share resepi buat roti dekat sini, kalau nak join boleh roger sha..banyak lagi group nya hari tu sha join group kek, brownies dan roti promosi RM25 ja, lama dah join tapi baru mencuba hahaha rajin lambat datang..




September 2, 2021

Tebus Voucher dan Renew Kad Mydin Guna Point

September 02, 2021 2 Comments
Tebus Voucher dan Renew Kad Mydin Guna Point

Bismillah
Assalamualaikum,




Tebus Voucher dan Renew Kad Mydin Guna Point | Mydin dah 2 tahun rasanya bertapak di Sandakan Sabah, sha ingat lagi sewaktu pembukaan pasar raya Mydin, orang ramai berpusu-pusu membeli barang, macam kebaruan pun ada haha, sha pun apa lagi tak ketinggalan bawa edan sekali naik stroller..lucu juga siap hilang jejak dengan ipar sha sebab terlampau ramai betul orang time tu..waktu membayar tu, barisan bukan main panjang, jem habis pasar raya tu, siap ada budak tercirit lagi dalam troli sebab tak tahan kot. 

Apatahnya mydin bagi voucher RM5 bagi sesiapa yang daftar kad meriah mydin. Lepas tu, setiap pemilik kad ada dapat harga diskaun untuk 3 barang yang ditentukan pihak mydin seminggu sekali tak silap sha setiap hari Jumaat- Ahad, memang time ni ramai betul orang belanja di mydin

Sebelum mula belanja, yang mana ada kad meriah mydin tu boleh scan dan dapatkan diskaun untuk barang yang ada promo, tidka dengan itu untuk yang tiada kad meriah pun banyak lagi diskaun boleg grab, sha ingat sha selalu beli telur 1 tray ada 10 biji tu dengan harga RM2 sahaja, lagi paling best brokoli yang harga RM5 turun ke RM1 perghh hebat penangan mydin time tu

Iyala kita support pasar raya orang muslim kan, lagipun jarak dengan rumah sha pun dekat ja, boleh jalan kaki, best selalu bawa edan masuk mydin sekarang dah tak boleh pandemik kan, eshal pun tak pernah masuk mydin kesian haha..

Diskaun begitu macam tiada suda di buat, ada pun promo biasa2 saja, dan barangan nya dulu harga murah, sekarang harga standard la..telur ja sekarang susah nak dapat hihi

Nak dijadikan cerita, asyik ja sha berbelanja kad meriah mydin tu expired 10.8.21..nak renew pun tiada masa sebab nak masuk mydin kena ada at least 1 dos, dalam rumah sha, baru sha seorang ja completed vaksin..yang lain tunggu appointment dari mysejahtera..so biasalah lepas bayar terus keluar, laki dah tunggu di kereta. Sampailah 30.8.21 baru sha dapat renew itu pun selepas sha tanya cashier, dia cakap boleh renew guna point, haha sha sebenarnya tiada bawa duit belanja pun pakai kad, ini yang bestnya mydin,

Harga renew setiap tahun ialah RM12, seingat sha sejak 2019 sha pernah tebus point dengan voucher RM5 tapi tak ingat point time tu berapa..kali ni point jadi 6k something, jadi nak renew tolak point 2400 bakinya sha tebus voucher RM15.. Alhamdulilah syukur terima kasih mydin berbaloi juga sha belanja di sana 

Sha selalu belanja whole ayam di sana 1kg RM10.99 sekali potong, oklah tu sha pun malas mau potong ayam haha, lepas tu Pampers selalu juga promosi, tapi sha beli tempat lain, lagi murah hahah..biasa simptom mak mak pantang nampak yang murah..

Selain genting mas, mydin pun boleh tahan lengkap barangnya lagipun besar parking luas, tempat strategik, dekat perumahan..so senang berbelanja hihi

September 1, 2021

Makan Pil Perancang Atau Merancang Sendiri?

September 01, 2021 4 Comments
Makan Pil Perancang Atau Merancang Sendiri?

Bismillah,
Assalamualaikum 

Makan Pil Perancang Atau Merancang Sendiri? | Bila sudah selamat bersalin, doktor akan tanya ' ok mama lepas ni nak pakai perancang apa ya? Nak makan pil atau nak cucuk kat buntut?

Mengapa perlu merancang?
Secara amnya, kenapa setiap kita perlu merancang adalah untuk menghasilkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria dengan merancang bilangan jarak dan masa kehamilan yang sesuai

Manakala faedahnya untuk ibu itu sendiri apabila ibu sudah bersedia untuk hamil dari aspek kesihatan, mental dan sosial. Cuba bayangkan kalau anak baru usia 5 bulan si ibu mengandung lagi, belum sempat dia merasa tidur yang lena, jahitan pun tak sembuh lagi. Maka kaedah merancang ini perlu memastikan si ibu sudah bersedia apabila dia ingin mengandung lagi.

Semestinya banyak kebaikan juga pada anak tersebut, jika kita menjarakkan kehamilan, dari aspek kasih sayang dan permakanan yang sihat seperti susu ibu sehingga 2 tahun. Untuk pengetahuan, sha mengandung anak kedua semasa anak pertama usia 1 tahun 2 bulan, sepanjang mengandung, susu badan memang kering, jadi kesian anak pertama kurang dapat susu badan.

Begitu juga dengan keadaan ekonomi yang kian mencabar akibat pandemik ini, si suami perlu menyediakan kemudahan asas pada ahli keluarga yang kian bertambah.

Kaedah - kaedah merancang 
Sebenarnya perancang keluarga ni banyak sangat kaedahnya, antara yang paling popular adalah pil perancang, suntik, implan, kondom, dan alat dalam rahim. 

Ada 1 lagi kaedah dimana agak seram jugalah bagi sha sebab memerlukan sedikit pembedahan kecil pada salur falopia bagi wanita dan kaedah pemandulan vasectomy bagi lelaki. Ibu yang bersalin secara pembedahan boleh sekali kan pembedahan ni..biasanya begitu hihi. Orang paling proses mengikat..anak dah berderet..dah ikat ka belum..ah macam tu lah..

Kebanyakan kaedah diatas mengganggu hormon si ibu, tapi ada juga kaedah seperti pil perancang yang tidak menjejaskan penghasilan susu ibu, malah membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu seperti pil perancang noriday 28hari  namun jika makan pil lain 21 hari, susu memang akan drop.

Mula merancang selepas bersalin
Semua ibu digalakkan berbincang dengan suami kaedah perancang apa yang perlu diambil selepas bersalin. Jadi si ibu lebih bersedia mula merancang selepas bersalin nanti.

Bercakap mengenai kaedah perancang, sha lebih senang makan pil perancang pertama sha makan selepas bersalin anak pertama adalah noriday, sha diberi pil ini di klinik ibu dan anak setiap bulan dengan harga RM1 sahaja.

Kalau jenis yang lupa makan on time korang jangan pilih kaedah ini ya, baik pilih suntik. Suntik 3 bulan sekali serah bontot haha..

Setelah makan pil noriday ini, alhamdulilah susu badan memang meriah cuma kena minum air putih banyak dan kerap minum sup. Secara tidak langsung apabila anak menyusu badan, biasanya tempoh 6 bulan selepas bersalin adalah selamat untuk ibu tidak mengandung sebenarnya, tapi boleh dikatakan nipis jugala..so better ambil perancang kan. 

Nak dijadikan cerita, sampai ja usia anak pertama 8 bulan sha stop makan pil merancang, terdengar sangat orang cakap tak baik makan perancang, darah tak keluar, sakit badan, hormon tergangu, makin gemuk, makin kuat makan..ahh..sebenarnya ikut badan masing2 jugalah, terserah nak ikut kaedah ni atau nak merancang sendiri.

Sha makan pil perancang noriday tu  elok ja darah haid keluar setiap bulan, tapi terhasut juga dengan kata orang lain tu, maka sha pun berhentilah makan pil perancang hahaha.. 

Bisikan hati sha kata nak ada baby, rindu nak ada baby kecil lagi kononnya..sebenarnya tak ready lagi ada anak kedua. Bila dah ada anak dalam rahim baru rahu ready or tak, sebab anak pertama setahun lebih kan aktif bukan main lahai...kita nak tidur pun kalau sarat mengandung, sakit semua badan ah disitulah tau ready ka tak..hahaa..

Kaedah tidak digalakkan adalah merancang sendiri

4 bulan sha merancang sendiri melalui tarikh tapi sebenarnya sha pun tak pandai sangat merancang ni haha..install ja kalender dekat play store nanti kita mark dekat situ bila kita datang haid, then dia sendiri akan bagitahu waktu subur, time tu korang jangan lah bersama suami..

Macam tu lah sampai 3 bulan pertama sha off pil perancang, sha sakit badan seram sejuk kaki ni bagai terkena bentan lepas bersalin tu, jadinya sha pergilah rumah bidan minta urut, orang subur ni lain sikit, lepas urut, alignment rahim dah elok duduknya, suami pula cakap, lepas urut rasa macam anak dara...ahh bulan depan uzur tak dah hahaha..ditiuplah nyawa manusia kecil dalam rahim..itu yang jadi anak kedua. Hahaha.

Itu yang disarankan ambil perancang, jangan percaya sangat merancang sendiri ni, kalau jenis pandai sangat bolehlah jarakkan 3 hingga 5 tahun, tapi yang jenis macam sha ni, bersyukur dah dapat jarak anak 2 tahun, itu pun orang cakap anak kurang kasih sayang sebab masih kecil dah dapat adik..sha ni bukan muda lagi..oklah kalau dapat anak rapat senang jaga, besar 1 kali..lepas tu stop la hahaha..apa susah ni ayat menyedapkan hati ya kawan kawan.

Anak kedua sha tak putus makan pil perancang hahaha..takut sebenarnya tak ready lagi nak tambah ahli, sekarang anak kedua dah usia 1 tahun 2 bulan, boleh pula teringat dekat sejarah mengandung anak kedua hahahaha time anak pertama usia macam ni la hahaha..

Namun rezeki tu Allah yang tentukan, macam sha cakap sha dah merancang sendiri selama 3 bulan elok ja tiada isi, bila pergi bidan bulan depannya tahniah anda mengandung, ada orang makan perancang pun boleh mengandung, apalagi kalau tak makan kan..ikut rezeki masing2

Sha nak cakap ja kalau Allah dah bagi rezeki mengandung please jangan down, ibu mengandung perlu menjadi kuat tak kira anak keberapa, sebab kita adalah tiang sebuah keluarga, kalau tiangnya rosak atau buruk, boleh runtuh rumah kita, kesian dekat anak yang lain.

Jaga emosi jaga diri, merancanglah dengan baik hihi