June 26, 2012

Penting !! korang jangan terlepas pandang !!

June 26, 2012 16 Comments
Hye korang, sebelum sha nak gerak pergi bengkel ketuk-ketuk eh..salah..bengkel gamelan hehe~ sha nak bagitau pada korang yang hari tu pernah join Sabah GA by Sharina..boleh tengok senanrai di sini memandangkan 1 orang lagi belum tuntut hadiah iaitu gelang Manik..mungkin dia tak berminat kot..maka dengan itu sha dengan baik hati ingin memberitahu yang korang ada peluang untuk dapat hadiah itu..tapi cuma seorang sahaja yang dapat :P maksudnya dia tak boleh lagi tuntut ya :(

Seperti yang sha rancang sepatutnya sha tersangatlah ingin mengirim awal hadiah korang semua tapi disebabkan hal begini sha terpaksa tangguhkan..1 pemenang baru sahaja hantar alamat tadi..then terselamatlah sebab sha bagi tempoh 3 hari bermula dari sabtu malam kan..actually belum tamat tempoh pun hahaha..malu nya sha..tapi akan tutup malam ni tau !!..sha dah terjah bagitau, korang tak alert juga..

Ok..for those yang menang KLIP RAMBUT sha minta maaf sangat-sangat..sha lupa sudah klip tu di mana sha simpan..haha..tapi sha tetap akan bagi juga hadiah iaitu GELANG MANIK..korang tak kisah kan..kan?? sorry tau !!

Ok sha rancang nak bagi lagi satu hadiah iaitu GELANG MUTIARA..Yang ini pula special buat pengomen tegar sha..rasa-rasanya siapa ya?? hehehe..nanti sha akan umumkan siapa yang bertuah itu..tunggu entry seterusnya..teruskan mengomen ya..

Jika tiada halangan isnin depan sha akan setelkan semua hadiah ni..means sha akan post..mesti korang tak sabar kan?? hehe..baiknya hati sha..kunun !! haha..ok cau dulu..bye korang :P

Fire Drill betul-betulkah ni??

June 26, 2012 10 Comments
Jam 5.20 pagi tadi, sedang sha tidur lena dibuai mimpi yang indah, tiba-tiba bunyi ketukan yang amat dahsyat lagi kuat pada pintu bilik sha..aik..siapalah beli reload [sha business topup] awal-awal subuh ni..jiran bilik sha rupanya, dia kata ada fire drill..bila sha tengok bawah [sha stay aras 5] semuanya dah ramai siap pakai short pant dan berbaju tidur..ah...malaslah sha mengantuk ni, sha abaikan lalu tidur balik..hehe..room mate sha pun tidur balik..sempat lagi kami baring-baring..buat-buat tak kisah ni..

Then bila sha call kawan dia kata takut ada checking, sha pun bergegas pergi bawah dengan muka comel hehe..

Eh betullah ada kebakaran..puncanya rokok...ok..perempuan merokok..dia merokok time orang tidur, bila dah jadi macam ni, menyusahkan pihak Uitm ja kan?? memang kami semua yang tinggal Cluster B tidak cukup tidur..tadi pun sha macam malas ja nak pergi kelas..


Moral of the story : Dapat bangun awal untuk solat..thanks a lot :D

June 25, 2012

Mimpi Arwah..

June 25, 2012 18 Comments
-Al-fatihah-

Sedekahkan al-fatihah buat arwah Mohd Syairel Azriel Bin Jaffary yang telah meninggal dunia..ini kisah benar tentang sepupu sha yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 6 bulan yang lepas..seawal usia 18 tahun rasanya, dia telah pergi meninggalkan kami, sungguh kematian itu tidak mengenal muda atau tua..

Apabila dikhabarkan tentang kematiannya, sha tidak dapat balik kampung sebab ada kuliah, cuti semester yang lalu, sha sempat jenguk kubur arwah, cepat ja masa berlalu, tapi setiap kali sha pulang kampung terasa macam dia ada ja di rumahnya..[tinggal sebelah rumah sha]

Dipendekkan cerita, kemarin lalu, sha termimpi arwah..memang sebelum ini sha kerap kali mimpi tapi arwah diam then senyum tapi kali ini, arwah bercakap dengan sha..tengah sha berbual dengan adik-adik, masa dalam mimpi tu, kami baru sahaja habis kenduri arwah, kemudian sha nampak dia lalu senyum depan sha.. sha terasa sangat dia masih hidup lagi..semua ahli keluarga boleh nampak dia..sha tegurlah arwah..

Sha : Ley [Nama arwah]..kenapa kami boleh nampak kau ni?
Arwah : Selesai sudah semuanya..lega sudah aku, sa [Nama panggilan sha di rumah] 

Terus sha terjaga..subhanallah, betapa sha rindu dia..tapi Allah sangat sayang dengan dia, kami terlalu rapat macam adik beradik..lalu sha ceritakan dengan mama sha kemarin, sebelum sha mimpi tu, ada juga dibuat kenduri arwah untuk dia di kampung..patutlah dia kasih mimpi sha, dia nak sampaikan perkara tu..alhamdulilah..semoga amal ibadahnya diterima Allah..

Tips Tingkatkan BE Nuffnang

June 25, 2012 12 Comments
Rajin pagi ni sha nak bagi tips kat korang semua yang sangat excited bila tengok title post "BE Nuffnang" all about money bah kan !! tapi ini bukan tips dari sha, sha pun macam korang juga melopong tak habis-habis sebab BE tak seberapa..hehe~ bah jum kita tingkatkan BE bersama-sama..

Tips Says : Pulus meningkat !! meningkat !! dalam masa 14 hari..

Ok..first and foremost, there is Top Tips Blogging Dari Eriqazz yang sangat-sangat tidak kedekut ilmu pasal Nuffnang..korang boleh terjah cepat-cepat..sha baru kenal dia..dah follow pun :D

Another one is Rahsia to be on top dari RedMummy tapi itu entry lama..dan kepada blogger ini sangat penting To new and old blogger..blog RedMummy memang best, merah ja kan blog dia..but memang mesra alam..baru kenal juga tadi hehe~

Menang hadiah dari Says : Voucher Shopping !! yepyyy :D

Selain tips dari ApitWanhazel dan Lyssa, korang boleh search di Google.com untuk pengetahuan yang lebih luas, macam-macam tips dan pengalaman pertama dapat BE dan cek dari Nuffnang..mesti jeles kan?? haha..tak apa..kata orang rezeki ada dimana-mana..usahalah..selebihnya Insyallah :) Semoga tips ini dapat menaikkan semangat korang terhadap Nuffnang...Sharing is caring, Caring is loving 

‎7 Ayat Cinta Menurut Sabda Rasulullah S.A.W

June 25, 2012 9 Comments
Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh
kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan”:

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM – Pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.

ALHAMDULILLAH – Pada setiap kali habis melakukan sesuatu.

ASTAQHFIRRULLAH HAL A’ZIM – Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

INSYA ALLAH – Jika berjanji atau ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

LAHAULAWALA QUATAILLABILLAH – Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

INNALILLAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI’UDN – Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

LAAILAAHAILLALLAH – Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga- moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t.

Sumber : Facebook.com