March 3, 2016

Bukit Perahu, Tamparuli Sabah.

March 03, 2016 1 Comments
Lama sha menyepi kan? actually banyak sangat kerja design membuatkan sha langsung tak dapat nak update blog..rindu sangat dengan blog..so malam ni sangat free..

Cerita pendakian Bukit Perahu ini dari ahad minggu lalu...baru nak update..haha..sha memang balik ja dari Gunung Kinbalu, rasa mendaki membuak buak..rasa nak ja sekarang ni daki Gunung Kinabalu..haha sabar Sharina...this December ok..

ok..permulaan bagi pendakian kami ke Bukit Perahu, dengan mencari lokasi, memandangkan ini kali pertama kami ke sana, alhamdulilah tidak begitu jauh dari Pekan Kiulu, dan daki bukit ini terbuka kepada orang awam..tiada cas di kenakan.






Finally, sampai juga puncak Bukit Perahu, bagi sha memang mencabar, sebab naik ja bukit ni mendadak tinggi, curam sangat berbeza dari naik Gunung (Timpohon-Laban Rata) tapi taklah jauh sangat 1.4km sahaja

Ada 14 check point, rasanya jarak antara checkpoint adalah 100m..mungkinlah sebab baru sampai checkpoint ke1 dah nampak checkpoint ke2 hahaha...








 Keadaan atas puncak Bukit Perahu, dengan ramai orang..happening sangat..best gila tengok permandangan sekitak Tamparuli..

Untuk yang naik time weekend, boleh bawa duit sebab ada orang menjual minuman diatas...warrghhh sha haus sangat..menyesal tak bawa duit time naik tu..haha

So dah puas selfie, sha pun turun dengan jayanya...siap berlari lagi turun..haha..kalau tak lari, sakit sangat kaki..sebab kena adjust langkah..tapi berlari taklah cepat sangat...kena break juga..sebab batu besar dan curam.



Time turun tu ramai sangat orang limpas (lalu) so sha ikat sapu tangan mengelakkan habuk pasir kena hidung.. nasib baik sha bawa..haha..



ok dah sampai bawah...rasa nak naik lagi lah pula..haha..sha practice naik untuk hilangkan gayat..nanti naik Gunung Kinabalu senang lah nanti...haha..

February 16, 2016

3Bskin - Detox Journey (Green Detox Mask)

February 16, 2016 2 Comments

Pada awal bulan February, sha diperkenalkan dengan Produk terbaru dari 3Bskin..Alhamdulilah, sha diberi peluang untuk mencuba Detox Journey (Green Detox Mask).

Acne Solution - Detoxifying - Pore Refining

Berfungsi dengan sempurna untuk Kulit Berminyak dan Combination yang membantu dalam meningkatkan keseimbangan kelembapan dan menenangkan budi bicara sebum (minyak) untuk warna kulit yang lebih sihat. Topeng ini juga membantu dalam memperbaiki liang kulit dan melakukan detox segera untuk memperbaiki apa-apa syarat jengkel seperti cacat cela. Ia berkesan mengangkat kekotoran liang tersumbat dan minyak yang boleh membawa kepada ketidaksempurnaan.



Cara Penggunaan:
Sapukan lapisan murah hati kepada muka dan leher selepas pembersihan dan toning. 15 hingga 30 minit selepas itu, bilas sehingga bersih dengan air suam dan diikuti dengan pelembap.





Setelah beberapa hari sha memakai Detox Journey (Green Detox Mask) ini, kulit sha terasa sangat lembut dan licin..bukan itu sahaja, ia lebih sesuai dipakai selepas mandi, untuk tenangkan wajah dari seharian bekerja dan menghadap matahari. Dengan bahan khusus yang telah disebatikan, wajarlah si pemakai terasa sangat seronok dan teruja untuk memakainya sekali lagi.

Sama seperti Mask yang lain, Detox Journey (Green Detox Mask) ada bau tersendiri yang menyenangkan khas untuk si pemakai ditambahkan lagi dengan adunan warna hijau daun pisang, membuatkan kita luarbiasa seperti superhero hulk

Korang patut mencuba dan merasai sendiri Detox Journey (Green Detox Mask)

Untuk info mengenai produk ini, Sila ke :-
Fb : 3Bskin
Email : admin@3bskin.com
Instagram : 3Bskin


February 11, 2016

Pertama Kali Naik Banana Boat Spitang, Sabah

February 11, 2016 2 Comments
 

Wahhhh...1st time sha join wet activity, apa yang boleh sha cakapkan..memang best..best sangat walaupun nervous lagi sha tak pandai berenang..ulang sekali lagi..sha tak pandai berenang..ahhhhh...menangis dalam hati bila kawan ajak sha naik Banana Boat..
Ok dipendekkan cerita, sha bercuti 4 hari dekat Beaufort untuk kali kedua..bersama Team Misi Tawan Kinabalu hari tu, so planning nak mandi sungai, memandangkan hujan kami singgah Pantai Taman Negara Spitang, bila tengok ada Banana Boat, laju ja kawan sha tanya..actually dorang yang punya Banana Boat memang nak pulang dah..kami lambat sampai..pujuk punya pujuk..dapat juga naik..
Fee : RM10/seorang (6 orang) time ni promosi, harga sebenar RM15
Bila dah selesai pembayaran, kami pun pakai life jacket, sedia naik Banana Boat..Ya Allah nervous nya bukan main hebat, sampai menitis air mata sha..lagi lucu silap terbaca doa makan..jangan risau ada guide yang tolong bila lemas nanti..tu ja sha fikir..haha
Big Thanks to Pakcik Pejal tolong rakam detik 1st time sha dan kawan2 naik Banana Boat..
Pertama naik tu, memang best..happy sangat berada tengah2 laut..haha..excited pun ada..dorang pandu boat memang slow ja..halus ja..bila part kemuncak tu..laju bukan main...kami tewas bila boat tu dahlah laju..selekoh tajam...semua jatuh..hahaha...bila dah jatuh sempat lagi ketawa..sha dah fikir lemas dah tu..nasib baik pakai life jacket..terapung la juga
4 kali juga kami jatuh naik balik Banana Boat, actually setiap permainan tu, diberi masa 15minit, tapi kami dapat setengah jam..untungkan..siap ada orang tolong rakam lagi..memang sporting guide tu..
Aksi cubaan untuk melompat, tapi tak dapat..haha..kuat ombak..apapun puas hati try benda baru..terima kasih team HashtagMITAKI ...

January 27, 2016

Turun 7kg Selepas Alergik

January 27, 2016 0 Comments

Hahaha sha pun tak tahu nak happy atau sedih hilang 7kg selepas sha kena alahan pada kacang bulan november hari tu..ahh nak sangat kurus kan..macam lah cantik sangat..mama cakap la haha..

Bila sha post gambar ni dekat Wechat, semua kawan cakap kurusnya..rasa macam arghhh ja..dulu time gemuk tak pula cakap gemuk hahaha...lepas tu boleh pula kawan sha seorang ni cakap bagi sikit alergik tu, dia pun nak kurus..hahaha..

Sha merana tiada selera makan selama 2 bulan..takkan la korang nak alergik sha pula..

Alhamdulilah, alergik sha beransur pulih sebelum naik Gunung Kinabalu hari tu, cuma ada lah bekas alergik yang payah nak hilang..so sha panggil orang datang ke rumah sha buat scrub satu badan..best tauu..segar ja rasa..

Alternative sha untuk hilangkan alergik ni:-

1. Jumpa Doktor, mesti dia bagi banyak ubat tapi sha dah warn awal2 jangan bagi ubat makan..ahh berkurun baru makan tu..so dia bagi ubat sapu ja..2 kali pergi tengok doktor 1st kena jarum second kena bagi ubat..ubat dah habis alergik still gatal juga...suruh datang setiap minggu sha malas haha..

2. Cari Ubat Kampung, mama cakap sha dah semakin kurus time pulang Sandakan hari tu, takut juga dia syak something yang sihir berlaku..mana lah tahu kan..so sha pergi jumpa nenek dekat kampung abg ipar sha..kena bagi air minum dan air sapu..alhamdulilah kurang gatal time malam

3. Beli Sabun Alergik, sampai sekarang sha guna sabun tu..wangi dan buat kulit lembut ja..beli dekat farmasi harga dalam RM13++

4. Derma Darah, warrrhhhh yang ni sha tak mau..takut jarum..so alternative ni sha angkat bendera putih..hihihih

Apapun alternative sha, back to Allah juga..berdoa, solat, yang penting JANGAN MAKAN KACANG !!


January 12, 2016

Barang Keperluan untuk Mendaki Gunung Kinabalu

January 12, 2016 7 Comments

 
Ok, seperti yang dijanjikan sha nak bagitahu Barang Keperluan khas untuk mendaki Gunung Kinabalu, tidak boleh bawa barang lain sesuka hati..karang ada yang tinggalkan masa naik Laban Rata nanti...ingat senang nak bawa beg naik atas hahaha...Boleh baca pengalaman sha naik Laban rata dekat sini..menangis tak berlagu...
 
Untuk barang keperluan hendaklah disediakan paling lewat 1-2 minggu sebelum mendaki..
Barang Keperluan untuk Mendaki Gunung Kinabalu :-
 
Makanan dan minuman
1. 1 Botol kecil mineral (nanti boleh topup dekat every pondok)
2. Coklat size kecil, dalam 5-10 bungkus penting sebab akan lapar nanti
3. Apple untuk tambah tenaga
 
Ubatan
1. Minyak kapak untuk pening sakit sendi
2. Panadol untuk sakit kepala
3. Spray/Yokoyoko untuk kaki krem
 
Barangan Lain
1. Tongkat beli dekat daiso RM5.30 atau yang boleh laras..tongkat buatan sendiri tidak dibenarkan
2. Glove sebab nanti naik atas akan terasa sejuknya
3. Kasut hiking, kasut sukan pun boleh..boleh pakai adidas kampung tapi bila turun sangat sakit
4. Baju gantian tuk mendaki ke Puncak esoknya 1set, tak payah bawa tuala berat nanti beg
5. Head Lamp untuk mendaki ke Puncak sebab start pendakian jam 2.50 pagi
6. Penutup Mulut untuk ke Puncak esok, sebab udara sangat sejuk dan nipis..pakai kalau tak mau sesak nafas ya..
7. Tak perlu bawa tisu sebab nanti mandi guna air panas juga..ala sha mandi juga walaupun sejuk ok apa hihi..bawa berus gigi yaa
8. Beg ringan untuk masukkan barang..jangan pakai beg yang sedia berat..
9. Sweater paling penting..sejuk d atas puncak macammmm 5x sejuk dia bila ujan...sesak nafas gia
 
Apa lagi sha terlupa..?
 
Walaupun sha tak sampai puncak tapi sha dah buat yang terbaik untuk sampai sayat-sayat...In sha Allah next time bulan 3 sha pasti naik puncak..doakan..
 
Apapun naik kena kuatkan semangat..mesti sampai puncak gia..mesti kalau tidak akan menyesal tak kesudah hahaha..apapun semua nya berdasarkan pengalaman sha..so kena naik puncak tauu..
 
Good Luck untuk pendakian kamu ke Gunung Kinabalu

Baca kisah pendakian sha KE LABAN RATA dan KE PUNCAK