January 2, 2015

Kenangan Blog 2014

January 02, 2015 6 Comments
Template terakhir 2014
Setiap blog ada kenangan tersendiri, tahun 2014 sha sangat tidak aktif bloging lagi2 dah nak hujung tahun, sebabnya sha gila COC haha..dan sebab lain sha tiada internet, alhamdulilah dah ada da streamxy awal tahun 2015..hihih..

Setiap awal tahun jugalah sha suka screen shoot keyword,referral,landing page dan commentor blog sha..nak tahu juga siapa yang aktif jenguk blog sha ni..terima kasih lah sha ucapkan..korang memang sporting gila..gila..hihih

Kenangan sepanjang blogging 2014


                                                        Sepanjang bulan disember

Alhamdulilah, terima kasih readers blog sha, sama ada silent or aktif..sha sangat2 hargai korang semua sebab selalu support sha..terbaikk...


sha belanja semua makan ais krim..haha..credit to google, biar sama2 berliur tengok ais krim nyum..nyum..hahaha

January 1, 2015

Gambar COC Base Town Hall 7

January 01, 2015 8 Comments
Yes siap juga Townhall 8, penat nak tunggu sampai 8hari..now proses beli dan build, memang lambat sebab 3ja builder..tak main duit tauu...lagi best,baru tahu kesusahannya haha..kan..

Sepanjang sha guna base TH 7 ni, kalau orang attack jarang dapat 3 bintang kecuali guna naga lvl 3/archer lvl 5keatas dan memang pro skillnya haha,,kalau war pula sha selalu juga lah dapat "most heroic defense" macam tak caya ja kan..hahaha...

credit to google

Ingat tau..kalau nak up TH kena bagi betul2 maximum semua defense jadi bila dah naik TH nanti takdah susah nak defended kan..

Dan yang paling penting, minggu ni adalah minggu yang paling best farming sebabnya semua COC kaya..boosting elixir dan gold mine hahaha...

Aduhai..haha

Happy New Year 2015

January 01, 2015 5 Comments
Wah cepatnya masa berlalu...dah masuk tahun 2015, alhamdulilah dipermulaan tahun ni, sha bersyukur sangat hidup dengan kehidupan sekarang...meskipun azam yang lepas10x tu belum tercapai..hahaha..

Tadi kan..boss tanya sha (tengah sha busy posting invoice ni) 

"happy new year punya picture ada tak?"
"tiada..."
"ok..saya adalah orang pertama yang bagi picture itu"

Terkedu sekejap sha..terus tersenyum sendiri..tiada pun orang kisah mahu bagi picture2 segala walaupun tahun baru hahaha..

Sha bertuah sangat dapat boss caring dan sporting macam dia..dalam busy pun sempat juga cari masa send picture happy new year dengan supplier dan customer dia...best kan dapat boss macam tu :)

Dan thanks boss belanja sha makan dan hantar sha pulang tadi..boss dan misis memang terbaik lah..hihih

BTW, happy new year..semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
Azam sha tahun ni adalah capai azam tahun lalu..hahaha
Korang??


December 19, 2014

Tips Mudah Dapat Kerja

December 19, 2014 8 Comments
Sekarang kalau tak kerja, tak dapat duit, lagi2 sekarang ni harga barang semua naik, keperluan dan kehendak mestilah dipenuhi..kan..so jawapan terbaik adalah kerja. Dulu sha agak lama juga menganggur, 6 bulan, lama kan?time tu rajin juga buat kerja part time on9, dapatlah sikit duit..tapi beza dengan kerja makan gaji..dapat saving KWSP untuk masa depan..rugi tau kalau tak kerja...

Sha nak bagi tips untuk dipermudahkan dapat kerja..semoga bermanfaat untuk penganggur diluar sana

1. Beli Newspaper - kalau sha, selalu beli newspaper yang ada vacancy, contohnya di Sabah, Daily Express, beli ini ja tau, sebab majikan suka post vacancy dekat news ni, tu yang cepat habis dijual, so kena awal bangun pagi beli news ni..

2. Cari dekat Mudah.my atau website yang ada vacancy - dekat mudah.my pun antara favorite majikan post vacancy sebabnya murah dan senang nak dapat pekerja..dan sha ada juga like fan page /join group di Facebook yang memaparkan vacancy dekat kawasan sekitar Kota Kinabalu..

3. Jangan memilih kerja - biasanya orang yang memilih ini adalah orang yang lepas graduate, maklumlah tinggi sekolah, kerja kena ok, gaji kena tinggi...buang semua fikiran macam tu, kenalah bermula dari bawah, lagi2 tiada experience..confirm majikan pilih orang lain kan..

4. Dekatkan diri dengan Allah - antara sebab rezeki senang masuk adalah dengan solat ontime, solat hajat dan solat Dhuha,  Allah akan tolong kita bila kita sentiasa ingat Dia.

5. Percaya pada rezeki Allah - ramai orang cakap kerja government akan menjamin masa depan, of course senang loan dan sebagainya, tapi kalau semua kerja government siapa lagi nak kerja di swasta? kan hihih..rezeki masing2 Allah dah bagi, tak kiralah kerja government or swasta..

Alhamdulilah, walaupun sha lambat dapat kerja, tapi tempat kerja sha sekarang sangat selesa,dengan bos dan pekerja lain pun tiada apa2 masalah, itu yang penting..kita taknaklah kan satu office tidak bersefahaman..semuanya ada hikmah..

Ingat semua yang berlaku tu ada hikmah, kalau dah setahun menganggur, maybe lepas ni dapat kerja yang jauh lebih baik,,siapa tahu..Allah adalah sebaik2 perancang..

Good luck ya..


December 14, 2014

Ingat tarikh lahir, sha rasa lebih dihargai

December 14, 2014 7 Comments
Kalau tahun sebelum ni, sha akan buat GA untuk birthday sha, kali ni tidak berpeluang sebab agak busy dengan kerja...bila birthday sha?? alahai..tak ingat lah tu? 13 Disember la..kemarin..dan walaupun biasa2 ja..sha terasa dihargai bila orang ingat tarikh tu..terutamanya FB, thanks to facebook sentiasa alert pasal birth date..

Dan thanks juga kawan2 rapat sha yang wish ontime dekat msg, wechat dan whatsaap..terharu sangat lebih dari dapat hadiah..hihih..

Dah tua so malas dah nak sambut2 birthday ni haha..cukuplah belanja KFC dan hadiah kan patung spongebob..hahaha..demand nampak..