November 21, 2024

Permohonan Rumah PPR DiLuluskan, Apa Perlu di Buat?

November 21, 2024 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Permohonan Rumah PPR DiLuluskan, Apa Perlu di Buat?


Alhamdulilah setelah 3 tahun memohon akhirnya tahun ini, dekat-dekat nak hujung tahun 2024, permohonan kami di luluskan, sha ingat lagi time kami memohon pada july 2021, sha jangan cakap memang naik turun bawa eshal pergi MPS, pergi JPN sebab nak cop pengesahan IC, lepas tu pergi print dan buat surat sumpah, pergi lagi minta sokongan YB, bak kata orang usaha tidak mengkhianati hasil, di saat kami mula berputus asa dengan permohonan rumah ppr yang sunyi tiada khabar, 


Kami mula mencari iktihar sendiri dengan membeli rumah (story pindah rumah korang boleh baca dekat sini) kami tak jadi beli pun rumah tu atas sebab masalah dari pihak tuan rumah (faraid) so kami pun menyewa di rumah itu tanpa hala tuju, dengan rumah yang high maintenance, banyak rosak tapi rugi bagi kami untuk repair balik, dekat 2 tahun tinggal situ kami pilih untuk teruskan menyewa di tempat lain, untuk tempoh 3 tahun menunggu rumah ppr tu kami dah pindah 2 buah rumah..haha bila diingat balik penat bah pindah ni, dengan angkat barang mana lagi manage barang, kena lagi almari baju baru beli terkupas sana sini, peti sejuk kemek, sedih tapi apa boleh buat kami dah cuba yang terbaik dan inilah jawapan setelah pindah rumah 2x plus tak jadi beli rumah, ada hikmahnya kan.






Syukur Allah lebih mengetahui kemampuan kewangan kami mungkin kami hanya bertahan menyewa untuk short term tapi tidak long term sebab sewa rumah di sandakan ni makin mahal dengan ekonomi yang mendadak naik.

Taklimat berkenaan ppr dan deposit pembayaran 

Pada jumaat yang lepas, petang tu sha tengah mengkopi di meja, tiba-tiba ada 1 panggilan masuk, nombor peribadi, dia bagitahu yang dia dari MPS dan dia kata permohonan rumah ppr sg manila yang sha mohon sebelum ini lulus dan diminta untuk hadir ke dewan ppr muhibah untuk taklimat tentang ppr ni, sha sebenarnya gembira campur tidak percaya, sebab manalah tau kan scammer hahha..scammer ppr ni banyak, ramai dah kena, lagipun kenapa diorang tak email ja kan, atau wasap ja surat tawaran tu, rupanya diorang col satu persatu pemohon yang layak 120 orang dan hanya 80 orang sahaja yang respond yang lain tidak dapat dihubungi..dalam 120 orang tu sha antara yang lulus dan layak memiliki sebuah rumah ppr di ppr sg manila, alhamdulilah


dalam taklimat tu panjang dia ceritakan apa yang perlu dibuat dan apa yang dilarang, sha memang sedia maklum sebab sebelum ni sha tinggal dengan kaka sha di ppr telipok ria, ppr ni memang kecil ja kalau keluarga macam sha ni ada 2 anak kira oklah, keluasan dalam 750sf, 3bilik 2 tandas, 1 ruang tamu dan 1 dapur, basic untuk sebuah rumah.

Baca : Pembayaran Deposit Rumah PPR Sg Manila Sandakan


so lepas dapat surat tawaran kami dibagi tempoh sebulan dari tarikh kami ke taklimat tu, selesaikan deposit, untuk ppr sg manila 812 termasuk deposit sewa 2 bulan, 1 bulan sewa, deposit air, yuran penyelenggaraan dan kos perjanjian menyewa lain lagi sambungan karan dibuat sendiri oleh pemohon.

sha belum buat lagi sebab tengah tunggu gaji hihi, tapi kami dimaklumkan untuk pergi MPS buat bayaran deposit dan terus ke jabatan pembangunan komuniti tingkat 1 untuk ambil borang penyambungan karan dan pergi ke kaunter amal maju untuk bayar 1 bulan sewa dan terus ambil kunci

Permohonan PPR kawasan sandakan

sebelum ini sha ada share tentang pemohonan atas talian bagi ppr batu putih tapi ppr tu dah tutup dorang pun dah banyak yang pindah masuk, tapi kalau untuk permohonan ppr lain korang boleh apply manual, insyallah ada masa sha buatkan entry untuk memohon manual, apa dokumen yang diperlukan.




September 13, 2024

Johan Pertandingan Pakaian Beragam Pra Sekolah

September 13, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum




Johan Pertandingan Pakaian Beragam Pra Sekolah |alhmdulilah ini kali pertama sertai pertandingan beragam.. nervous juga sebab belum ada pengalaman nak fesyen kan baju..hantar baju untuk jahit pun last minit dapat, besok dah bertanding..jadi buat ja la mana yang mampu

dekat sebulan jugalah cikgu announce siapa nak join pertandingan..sha pun oklah join la..tapi baju tak prepare lagi..baju merah tiada..so pinjam dengan anak kawan..sekali sampai santung pula .terpaksa beli kain dan jahit..itu pun tunggu gaji baru dapat buat..

wau pula sha buat sendiri guna dawai jemuran yang warna biru tu..alas guna kain batik sha warna biru..bendera negeri tu sha print lepas tu lapik guna kotak dan solitape..sha tambah lampu pada wau dan baju..lampu beli di shopee..

keris buat sendiri guna kotak

tanjak pula sha beli kain felt saiz a3 lipat 2 dan buat tanjak..hias guna kain percaan batik..dan buat bendera malaysia

spek mata beli dekat one stop

samping tu asalnya tudung bawal eshal tapi sha jadikan samping..lipat 2 then jahit ditengah letak getah..sebab depan tu ada bendera malaysia..

Johan Pertandingan Pakaian Beragam Pra Sekolah




alhmdulilah dapat johan pertandingan pakaian beragam sebenarnya tak yakin menang juga sebab banyak saingan..terutamanya budak perempuan semua hias lawa2..tapi sha lebih prefer buat sendiri..kalau beli nanti berlanggar pula nya..sebab banyak kan fesyen sekarang dekat shopee..eh betul ramai kawan2 baju sama..

gmabar atas tu dia menang pertandingan mewarna dapatlah mainan lego happy dia dapat hadiah..

tapi salute dengan kepakaran dan kreativiti ibu2 dalam support aktiviti begini..sha suka.. insyaAllah ada lagi tahun depan sha pasti akan syorkan budak2 ni ikut sekali..ambil pengalaman supaya yakin berdiri di khayalak ramai..

September 12, 2024

Renew Insuran Percuma Roadtax Dan Diskaun RM20 dari Shopee

September 12, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Renew Insuran Percuma Roadtax Dan Diskaun RM20 dari Shopee | Im so happy today sebab akhirnya dapat renew kereta saga sha..walaupun dia masih ada dalam bengkel sekarang, dah lama sebenarnya roadtax saga sha mati, tengah cari kedai insuran online yang ok sikit selain bja* sebab sebelum ni memang kerap guna khidmat diorang untuk bezza suami dan saga sha..agak mahal juga lah..

so cari punya cari..dapatlah website policy street..hari tu blogger uzu ada share, sha saja ja minta quatation dekat admin policy street lepas tu dia bagitahu yang kalau renew insuran pada 12 dan 13 September akan dapat free roadtax RM70 dan hari ini sha pun renew lah bayar guna spaylater ja




tuptup dapat lagi diskaun RM20 bila kita bayar guna spaylater..jadi sha hanya bayar dalam RM320 plus..


saga sha ni saga lama flx jadi cover 10k ja..boleh lah dari jumlah tahun lalu dalam 400 lebih juga ada hidden fee..bayar pula guna atome bad service..lambat bayar penalty RM30..tak mau dah guna atome..time tu sha belum ada lagi spaylater..hihi




Pengguna perodua dan proton cepat2 grab promo free roadtax ni..sha share benda baik ja..xda pun dorg bayar hahaha..refferal link pun tiada..

tapi katanya kalau share pengalaman dapat free voucher aeon sandakan mana ada aeon..sha share sini ja la..

August 30, 2024

Cara yang Sesuai untuk Anak Mula Membaca

August 30, 2024 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Cara yang Sesuai untuk Anak Mula Membaca | Awal bulan 8 hari tu, pra sekolah edan ada buat sesi perjumpaan guru bersama ibu bapa, macam ambil report kad tapi mana-mana tabika atau pra sekolah memang tiada peperiksaan so, cikgu just bagi sepatah dua kata tentang penilaian berdasarkan perkembangan semester pertama anak. 




Nak dijadikan cerita, edan ni dah 2 tahun duk sekolah tabika perpaduan, masuk tahun ni tahun ketiga dia bersekolah sha masukkan dia pra sekolah, dalam tempoh 2 tahun sekolah di tabika perpaduan memang dia cepat tangkap dengan pelajaran yang cikgu ajar, cumanya dari segi membaca dan mengira tu agak lambat dan boleh dikatakan hanya kenal huruf dan nombor, sha pun tunggu punya tunggu pandai 2 suku sampai akhir tahun persekolahan still sama, dan sha pernah dimaklumkan oleh cikgu yang dia hanya ikut silibus..ok kita faham sebagai cikgu nak ajar anak murid memang agak ramai tak dapat fokus 3M so kita buat solusi sendiri dengan mengajar anak dirumah.

Bermulalah tugas sebagai cikgu dirumah, langkah pertama yang kita perlu buat adalah kenal pasti cara kita mengajar anak, sejujurnya sha pernah mengajar di tadika swasta tapi tak sampai pun setahun sebab jadi guru ganti ja,sha ada lah tahu sikit-sikit kaedah fonik dengan mengunakan buku cahayaku, mengikut penelitian sha, akan senang ajar bila dah tahu kaedah bunyi huruf tu, sha pernah ajar edan menggunakan cara ini tapi tak dapat, dia tak boleh, ok ajar pula cara lama, iaitu mengeja macam s a, y a , tak boleh juga hampir 1 minggu sha buntuh nak cari cara mengajar dia waktu cuti semester tahun lalu 2023, menangis merajuk marah itu jangan kira lah..dah macam naga setiap kali nak mengajar..

Bila difikirkan sampai bila nak mengajar dia macam ni asyik marah ja, boleh jadi dia malas dan takut nak belajar, ok sha cuba cara menulis sambil mengeja, memandangkan dia dah kenal huruf, kita gabungkan pula dengan huruf vokul, sha memang struggle ya mengajar edan dalam tempoh 2 bulan tu sebab dalam kepala otak nak dia pandai membaca umur dia 6 tahun.

Sha beli buku Bacalah sayang dekat kedai oren, ada 2 buku, mula-mula tu agak susah tapi bila setiap hari baca benda yang sama, dia jadi ingat, tak cukup tu sha cari bahan bacaan dua suku kata dekat google dan print, beli buka latihan dua suku kata dekat one stop dan eco shop, hari-hari buat alhamdulilah dah pandai membaca dengan lancar 2 suku kata dan perkatan macam p u l a n g tu dia dah dapat eja walaupun tak lancar. memang usaha yang lebih membuahkan hasil. 

Jangan lupa bagi semangat dekat anak setiap hari, sebelum buka tab kena membaca dulu..sampai sekarang kalau dia nak tab dia kena bawa buku jumpa sha..dan membaca, paling cepat 10 minit setiap hari..kalau lama tu sha suruh dia hafal sifir sekarang baru fokus sifir 2 sekali tambah dan tolak sebab dia dah ok dalam membaca, kalau boleh fokus 1 subjek dulu..kalau ok baru ajar maths..maths pun kena belajar hari-hari kalau nda boleh lupa juga..

Bila cikgu dekat pra sekolah bagitahu yang edan dah pandai membaca dan mengira, sha bersyukur sangat, apapun cara untuk mengajar anak pastikan kamu tahu dari mana mahu mula, sebab setiap anak tidak akan sama cara mengajar, macam c edan ni special sikit sebab dia dulu speech delay jadi itu yang sha tak fokus sangat untuk ajar dia 3M waktu dia umur 4 5 tahun..lagipun masih budak lagi bah kesian cumanya sekarang ni masuk sekolah kena pandai membaca kalau tak anak akan ketinggalan 

Jadi bantulah anak kita untuk pandai 3M sebelum dia masuk darjah 1, ada banyak masa lagi, tapi bermula lah dari sekarang..gud luck ibu-ibu

August 25, 2024

Cungkil Minat Anak dengan Food Education Game

August 25, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum


Cungkil Minat Anak dengan Food Education Game | Al kisahnya anak perempuan sha memang suka tiru apa yang sha buat di dapur dan dari situ sha nampak dia minat memasak, alhamdulilah tak lama lagi sha bolehlah bersara dari kerja hakiki ini, itu yang bestnya ada anak perempuan kan, tapi kena ajar juga anak lelaki untuk tolong di dapur jadi bila dah kahwin ringan sikit tulang tu.


Minggu lalu sha berusaha untuk buat sendiri dapur idamannya walaupun tidaklah secantik yang dia harapkan tapi dapatlah melepas gian nya untuk memiliki sebuah dapur yang boleh dia bermain. 

Melihat dia gembira dan bermain, sha terimbau kenangan masa kecil yang sha tidak mampu untuk dapat apa yang sha mahu, tapi sha dapat juga bermain masak-masak dengan menggunakan api dan bekas tin susu, campur tanah, air dan rumput, lagi real kan..tapi lepas tu kena marah dengan mak sebab tangan kotor. hihi

Sebagai seorang ibu, kita mesti nak bagi yang terbaik untuk anak kita, bila bercampur usaha dan kerajinan maka jadilah set kitchen toys iaitu singki, peti sejuk dan oven, senang ja sebenarnya sha buat  menggunakan kotak terpakai dan dibalut dengan wallpaper, jimat dan senang dapat, mainan yang lain dah memang ada, sha beli dekat one stop dan eco shop. 

Cungkil Minat Anak dengan Food Education Game 

Food education game? adakah permainan yang macam ni? biasanya kita main permainan yang tembak-tembak ja hihi..saja nak share, ada lah permainan macam ni, sha selalu ja main dengan anak perempuan sha, kami bila dah main dekat laptop dah tak sedar jam 11 nak ambil abang dari sekolah apatahnya dua-dua asyik dengan laman web yang ada beratus permainan online, tak sempat nak bosan, ada ja nak di mainnya.


ini antara permainan yang sha dan eshal main, permainan ni sesuai dengan umuran eshal sebab kita nak ajar dia bukan semua benda boleh masuk mulut, nama permainan ini can I eat it kalau macam sosej ni tekan lah yes, lepas tu dia suruh teka kayu boleh makan tak, ah kita bagitahu eshal kayu tak boleh makan, begitulah seterusnya.


permainan ini pula, namakan buah berdasarkan gambar dan ayat yang sudah disediakan, permainan ini membantu anak mengenal pasti nama buah..kalau tengok gambar memang dorang dah kenal buah tu..jadi kita boleh tolong dorang mengeja dan padankan word yang betul. Best kan jadi cikgu


Berbalik kepada topik kita diawal tadi, anak perempuan sha minat betul dengan memasak jadi permainan ini secara tidak langsung akan mengcungkil lagi minat anak dalam masakan, contohnya cara-cara memasak telur dengan betul, walaupun umurnya baru 4 tahun tapi pendedahan ini bagus untuk menambah ilmu dorang dalam bidang masakan, bak kata orang meluntur buluh biar dari rebungnya, mengajar anak seawal usia manalah tahu dewasa nanti dapat jadi chef hihi



Selain permainan masak-masak, permainan Go To Market ini mengajar anak mengenal barang-barang dapur yang selalu kita beli di market, yang bestnya permainan ini, bila kita drag barang dari troli tu pada tempat yang betul, akan keluar suara menunjukkan nama barang tersebut. Nanti bila kita keluar beli barang, kita buat pula dekat anak, kita kenalkan barang yang kita masukkan pada troli, pasti dia suka.



Culinary Schools

Kalau korang nak tahu, Culinary School bukan sahaja laman web berbentuk permainan semata, tapi ianya laman web yang membantu pelajar dari bidang masakan mencari laluan bidang atau kerjaya yang sesuai dengan keperluan dan aspirasi mereka. Dengan itu, laman web ini telah memilih dan mengetengahkan semua jenis sekolah masakan untuk membantu para pelajar agar dapat menyambung latihan dan bimbingan dalam bidang masakan.

Selain itu juga, dalam laman web ni ada banyak function lain yang korang boleh cuba, contoh macam kalau korang dalam proses kurangkan berat badan, dalam laman web ini ada kongsikan juga pengiraan untuk estimate berapa banyak korang perlukan untuk mengubah cara diet korang dan dapatkan berat badan yang ideal. Dan ada body fat calculator untuk membantu korang mencapai matlamat penurunan berat badan dan mengukur kalori yang dibakar semasa bersenam dan workout calculator untuk menganggarkan jumlah kadar pembakaran kalori dengan 200 pilihan exercise berbeza. Rupanya kalau nak turun berat badan ni bukan hanya kurangkan makan sahaja, sha pun baru tahu kena ada planning yang betul .. so korang boleh mula masukkan 3 langkah pengiraan yang sha kongsikan tadi dalam list proses kurangkan berat badan korang.

Saja nak bagitahu, sha main Food Education Game di laman web Culinary Schools ini semuanya percuma dan tiada iklan langsung ini membuatkan laman tersebut sangat ringan dan cepat loading, so korang boleh main bila-bila masa dan tak kisah pakai handphone, atau laptop lama pun boleh asalkan device korang support any browser yang korang boleh layari laman web ini. jom hilangkan bosan anak dengan main Food Education Game sama-sama. semoga artikel ini bermanfaat :)