September 6, 2018

Beli Beg Mummy 5 in 1 Murah di Shopee

September 06, 2018 7 Comments
Beli Beg Mummy 5 in 1 Murah di Shopee | Assalamualaikum entry kali ini saja-saja nak share pengalaman beli beg mummy 5 in 1 murah di shopee, untuk mommy to be macam sha, sha  sangat-sangat recommended korang beli beg ni untuk pergi bersalin dihospital nanti, ataupun nak berangkut ke klinik or pergi mana-mana bawa baju baby kan..senang packing.


Sha suka beli barangan di Shopee, mostly quality terbaik, penghantaran pun cepat dan harga terlebih murah berbanding beli dekat kedai, kecuali pos ke Sabah agak mahal sikit, tapi sekarang pun tengah ada diskaun untuk barangan RM35 keatas, so boleh diterima juga lah kan hihi.

Actually persiapan baby kena prepare seawal 7 bulan kan takut terberanak awal ja, so korang yang tengah pregnant tu boleh lah menghadap web site shopee, musim gaji time ni boleh cuci mata, at least kumpul barangan baby sikit-sikit, so bulan terakhir ni, sha beli Beli Beg Mummy 5 in 1 dengan harga RM30 plus postage ke Sabah RM8.00++ dan pilihan warna polkadot merah. Harga boleh murah lagi korang boleh survey dekat web site tu, tapi kebanyakannya postage mahal, so lebih kurang ja dengan harga sha dapat, kalau macam area semanjung memang free postage, untung korang haha.

ukuran beg


Beg mummy 5 in 1 termasuklah:- 

- 1 x Large Size Bag 
- 1 x Medium Size Bag 
- 1 x Changing Mat (Diaper Mat) 
- 1 x Bottle Warmer Bag 
- 1 x Food Bag



Quality beg memang terbaik, sha suka sebab tebal dan jahitannya pun kemas, warna menarik tapi husband sha cakap beg ni macam klasik ja, haha tak apala yang penting muat barang-barang baby :P, ada beberapa barang lagi sha purchase dekat shopee hari ini, barang baby dan barang sha, nanti ada masa sha review lagi ya.



Untuk beg mummy 5 in 1 ni sha beli dekat kedai sini boleh tengok komen pembeli termasuk sha mostly yang beli puas hati dengan quality beg, murah tak apa yang penting qualitynya terbaik kan..

September 5, 2018

Rancang Perjalanan, Tempah sekarang dan Terbang bila-bila masa dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018

September 05, 2018 8 Comments
Rancang Perjalanan, Tempah sekarang dan Terbang bila-bila masa dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 | Assalamualaikum hi guys, ada tak yang tengah check kalender 2018, cari date yang sesuai untuk holiday dengan family? untunglah korang sha ni dah 35 minggu pregnant memang menunggu masa ja nak bersalin kan, jadi tengok ja korang plan bercuti sakan sob sob.. aipssss, iyakah sha tak boleh nak join plan sekali? ahhh ini sha nak share dekat korang Rancang Perjalanan, Tempah sekarang dan Terbang bila-bila masa dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018, menarik bukan???



Nak plan bercuti dimana ya?? cuti sekolah bulan 12 ni, mesti korang tengah fikir-fikir cari tempat yang sesuai, seiring dengan saranan kerajaan untuk menggalakan perlancongan dalam negara, habiskan dulu melancong dalam negara, gali lagi keindahan dan terokai kelainan disetiap negeri dalam Malaysia, korang dah pernah pergi Sabah? kalau nak tenangkan pikiran, kot-kot lah kan ada yang baru putus cinta haha, eh pengantin baru nak honeymoon ka, atau yang nak release kan tension dengan kesibukan kota, korang boleh melancong di Sabah, high recommended ! 

Kalau korang nak tahu, Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan penginapan hotel terkemuka di Asia Tenggara. Jadi, kalau korang sedang merancang percutian hebat dan jimat, pilih sahaja Traveloka, sebabnya, tiada harga tersembunyi, harga yang dipamerkan sudah termasuk tax dan cas lain. Yang paling bestnya korang boleh survey tiket murah dan tengok rate bilik yang sesuai dengan isi dompet korang hihi, hanya melalui laman web Traveloka ataupun melalui aplikasi sahaja guys..simple kan? review pasal hotel itu korang pun boleh tengok sama, of cos lah baca review tu penting, kalau macam sha dapat menyakinkan 100% untuk tempah bilik tu berdasarkan pengalaman orang lain, siapa macam ni kita geng hahaha.

Bagi tempahan penginapan bilik hotel melalui Traveloka, jaminan untuk korang stay, mana lah tau kan ada masalah time tempahan ka? bilik ada masalah, mesti stress kan, mau-mau hilang mood bercuti haha..jangan risau Traveloka akan tolong korang selesaikan masalah ini, diorang akan syorkan korang bilik hotel yang sama tanpa sebarang cas pun. Ataupun duit akan dikembalikan. Win win situation bak kata orang putih.

Mari sha share dekat korang Cara download Aplikasi Traveloka
1. Pergi ke Google Play / App Store di handphone korang
2. Cari aplikasi Traveloka dan download

Ok berbalik kepada topik cari date yang sesuai untuk holiday bersama family, sha pun nak juga..haha jadi sha pun boleh booking start dari 4 September hingga 10 September 2018 ke mana sahaja sha nak bawa family sha, memandangkan sejak pregnant ni sha langsung tiada jalan-jalan, more to saving la katakan,hahaha so sha plan nak cari satu date, tunggu baby keluar dulu lah haha, maybe dalam tahun depan, cuti tahun baru cina awal bulan 2 bolehlah melancong dalam atau mungkin luar negara, siapa tahu termakbul hahaha, sesuai sangat dengan tajuk entry ni Rancang Perjalanan, Tempah sekarang dan Terbang bila-bila masa dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018. Lagi satu, tempoh perjalanan anytime guysss..asalkan korang sudah booking siap-siap ya, lambat korang juga yang melopong..

Lagi cepat korang booking, on the spot juga Traveloka akan bagi korang Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk kepada terma dan syarat, tak semua syarikat penerbangan yang terlibat sahaja guys, oklah daripada tiada kan haha..eh RM40 tu kalau tiket flight RM100 korang hanya bayar RM60 sahaja tau, tiada cas tersembunyi, save banyak dekat situ, tapi korang kena cek betul-betul juga tu, ala senang ja korang boleh download aplikasi Traveloka, online anytime and everywhere gituuu..bestnyalah sudahlah kena bagi kupon diskaun tambahan 8% atau sehingga RM40, Traveloka tiada cas pun untuk booking fee..double wow..haha

Korang pernah pergi Matta Fair tak? sha kalau dekat sabah event begini memang kurang pendedahan  sikit, tapi setahu sha lah kan, Matta Fair adalah event yang menghimpunkan pelbagai syarikat penerbangan dalam dan luar negara mengikut pakej yang korang nak, jimat pun jimat guys..setahun 2 kali diadakan, bulan March dan September, so dekat event itu korang bolehlah survey mana yang best untuk percutian korang.Jadi sesuai bah kan kalau sha nak katakan Traveloka Sale-abration kali ini sangat berbaloi seakan-akan Matta Fair 2018. Sebabnya korang boleh jimat lebih hihi. 

Pasal payment pula, semuanya dihujung jari korang, hanya klik dan bayar,  Traveloka dah banyak deal dengan lebih 15 bank-bank ada dalam Malaysia melalui internet banking dan termasuklah payment melalui Visa dan Mastercard, sha baru tahu boleh bayar di 7-eleven haha, oklah semua tempat sekarang dah ada kedai 24jam ni, memudahkan korang kalau tak sempat bayar online kan.

So apa lagi asalan korang untuk tidak bawa family dan orang yang tersayang untuk pergi melancong??? Rancang Perjalanan, Tempah sekarang dan Terbang bila-bila masa dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018. Selamat bercuti :)

September 1, 2018

Due Date Semakin Hampir

September 01, 2018 6 Comments
Due Date Semakin Hampir | Assalamualaikum hi september, kejap sahaja dah masuk bulan 9, due date sha 3 October ngekkkk, cepatnya masa berlalu, sha sekarang dah 35 minggu 2 hari, minggu depan 9 bulan, owwww betul-betul tidak terasa cepatnya berlalu, terasa baru kejap tadi check pregnancy test hahaha..

Image result for due date pregnant

Banyak sangat pengalaman sebagai ibu mengandung sha lalui, mostly yg manis manis sahaja, sampai kena kencing manis on diet hahaha, moga baby sihat walafiat, ummie sangat excited menanti kelahiran putera sulung ummie ni, perut pun semakin berat nak bawa, guys cuba korang bayangkan pendek sha 153cm ja dengan current weight 65kg hahahaha..ukur lilit perut 42" hahaha..comel macam penguin gitu..

pstt, dorang cakap 1st baby memang cepat ja bersalin, iyakah? oklah kalau bersalin awal, means tunggu baby fully matang dalam 37 weeks, sebab sha dah start susah nak tidur, nak bangun, nak itu dan ini, hopely sangat bersalin nanti mudah..amin..

guys, korang doakan sha tau..dup dap dup dap pula hahha..

August 28, 2018

Kontraksi Palsu pada Minggu Ke 32 Kehamilan

August 28, 2018 4 Comments
Kontraksi Palsu pada Minggu Ke 32 Kehamilan | Assalamualaikum hi guys, actually kandungan sha dah sekitar 35 minggu, entry ini cuma nak share dekat korang bagaimana rasa kontraksi palsu untuk pengalaman pertama ummie to be macam sha ni haha..Kontraksi Palsu pada Minggu Ke 32 Kehamilan sakit ka tidak? T.T sakit tauuuu...ok jom kita baca selanjutnya hihi

Image result for kontraksi palsu

Sudah tidak boleh begitu tenang kalau ini yang dinamakan kontraksi palsu, sedangkan begitu palsu pun sudah sakit apakan lagi yang beneran, pasti lagi dasyat kan? huhu..seram sejuk gueeee...

Pada 11 Ogos yang lalu, lepas ja husband sha pergi kerja jam 7.45pagi, sha memang akan bersendirian dirumah, macam biasa buat kerja rumah, cuci kain guna tangan, jemur kain, cuci piring, masak sebab husband balik kerja half day memandangkan hari sabtu, tapi hari itu memang berbeza sangat, semua kerja sha tidak boleh buat sudah, berdiri pun susah, berjalan pun susah, duduk pun tak senang duduk. Perut sha mengeras dan sakit, adakah sha mau bersalin sudah??

Sha start kesakitan, dari bahagian perut sampai ke punggung, kaki mengeletar dan tidak selesa, sha ada whatsapp husband sha, tapi mungkin dia busy, then sha chat kakak sha, dia cakap dia belum pernah alaminya sepanjang dia mengandungkan 2 anaknya, dia sarankan untuk pergi ke hospital, sha bukan jenis yang sikit-sikit nak pergi hospital haha..sebab banyak sangat appointment dengan klinik so malas mau deal dengan hospital hihi

Kesakitan berterusan sampai jam 9 pagi, Ya Allah sha teruskan juga buat kerja rumah, stop bila sha sudah tidak tahan cuci kain, sambung balik bila dah redah sikit, apa yang boleh sha bayangkan kesakitan tu macam perut dan punggung sha ni dihampas pulas, bertapa berat pengorbanan ibu mengandung kan..husband pun call sha risau takut terberanak dirumah sorang-sorang, then dia cakap itu hanya kontraksi palsu..

Apa itu Kontraksi Palsu???
Kontraksi palsu atau dikenali sebagai Braxton Hicks merupakan hal normal yang terjadi pada wanita hamil. Kontraksi semacam itu merupakan persiapan rahim untuk menghadapi persalinan.


Pic Credit to Mrs Pip on Braxton Hicks Kerap Menyerang

Beberapa cara untuk mengatasinya Kontraksi Palsu adalah:-

  1. Sebenarnya, kontraksi palsu ini makin sakit apabila kita melakukan kerja, berehatlah dan kawal pernafasan membantu untuk lebih tenang
  2. Makan dan minum secukupnya
  3. Mandi air suam untuk buat tubuh badan menjadi rileks

Sehingga kini, sha sudah mengalami 2 kali kontraksi palsu, tapi kali kedua ini berlaku pada malam, sakit lebih kepada sakit pinggang macam sakit senggugut, tapi sakit jugalah sampaikan tidak mampu bercakap, marah-marah husband hahhaa..kesian dia.

Apapun kesakitan yang sha alami sekarang ini, semoga baby keluar selamat dan sihat hendakNya, pengalaman pertama sakit kontraksi ini InsyaAllah membuatkan sha lebih bersedia bila tiba masa melahirkan..

Menyambut Kemerdekaan dengan Lazada - Diskaun sehingga 80%

August 28, 2018 1 Comments
Menyambut Kemerdekaan dengan Lazada - Diskaun sehingga 80% | Assalamualaikum hi guys, beberapa hari lagi negara kita nak menyambut hari Merdeka yang ke 61 tahun, semestinya minggu patriotik ini, Lazada tidak ketinggalan untuk sama-sama Menyambut Kemerdekaan dengan memberi korang Diskaun sehingga 80%, wow !! korang dah boleh start cuci mata guys, jom kita tengok apa yang menarik ada pada Merdeka Sale Lazada 2018.


Bestnya ada Merdeka sale, haha, of coz lah guys, sha kan pregnant, now dah 35 weeks, memang akan beli persiapan barang baby dan barangan keperluan sendiri kena lagi waktu-waktu gaji husband tengah dalam perjalanan...mau tak penuh troli, haha..dan sha memang prefer beli secara online, senang nak pilih, boleh tengok sama ada ready stok atau tak, bandingkan harga, murah pun memang murah, pos pula berbaloi, kira macam beli untuk diri sendiri, happy la kan dapat parcel berganda-ganda dari abang pos laju :P

Aip, korang jangan ingat sale ni untuk barangan baby ja tau, banyak lagi barangan lain. Dan sempena menyambut kemerdekaan yang ke 61 tahun ini, kita up sikit barangan tempatan kita contohnya, Siti Khadijah menawarkan 20% diskaun bila korang beli barangan bernilai RM100. Boleh beli untuk pakai sendiri ataupun hadiahkan dekat mak or mak mertua, telekung pun design banyak yang baru sampai, harga pun ikut quality. Selain dari telekung, ada juga jubah, dress, beg mengikut trend sekarang, ahh cepat grab sekarang !!!


Satu lagi jenama tempatan yang tak asing lagi, korang memang akan kenal punya, Naelofar Hijab, ala pemilik jenama yang cute miut tulah , siapa lagi kalau bukan Neelofa, banyak fesyen dan color menarik untuk korang pilih, bukan setakat tudung sahaja, inner tudung dan sajada pun ada. Jadi korang beli barangan bernilai RM150 dari kedai ini korang akan dapat hadiah. wow kan?


Ada banyak lagi jenama tempatan yang korang boleh usha-usha di web site lazada, hanya klik LAZADA MERDEKA SALE dan mula cuci mata hihi, korang kena ingat tau, sale dari lazada sempena kemerdekaan ini hanya berlangsung mula hari ini 28 Ogos sahaja sehingga 31 Ogos 2018 sahaja..add cart siap siap !! hihi


Untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan di Lazada, semestinya FLASH SALE dengan promosi sehingga 15% rebat guyss..owh nooo, sha ternampak dekat situ barangan baby yang murah haha..grab cepat-cepat sebabnya nanti melopong walaupun promo sehingga 31 Ogos pun barang yang dipamerkan berlainan mengikut tempoh sale, so korang tidak mungkin ada peluang untuk grab barang yang sama sob sob menangis dalam bilik haha...

Flash Sale bermula dari jam 9 pagi, 2 petang dan 7 malam, so alang-alang sha tiada kerja ni boleh lah set masa untuk online time merdeka sale di web site lazada kan..hihi..



Nak dapat voucher percuma? korang boleh dapatkan hanya dengan shake shake handphone sahaja, tapi Shake dan Win Vouchers Today hanya menggunakan Aplikasi di telephone pintar korang caranya mudah sahaja :-



Korang boleh mula Shake shake setiap hari pada jam 1 petang dan 9 malam sahaja, valid sampai 31 Ogos 2018 yaaa..disitu kalau korang bertuah akan menang voucher RM15, so boleh enjoy shopping puas-puas, make sure stay dalam page Lazada bila nak dekat time shake tu hihi, kalau malas nak cari dekat google play korang boleh terus scan gambar kod untuk download aplikasi Lazada.



Selamat menyambut kemerdekaan bersama Lazada, shopping barang yang perlu sahaja tau, jangan boros, dan jangan lupa grab voucher setiap hari..