March 22, 2019

Edan kena warded

March 22, 2019 3 Comments
Assalamualaikum, sha baru keluar ward kemarin sebab edan demam panas dan cirit birit berdarah sejak selasa tu.


Al kisahnya ini kali pertama edan demam mencecah 37.6, disertai dengan cirit birit lebih dari 8kali sehari, lagi teruk terdapat sedikit lendiri bercampur darah dekat najis edan..ibu mana tidak risau walaupun ramai yang cakap edan dalam proses nak ringan kan badan memandangkan dia sudah mula bertiarap dan mau masuk umur 6 bulan

Pengalaman pertama kali warded sangat pahit buat umie dan edan, bila nampak edan kena jarum ambil darah kedua2 tanganya dan edan sangat trauma bila nurse mula pegang tangan nya..manatah nya 4x edan kena jarum, nak salahkan nurse tak pandai ambil darah pun susah nak cakap, sha lagi suka pakar yang buat..steady ja edan..

Maafkan umie nak, umie terlalu careless bab makan sedangkan umie masih breastfeed edan sepenuhnya, dan juga careless dalam kebersihan mainan edan..memandangkan edan sudah mula suka memasukkan semua benda kedakam mulut.

Doktor syak edan ada jangkitan kuman menyebabkan cirit birit yang kerap..maafkan umie nak..ermm

Sehingga hari ini edan masih berak, tapi warna najis sudah bertukar warna kuning..kesian anus edan merah dan berbadas..

Korang ada petua tak untuk hilangkan cirit birit dan sembuhkan badas ni?

Doktor memang sarankan kerapkan bfeeding..dan minum air garam tuk gantikan air yang hilang dalam badan edan dan ada bekalkan cream khas untuk badas.

Hopely edan cepat sembuh nak.

March 8, 2019

Pindah Rumah Baru

March 08, 2019 8 Comments
Assalamualaikum guys..minggu yang sibuk yang amat, mengemas, berangkut dan mengemas kembali, finally sha duduk rumah sendiri

Sebelum ni sha tinggal quarter husband, then pindah ke rumah ipar sha..tumpang sekejap tunggu edan besar sikit baru pindah..tunggu punya tunggu dekat 5 bulan juga baru dapat pindah hihi..



Rumah idaman sha..pink color, tapi kami sewa rumah ja, rumah apartment biasa2 ja..hihi..tak apalah kan yang penting susah senang sendiri ja yang tahu..betul kan?? Part yang pemalas tu laki bini dan anak ja sendiri tau, kalau tinggal dekat rumah orang lain..kena control macam macam..so better duk rumah sendiri tak kiralah menyewa ka..beli ka..

Dah masuk bulan 3, entry pun tiada lagi huhu..bulan lalu 1 entry ja update alahai..ni la simptom mak mak kan..haha

Okla nak sambung kemas lagi..nanti sha story pasal edan ya..
Cau cincauu

February 13, 2019

Manfaat Air Kosong Pada Badan Kita

February 13, 2019 5 Comments


Manfaat Air Kosong Pada Badan Kita | Assalmualaikum guys..lama sha menyepi, mesti nak bagi alasan edan lagi la ni? haha pengurusan lebih kepada edan sekarang ni, lagi-lagi edan sekarang dah pandai tukar-tukar perangai..haha nak tidur kena popok dia, nak susu tak nak berenggang dengan umie dia..puhhh tough jadi ibu sebenarnya, so sha tabik pada blogger yang jadi ibu kepada 2-3 anak dapat update blog juga..tepokkkk..hihi

Ok sebenarnya sharing pada hari ini berkenaan air kosong kalau istilah kami, ait mati, air putih yang dimasak. kajian mendapati bahawa air yang diminum pada masa yang sesuai dapat membantuk sistem dalam badan kita.

Thats why kenapa kita disarankan meminum air sekurangnya 6 gelas sehari, agar kulit kita tidak kering, sistem dalam badan pun bergerak dan lain-lain lagi

Sha sebagai ibu yang menyusukan juga perlu minum banyak air, sebab edan kecil lagi, so memang perlu, dalam 2-3liter sehari. Untuk ibu mengandung juga digalakkan minum air yang banyak, jangan takut kepada mitos minum air banyak ketuban jadi banyak juga, itu semua karut hihi, malah ianya menghindari dari masalah baby dalam kandungan lambat mendapat nutrisi.

Tapi ingat air kosong yang dimasak sahaja tidak memberi jaminan air yang terkandung benar-benar bersih dari bahan-bahan karat dan sebagainya, maklumlah paip sekarang dah lama kita pakai, so karat memang tak boleh nak cakap kan.



Tapislah air yang korang minum dengan penapis air, sekarang banyak yang mampu milik serendah RM75.47 sahaja sebulan, kalau nak pasang boleh roger sha, sha antara seller yang menjual penapis air jenama Cuckoo



Nak tahu lebih lanjut boleh whatsapp sha https://wa.me/60128427478 untuk dapatkan promosi, terhad kepada 10 orang sahaja.

January 7, 2019

Printcious - Jadikan Hadiah Korang Ekslusif

January 07, 2019 5 Comments
Printcious - Jadikan Hadiah Korang Ekslusif | Assalamualaikum guys, korang nak tahu tak satu laman web yang boleh jadikan hadiah korang ekslusif hanya dengan harga yang berpatutan? eh mestilah nak kan, lagi-lagi yang suka shopping online macam sha hihi..teruja tak? meh sha nak share dengan korang laman web mana yang boleh jadikan hadiah korang ekslusif.


Peningnya nak cari hadiah yang simple tapi ekslusif, korang nak tahu Printcious adalah salah satu laman web yang memudahkan korang mencipta sesuatu hadiah dengan design sendiri, banyak pilihan hadiah korang boleh buat design dekat situ..

oh ya, sha nak bagitau yang Printcious kini available di Singapore, Australia dan New Zealand..wah tahniah buat Printcious yang kini sedang melebarkan sayapnya ke serata dunia..hebat hebat..ok kita sambung cara nak purchase dekat laman web printcious :)

Macam-macam korang boleh pilih nak design yang mana satu, tapi mouse pad ini rare sikit, sha ambil contoh, korang bole design gambar family atau anak dekat mouse pad ni, lepas tu tengah stress dengan kerja dekat office, cair bila tengok gambar comel family atau anak tadi, terus jadi pemangkin semangat untuk kerja, ini bagus kalau nak hadiahkan pada baba edan hihi..

Cara untuk mendaftar :-

1. Klik website --> https://www.printcious.com/my

2. Login mudah dengan facebook atau guna manual pun boleh, sha link kan kepada account facebook senang ja dah login hihi.



Untuk login hari ini akan dapat 50% off dan free shipping above RM60, so cepat-cepat fill in korang punya details dan alamat, senang nak purchase nanti tinggal klik proceed ja haha..lagi satu kalau birthday korang tak lama lagi, baik betul Printcious ni, bagi code voucher dekat korang, sob sob, birthday sha dah lepas tauu huhu kena tunggu bulan 12 lama lagi, tapi tak apa sha dah dapat 50% off tadi time login haha..dah boleh start design hadiah..

Voucher 50% off korang boleh tengok dekat Message, klik pada button shop now untuk claim semua barang yang available untuk 50% off tu



Dan sha decide untuk hadiahkan edan baby romper hihi, suka sangat nampak edan pakai romper, nampak tegap bahagian paha tu haha, cadang nak beli 3, untuk 2 orang anak bff sha juga, sha belum bagi hadiah lagi ni..haha, so memang ngam sangat beli dekat Printcious kan, oh ya..warna putih sahaja yang availabe, sokay putih kan suci hihi..untuk saiz sha pilih yang paling besar sebab edan dan kawan-kawan sudah semakin besar..kalau longgar sikit pun tak apa yang penting edan dan kawan-kawan  pakai, senang hati umie tak membazir voucher umie ni ahh hahaha.


Ok dah siap design simple umie untuk edan, kawan-kawan edan sha buatkan juga tapi ikut nama dan tarikh lahir masing-masing..nanti sha buat review dekat korang bila dah sampai nanti, sha nak sambung design lagi ni..haha, excited pula kan..maklumlah manfaatkan diskaun yang ada..

oh ya pembayaran boleh melalui band yang tersenarai dibawah ini


selesai bayar tunggu ja la barang korang sampai, pihak Printcious hantar menggunakan aramex , pastikan alamat korang betul ya..

untuk info korang boleh check it out dekat sini


January 3, 2019

Tahun Pertama Perkahwinan

January 03, 2019 6 Comments
Tahun Pertama Perkahwinan | Assalamualaikum, haha macam biasa late post lagi, actually 1st anniversary sha dengan husband 22 Disember, tapi lambat celebrate sebab bulan tua kan, haha, sha tak kisah semua tu, adakah ianya bermaksud sha sudah semakin matang sekarang? haha 


Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah usia perkahwinan kami sudah masuk ke tahun kedua, untuk tahun pertama ermmm, bukan tempoh yang singkat untuk kami saling mengenali antara satu dengan lain..lagi-lagi bercinta selepas nikah, sedangkan yang bercinta bertahun pun baru tahu perangai sesama sendiri ohh dia begini pula, apatah lagi kami yang baru berkenal ni..so memang banyak cabaran nya, paling mencabar dari segi hati (sha mengandung time tu memang banyak sangat songeh) dan kewangan

Tapi dalam tempoh setahun itu juga sha banyak belajar untuk menjadikan fikiran sha bertambah matang, walaupun usia sudah masuk 30an haha

Banyak lagi kenangan pahit dan manis, sha tak sempat nak taip, edan dah bangun haha.doakan semoga perkahwinan kami kekal bahagia sampai ke akhir hayat.amin :)