February 24, 2018

Mereka (Blogger) Tidak Lagi Seaktif Yang Dulu

February 24, 2018 22 Comments
Mereka (Blogger) Tidak Lagi Seaktif Yang Dulu | Assalamualaikum, entry sedih malam ini, haha, tadi terbaca entry lama, nampak komen-komen dari blogger yang sama-sama aktif sekitar 2012, ramai sangat, blogging pun jadi meriah, tapi sayang, kebanyakan blogger tersebut dah cuci tangan, mungkin sudah tidak seaktif yang dulu. Sha jadi rindu..


Sha harap sha tetap jadi blogger yang aktif, tak banyak pun entry tapi harap rajin lah update ya..hihi..sayang tau bayar domain untuk 5 tahun, InsyaAllah sha akan aktif dan sha mahu semua rakan blogger lain terus aktif sama..

February 23, 2018

Aku Bunting Pelamin?

February 23, 2018 6 Comments
Aku Bunting Pelamin? | Assalamualaikum hi guys, kandungan sha sudah memasuki 2 bulan seiring dengan usia perkahwinan sha dan suami, actually anggaran kiraan lepas dari sha kahwin, masa perut dalam keadaan 'kosong' hanya seminggu, lepas itu dah mula tunjukkan simptom mengandung, cepatkan sha detect haha boleh baca entry sebelum ini Alhamdulilah Im Pregnant. Jadi ramai yang musykil, sha ni dalam kategori bunting pelamin ka tidak?


Apa itu Bunting pelamin?

Menurut blog sweetcherry Bunting pelamin adalah ‘misnomer’. Ia seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan telah hamil ketika bernikah dan menaiki pelamin sedangkan bukan itu yang berlaku sebenarnya. Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan dan mungkin boleh mengundang pandangan seorang orang ramai.

So sha kahwin pada 22/12/17, sha period pada 27/12/17 kalau sha kahwin selepas 14 hari waktu sha period sha memang akan dikategorikan sebagai bunting pelamin, usia kandungan lebih 2 minggu dari tarikh kahwin, tapi sha kahwin sebelum period, so itu kira rezeki awal lah kan? *betulkan sha kalau sha salah ya* then itulah sebabnya sha ada masa seminggu gap antara tarikh kahwin dan usia kandungan. Ini korang kena rujuk balik subjek sains tingkatan 4 haha.

Aku Bunting Pelamin? tidak sebenarnya, cuma kitaran subur sha kebetulan kena pada tarikh tu, alhamdulilah, sha diberi rezeki awal, happy ka tidak? of course happy sebab sha memang nak sangat dapat baby diawal perkahwinan, tapi orang cakap bagus lagi puas-puas honeymoon, haha sekarang sha dah tahu kenapa orang selalu cakap begitu, sebab alahan mengandung sangatlahh hebat, ada masa sha story pasal mengidam dan alahan ya.

Bunting pelamin kah tidak, itu semua ketentuan Allah, yang penting, hubungan kita dengan suami halal dulu ya, jadi zuriat kita pun InsyaAllah jadi soleh dan solehah kelak, amin. 

Doakan sha dan baby dalam perut selamat mengharungi 9bulan 10 hari..hihi

Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi

February 22, 2018

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

February 22, 2018 0 Comments
Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee Dari 26 Hingga 28 Februari | Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 


“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya pemindahan bank. 

Kategori Popular Sepanjang Tempoh Penerimaan Gaji
Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:


● Mobil dan Gajet 
Sarung dan Pelindung, Audio; Bank Kuasa & Bateri 

● Kesihatan dan Kecantikan 
Produk kecantikan kulit, makanan tambahan, berus dan peralatan solek.

● Permainan, Kanak-kanak dan Bayi 
Fesyen kanak-kanak, permainan dan pendidikan, perkakas untuk makan dan penyusuan.

● Pakaian Wanita 
Baju, pakaian dalam dan pakaian tidur, gaun.

● Perabot dan perhiasan rumah 
Hiasan dalaman, tempat menyimpan untuk dapur, kelengkapan bilik tidur.


Jom Shopping Hari Gaji Bersama Shopee
Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil dan gajet, kesihatan dan kecantikan, permainan, kanak-kanak dan bayi, perabot dan perhiasan rumah, perkakas rumah, barang runcit dan haiwan peliharaan, fesyen wanita dan fesyen lelaki.


Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my . Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

February 21, 2018

Dapatkan Topup Percuma dari Aplikasi Boost

February 21, 2018 1 Comments
Dapatkan Topup Percuma dari Aplikasi Boost | Assalamualaikum, hi guys, benda free sha nak share dekat korang, sebelum ini sha memang guna aplikasi Boost untuk topup kredit dari account bank dan korang akan diberikan duit secara percuma (shake your mobile) dalam account Boost, bermula dari 20sen sampailah RM10, kalau korang bernasib baik dapatlah banyak, kumpul-kumpul dah boleh beli topup minimum RM5 

Tips - korang topup RM5 untuk melayakkan dapat duit percuma, maksudnya, kalau topup terus RM20 hanya sekali sahaja layak, kalau topup RM5 x 4 kali so 4 kali korang boleh main shake shake dan dapat duit masyukk, kalau boleh korang selang dalam beberapa jam ya hihi.

Sempena Tahun baru cina ini, Boost dengan baik hati nak bagi 2 angpow dalam sehari untuk pengguna aplikasi Boost. Bagaimana caranya? mari sha nak tunjukkan...

Dapatkan Topup Percuma dari Aplikasi Boost


1. Download aplikasi boost di google store
2. Lengkapkan maklumat untuk Register 
3. Aktifkan account korang pada profile > redemption code > letakkan code > sha8zpo
4. Pergi ke Home dan klik SHARE & GET ANG POWS
5. Pilih salah satu ang pow (amount ikut nasib)
Pilih button teruskan untuk dapatkan satu lagi ang pow, datang kembali pada jam yang sama keesokkan harinya untuk tebus 2 lagi ang pow, kalau lambat ang pow tersebut akan expired

Tempoh terhad sha kurang pasti sebab sha pun baru tahu kemarin sha dapat RM8, siapa mau bagi kan..hihi, so apa tunggu lagi jom dapatkan ang pow korang sekarang.

February 20, 2018

Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian

February 20, 2018 8 Comments
Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian | Assalamualaikum, hi guys melipat pakaian adalah suatu pekerjaan yang membosankan malah membuatkan orang melihat pakaian yang membukit boleh menyumbang kepada tekanan perasaan, terutamanya kepada golongan suri rumah dan ibu-ibu yang bekerjaya. Melipat pakaian akan menjadi jimat apabila korang tahu caranya, mari sha nak share dengan korang Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian.


Semasa kecil, melipat pakaian adalah rutin pekerjaan sha. Sehingga kini sha juga tidak lari dari pekerjaan tetap ini, lebih-lebih lagi sha sudah mengalas sepenuhnya jawatan suri rumah tangga selepas mendirikan rumah tangga bulan 12 tahun lalu.  

Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian 

1. Pilih masa yang sesuai - Melipat pakaian adalah aktiviti yang memerlukan mental yang tinggi, apabila korang melipat pakaian dalam keadaan penat, maka terbakarlah pakaian tersebut. Masa yang sesuai untuk melipat kain adalah waktu malam dan subuh, dimana waktu begini suasana agak tenang dan damai. 

2. Asingkan pakaian - Mula melipat dengan jenis pakaian yang sama contohnya habiskan melipat baju dahulu baru seluar, diikut dengan pakaian kecil, dan letakkan ke dalam bakul mengikut susun mengelakkan pakaian bertabur.

3. Guna Hanger - Banyakkan penggunaan hanger dalam almari korang ini kerana ianya dapat membantu penjimatan masa dan kelihatan kemas berbanding dengan lipatan baju. Juga dapat mengelakkan baju berselerak apabila hendak cepat pergi kerja.

4. Melipat sambil tengok TV - Melipat juga sangat membosankan, jadi ambil masa korang tengok TV sambil tangan melipat pakaian, aktiviti ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa melipat pakaian sebelum habis rancangan TV tersebut.

5. Jangan bertangguh - Lipat sebaik sahaja pakaian di ambil dari jemuran, elakkan sikap bertangguh selagi mood masih ada, duduk dan mula tarik satu persatu pakaian dalam bakul tadi.

6. Ajak suami dan anak melipat kain - Tentu seronok bila aktiviti melipat pakaian ini dibuat bersama keluarga, bahagikan tugas anak dengan mengajar dia terbalikkan baju dan seluar budak dan ajak suami lipat benda yang tidak complicated seperti cadar atau tuala.

7. Upah orang melipat pakaian - Kerja hakiki membuatkan kurangnya masa untuk melipat pakaian, tapi terpaksa cari jalan untuk memastika rumah sentiasa kemas. Jadi, korang boleh upah adik/kakak untuk menolong melipat pakaian, tidak semestinya bayar dengan duit, tapi boleh juga belanja makan, atau masakkan makanan kegemaran mereka.

8. Hantar dobi - Self service dobi juga ada service melipat pakaian, hantar pakaian kotor korang dan ada penjaga dobi tolong korang settlekan selebihnya termasuklah melipat pakaian, anggaran melipat pakaian dalam RM2-4 untuk seorang.

Itu sahaja Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian dari sha, selebihnya tawakal banyak-banyak haha, tapi biasanya lepas habis melipat pakaian, kepuasan adalah reward terbaik untuk diri sendiri, sebab berjaya habiskan berbakul-bakul, selamat mencuba dan semoga berjaya hihi