March 12, 2022

Pendaftaran Edan Ke Tabika Perpaduan

March 12, 2022 2 Comments

Pendaftaran Edan ke Tabika Perpaduan | Hari ini ibu bapa dipanggil untuk datang ke tabika untuk sesi pendaftaran anak masing-masing sebelum bermula persekolaan pada 21hb ini, Alhamdulilah edan akan mulai bersekolah tahun ini walaupun masih awal lagi umur edan 4 tahun sekarang ni tapi doktor galakkan budak speech delay macam edan untuk bersekolah.

Risau mau daftar dimana

Sebelum ni sha ada daftarkan edan masuk tabika kemas tapi area tempat sha hanya fokus 5 hingga 6 tahun sebab rumah flat kan so kelas pun sempit, yang berdekatan pun sudah penuh, maklum lah batu 7 kawasan agak sesak dengan penduduk, hari tu ada apply dekat kompleks tabika kemas rimbawan tapi jauh sikit dengan tempat tinggal sha, dah hantar permohonan dan isi borang tinggal mau bayar yuran ja, tapi sebelum tu sha dah isi tabika perpaduan secara online, sangat mengharap dapat dekat sikit dari rumah sha pun dah check area tempat sha ada 3 tabika perpaduan dekat tempat tinggal sha..taman kenari, taman merpati dan taman airport

Sha dah risau sebab sha start carikan edan sekolah tabika bulan 12 tahun lalu, ingatkan sesi persekolahan start bulan 1 yang lalu. Rupanya bulan 3 haha..aduhai..sha ada juga pergi tadika swasta dekat sejati ujana tadika ibnu sina, tapi yuran terlampau mahal hihi dekat 1 ribu lebih lain lagi bulanan, Allahu tak mampu

Tapi makan masa juga dia lulus, dalam sebulan begitu, alhamdulilah juga ada hikmah sha bayar yuran di tabika kemas lewat (lupa sebenarnya hihi) sebabnya Alhamdulilah lulus akhirnya permohonan di tabika perpaduan, dan HQ call suruh arrange permohonan secara manual di tabika perpaduan taman airport A.

Tabika kerajaan pun ok bah

Kerajaan dah sediakan tabika mampu milik macam kemas, pra sekolah dan tabika Perpaduan ni untuk warganegara Malaysia, bersyukur kita dapat kelebihan sebegini, guru-guru yang mengajar sama level dengan tadika lain so apa kata kita gunakan sebaiknya sha pun keluaran tabika kemas..

Keistimewaan mendaftar di tabika perpaduan

Sha baru diberitahu cikgu tadi yang yuran pendaftaran RM10 , insurance Rm10.60, sumbangan bulanan RM10, 2 baju, beg dan kelengkapan belajara adalah percuma, Alhamdulilah sebelum ni ibu bapa perlu bayar tak silap sha dalam RM100 lebih juga termasuk kit belajar tahun ni kerajaan bagi percuma..tinggal sha beli kasut ja dengan stokin 

Cuma kit belajar, beg dan pakaian tu cikgu ada bagitahu lambat sikit sampai, maklumlah terbang ke sabah lagi kan, so cikgu minta beli pakaian seragam baju merun/putih dan seluar biru tua, baju kolar merun sha dah jumpa dekat mydin, seluar pun dah beli, cuma kasut edan tak jumpa saiz lagi hihi..lagipun ada 1 minggu lagi masa cari, beg sha tak beli dah sebab beg yang friso gold bagi tu masih bagus lagi..sha dapat free gift dari join live dorang tahun lalu, so memang jimat banyak

Ibu bapa yang masih berfikir nak masukkan anak ke tabika mana pilihlah tabika kerajaan, rugi tak manfaatkan keistimewaan yang kerajaan bagi, dapat mengurangkan kos perbelanjaan..sekarang pun harga barang dah makin naik..boleh saving untuk masa depan..






March 8, 2022

Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan

March 08, 2022 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum




Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan | Pasar adalah salah satu tempat paling banyak dikunjungi oleh orang awam, apabila mencari makanan laut, maka pasar lah tempat kita sering pergi, pasar di sandakan terbahagi kepada 4 bahagian, pasar bandar, pasar batu 3, pasar batu 8, pasar batu 16, memandangkan batu 8 dekat dengan tempat tinggal sha, maka itu tempat wajib pergi setiap minggu. jemu juga makan ayam setiap hari, jadi memang akan tukar menu sekali seminggu.

Memandangkan sha pergi beli barang kereta kemarin, so sha singgah lah pasar batu 8 sebab barang basah dah habis, lagi pula lama sudah tak makan ikan, edan esha memang suka makan ikan berbanding ayam, masak lemak sedap tu hihi.

Macam biasa pertama masuk pasar sha akan beli ikan panit dulu, harga dalam RM12 sekilo, beli ikan panit ni, peniaga tu boleh tolong siang dan potong ikan kecil-kecil, so senang kerja sha bila balik rumah nanti. Tengah hari tu sha agak lewat sikit beli kan, selalu sha pergi pagi, so sha nampak banyak ikan murah dipasar mungkin sudah musim ikan, ikan basung RM4 sekilo, ikan tulai RM4 sekilo, dan ikan lumahan jantan RM2.50 sekilo. Sha ni memang peminat ikan lumahan tak kira jantan ka betina sedap digoreng hihi

Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan

Sha nampak lah ikan lumahan jantan ni RM2.50 sekilo, fresh dan cantik-cantik semuanya, walaupun kecil sikit tapi boleh lah kalau digoreng kan, so sha pun beli 2 kilo, peniaga ni pun kautlah ikan dari belakang tapi sha ni dah nampak ikan dekat belakang tu macam tak fresh ja. dia timbang 2 kilo, masuk dalam plastik, ikat rapi, sha tanya dia

"Bang, ikan ni fresh kan?"
"iya dik" bilang nya

ok, sha pun bagi dia RM5, dan dia bagi plastik yang berisi ikan tadi, sebelum jalan sha periksa ikan tu, buka plastik dan nampak ikan tak fresh dan buruk, bukan satu tapi banyak ikan tu dah merah mata, sha ni bukannya pandai beli ikan haha, tapi sha taulah ikan tu fresh atau tidak.

Sebab sebelum ni pernah beli ikan di pasar ni, sampai rumah siang ikan, semua ikan buruk, 1kilo sha beli ikan semua buruk, lastly buang ja ikan tu, sayang kan.. jadi kali ini sha nak tegur juga peniaga jual ikan tu.

"Bang boleh tukar kah ikan ni, sebab nda fresh bah" sha kata dekat abang tu sambil kasih tengok dia ikan dalam plastik yang dia bagi tadi

Dia terus bagi sha duit RM5 dia kata tak boleh dik, sambil letak balik ikan dalam plastik tu

sha kata " eh nda apa bang, abang ambil ja ikan yang didepan tu yang fresh tu, saya beli yang depan tu ja"

dia cakap " nda boleh abang bagi kau ikan didepan ni, begitu lah adat kami berniaga dik, kau belilah ikan di tempat lain"

tersentak hati sha dia boleh cakap begitu, iyala sha tahu la sha ni perempuan tapi tak kan lah boleh cakap begitu kan, jadi peniaga ni kenalah jujur, walaupun kau jual RM5 ikan didepan tu, tetap juga ada pembelinya sebab ikan didepan tu fresh bang, kau jual ikan dibelakang yang tak fresh tu, tunggu saat ja mau buruk, walaupun kau bagi free orang nda akan mau juga sebab takkan orang mau makan ikan buruk kan.

Rupanya bukan sha seorang ja yang kena, memang pasar ikan di batu 8 ini orang jera sudah mau beli ikan, rata-rata kawan sha yang respond dengan kejadian kemarin memang tidak mau suda beli ikan disana.

Sha ada kekuatan mau tegur dia kemarin pun sebab sha dah 2 kali kena jual ikan buruk, bayangkan kalau 10 orang membeli ikan tempat nya setiap hari, walaupun murah tapi tak patut dia jual ikan yang suda buruk begitu.

so kawan-kawan kalau beli ikan dipasar, sebelum balik pastikan ikan yang di ambil tu sama fresh dengan apa yang kita nampak sebelum membeli. 

 



February 25, 2022

Datuk K Bangga Kejayaan Asyraf Khalid Selepas Dibimbing Azizan Osman

February 25, 2022 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Datuk K Bangga Kejayaan Asyraf Khalid Selepas Dibimbing Azizan Osman |  Datuk K, nama yang sudah pasti dikenali ramai, apatah lagi beliau adalah suami kepada penyanyi no.1 Malaysia yang di sayangi ramai iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bapa mana yang tidak bangga apabila anaknya berjaya dalam hidup, Datuk K dengan gembiranya berkongsi mengenai kejayaan anaknya, Asyraf Khalid ada kaitannya dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Datuk K Bangga Kejayaan Asyraf Khalid Selepas Dibimbing Azizan Osman

Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan Osman yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.



Ucapan itu dibuat semasa sambutan ulang tahun kelahiran Datuk K di kediamannya, pada isnin lalu. Impian dan anggan-anggan Asyraf Khalid untuk membuatkan bapanya bangga menjadi kenyataan apabila Datuk K sendiri melihat kejayaan nya hari ini dan hampir 15,000 orang yang menonton hantaran video itu dalam tempoh beberapa jam sahaja. 

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," 

Kenang Kisah Silam, Asyraf Khalid Tekad Berubah 

Asyraf Khalid juga turut memberitahu yang dia dahulunya merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya, dan dengan sifat itu dia selalu merasakan dirinya sangat tidak berjaya dan tidak mampu untuk membuatkan bapanya bangga dengan dia. Namun Asyraf Khalid tekad berubah kerana memikirkan perjalanan hidupnya masih panjang dan masih ada masa lagi untuk perbetulkan keadaan.

Asyraf Khalid menyatakan yang dia sangat bersyukur dapat mendengar luahan hati bapanya buat kali pertama atas kejayaannya pada malam itu dihadapan mentornya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. "Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"


Datuk Wira Dr Azizan Osman Berusaha Mendidik Anak Didiknya Untuk Berjaya Dalam Hidup

Bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata, Datuk Wira Dr Azizan turut membimbing secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.

Malahan, anak didik dan Team RichWorks secara tidak langsung membantu Asyraf Khalid bersikap lebih positif meskipun mereka sudah berjaya.

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. "Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," 

Datuk K Cemburu Kebolehan Datuk Wira Dr Azizan Osman Melahirkan Usahawan Jutawan

Datuk K sangat kagum dengan kebolehan Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam melahirkan ramai jutawan dalam kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks yang mana jika mereka ini melakukan amal ibadah maka hasil dari kejayaan mereka, Datuk Wira Azizan sendiri akan terima pahalanya nanti atas didikan tersebut. Bayangkan sudah berapa puluh ribu orang yang telah dibimbing oleh Datuk Wira Dr Azizan. 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. “Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.

Dan Datuk K berkata usahawan sekarang sangat beruntung kerana pada masa dahulu tiada bimbingan dan tunjuk ajar untuk memulakan sesuatu perniagaan.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,”

Nasihat Datuk K Kepada Usahawan Berjaya Agar Tidak Lupa Pada Usahawan Baru

Datuk K mengingatkan kepada bangsa usahawan yang telah berjaya agar tidak pernah lupa pada usahawan yang baru memulakan perniagaan dan individu yang masih merangkak yang berusaha untuk mencapai kejayaan. 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” 


Kesimpulan dari Kisah Kejayaan Asyraf Khalid

Kisah Kejayaan Asyraf Khalid sebagai anak didik Dr Azizan Osman amatlah menjadi inspirasi semua orang bukan sebab dia adalah anak Datuk K, tapi sebab dari dia yang dahulunya nakal, sering mengecewakan bapanya, tekad bangkit untuk membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi usahawan berjaya dan dapat membanggakan bapanya.

Tahniah juga kepada Team RichWork masih giat melahirkan usahawan berjaya dan turut memberi bimbingan dan alah tuju dalam menempuhi liku-liku perniagaan dimusim pandemik melanda. Jika kamu mahu tahu lebih lanjut mengenai kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks, kamu boleh sertai Kelas Titanium RichWorks anjuran RichWorks dan Dr Azizan Osman di laman web www.richworks.com

Mana lah tahu, dari nakal-nakal, korang boleh berubah jadi macam usahawan berjaya, Asyraf khalid ni, segalanya bermula dari sekarang, kalau tak cuba mana nak tahu kan.



February 13, 2022

Membeli Rumah ketika Pandemik Covid19, adakah itu idea bijak?

February 13, 2022 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Membeli Rumah ketika Pandemik Covid19, adakah itu idea bijak? | Sejak pandemik Covid-19 menular di negara kita, dengan kesan dari perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), ada beberapa syarikat mula memberhentikan pekerjanya untuk menggurangkan perbelanjaan, dan yang paling menyedihkan lagi, pada tahun 2021, lebih dari 37 ribu usahawan yang telah muflis dan terpaksa 'gulung tikar' sebab tidak dapat lagi meneruskan perniagaan mereka. Tidak kurang kesannya juga ke atas pasaran hartanah.

Impak Pandemik Covid19 terhadap pasaran hartanah

Covid-19 memberi kesan negatif terhadap pasaran hartanah akibat peningkatan kadar pengangguran yang kini mencapai hampir 1 juta orang yang telah kehilangan pekerjaan. Itu menjadikan penurunan permintaan terhadap rumah disebabkan pembeli tiada wang untuk membayar balik pinjaman.

Pertumbuhan stok tahunan vs bilangan lambakan hartanah [credit to iproperty.com]

Pada 2003, sebanyak 237 ribu lambakan unit rumah direkodkan akibat penawaran rumah secara berlebihan (overhang property). Diikuti peningkatan ke dalam inventori sedia ada pada tahun 2016 sebanyak 382 ribu unit rumah. Punca kelembapan pasaran hartanah adalah ketidaksepadanan dalam permintaan dan penawaran rumah di dalam negara kita. Sebenarnya isu hartanah ini sudah lama berlaku sebelum wabak ini menular, pemaju telah bersuara mengenai kebimbangan dalam menghadapi kelembapan pasaran tersebut.

Bagaimana bekerja dari rumah dapat mempengaruhi keperluan dalam memiliki rumah?

Setelah perlaksaaan PKP dibuat, ekonomi negara kita berhenti seketika, sebahagian majikan dari sektor dinegara kita melaksanakan bekerja dari rumah terutamanya waktu kaurantin. Hasil kaji selidik mendapati sebanyak 35% responden berpikir untuk memiliki rumah atau berpindah rumah, ini kerana mereka baru menyedari bahawa bertapa pentingnya memiliki ruang peribadi sendiri seperti pejabat. Dan ada juga dikalangan mereka yang bekerja dari rumah mempunyai banyak masa untuk mendeko rumah dengan bajet tanpa mengupah orang lain, ini sangat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memiliki rumah sendiri. 

Selain dari itu, beberapa faktor utama yang mempengaruhi mereka untuk memiliki rumah adalah tujuan pelaburan, keperluan mempunyai lebih banyak ruang peribadi dan peluang menggunakan kelebihan kadar faedah rendah yang diberikan pada masa ini. Namun rata-rata pencari rumah mengalami kekangan dalam pembayaran wang pendahuluan dan gaji tidak stabil.

Membeli Rumah ketika Pandemik Covid19, adakah itu idea bijak?

Membeli rumah untuk kali pertama, memang sangat mengujakan. Apatah lagi, rumah antara salah satu aset paling berharga di masa hadapan. Namun di musim pandemik ini, semestinya harga rumah mulai menurun, disebabkan kadar permintaan terhadap rumah semakin jatuh akibat orang ramai berhati-hati untuk membelanjakan sejumlah wang mereka.

Jika dilihat dari mata kasar, sebenarnya musim pandemik sebegini adalah masa yang sesuai untuk membeli rumah kerana banyak pemaju terpaksa menutup kedua-dua mata mereka untuk mengurangkan harga rumah dengan harga yang berpatutan memandangkan nilai unit rumah sedang jatuh akibat pandemik covid19

Tidak hanya pemaju, pihak bank dan syarikat juga turut menawarkan kadar faedah pinjaman rumah yang rendah daripada harga pasaran sebelum ini.  

Begitu juga dengan kerajaan prihatin yang turut memberi inisiatif melalui Skim pinjaman perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sebagainya



Perkara penting sebelum beli rumah ketika pandemik covid19

Ekoran daripada pandemik ini, perlaksanaan perintah kawalan pergerakan menyebabkan ekonomi negara kita terjejas dan membuatkan banyak sektor mengalami kerugian yang teruk dan ini menyebabkan sumber pendapatan pembeli tidak stabil untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Dengan itu, rancang kewangan sebelum membeli rumah, pastikan gaji bulanan mampu membayar balik pinjaman kewangan. 

Korang boleh guna Pengiraan dan ianya sangat membantu korang dalam menentukan kelayakan membeli rumah berdasarkan gaji bulanan korang 

Dengan pengiraan ini, korang hanya perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dan hasil kiraanya akan terpapar secara automatik, senang dan mudah bukan? Lagipun laman web pengiraan ni sangat ringan dan cepat loading jadi, memang tiada masalah bagi korang untuk mengira secara online.

Selain dari itu, laman web pengiraan ini juga menyediakan perkhidmatan seperti menganggar gadai janji berdasarkan pendapatan, jadual pelunasan boleh cetak, lebihan bayaran pinjaman dan gadai janji semula.

Di musim pandemik ini, rasanya rumah yang korang bercadang nak beli itu, ikutlah kemampuan duit poket ya, kalau dapat rumah mampu milik pun dah ok ini kerana secara tak langsung pembelanjaan bulanan akan terjejas. Jadi, sebaiknya, harga rumah kurang dari 5.5 tahun gaji bulanan (Gaji tahunan x 5.5 = Harga rumah) manakala bayaran bulanan kurang dari 40% gaji bulanan.

Berbalik kepada persoalan mengenai membeli rumah ketika Pandemik Covid19, adakah itu idea bijak? sekarang membeli rumah adalah suatu keperluan bukan lagi kehendak, kerana satu faktor penting manusia yang mesti ada dalam kehidupan (selain air, makanan dan udara) adalah tempat perlindungan, jadi ini adalah masa sesuai untuk memiliki rumah sendiri, dengan syarat kewangan korang mestilah stabil :)

February 12, 2022

RichWorks Anjur Sesi Live Bongkar 10 Cabaran Perniagaan 2022

February 12, 2022 1 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


RichWorks Anjur Sesi Live Bongkar 10 Cabaran Perniagaan 2022 | Tekanan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang, makanan dan perkhidmatan asas adalah antara masalah utama yang membimbangkan kebanyakan rakyat pada awal tahun 2022 ini.  Sejujurnya, sha dan keluarga turut terkesan akibat kenaikan harga barang apabila berbelanja untuk keperluan harian. Sampaikan terpaksa menangguhkan barang yang tidak perlu dan mengutamakan barang keperluaan terlebih dahulu. Nilai duit RM50 jika dibandingkan dengan pada 2 tahun lepas, sudah tidak sama dan agak jauh bezanya, ini sangat terkesan kepada golongan berpendapatan rendah. Sekali gus membeli cabaran terhadap peniaga kecil dan sederhana besar.


RichWorks Anjur Sesi Live Bongkar 10 Cabaran Perniagaan 2022

Berikutan dengan keadaan semasa yang mendesak peniaga untuk menaikkan harga barang, makanan dan perkhidmatan asas dikala pemulihan sektor ekonomi, Richworks anjur sesi live untuk membongkar 10 cabaran perniagaan dalam tahun 2022

Sejarah RichWorks dan Pengasasnya


Richworks adalah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia dan yang paling berjaya khususnya dalam bidang penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan. RichWorks International telah melahirkan ramai usahawan berjaya dan dikenali.

Pengasas RichWorks itu sendiri adalah Datuk Wira Dr Azizan Osman, bergiat melatih lebih dari 
10,000 syarikat dan sudah lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian dijalankan sejak 2008 melibatkan 1,5000,00 peserta Maka dengan itu, RichWorks memang tidak asing lagi dalam kalangan usahawan. 

Segala prestasi usahawan yang telah terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan sahaja.

Sumbangan RichWorks pada masyarakat 

Melihat sendiri keprihatinan team RichWorks dalam membantu masyarakat sekeliling adalah sifat yang perlu dicontohi oleh pelbagai pihak. Dengan penubuhan Kebajikan RichWell, menjayakan lagi  program pengumpulan dana untuk terus membantu rakyat yang memerlukan.



Selain dari itu :-

  • RichWorks prihatin membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. 
  • Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • Sumbangan kilat berjumlah RM 500,000 dikumpulkan daripada Richworks dan usahawan dibawahnya, untuk mangsa banjir di Selangor pada Disember tahun lepas. 
  • RichWorks International Sdn Bhd bersama usahawan didikannya, ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban 
  • Ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

RichWorks Anjur Sesi Live Bongkar 10 Cabaran Perniagaan 2022

Dalam sesi live nanti, Mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsi mengenai perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi. Jemput semua usahawan dan bakal usahawan hadir untuk menimbah ilmu perniagaan.


Datuk Wira Dr Azizan Osman juga berkongsi sedikit pandangan mengenai sentimen pasaran kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. dan kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

"Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini."

 Katanya lagi, banyak pemilik syarikat dan peniaga Cina sedang tutup dan ada juga yang sudah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah ttidak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. Datuk Wira Dr Azizan Osman sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah dan apabila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

"Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Hal ini disebabkan oleh pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. dan menurutnya juga kalau anda perlahan dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'

"Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. "

"Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli."


"Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'."


"Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi."


"Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?"


"Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi."


"Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan."


Datuk Wira Dr Azizan Osman menyeru semua untuk bersama dengan beliau pada Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini mengikuti rapat sesi live di saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang.

Bagi sha, program sebegini menjadi salah satu alah tuju bagi bakal peniaga dan peniaga sedia ada untuk merancang matlamat perniagaan disaat pandemik. Ianya juga dapat menaikkan semangat peniaga dalam meneruskan perniagaan. Bak kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, jangan biarkan bisnes tanpa sales !! jadi ini peluang terbaik buat peniaga semua..jangan lupa temujanji korang bersama mentor usahawan ahad ini,