February 5, 2024

Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Sandakan 2023/2024

February 05, 2024 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Sandakan 2023/2024| Tahniah kepada semua anak-anak tabika yang telah tamat sesi persekolahan 2023/2024, selamat melangkah ke tahun satu march ini, edan tahun ni masih tabika lagi hihi..tapi sha pindahkan dia ke pra sekolah..so last la ni dia bersekolah di tabika perpaduan selama dua tahun..walaupun 1 tahun di tabika perpaduan taman airport, dan tahun ni di tabika perpaduan taman mawar, tapi syukur dia mudah serasi dengan persekitaran di sekolah , dengan cikgu-cikgu sebab dia ni jenis yang peramah, senang dapat kawan.

Majlis Apresiasi kali ni berjalan dengan lancar, diadakan di dewan hotel sanbay, sandakan pada 27 january, seramai 13 buah tabika perpaduan di sandakan termasuk dari kinabatangan menjayakan majlis ini dengan gemilang, sha sangat teruja dengan persembahan dari si cilik di setiap tabika, walaupun dewan agak sempit tapi mampu memuatkan sejumlah ibu bapa dan penjaga yang hadir.

cikgu-cikgu tabika dan murid-murid harapan
tahniah !

cikgu, ibu bapa dan anak tabika perpaduan taman mawar sandakan

kad jemputan








January 25, 2024

Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh

January 25, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh

D era serba kemajuaan kini, zaman 2024, sha masih guna mesin basuh manual ataupun semi auto..yang ada dua tempat satu membasuh dan satu lagi spin tu..sha juga pasti sha tak keseorangan yang masih menggunakannya, ini kerana mesin basuh manual ni jika dijaga dengan baik, iangka hayatnya akan panjang berbanding dengan mesin basuh auto, lagipula bila guna mesin basuh ni kita jadi auto rajin haha sebab memerlukan pemantauan yang kerap berbanding mesin auto. hihi




Sha ingat lagi pertama kali pindah rumah, sha belum ada mesin basuh, dan terpaksa mencuci kain menggunakan tangan walaupun sha time tu tengah sarat mengandung anak pertama, Kesian tapi itula perjuangaan seorang isteri ceh..haha..dan paling terpanggil untuk membeli satu mesin basuh ketika itu, waktu sha pindah rumah flat tingkat atas, waktu tu sha cuci selimut tebal, mana la kuat mau perah airnya tu jatuh kebawah macam hujan, datang seorang pakcik komplain marah2 dekat sha sebab habis jemurannya basah waktu pagi, dengan dia sekali basah macam mandi hujan katanya, adui sadis...kesian dekat pakcik tu..maafla belum ada rezeki lagi mau beli mesin basuh dia pun kesian dekat sha, dia kata beli la mesin basuh..so sha pun bagitahu dekat suami, kebetulan time tu ada duit lebih maka ada lah mesin basuh ini dari 2019 sampai ke 2024 sangat memudahkan kerja sha sebaai seorang ibu. terima kasih untuk 5 tahun ini

Sha sayang dengan barang2 rumah sha sebab susah nak dapatkan dengan duit yang terhad setiap bulan kami plan beli apa yang perlu dulu..begitulah hidup dipermulaan kahwin..Alhamdulilah, sekarang dah ok sikit..

ok berbalik kepada tajuk kita, panjang pula sha taip kan...haha..actually mesin basuh sha ni dah 2 kali repair dekat kedai, itupun dua2 masalah motor spin dan basuh sebab sha beli ada warranty 5 tahun untuk motor, dalam tempoh 4 tahun tu disitulah dia rosak, syukur juga sebab sha hanya bayar cas service ja RM50 untuk setiap kali hantar kedai, kalau beli motor pun dalam ratus juga sha tanya hari tu..nak hantar mesin pun satu hal, sha terpaksa pakai kereta saga, tempat duduk penumpang depan buka, sumbat sampai masuk, itu sha suruh suami yang buat hahaha bila unloading sha suruh staff kedai pula yang keluarkan, senang kerja sha, sebab nak harapkan suami, dia pun kerja, ahad kedai tutup..harung ja lah sebab yang penat cuci kain pakai tangan tu sha haha..

untuk claim pastikan ada warranty card dan date masih available untuk mengelakkan bayaran lain pada part yang rosak, kalau dah expired korang beli ja part dekat shopee lepas tu pasang sendiri, tak yakin hantarlah kedai hihi..



Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh

Bila kita isi air menggunakan hose, air tetap keluar walaupun kita dah pusing pada button normal, selalunya, kalau sudah siap membasuh tu, kita pusing ke drain-off atau dalam bahasa melayunya buang air haha. Dan paling ketara apabila kita basuh kain dalam tu air makin sedikit, dan kita pun makin panas bilanya nak siap kalau asyik sumbat airnya.

sumber google



Mula2 buka penutup yang ada dibelakang mesin basuh, jangan kacau yang lain hanya fokus pada hose putih ada 2 cabang, tengah tu buka penutupnya dan ada nampak getah atau valve untuk menghalang air dari lalu keluar dari hose sekali gus menghalang air melalui ke bahagian spin




buka dan bersihkan cek jika rosak, koyak dan kendur, biasanya mesin basuh usia sudah 5 tahun memang akan kena gantilah, dekat shopee harga pun baru RM1 kalau suruh orang buat paling murah RM20 buat sendiri jimat banyak, sementara menunggu barang sampai, gunalah dulu, at least airnya hanya sikit saja yang mengalir keluar sebab valve dah tak padat nak sekat dari keluar..ganti setel masalah.

Sha suka guna mesin basuh manual ni sebab sha yakin ja bersih tengok cara dia berputar lepas tu keluarkan kain bilas dengan air yang mengalir, angkat dan spin senang jugalah tapi no hal kalau korang dah ada mesin basuh auto, lagi2 ada anak kecil limit sangat masa untuk membasuh waktu pagi..apapun barang yang ada sekarang memang ada fungsi tersendiri untuk memudahkan kita semua bekerja. jaga baik2 ya..





January 18, 2024

Tular Jalan Kinabatangan, Sabah Bagai ke Bulan.

January 18, 2024 1 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Tular Jalan Kinabatangan, Sabah Bagai ke Bulan 


Baru-baru ni tular jalan di salah satu daerah di Sabah iaitu Kinabatangan berlubang yang sangat teruk sehingga menyusahkan penduduk sekitar serta pengguna jalan raya yang lain untuk melaluinya.

Bercerita mengenai jalan tersebut akhir tahun lalu, suami sha ditugaskan untuk bekerja luar daerah selama seminggu lebih, jadi kami mengambil keputusan untuk ikut sekali ke Lahad Datu, memang akan limpas (lalu) jalan berlubang seperti yang sha cakapkan tadi, tidak hanya 1 tempat, malah 3 tempat yang sha dapati jalannya berlubang sepanjang perjalanan dari kinabatangan ke lahad datu tersebut. Menyukarkan para pengguna bila limpas jalan time hujan dan waktu malam. Sudah begitu tiada lagi lampu..kesian betul bah.

Sha sebagai rakyat sabah amat kecewa dengan perkara ini, sudah 2024, jalan raya di sabah masih begitu malah lebih teruk, jangankan di kinabatangan, sedangkan jalan telupid pun sama teruknya, hari itu Raja dan permaisuri datang melawat sabah, itu pun pihak berkenaan baru bertungkus lumus membuat jalan, terima kasih jugalah sebab terbuat juga jalan walaupun hakikatnya tidak tahan lama.

Ini juga sangat memalukan bagi pelancong dari luar negara mahupun dalam negara, di sabah banyak tempat perlancongan tapi fasilitinya sangat daif.

Jadi di harap pihak berkenaan sila lah ambil perhatian dengan isu ini, jangan sampai ada yang terkorban dengan jalan yang sangat teruk ini, atau tak kan mau kena viral baru ada tindakan macam jalan di Kinabatangan ni, Yb yang lain tolonglah turun padang tengok masalah jalan disabah..

Baru-baru ini ada kemalangan melibatkan pemandu lori sampah terbalik ketika sedang mengelak lubang di kawasan berkenaan.


gambar credit to facebook


Update jalan kinabatangan sudah kena tampal, mungkin musim hujan jadi dorang kubur ja tu lubang pakai pasir/tanah..jadi boleh la gambar bikin bukti kena buat..



September 16, 2023

Program Inisiatif Tasneem HOME Centre Bantu Bimbing Suri Rumah Kerja Dari Rumah

September 16, 2023 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Program Inisiatif Tasneem HOME Centre Bantu Bimbing Suri Rumah Kerja Dari Rumah | Keadaan ekonomi sekarang semakin mencabar membuatkan kebanyakan suri rumah berhasrat untuk membantu keluarga dengan menjana pendapatan sampingan, tapi ada di antara mereka tidak tahu hendak bermula dari mana dan bagaimana. Apabila difikirkan lagi, dengan masa yang tidak menentu dan memerlukan modal yang banyak, pasti ramai suri rumah membatalkan hasrat tersebut dek kerana rumitnya berniaga. Tasneem Busniess Legacy telah melancarkan program inisiatif terbaru yang bantu bimbing suri rumah yang berhasrat untuk menjana pendapatan dari rumah dengan mudah dan senang.



Apa itu Tasneem HOME Centre?

Tasneem HOME Centre adalah satu program inisiatif  yang menyasarkan pembukaan pusat jualan  perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di lokasi bandar atau luar bandar.

Setiap Tasneem HOME Centre yang berdaftar akan diberikan bahan pemasaran PERCUMA terdiri daripada bunting, catalog, flyers, car window sticker, beg plastik berlogo dan kad perniagaan dengan memaparkan wajah pemilik Tasneem HOME Centre itu sendiri.

Oleh itu, Pihak Tasneem Naturel sangat mengalukan suri rumah dan semua golongan pencari kerja yang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan tampil untuk mendaftar sebagai pengedar yang sah secara percuma. 




Dengan ramainya penyertaan melalui program inisiatif  Tasneem HOME Centre ini secara tidak langsung dapat mengembangkan sayap produk Tasneem Naturel ke seluruh pelusuk negeri dengan harapan Produk Tasneem Naturel tidak lagi asing apabila diperkatakan. Sekali gus produk ini senang dan mudah untuk didapati walaupun lokasi nya di luar bandar.

Tiada lagi alasan untuk tidak tahu bagaimana hendak mula berniaga jika anda sebagai suri rumah mula mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Naturel dan seterusnya daftar sebagai Tasneem HOME Centre dengan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan, bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu jalan.

Sesi Penyerahan bahan pemasaran (marketing tools) secara percuma






Dalam acara Hi-Tea & Sof Launch Tasneem Home Centre, diadakan satu sesi penyerahan marketing tools percuma kepada  21 orang yang telah mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Home Centre, tahniah kepada semua yang telah berdaftar 

Berminat untuk menyertai Tasneem Home Centre?

Jika anda suri rumah yang kami cari dan berminat untuk menjadi Tasneem HOME Centre, daftar sebagai Pengedar Sah Tasneem Naturel Segera! 


Layari laman web rasmi Tasneem Naturel di www.tasneemnaturel.com untuk maklumat lanjut.















August 12, 2023

DIY Sabun Bubble Guna 3 Bahan Saja

August 12, 2023 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum



DIY Sabun Bubble Guna 3 Bahan Saja | Hari tu sha ada beli bubble gun dekat shopee harga dalam RM5 ja untuk 1pc of kos kena beli dua kalau tak mengamuk yang satu..sekarang macam dapat anak kembar pula beli apa2 kena beli 2 hahaha..so plan petang ni mau pergi kompleks main bubble disana memang port orang main bubble.. kalau sekali main dengan limit sabun RM5 celup sikit dah banyak buihnya...mainnya tak puas..jadi sha plan buat sendiri, jimat sangat dapat 1500ml++ sabun bubble.

lately anak2 sha memang suka main bubble..memang aktiviti dorang dirumah lagi2 weekend tiada apa nak buat...so bubble gun sha beli ni guna battery tak perlu susah2 meniup..tapi kalau korang tiada bahan pun tak apa boleh diy guna hanger besi atau dawai..buat bentuk bulat pun ok dah tu..

bahan diy sabun bubble sha guna 3 bahan ja..

1500ml air putih
4 sudu makan tepung jagung
250ml sabun joy, sabun lain boleh tapi sabun joy lebih pekat agak mahal jugalah tadi sha beli 375ml RM6 haha boleh la invest untuk gembirakan anak kan..

campur tepung jagung dalam jug kedalam air gaul sebati dan masukkan sabun joy..gaul pelahan supaya buih tak banyak keluar..sudah sebati..korang letaklah balik dalam botol 1500ml tu kemudian label macam sha buat takut anak minum naya...

letakkan ditempat yang tak dijangkau anak..rehatkan dalam 1 malam..kalau tak dapat juga mainlah sepuas hati haha kadang maknya pun excited nak main tak dah nya nak tunggu sampai 1 malam haha

semoga diy ni dapat mengembirakan hati anak walaupun bajet siput ja kan...biasala semua kena jimat zaman sekarang barang mahal..