October 25, 2015

Awak Kat Mana?

October 25, 2015 0 Comments

Lamanya dah tinggalkan blog ni..aish...bersawang betul kan..tulah tiada orang nak singgah dekat blog sha..kesian...awak kat mana sampai blog terbiar ni? sha travel dekat korea ..hahaha cehh..tipu ja kan..

Actually sha ada kerja part time..design2 juga...alhamdulilah kerja design pun boleh cari makan kan..rezeki Allah tu luas sangat...kena gali sendiri..thanks to kawan sha bagi peluang tuk asa bakat..ceh

Banyak sangat sha nak story kat sini..Insya Allah..hihi..bila free nanti sha story..adui dah macam hot blogger lah pula..hahaha

ok cau dulu
Assalamualaikum...

September 20, 2015

Durian Crepe

September 20, 2015 14 Comments


Finally, terasa juga sha durian crepe ni..pergh..sedap sangat sampai tak dapat nak habiskan keempat2 biji tu, besar gila..penuh krim..maybe sha kenyang makan chicken chop tadi petang..

Durian crepe ni sha delivery ja tadi..sekali dengan yam crepe RM8/pcs free delivery..selalu sha jumpa RM10 tu pun 3 biji ja..kira ni murah sikitlah kan..hihi



ok byee..

September 10, 2015

Gaji Kecil Dilarang Sakit

September 10, 2015 7 Comments
Haha..sebenarnya sha nak tulis tittle sakit..then bila google nak ambil gambar terus nampak gambar atas ni..gaji kecil dilarang sakit..adakah?

Sha kena hati-hati menaip ni..memandangkan boss sha selalu stalk blog ni, hahhaa..kantoi gambar dan luahan hati..so dipendekkan cerita..sha sekarang memang sakit tapi taklah teruk sangat..batuk ja pun taklah menganggu kerja sha sebagai kerani..maklumlah sekarang ni Kota Kinabalu berjerebu..

Tapi..tetap juga sha pergi kerja walaupun sakit, sebabnya malas mau pergi klinik, nanti kena jarum dan kena paksa makan ubat..angkat bendera putih !!..hahaha...still boleh tahan..

Tapi alhamdulilah masih diberi nikmat sakit, untuk hapuskan dosa-dosa kecil..
so kecil kah besar kah gaji korang tetap kena jaga kesihatan..tauu...





September 6, 2015

Selamat Pengantin Baru Nana & Hanis

September 06, 2015 6 Comments
Bestnya..dah jumpa jodoh..tahniah buat Nana dan Suami..kahwin hari ini..06 September 2015, since kami dah lama lost contact, then dia ternampak blog sha..hope dia baca juga blog sha ni..entry ni khas buat dia..!! semoga bahagia, jadilah isteri yang solehah..

Biarlah perkenalan kita jadi rahsia kita tau..tapi sha tak kisah macam mana perkenalan kita tu buat kita jadi closer walaupun tak pernah jumpa..hahah..pelik kan..but still can create a good relationship..

Then, terimalah hadiah yang tak seberapa dari sha..sory sangat tak dapat hadir wedding awak..
Hadiah tempah dari HASLIANACRAFT..cute sangat..thanks dear..penuhi permintaan untuk buat frame ni..hahaha...

Well, doakan jodoh sha pula..entah mana dia sesat..hahaha...

September 5, 2015

Free Tapak Iklan Sebulan - 10 Terawal

September 05, 2015 6 Comments
Sempena menghargai pembaca/pengunjung blog sha yang paling sporting..sha nak bagi free tapak iklan sebulan...untuk 10 yang terawal..wah bestnya kannn..syarat simple ja..nampak ja post sha ni..terus cepat2 komen tauu...

Syarat :-
  1. Follow Blog Sha
  2. Komen Link blog dan letak link Banner/Gambar berukuran 500x300
  3. Bagi Nama blog korang
Hanya untuk 10 yang terawal ja tau...dan hanya untuk 1 bulan sahaja
Start 06/09-06/10..selepas tu boleh sambung beriklan di blog sha secara berbayar..ala murah jaaaa

Sha baru update header..kalau korang perasan laaa...simple ja kan..haha..
Comel tak?