January 6, 2023

Punca Bekalan Air Bersih Di Sandakan Masin

January 06, 2023 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Punca Bekalan Air Bersih Di Sandakan Masin | Sha ingat lagi awal bulan Disember 2022, pihak service cuckoo menukar filter penapis air, selepas itu air penapis tersebut rasa masin, jadi sha pun komplain dengan HQ cuckoo yang dah 2 minggu air masin, sha fikirkan air masin tu berpunca dari selepas penukaran filter penapis air  cuckoo tu, rupanya satu sandakan rasa air main hihi. Tapi the best cuckoo pun dah 2x tukar filter penapis air sha..hihi

PUNCA BEKALAN AIR BERSIH DI SANDAKAN MASIN

SANDAKAN :  Pagar sungai (river gate) di Sungai Segaliud, yang dirosakkan dipercayai menyebabkan penyusupan air laut ke dalam empangan penahan Sungai Segaliud, sekaligus menjadi punca paras kemasinan yang luar biasa serta tinggi dalam sistem bekalan air pengguna harian di Sandakan.

Difahamkan, laporan Polis turut telah dibuat selepas mendapati bahawa pagar sungai di Sungai Segaliud didapati telah rosak dan kabelnya juga telah dicuri pada bulan lepas.

Akibat kerosakan itu, ia juga tidak dapat membuang air laut dari sistem bekalan, terutamanya semasa kejadian air pasang besar pada bulan lepas. 

Pada masa ini, Jabatan Air mengepam air dari sungai ke empangan bagi mengurangkan tahap kemasinan dalam sistem bekalan air. 

Jabatan Air juga memantau dengan teliti berkenaan isu itu dan memastikan bekalan air pada masa ini masih selamat untuk digunakan oleh pengguna.

Sementara menunggu alat ganti sampai dari luar negara, Jabatan Air turut mencadangkan untuk melakukan pembenihan awan di kawasan Segaliud bagi mendorong hujan bagi mengurangkan lagi tahap kemasinan berkenaan.

ish ish..siapalah yang tak bertanggungjawab pergi curi kabel tu, akibat tindakan tak bermoral dorang tu, satu sanakan sampai sekarang bekalan air bersih masih rasa masin, walaupun dah pakai penapis air, bayangkan kalau tak pakai penapis air, lagi terasa masin nya hihi, apapun semoga dipermudahkan urusan jabatan air sabah untuk menyelesaikan masalah ini..jimat garam hihi

December 17, 2022

Viral Di Tiktok Kawan Beranak Dalam kereta

December 17, 2022 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Viral Di Tiktok Kawan Beranak Dalam kereta, ini pengalaman pertama orang terdekat beranak dalam kereta, excited ada, seram pun ada..sebab sha berada ditempat tu selepas dia beranak..dan tengah tunggu ambulance sampai dalam masa 5-10 minit juga



Nak dijadikan cerita, kawan sha tu mengandung anak ketiga, sejarah melahirkan anak pertama secara czer dan kedua secara normal, so memang tengah tunggu hari la kan..biasanya kalau beranak anak kedua ketiga dan seterusnya memang akan awal 2 minggu dari tarikh due, sha dulu anak pertama pun begitu, excited si baby mau keluar awal..hihi..so subuh tu kawan sha sakit perut nak membuang air besar, itu tanda2 dah tu sebab kalau nak beranak memang sakitnya macam buang air besar, jadi pagi tu dia keluar pergi minta urut dekat bidan dekat area rumah juga..

Bidan urut pinggang sebab dia dah xboleh mau baring perut dah mengeras dan bidan bagi air selusuh, dia pun pergi hantar anak buahnya pergi sekolah pasti, dalam perjalanan pulang, tiba2 dia sakit perut nak beranak, kepala dah keluar katanya, husband nya yang memandu pun tak tahu nak buat apa dah, kawan sha dah start mengajan..parking tepi dan tarik anak keluar, time tu dah tak rasa apa dah..sebab dah nampak kepala baby kan..bila baby dah keluar dia sempat col sha minta tolong hantar anak buahnya pergi sekolah

Kebetulan pula sha baru nak hantar edan ke sekolah jam 7.30 pagi, nasib tempatnya dekat ja, sha terus pecut pergi sna dan tengok seat depan dah berdarah kawan sha tu lemas dah..tapi baby ok..baby boy la katakan..hihi

Alhamdulilah syukur..dua2 selamat berat baby 3.2kg dah pulang ke rumah..selamat berpantang hanisa mahmood, 

Dalam video TikTok yang sha share tu, ramai juga yang pernah beranak dalam kereta, actually nurse dan doktor sangat takut bila ibu2 beranak selain dari hosp, sebab takut kena jangkitan kuman, ada masalah yang tak dapat dielakkan, tinggu risiko maut selepas melahirkan nauzubillah..tapi kalau nak terjadi kita pun tak tahu kan..sha sendiri pun lahir dirumah hihi..

Maaf ya sha xdpt nak reply semua komen dalam video tu sebab banyak sangat tapi sha dah share komen dekat kawan sha baca sebab dia tiada tiktok ..tq semua yang mendoakan dia dan baby..


December 16, 2022

Jom Bawa anak Ke PetroSains, Masuk Percuma

December 16, 2022 1 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Jom Bawa anak Ke PetroSains, Masuk Percuma | Beberapa hari yang lalu, sha pergi bercuti dengan keluarga sebelah suami ke Kota Kinabalu sebab ipar sha convo di UMS KK, so kami bertolak awal, drive sendiri kereta Sandakan-Beluran sebab nak ambil ipar sha yang lagi satu dengan anak dia teruskan perjalanan ke Kota kinabalu agak dalam 7 jam juga perjalanan sebab singgah telupid untuk makan dan singgah kundasang kejap dan ada lagi jem dekat kundasang lori terbalik, penat sangat duduk dalam kereta ja hihi


Banyak sangat tempat menarik yang korang boleh bawa anak sempena cuti sekolah di KK ni tapi tak banyak tempat yang masuk adalah percuma haha, so ini kali kedua sha pergi Petrosains KK, 1st tu bawa anak murid dari tabika yang sha mengajar tu lawatan time tu sha belum kahwin lagi ya. Jalan pun sha dah lupa sebab dah hampir 5 tahun berlalu haha tapi jangan risau korang boleh pin dekat library lama Kota Kinabalu, confirm dapat

Apa itu Pertosains?

Petrosains adalah muzium sains dan teknologi Malaysia yang ditubahkan pada 25 Mac 1999 terletak di dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas dan dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat terbesar minyak dan gas, Petronas. Tujuan penubuhan Petrosains tidak lain tidak bukan adalah untuk membangkitkan keterujaan dan rasa kagum pengunjung mengenai sains dan teknologi

Sumber : Wikipedia

Petrosains PlaySmart pula ialah Pusat penemuan sains mini atau satelit yang mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan anak-anak serta orang awam untuk mempelajari STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Dan Petrosains pertama ditubuhkan di Sabah pada 2012. Banyak pameran interaktif dan saintifik sedang berlangsung di Petrosains Sabah, korang kena datang dan rasai sendiri keterujaan tersebut, meski bukan semua aktiviti yang ada di Petrosains Suria KLCC dibuat di Sabah namun sedikit sebanyak aktiviti dan pameran yang ada cukup membuatkan pengunjung happy apabila keluar dari Petrosains.

Alamat Petrosains Sabah

Petrosains PlaySmart™ Kota Kinabalu 
Perpustakaan Negeri Sabah Jalan Tasik, 
Off Jalan Maktab Gaya 88300 Luyang, 
Kota Kinabalu, Sabah

Masa lawatan Ke Petrosains

Isnin-Jumaat    9 pagi-5 petang 
Satu dan Ahad    9 pagi-2 petang

Rehat 1 petang-2 petang, 12 tengah hari-2 petang (Jumaat)

Sebahagian video yang sha ambil dari aktiviti di dalam petrosains 






Banyak sangat aktiviti dalam ni, bagi sha semua peringkat umur pun boleh join sekali, mak bapa pun excited main robot 🤣 yang penting semua enjoy..walaupun masa limited sebab sha dan keluarga ngam2 sampai setengah jam sebelum rehat..so tak dapat try semua permainan..so kalau korang nak try semua permainan boleh masuk awal ya.

Apa sha boleh katakan, tempat sebegini memang sangat bermanfaat untuk semua orang dari segi ilmu pengetahuan STEM yang orang bila cakap pasal tu mesti boring kan..haha tapi usaha sebegini patut di puji dan harap pihak lain turut tubuhkan banyak tempat sebegini untuk manfaat masa hadapan..petrosains best..








November 14, 2022

Ajar Anak Mengira Duit Melalui Game Online

November 14, 2022 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Ajar Anak Mengira Duit Melalui Game Online | Hampir setahun anak pertama sha bersekolah di tabika, dan sha baru tahu dia belum pandai mengira, tapi untuk umur 4 tahun mungkin terlalu awal untuk dia tahu begitu cepat, sedangkan nombor pun dia belum tahu menulis apatah lagi mengira..itu bukan jadi masalah bagi sha sebenarnya sebab tahun ini sha lebih fokus untuk dia bergaul dengan kawan memandangkan dia ni golongan speech delay. Alhamdulilah banyak perkembangan ayat boleh dilihat pada hari ini. 




Kebelakangan ini sha nampak minat dia lebih kepada main game, bila balik sekolah, mandi makan dan terus main game, main game ini bagus sebenarnya ianya juga boleh jadi hobi yang bermanfaat selain dari hilangkan stress tapi kenalah game yang sepadan dengan usia mereka, lagipun budak sekarang semakin maju kedepan seiring dengan teknologi tapi kita sebagai ibu bapa perlu control screen time anak.

Ting, sha ada ternampak 1 laman web yang sangat sesuai untuk anak sha, lebih fokus kepada belajar sambil main game, ada lebih dari 60 game online pelbagai sektor  perniagaan seperti jadi cashier, pengira stok, sebagai ejen hartanah, simulasi bekerja di cafe dan jadi chef, begitu juga dengan kerja menternak haiwan dan banyak lagi lah. 




Kebanyakan game online berkait rapat dengan pengiraan jadi disini secara tidak lansung kita dapat mengajar anak mengira sambil bermain, best kan, mesti enjoy dan fun.


Apa yang bestnya bila korang masuk ja laman web nya sangat ringan dan game dalam page tu tak perlu download pun dan yang paling penting tiada satu pun iklan yang menganggu korang yang tengah khusyuk main game. 

Untuk budak umur bawah 4 tahun, dalam game ni ada disediakan tutorial/guide line cara main setiap game, ada level permainan, hint pun ada, jadi anak kita main game pun taklah stress sangat asyik kalah ja kan, game semua bagi dorang happy dan enjoy ja.



Mak mak pun excited main game ni, bukan apa dulu pernah jadi cashier dekat pasar raya itu yang nak juga main game ni hahaha, best tau main game ni kita jadi cashier, tekan harga setiap 1 barang lepas tu total up customer akan bagi duit kita masukkan lagi duit dalam mesin then tolak berapa kena bayar balik dekat customer alahai mengamit kenangan betulah game jadi cashier ni hahaha..5 bintang sha bagi.

Ajar Anak Mengira Duit Melalui Game Online



Anak sha pula sha ajar dia main game cash back ni, senang ja untuk umur 4 tahun, kira berapa harga setiap 1 barang contoh macam cookies ni $3 jadi dia bagi $5 so bakinya adalah $2, dalam petak yang banyak duit tu tiada $2 so anak sha akan tekan $1 sebanyak 2x untuk jadi $2. Kena ada common sense berapa boleh dapat jumlah tu..ahh macam tu ja ajar dia pelahan2

Best kan game ni..biasanya anak akan tertarik dengan bunyi dan graphic game, so far best main dekat komputer jelas dan senang nak ajar anak main sekali..penggunaan mouse pun mudah, lagipun anak sha ni dah terer main guna mouse ahh ambil kau..kalah maknya hihi

Apapun pastikan anak bermain game ada limitnya jangan lah harapkan dorang main sampai lupa makan dan mandi, tapi pastikan setiap kali dorang main dorang akan enjoy game ni.

November 9, 2022

Tips Cerai Susu Badan Anak Kedua

November 09, 2022 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Tips Cerai Susu Badan Anak Kedua | Teringat dekat entry sebelum ini cerai susu badan anak pertama ,kali ni tulis pula pengalaman cerai susu anak kedua, alhamduilah keduanya menysusu badan lebih dari 2 tahun seperti yang disyorkan dan lepas cerai susu macam mana pula dengan air susu yang ada pada badan kita, nanti sha akan share di entry ini. So ini tips yang sha akan kongsikan tips cerai susu badan anak kedua.




Anak kedua ni lain sikit peelnya, dah lah suka berkepit dibawah ketiak umienya, kemana saja macam bayang bayang umie, kadang rimas jug apatah lagi bila malam kami berdua tak senang tidur eshal  kejap tidur sebelah kiri kejap sebelah kanan, sha terfikir juga ada lagi kah susu badan dia hisap ni..penat jangan cakap la, ibu yang menyusu badan akan selalu sakit badan dan berat badan bertambah sebab kuat makan akibat baby masih menyusu kan.

Sha rasa memang ini lah masanya untuk cerai susu, umur eshal pun dah lebih 2 tahun, macam abangnya juga cerai susu pada umur 2 tahun 4 bulan, kali ini bagi chance umie rehat serehatnya dari susu badan selama 4 tahun 4 bulan 

baca pengalaman sha dalam Proses cerai susu anak pertama

Tips Cerai Susu Badan Anak Kedua 

1. Pilih waktu sesuai : masuk ja umur 2 tahun mama dah boleh start susukan sama ada sebelah siang atau pun malam pilih antara satu, kalau sha, sha akan pilih susu badan sebelah malam sebab malas bangun buat susu botol haha, so siang tu sha akan bagi dia susu botol selang seli dengan susu badan, nanti lama sikit baru kurangkan susu badan.

2. Jangan berhenti susu badan mendadak : okay eshal waktu siang dah sepenuhnya susu botol cuma waktu malam dia masih lagi menempel macam puting babau tu, dah jadi kebiasaan dorang kan susu badan tak hidap pun asal asal ja dapat, so slowly talk dengan eshal sebelum dia tidur tak boleh susu badan eshal dah besar.

3. Elakkan letak benda terlarang pada puting : ini sha ada try letak cuka, lepas tu kena marah dekat baba dorang sebab nanti efek dekat perut dorang pula, fikir betul juga kan, kesian juga so jangan cuba letak minyak kapak ka, vicks ka, cuka ka, jangan ya kesian dekat anak.

4. Sentiasa peluk dan sayang anak : bila proses cerai susu ni melibatkan emosi anak, maka anak cepat terasa dengan kita, mungkin dia akan fikir kita tak sayang dia lagi sebab dah tak bagi susu badan, jadi kita perlu kerap peluk dan cakap sayang dekat dia, bagi alasan yang dia boleh terima , anak perempuan dia manja sikit dari lelaki tapi tetap peluk juga anak lelaki untuk mengelakkan dia rasa terpinggir. peluk anak ini bagus sebenarna amakan sampai dia besar membantu memberikan dia semangat dan kasih sayang

5.Susu botol atau minum dalam gelas : anak pertama sha dia memang tolak susu botol dah banyak jenis sha beli, tapi dia pilih minum susu dalam gelas yang ada straw beli di mr.diy RM1.50 ja senang kerja sha kan, tapi anak kedua ni kat mydin yang murah tu RM10 dapat 2 botol dia rembat ja minum sambil limpang, aik beza kan dia dengan abangnya haha,,tapi perlu diingat bila susu dalam botol banyak kerja sebab kena pastikan botol sentiasa bersih sebelum digunakan dan sentiasa direndam dalam air panas untuk mengelakkan bakteria melekat dalam botol.

Selepasa beberapa minggu eshal dah tak susu badan malam pun dia dah pandai tidur sebelah babanya sebeum ni tidur dibawah ketaik umie ja, tidur kami berdua pun jadi lena bangun pun rasa segar namun sha kadang rindu juga eshal menempel tapi tak boleh nak, bagi umie rehat ya, sha tengah malam tak lagi macam tikus cari makanan di dapur sebab lapar hihi.


Lepas cerai susu apa jadi dekat air susu badan yang tidak dihsiap? 

Soalan ni berlegar di otak sha selepas sha dah tak bagi eshal susu badan so susu sha jadi besar dan keras, sakit apabila disentuh dan terasa berat, actually susu badan yang tidak diransang akan mengering dengan sendirinya, macam demand dan supply, boleh pam susu tapi sha kalau pam susu akan sakit kepala so sha pilih untuk tunggu dia kering, tapi sakit jugalah sebab keras kan, option lain sha akan tuam pakai air suam dan sekarang dah beransur kering. 

Alhamdulilah untuk 4 tahun pengalaman menyusukan 2 orang anak secara berterusan, sha doakan ibu ibu diluar sana juga mampu menyusukan anak sampai umur 2 tahun.