March 28, 2016

Bukit Padang Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu

March 28, 2016 0 Comments

Gatal ja kaki bila lama tak hiking..eh kejap, rasanya minggu lalu baru ja habis hike BUKIT TIRIG, wow..2 minggu berturut hike bukit nda ka kapisan? hahaha...tapi buat sha tertagih nak naik lagi..nak naik lagi please !! haha..

Untuk Bukit Padang Tun Fuad Stephen sha angkat kain putih, untuk drive ke sana, bukan sebab takut, tapi sebab tak tahu jalan..walaupun banyak kali limpas (lalu) sana..namun hiking punya pasal..ku gagahi juga mencarinya..dan..tup..lokasi ditemui *ngeeee 

Seperti biasa kami mengambil masa petang untuk hiking, sha juga tidak pernah try untuk hiking waktu pagi..berbeza barangkali..haha...


Bermulanya detik pendakian, dengan menerokai sekeliling Tun Fuad, kami memilih untuk tidak jogging sebab simpan tenaga untuk sesi pendakian nanti..haha..dan selfie pun bermula...haks


Kebanyakan gambar diambil hasil dari handphone dan SJ4000 CAM yang sha baru beli 3 minggu lepas, masih belum fasih dengan kegunaanya, jadi jangan tanya kenapa quality dan gambar berbeza..haha..




Jumpa Encik Meow ditengah jalan, eh dia pun nak jogging sama..


Pendakian pun bermula dengan langkahan kaki ke tanah, sebelum sampai ke sini, jogging atas track..selamat kotor wahai kasut yang sedia kotor hahaha..










Ini tangga yang membuatkan sha rasa setiap percubaan pertama mesti FAILED, means that sha pernah pergi sini..yes pernah sekali, time itu sangat tak mampu laluinya..dan banyak lagi alasan yang sangat tak best..haha..lupakan :P




Untuk menjadi seorang SHARINA, bunyi detikan camera tidak pernah lekang dek tangan yang comel..langsung tidak terlepas untuk merakam detik keindahan Alam CiptaanNya, sungguh Amazing !! korang kena datang sendiri untuk merasainya..


Kebanyakan tangga diperbuat dari tayar, sangat unik dan kukuh bagi seorang yang kurus untuk duduk hahaha !!

Candid lah sangat..terima kasih wahai angin yang menyegarkan..

Finally, Sampai ke puncak yang agak tinggi dan curam juga, banyak batu dan pasir berterbangan..sangat damai ja rasa..dan ini memberi peluang untuk kami ambil gambar sebanyak mungkin..lets go bebeh







Kami meneruskan perjalanan ke Puncak kedua, dimana ada mercu tanda di atas batu..memandangkan orang di situ degil tak bagi peluang kami, tak apa..kita gambar dorang sekali..untunglah korang dapat masuk Blog Opzzpinky..hakss


 Ini antara laluan yang sangat CURAM, dimana kiri dan kanan hanya rumput dan pasir...sha dapat laluinya..yeahhh...selfie lagi..



Puas menikmati keindahan, kami pun bergerak pulang meskipun tiada tanda-tanda kami 'dihalau pulang'..haha, haus sangat...balik mesti mau cari 100plus Hydrate kan dirimu..haha..jom berlari turun..opss tak boleh, tangga membantutkan niat berlari..so kita jalan ketam..haha..


Laju ja bila turun, sebab tak pegang camera pun..hahaha



Banyak ikan dekat sini, kalau nak tengok, sila bagi ikan makan roti..confirm semua keluar


Last but not least, 3 Bukit Unlocked !! puas hati dengan pendakian hari ini..kasut tetap kotor tapi semangat yang penting..cumanya tiada perbezaan pada baju blog titew yang titew pakai setiap kali hiking..haha

Quate untuk hari ini..hanya perlu menjadi seorang yang mementingkan kepuasan untuk sesuatu maka itu, berusahalah...cayok !!

March 27, 2016

Esplanad Sipitang Kali Kedua

March 27, 2016 3 Comments
Sebelum aktiviti BANANA BOAT bermula, biasanya kami buat regangan muka, iaitu SELFIE haha...camera dan kami berpisah tiada..big thanks to my handphone murah, sangat berjasa untuk menghasilkan gambar yang terbaik..

Throwback waktu sha dan kawan-kawan bercuti dikampung ahli MiTaKi di Beaufort, pada February lepas..tidak missed untuk datang berkunjung sekali di Esplanad Sipitang yang sangat indah..

Ini merupakan kali kedua mengunjunginya, setelah hampir 3 tahun yang lalu >>Kali Pertama Ke Esplanad Sipitang<< tiada perbezaan yang ketara..cuma kali ini membawa rombongan cik kiah...hihih..





Ini merupakan kali kedua, diri ini dipilih untuk menjadi leader pada gambar kerana taraf kekecilan yang tidak diragui..ok fine hahaha

Daku dan kawan mengatur posisi yang cun melecun sedangkan ianya sama..hakss

Permandangan indah ketika berada dijeti, keberadaan dua jeti yang berbeza..dengan deresan ombak membelah pantai...ketara bunyinya..sangat sedap didengar...hihi...oh daku rindu bunyi itu....

kesasteraan ku terungkap >.<



Namun, untuk menghasilkan gambar yang unik bukanlah begitu mudah, ianya mengambil kira had kesabaran pengetik camera..hahhaa..terima kasih pakcik pejal berusaha untuk menjadikan kenangan kami diabadikan dalam sebuah gambar..


Terima kasih segalanya buat sahabat MITAKI TEAM, korang sangat sporting, tidak mengira jantina kita tetap sahabat..bila lagi kita dapat mencipta kenangan sebegini? Rindu Sipitang...

March 25, 2016

Masalah dan Penyelesaian Kecacingan Bagi Anak Kucing

March 25, 2016 2 Comments


 
Bagi pencinta kucing, mesti korang tersangat risau bila kucing kesayangan korang sangat kuat makan still kurus dan perut kembung, banyak sangat cacing ikut makan sekali..that's why perut kembung...kesian NyakNyak...

Sebelum ni CHIBI juga pernah mengalami kecacingan, apa yang sha buat time tu, beri ubat cacing manusia..tapi ngam dengan perut CHIBI, makan masa seminggu juga proses pengeluaran cacing..hahha..

Tanda-tanda Kecacingan :-
  • Kurus dan berat badan sukar naik
  • Sembelit mahupun cirit birit
  • hadirnya darah pada najis
  • Warna najis gelap dan hitam
  • Perut buncit, tak mahu makan atau terlebih makan,
  • Hilang berat badan walaupun makan dengan seimbang
  • Gusi pucat tanpa sebab, lemah
  • Bulu tidak berseri, kusam
  • Berlaku radang kulit terutama pada celah kaki (larva sedang bermigrasi)
Tapi kucing sha taklah mengalami penyakit kecacingan yang serius meski dorang langsung tak pernah meluah..meow..meow..itu ja sha dengar...namun sebagai manusia yang prihatin dengan haiwan peliharan kita, berdosa tau tak jaga kebajikan haiwan !!!


So, sha berhasrat untuk membeli ubatan untuk masalah NyakNyak...apalah sangat Ringgit yang kita labur jika dibandingkan dengan kesihatan mereka..sha cukup jaga kebersihan kucing sha ni..every week kena mandi paling kurang seminggu sekali, kalau sha rajin 3-4 kali seminggu..ngekkk

Baja Pet's RM35.00
Kecacingan Tonik RM15.00
Botol susu untuk bancuh..
Injection RM2.00

Caranya nak bagi makan ; Bancuh sekali 2 ubat tersebut dan suntik ke dalam mulut anak kucing yang kecacingan sehari 2 kali..pagi dan malam, KUCING MENGANDUNG DILARANG !! kebiasaan mulut kucing akan berbuih..dan mereka sama seperti kita tidak suka makan ubat..sila paksa ya..hahha

Ubat ni sha beli dekat Tamu Giant Kolombong...setiap hari sabtu dan ahad..

Tapi kesannya boleh dilihat sekali makan sahaja..Alhamdulilah, NyakNyak dah kempis perut tanpa bersenam..dah tak boroi dahhh...makan seperti biasa..happy bila tengok kucing-kucing sha sihat walafiat.

BONUS TRACK : RESEPI MAKANAN KUCING YANG LAZAT


Rebus ayam dan labu secara berasingan..lenyek labu dan cincang ayam..asingkan tulang..lepas tu gaul sekali semuanya masukkan baja pets setutup...

Kucing korang terpaksa makan jika lapar hahaha..taklahh dorang sangat suka resepi ni..nanti try ya..,..
Korang juga turut berselera..jangan bertukar jadi kucing, sudah..hahaha...

March 24, 2016

Bukit Tirig, Telipok

March 24, 2016 6 Comments
Hobi sejak turun dari Gunung Kinabalu, iaitu HIKING ! kah..semangat sha nak naik bukit..sebelum ni BUKIT PERAHU, TAMPARULI, sekarang done ! tawan bukit BUKIT TIRIG, TELIPOK

Gagahkan diri untuk drive ke sana, walaupun tak tahu pun jalan..nak pakai GPS, tak reti guna..hantam saja la..jalan punya jalan..sampailah SALUT (tempat femes lokan dan kelapa bakar, nyummy) , bila dah tahu mana salut senanglah nak pergi..masuk perkampungan juga...hati-hati jalan sempit dan berpasir.
Bila dah park kereta, sha dan kawan mulakan pendakian, taklah tinggi dan mencabar seperti bukit BUKIT PERAHU, TAMPARULI tapi boleh kapus juga dibuatnya, time sha naik tu weekend, so memang ramai sangat orang..SANGAT !
Dan seperti BUKIT PERAHU, TAMPARULI ada menjual minuman dipuncak, so boleh bawa duit, jangan banyak tau..berat poket karang..
Detik bermulanya pengembaraan


Untuk permulaan bagi BUKIT TIRIG, TELIPOK ini, boleh terus memakai mask untuk mengelakkan tersedut pasir yang sangat deras..haha..


Perjalanan sekitar 10-15 minit bagi yang lalai berselfie, (rugi sangat bila tak selfie tauu)..sebab nanti turun, ramai orang berpusu-pusu naik..nak tengok sunset lah kata kan..sha dah mind set, maghrib tak elok berkeliaran di atas puncak..kot-kot 'ditegur'..hilang mood nak hiking lagi..nauzubillah..so elakkan ya kawan-kawan..bolehlah kalau naik sekitar jam 4-5 PM





Menjadi kebiasaan bagi orang rabun macam sha ni pakai SPEK Mata..peluh jangan cakap..deras sangat mengalirnya...macam air terjun dari Mahua...sila bawa wipper untuk yang pakai spek ya..haha..kidding bahh..
 sampai puncak

hausnyaaaa

Finally, sampai juga dipuncak...perkara pertama yang sha buat ialah duduk dan cepat-cepat cari air..Bukit sependek ini pun sha boleh juga pancut..bekalan air kena cukup..


Ramai sangat orang dipuncak, membantutkan nafsu mahu selfie..yang nak mengurat pun ada...(oi..bukan nak cari jodoh kat sini -.-') dan untungnya di bukit ini, mempunyai 2 puncak berlainan latar belakang..owsem ! untuk hiker macam sha, rugi kalau tak pergi puncak yang jauh juga dari puncak pertama...huhhh...

View Puncak pertama




View dari Puncak kedua



Then, bila gambar sudah gelap, signal untuk beralih menuruni bukit sudah berdetik, maka kami pun dengan rasa sangat puas menikmati Ciptaan Allah, turun ke bawah dengan berpegangan tangan macam pasangan couple, walhal kami adalah adik beradik angkat...hahaha...berlari itu mesti..untuk mengelakkan kaki sakit keesokan hari nya, namun sakit juga sebab sha drive dari hulu ke hilir hahaha...

Dalam perjalanan menuruni bukit, segala lemaks yang ada sangat bekerja keras..alhamdulilah, terlalu mudah untuk naik bukit jika anda seorang yang kurus hakss hahaha...

with cla

Dan pertemuan yang tidak diduga, sha berpandangan mata dengan blogger cantik, juga seorang yang fit untuk naik segala bukit di Sabah ni, memperkenalkan http://walkstatic.blogspot.my/ dia sangat cute dengan mata sepet..(manusia idaman sha..)

Well..before this, memang ada jumpa dia masa climb Gunung Kinabalu yang lepas..tapi nda bekenal gia...hahaha..then time turun bukit tirig ni, bila nampak baju sha..terus dia cakap..OPZZPINKY..aiseee..terus sha cakap ohh cilaaaa...haha..bergambar boleh?...hahaha

my bigger twin

Finally, sangat penat..tapi berbaloi dengan usaha untuk tawan bukit tirig ni, InsyaAllah kalau ada masa boleh pergi melawat lagi..dan dan dan sha teringin nak menerokai bukit dan gunung yang ada..amin...