September 20, 2022
Pendaftaran tabika perpaduan dibuka sekarang
September 13, 2022
Pengalaman Menduduki Peperiksaan Online SPA9 Pembantu Pembangunan Masyarakat
Ciri-ciri soalan psikometrik
Tips menjawab soalan psikometrik SPA9
August 20, 2022
Tasneem Marketplace Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan Tanpa Modal
Latar Belakang Tasneem
Tasneem Marketplace Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan Tanpa Modal
Jom sertai Tasneem Marketplace secara percuma
August 12, 2022
Inisiatif Rumah Ronald McDonald untuk golongan B40 di Kota Kinabalu, Sabah
Bismillah,
Assalamualaikum
Pada 5 Ogos yang lalu, majlis
menandatangani perjanjian persefahaman bagi penubuhan Rumah Ronald McDonald
telah berlangsung di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Kota Kinabalu.
Inisiatif Rumah Ronald McDonald adalah kemudahan penginapan untuk golongan berpendapatan
rendah bagi memudahkan keluarga ulang alik ke Hospital apabila anak mereka
menerima rawatan di hospital berkenaan.
Walaupun Rumah Ronald McDonald ini masih dalam proses perancangan, namun Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) Dato’ Azmir Jaafar berkata, pelan sudah pun disiapkan dan hanya menunggu kelulusan dari kerajaan. Penginapan sementara ini bernilai kira-kira RM 3 juta dijangka siap pada Mac atau April tahun hadapan.
Kadar Bayaran Penginapan sebanyak RM5 satu malam
Ahli keluarga tentu risau dengan kos
penginapan dan buntu mencari penginapan yang dekat dengan hospital. Dengan
inisiatif ini, ahli keluarga hanya perlu membayar RM5 untuk satu malam malah
pihak hospital turut berganding bahu untuk menaja keluarga yang kurang
berkemampuan serta keluarga yang datang dari jauh untuk merawat anak mereka di
hospital berkenaan.
Majlis
menandatangani perjanjian persefahaman penubuhan Rumah Ronald McDonald di HWKKS
disaksikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua
Menteri Sabah
RMHC bantu naik taraf kemudahan sedia ada
Selain dari penginapan sementara
ini, RMHC juga telah menghantar permohonan kepada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) untuk pihak RMHC menaik taraf balai pelawat HWKKS dengan menambah
sebanyak 16 katil yang sebelum ini hanya memuatkan 26 katil berkonsepkan
asrama. Harapan Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang dengan
menaik taraf kemudahan ini dapat memberikan keselesaan kepada lebih ramai
keluarga yang memerlukan.
Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia
(RMHC)
menagihkan set happy meals kepada media
Penubuhan Rumah Ronald McDonald yang keempat di Sabah
Sesuai dengan lokasi penginapan, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah juga dilihat mempunyai ramai pesakit kanak-kanak dan wad kanak-kanak yang terbesar di Sabah.
Selain daripada Rumah Ronald McDonald yang bakal dibina di HWKKS, terdapat tiga Rumah Ronald McDonald beroperasi ketika ini iaitu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Cheras; Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Kesimpulannya, usaha murni Persatuan
Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) dalam membantu menyediakan penginapan
bagi golongan B40 sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan keluarga
yang memerlukan tempat penginapan ketika anak mereka dirawat. Semoga persatuan dan
agensi lain turut sama membantu golongan yang memerlukan, dan saya berharap
semoga perancangan ini siap sepenuhnya seperti yang dirancangkan.