KDRAMA Pinocchio dah habis sha tengok, sedih gembira fefeeling sendiri ja haha..memang terbaik lah..so sha bagi 5 bintang..dalam Drama kali ni pula, disebabkan ada 2 pelakon yang sha minat iaitu, Jang Nara dan Lee Jong Suk, nak tengok..nak tengok..tapi kena baca sinopsis dulu tauu..
School 2013 adalah drama yang mengangkat kisah tentang isu-isu yang dihadapi oleh para remaja kebanyakan, di school 2013 ini diceritakan tentang sma Seungri sekolah dengan peringkat terburuk dari 178 sekolah di Korea.
Kepala sekolah dan para guru pun berusaha meningkatkan prestasi sekolah mereka salah satunya dengan merekrut Kang Se Chan (Choi Daniel) guru bahasa Korea yang terkenal... Kang Se Chan kemudian bersama dengan Jung In Jae (Jang Na Ra) menjadi wali kelas dari kelas 2-2, kelas dengan nilai terburuk dan siswa bermasalah....
Sha baru 3bulan kerja dekat opis yang sekarang ni, kerja kerani plus account sikit, memang stress juga especially time hujung bulan, nak keluarkan statement kan..Sha kerja dekat Kolombong, Kota Kinabalu, kerja company spare part Hitachi..Bos berbangsa Cina, wife nya, kita panggil misis, kerja situ juga, cuma kalau petang dia ada business lain...
Apa yang membuatkan sha suka dengan boss (bukan perasaan cinta) ialah, sha selesa bekerja dengan dia, cara boss layan pekerja macam dia layan anak, caring..tanya dah makan kah belum, even benda remah pun dia ambil kisah.
Kalau sabtu, kadang sha takda kendaraan, sha naik bas..dia suruh sha sediakan payung lipat sebab takut nanti hujan lebat, then bila sampai rumah pula misis suruh whatsapp bagitau jam berapa sampai rumah, kalau lambat confirm kena explain dengan dia panjang lebar sampai dia cakap ooo..haha..
Setiap hujung bulan pula Boss dan Misis akan tunggu sampai statement siap, then dinner sama2 dan dia hantar pulang...kadang tu dia bawalah makan bersama family dia di One Borneo..
Lepas tu dia cakap nanti dia nak belajar sha Bahasa Cina, sebab senanglah tak payah nak translate ke Melayu bila dorang berbual..haha adui tunggu sampai dorang explain baru dapat ketawa sama2..lambat betul nak bagi respon :P
Satu pakej bila dapat boss dan misis yang baik hati dan layan kita macam anak dia..
Alhamdulilah..kerja pun dengan senang hati...
Tapi ingat Cina kalau dah percaya..dia akan percaya sampai mati..
Rindu zaman sekolah dekat UiTM, berhampas pulas dengan assignment, quiz dan test, kalau cerita pasal ilmu bukan terhad kepada sekolah mahupun universiti sahaja..tapi menimba ilmu ni pun ketika kita pelajari ilmu baru..
Kerja pun kita dapat ilmu, contohnya kita kerja kerani, lepas gradute ni biasanya pengalaman zero, so failing, printing, reporting pun orang lain yang ajar, ilmu itu secara tidak langsung kita dapat dari kerja...
"Rugilah belajar tinggi-tinggi, tapi kerja setakat gini !! bagus tak payah sekolah.."
Mentaliti orang zaman sekarang, sekolah tinggi keluar kena dapat kerja yang bagus2..kalau setakat jadi promoter, baik tak payah pergi sekolah..tapi kalau tak payah pergi sekolah dengan yang pergi sekolah sangat berbeza..berbeza tahap ilmu yang kita dapat..(rujuk statement diatas) nampak tak cara pencakapan orang yang berilmu dan tidak berilmu?
Terkejut sha apabila melihat satu artikel tentang Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah..bagi pendapat sha ianya tak salah jika hanya membimbing atau bertegas terhadap anak tersebut, yang salahnya bila ibu bapa itu sendiri mendera berlebihan menyebabkan anak tersebut trauma dan cedera.
Memang banyak beza antara budak dulu dan sekarang, sebabnya sha adalah budak zaman dulu, nampak rotan pun dah menangis insaf tak buat lagi..haha..bila dah kena sekali, tak nak untuk kedua kali..sebagai pengajaran untuk kita..betul kan?
Setiap budak mungkin ada perangai berbeza, makin dirotan makin jajal tu kena minta doa dengan Allah, mungkin dia nak lebih kasih sayang..beri perhatian untuk dia..jadikan dia sebagai kawan baik..
Tapi budak zaman sekarang ni, terlampau aktif, kepandaian dorang tahan maksima, sikap ingin tahu tinggi kerana zaman sekarang sangat terdedah dengan media sosial..so dari kita macam mana nak membentuk dorang ni..Allahualam :)
Sha antara penyokong kumpulan Zero, pantang undur kecuali operasi..Sabah, of course lah kan..sha suka time dorang buat lawak KRU, artis undangan Stacy dan yang kompang tu..memang lawak gila, walaupun sha tak nampak live dekat TV, sebab tidur awal kerja kan..tapi sha memang akan tengok ulangan..
2 minggu lepas lawak dorang agak hambar, tapi minggu ni memang sepatutnya bagi 5 bintang..sha pun baru start tengok pun dah gelak berabis..ngam sangat tengok time stress..yang paling lucu, Saiful a.k.a Melati..kakakaka...
Untuk minggu ke 11, sha copy dari pencuri movie untuk korang gelak tengok..