November 30, 2017

Blogger Opzzpinky Bakal Kahwin Disember ini

November 30, 2017 4 Comments
Blogger Opzzpinky Bakal Kahwin Disember ini | Assalamualaikum, tajuk entry dah macam blogger terkenal pula, haha. Alhamdulilah tinggal beberapa hari lagi untuk menghabiskan masa-masa bujang yang ada sebelum bertukar status bini orang. Debarannya sudah terasa :P


Yeah akhirnya, sha akan menamatkan zaman yang terlalu bujang untuk melangkah dunia berdua lebih baik..haha, alhamdulilah hampir 2 tahun menempuhi zaman pertunangan bukanlah sangat mudah, eh sha dah ada tunang ya? hihi, pandai tak sha sembunyi? Hebatnya dugaan bertunang, kata Nabi S.A.W sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan dan sha minta maaf kepada sesiapa yang merajuk sebab sha buat majlis pertunangan dalam keadaan tertutup bulan 2 2016 yang lalu.

Di kesempatan ini, sha nak menjemput semua pembaca setia blog sha, untuk datang memeriahkan majlis perkahwinan seorang blogger comel bertempat di Sandakan, manalah tahu ada blogger yang sedang bercuti ditempat berdekatan boleh singgah ke rumah, makan nasi minyak hihi..save the date ya !!




November 17, 2017

COMEL BLOGGER CONTEST

November 17, 2017 10 Comments
COMEL BLOGGER CONTEST | Assalamualaikum, lamanya sha nda update blog, rindu rasanya, sha busy dengan urusan konvo dan event besar yang bakal tiba, insyaAllah sha bagitahu nanti hakss..so hari ini sempat online sekejap support rakan blogger untuk join contest mereka..jom kita join Comel Blogger Contest



Klik banner kalau nak join ya :)

Good Luck

November 7, 2017

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

November 07, 2017 7 Comments
GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN | Assalamualaikum dan tahniah Mia Kassim dot com Blog Akak Mia kita sudah mencecah usia 10 tahun..pasti sudah banyak liku-liku dalam dunia blogging ditempuhi, tidak juga kurangnya ilmu blogging makin bertambah, kira macam senior gituu.



Macam mana bisa kenal? Macam ayat Blogger Cla pulak ya :D sejujurnya sha baru mengenali kak mia, rasanya kak mia pun begitu, maklumlah sha ini blogger siring-siring saja bah. hahaha. Mula kenal dengan kak mia, setelah meriahnya kehadiran beliau dengan ahli Sabahan Blogger yang lain di Group Whatsapp. 

(ANDA BLOGGER SABAHAN? EMAIL SHA DI opzzpinky@yahoo.com KAMI SEDANG MENGUMPULKAN BLOGGER NEGERI DIBAWAH BAYU, JOM JOIN KAMI)

Kawan alam maya menjadi nyata apabila kami merancang untuk bersua muka di acara Food Fiesta and Cultural Night anjuran BTC Inanam bersama rakan blogger yang lain, duduk semeja, sudah jumpa, gaya macam kenal dah 10 tahun, haha..

Berapa tahun pun usia blog kak mia, sha harap semangat tetap kental untuk terus menyumbangkan ilmu di halaman google, sha pasti bukan mudah untuk berdiri seperti mana blog akak sekarang,  yang dikenali ramai macam artis gitu..hihi

Semoga terus success dan selamat ulang tahun kelahiran Blog tersayang, MiaKassim.com



November 5, 2017

Kursus Pra Perkahwinan Daerah Tuaran

November 05, 2017 8 Comments
Kursus Pra Perkahwinan Daerah Tuaran | Assalamualaikum, sha baru ada masa mengurus kursus ni, sha pun baru tahu kursus pra perkahwinan daerah tuaran pun ada, aishh rugi nda urus awal-awal..kalau nda, dah boleh kahwin dah hahaha


Langkah pertama yang perlu korang urus adalah pergi ambil borang dekat MUIS di Urus Setia Daerah Tuaran, tingkat 3. Borang kursus pra perkahwinan akan diberikan beserta borang kebenaraan kahwin berharga RM5.

Hanya borang kursus pra perkahwinan yang perlu diisi dengan lengkap dan dikembalikan kepada pihak MUIS berkenaan dengan membayar RM100 untuk pembayaran kursus tersebut. Mereka akan memberitahu tarikh yang masih kosong dan memberikan satu resit pengesahan penyertaan kursus tersebut.

Kursus berlangsung pada setiap hari selasa dan rabu bertempat di Dewan Kuliah, Masjid An'Nur, Tuaran. Masa kursus berkenaan bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang, tapi disarankan datang awal untuk proses pendaftaraan.

Sha sudah urus untuk tempah tarikh kursus, namun tarikh yang kosong kena pada hujung bulan ini, 28&29 November 2017, sha bernasib baik, kerana masa itu sudah bermula cuti sekolah.

Untuk pertanyaan mengenai kursus tersebut korang boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Daerah Tuaran

Tel : 088-788235 / 788236

Semoga Allah permudahkan urusan mendirikan masjid, insyaAllah :)

November 4, 2017

Selamat Tinggal Nuffnang

November 04, 2017 11 Comments
Selamat Tinggal Nuffnang | Assalamualaikum, banyak blogger mengadu Nuffnang sudah tidak semegah dulu, beri earning bagai syok sendiri, dan kini Nuffnang sudah semakin tidak kelihatan di blog yang lain.


Dan sha mengambil keputusan untuk 'membuang' Nuffnang bukan atas dasar kacang lupakan kulit, tapi sha sudah move on dengan kekecewaan yang telah Nuffnang lakukan, mempermainkan blogger cute seperti sha amatlah menyakitkan haha, adakah patut BE dah bagi cun, sekali amount sen saja? kedekut sangat tauuu...

Terlalu banyak kenangan bersama Nuffnang sepanjang sha berblog ini, antaranya sha yang dahulunya rajin buat entry mengenai BE yang telah diberikan oleh Nuffnang, tutorial letak iklan khas buat Nuffnang sampailah ke cerita tentang Cashout dari Nuffnang sebanyak 3 kali.

Namun bagi sha itu hanyalah kenangan masa lalu, seseorang perlu beredar mencari sesuatu yang lebih menjana pendapatan yang cerah untuk masa depan haha..apapun berlaku, terima kasih atas rezeki yang telah engkau curahkan walaupun hakikatnya, iklan yang telah engkau timbulkan diblog ini sangat hebat ! haha..

Selamat Tinggal Nuffnang

Ex Nuffnangger,
Opzzpinky :P