Dunia digemparkan dengan serangan udara dari Zionis sebulan yang lalu, serangan kejam tersebut mengorbankan ratusan nyawa termasuklah kanak-kanak dan wanita. Ada pendapat menyatakan ianya bukanlah sesuatu peperangan, malah ianya suatu pembunuhan.
Tangisan Dari Gaza
Mengenangkan nasib si anak kecil kehilangan ibu, tangisan tiada henti..tiada lagi kenangan zaman budak mereka, adapun yang pergi ke sekolah untuk menimba ilmu, dibedil oleh peluru jahat Zioni, Subhanallah begitu cekal mereka berjihad, maka syurga menanti mereka.
Saya sendiri tidak secekal mereka, saat kesakitan kecil yang Allah berikan, rungutan yang didengari, apatah lagi bedilan peluru mengasingkan si anak kecil dengan ibu bapanya. Sungguh Allah telah memilih siapa yang layak menerima jihadNya
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, sedangkan sampai masa ini, ketika ratusan nyawa terkorban, pihak atasan sendiri masih mencari jalan untuk memberhentikan tindakan Rejim Zioni yang kejam, dan yang kedengaraan hanyalah kesian..(tutup mata, telinga, mulut dan tidur..)
Saya terpanggil untuk menyuarakannya dalam blog saya atas dasar sifat kemanusiaan, memandangkan saya sendiri tidak mampu berjihad bersama mereka, namun kita sebagai umat Islam masih boleh berdoa dan menyerang Zionis secara senyap iaitu boikot produk keluaran mereka. Alhamdulilah setakat ini, boikot anda berhasil, jualan McDonald sebagai makanan paling laris di Malaysia jatuh mendadak.
Kalau ada duit lebih, bolehlah salurkan ke Tabung Aman Palestin, berapa pun nilainya, sedekah itu pasti ada balasannya..tapi pastikan saluran itu tepat dan disahkan ya..
Patutkah kita membakar dan memijak bendara Zionis ? adapun cuma menaikkan kemarahan Zionis dan menimbulkan serangan terhadap Malaysia pula..pendapat anda?
Lagi cerita tentang penghinaan terhadap Islam, Astagfirullah..kita kan satu Malaysia..lagi2 Malaysia Negara Islam, so memanglah sambut Raya ada takbir and so on..langsung tak fikirkan perayaan bangsa lain, main hina ja tahu nya..
Status lelaki berkenaan, Mr. Kelvin Yip yang berbunyi "eh hello bastards, i know its hari raya and all but please fucking keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 a.m in the morning...fucking annoying shit..."
Terjemahan kepada status berkenaan " eh hello anak haram, aku tahu hari ni hari raya tapi tolong perlahankan doa korang kepada tuhan di pembesar suara pada pukul 6.45 pagi..fucking annoying shit".
Walaupun kelihatan Kelvin Yip telah meminta maaf di laman facebooknya, tetapi KJ berkata, " Kiki minta maaf tapi kena charge (and rightly so). Yang ini pun kena charge. Kasi ajar sikit. Once and for all. " yang jelas mahukan lelaki ini di kenakan tindakan mahkamah. - SiakapKeli.com
Sha rasa patut mereka2 ini dikenakan tindakaan supaya orang awam tahu, benda macam ni tak boleh dibawa main..kan..
Ya Allah, tersangatlah busy, dari puasa terakhir sampailah ke malam ni ahh raya ke dua..orang beraya ke rumah tak putus2, lagi2 kami sekeluarga buat kenduri doa selamat pada raya pertama, alhamdulilah bak kata orang semua ni rezeki dari Allah..
So rasanya belum terlambat untuk sha ucapakan selamat hari raya kepada semua bloggers yang kenal sha..kalau ada terkasar bahasa..tersilap kata...maaflah ya, semua kita ni manusia biasa..Insyallah sha akan BW jika ada masa..Insyallah..hihi
Haha, tajuk biskut nama blog sendiri..biskut ni budak2 suka makan sebab manis dan yummy..so sha nak share satu resepi dimana resepi ni sha dapat idea dari isteri Ajak Shiro waktu tengok TV cerita RESEPI PIKAT SUAMI macam tu lah..tapi sha ubahlah bahan2 dia sikit dan ianya mudah sahaja..
~Resepi Biskut Opzzpinky~
Bahan-Bahan
1. 1 Pek Nestum (untuk sukatan 2 balang kuih )
2. 1 Gelas Kecil Majerin Cair
3. 4 Pek Coklat Masakan Putih yang harga RM5.50
4. 1/2 Penutup Pewarna (pink or apa2 pun boleh)
5. 1 Gelas Minyak Jagung (boleh letakkan lagi jika coklat belum cair)
6. Paper Cup
7. Hiasan manik/coklat/badam or apa2 ja yang sesuai
Cara Menyediakan
1. Gaulkan bahan 1 dan 2 sehingga sebati, masukkan dalam paper cup dan bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius dan 10-15 minit
2. Campurkan bahan 3, 4 dan 5, kemudian panaskan coklat tersebut menggunakan double boil
3. Letakkan coklat yang telah cair ke dalam paper cup dan hias dengan hiasaan anda
4. Tunggu sehingga coklat dalam paper cup sejuk baru letakkan ke dalam balang
#coklat akan cepat keras, so kerapkan double boil coklat tersebut
Simple kan? so korang boleh buat dirumah, memandangkan raya dah nak dekat harap resepi ini dapat membantu..selamat mencuba..
eh tak perasan dapat lagi BE dibulan Ramadhan, alhamdulilah...so mengumpulan 4 BE yang tengah running dalam blog..thanks Nuffnang sebab bagi semangat berblogging, even lately agak sibuk buat kuih raya dan kemas rumah..so tired !!