November 16, 2019

Kekal Cantik Dan sihat Dengan 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysian

November 16, 2019 3 Comments
Kekal Cantik Dan sihat Dengan 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysia | Assalamualaikum, alhamdulilah hari ini sachet terakhir untuk 30 hari minuman hydrolyzed collagen, yes semua orang ingin cantik dan sihat, lagi-lagi diusia sedang meningkat ni, hujung tahun sha dah masuk 31 tahun haha, alahai cepatnya masa berlalu kan..sha perlukan banyak lagi collagen untuk recover balik semua yang hilang tu..

Baca entry : Terima kasih Jeanc bagi patung bunny


So, sha try lah minum collagen ini, terjatuh cinta pula, tak miss kena minum sebelum tidur, supaya kalau bangun terasa awet muda sentiasa haha, actually banyak ja sumber semula jadi korang boleh ambil hari-hari untuk dijadikan collagen, tapi rajin ka korang nak masak lagi, nak prepare lagi, sha tak rajin tau, sha ada anak kecil haha..memang nak singkatkan masa..kalau boleh nak minum sambil tidur..hahaha..simple ja

Kekal Cantik Dan sihat Dengan 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysian
JeanC 30 days Hydrolyzed Collagen diperbuat daripada kolagen laut 3000mg peptida dan tinggi antioksidan menggunakan vitamin C, vitamin E, astaxanthin dan
ekstrak superfood.

Berdasarkan kajian, Collagen adalah 75-80% kulit dan selepas kita berumur 25 tahun, badan kita akan kurang menghasilkan collagen yang akan menyebabkan berkedut, garis halus dan kulit kering, ada juga faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya pengeluaran iaitu pengambilan alkohol, pengambilan gula tinggi, merokok dan terlalu terdedah  kepada matahari.

Antioksidan pula melindungi sel-sel kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan dan DNA serta menyumbang kepada proses penuaan. Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh disebabkan oleh beberapa faktor tekanan dan gaya hidup tabiat seperti pencemaran udara, merokok, pengambilan alkohol, tahap gula dalam darah tinggi
sejumlah besar asid lemak (makanan goreng), pendedahan berlebihan kepada matahari, dan lain-lain

Oleh itu, Collagen Drink Malaysian ini khusus untuk mereka yang mengalami masalah seperti diatas

Faedah Collagen:
- meningkatkan kelembapan kulit dan ketegasan
- memperbaiki kesihatan rambut dan kuku
- memperbaiki kesihatan bersama
- meningkatkan kesihatan tulang
- memperbaiki kesihatan usus

Faedah antioksidan:
- pembaikan dari kerosakan matahari (perisai radikal bebas)
- Membaiki kulit kusam dan nada kulit yang tidak sekata
- mengurangkan kedutan
- meminimumkan parut
- anti keradangan (kawalan jerawat)

Apa kebaikan yang ada pada 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysian

Collagen
- setiap hidangan mengandungi peptida kolagen 3000mg
- menggunakan kolagen ikan hidrolisis untuk penyerapan yang lebih baik
- meningkatkan kelembapan kulit dan ketegasan
- memperbaiki kesihatan rambut dan kuku
- memperbaiki kesihatan bersama

Vitamin C
- membantu sintesis kolagen
- Hadkan kerosakan uv
- Mengurangkan risiko kulit kering
- sokongan penyembuhan luka (rawatan parut)

Vitamin E
- berfungsi dengan baik bersama-sama dengan vitamin C
- mengurangkan kerosakan uv
- Pastikan kulit terhidrasi
- hormon keseimbangan
- membantu gejala PMS

Astaxanthin
- "raja karotenoid"
- 800X lebih kuat daripada coq10
- 75x lebih kuat daripada asid alfa lipoik
- melindungi kerosakan UV
- Meningkatkan kelembapan kulit & pengekalan lembapan

Butiran Superfood
Amla (India Superfood)
- 20X vit C berbanding dengan oren
- mengurangkan kesan penuaan pramatang
- menghidrat kulit
- mencerahkan kulit
- Kurangkan parut

Açai (Amazon Superfood)
- kaya dengan polifenol
- kaya dengan anthocyanin
- kawalan pigmentasi & jerawat
- meringankan parut

Baobab (Afrika Superfood)
- Afrika "pokok kehidupan" superfood
- dua kali antioksidan delima
- kaya dengan polifenol
- pelembab kulit
- meningkatkan pengeluaran kolagen

Lingonberry (Scandanavian Superfood)
- lebih banyak antioksidan daripada blueberries & cranberry
- mengandungi arbutin (pemutihan kulit)
- menghalang pengeluaran melanin
- mencegah hiperpigmentasi yang disebabkan oleh uv

Senarai Bahan Penuh
Buah Premix Juice Juice, Kolagen Peptida (Ikan), Isomaltulosa, Vitamin C, Vitamin
E, Ekstrak Amla, Ekstrak Acai, Serbuk Serbuk Bawang Baobab, Sucralose, Lingonberry
Ekstrak dan Astaxanthin.

Cara Pengambilan : Campurkan 1 paket dengan 150ml air. Kacau dan minum segera.. Ambil 1 paket setiap hari

AMARAN !! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tidak disyorkan untuk mereka yang mengalami alergi terhadap makanan laut

Korang boleh dapatkan produk ini di laman web JEANC dengan menggunakan diskaun kod yang tertera dibawah ini ya.

1. Buy 1 for RM79 - “JEANC79” to get RM10 off with FREE delivery (normal price RM89)
2. Buy 3 for RM219 - “JEANC219” to get RM48 off with FREE delivery (normal price RM267)


Jangan lupa untuk ikuti perkembangan mereka di:
Laman Web : https://jeanc.my



November 10, 2019

Patung Bunny

November 10, 2019 5 Comments
Assalamualaikum, lama sha tak dapat patung, last dapat time 2015 kot, terasa agak tua disitu haha, tapi bila dapat patung happy nya bukan main, ini bukan patung bunny biasa tau, selain patung ni comel, patung ni juga nampak macam real, bulu nya, tangan dan kaki..haha



Kalau korang nak tahu, bunny ni adalah power bank..yes..comel macam ni rupanya sejenis power bank..alahai..edan geram benda berbulu ni, haha..apapun tetap comel..boleh lah kalau nak sambung nyawa phone sha kan..

Terima kasih JeanC bagi bunny comel ni..nanti kita review produk dia ya..tunggu tauu

November 8, 2019

Berus gigi Edan

November 08, 2019 6 Comments
Assalamualaikum guys, sha baru berpeluang nak update entry hahaha..memandangkan masa tidur edan lama sikit hari ini..so jom baca blog sha jap ya..


So entry kali ini pasal berus gigi edan, kalau korang nak tahu, sha start berus gigi edan pada umur 5 bulan, sebulan sebelum dia makan dan sebulan sebelum dia tumbuh gigi, sha guna berus gigi silicone putih yang sha beli dekat shopee harga 90sen 😍sahaja..so beli 4 sekali gus..senang nanti setiap 2 bulan boleh tukar.

Kenapa sha berus gigi dia seawal 5bulan 😱, ok ini sha ada baca dekat laman web parenting, sha berus gigi dia awal sebab mau biasakan dengan dia rutin harian, setiap pagi dan petang, akan ada benda masuk dalam mulut dia untuk berus gusi nya..

Untuk pengetahuan ibu bapa sekalian, cara awal ini boleh mengelakkan gigi anak rosak awal usia mereka 😎 , nanti lepas dorang sudah makan, gigi akan cepat kuning dan berkarat, so time ini lah korang kena rajin dan cekalkan hati untuk terus lakukan rutin harian ini pada bayi korang


Awalnya mereka akan menangis, berdrama  😑 sebab tak selesa benda masuk dalam mulut dorang..haha..sha guna silicon tu kena masukkan jari telunjuk..edan memang akan tutup mulut..gigi tak berus, bibir dia yang jadi putih..kadang sha guna juga ganas2 sikit..hahah tapi mostly memang akam dapat gosok sikit


Sha baru ja tukar berus gigi nya kepada berus gigi macam orang dewasa tapi kecil comel..muat2 ja dengan saiz gigi depan nya 😝

Apa yang sha nampak..berus gigi comel ni memang padan dengan edan..dia jadi senang mau berus gigi..edan tak meragam dan selesa ja..gigi jadi putih..menyesal tak tukar awal haha 😂

So yang mana belum tukar..tukar cepat..dekat mydin rm2.70 ja..sha berus gigi edan guna berus gigi ja tanpa ubat gigi..lepas tu rendam dalam air panas sekejap..then simpan elok2..

Selamat mencuba guys

November 1, 2019

Kaki tiba-tiba jadi sejuk

November 01, 2019 7 Comments
Assalamualaikum guys malam ni sha tak dapat tidur bukan sebab kaki sha sejuk, tapi sebab belum mengantuk lah haha..yes kemarin sha tiba-tiba mengalami masalhah ni, of coz sha tak selesa..sha pun tak tahu punca kenapa Kaki tiba-tiba jadi sejuk

Sha mengadu dekat mak, mak kata itu tanda2 masalah rahim..sha fikir lepas setahun bersalin kan edan, everything kembali kepada normal, rupanya kesakitan boleh datang balik..huh...

Kesakitan macam mana ya?

Sebulan selepas bersalin, sha ada alami masalah kaki kebas, sejuk dan berkaran..memang akan suruh husband urut bagi releks..punca sebab banyak angin dan kerap mandi air sejuk

Masalah timbul bila dah setahun bersalin kan edan..kita juga yang rasa bila tak jaga badan dengan bagus kan..



Sha iktihar dengan minum air rebusan akar kayu, ada beberapa sachets lagi tinggal, baki dari set bersalin afiat di shopee RM70+ sha beli sebelum bersalinkan edan..

Alhamdulilah, semalam minum, tidur pun ok, kaki kembali normal

Selain tu sha juga hidu bau balsem serai untuk hilangkan aura2 negatif..terasa nyaman mood sha malam tu..ni beli di mydin dengan harga RM5+ ja..ataupun tumbuk serai..sama ja..hidu lama2

Tidak terhenti disitu, mak suruh amalkan senaman kegel untuk naikkan rahim..sha dah pernah buat dulu tapi tau lah ada anak kecil ni payah sikit mau konsisten..haha..dah rasa sakit baru nak cari solusi..adehhh..senaman ni korang bole cari dekat utube..banyak sangat jenis senaman..tryla amalkan setiap pagi dan rasailah perbezaan nya

Rasanya tak perlu jumpa bidan untuk urut kot..kata husband sha..perut ni part sensitif untuk di urut..iyaka? Sha pun tak tahu, sha cuma takut nanti urut perut..mengandung pula..hihi kena tunggu edan besar sikit kot..hahah

Kalau dah rezeki, apa salahnya kan..ada kawan edan nanti, insyaAllah..

October 27, 2019

People Changed

October 27, 2019 5 Comments
Assalamualaikum, selepas entry semalam..sha rasa bersyukur dan lega..keadaan tak selamanya 'kosong'jika tak berusaha..begitu juga dengan orang, orang akan sentiasa berubah, sama ada jadi baik mahu pun sebaliknya

Baca : Dari sebuah rumah yang kosong

Kalau macam sha, sejak kahwin ni dah semakin rajin masak, see guys..ada hikmah juga khawin ni kan..haha..sha sebagai suri rumah memang banyak masa untuk sajikan masakan dari rumah untuk suami dan anak..alhamdulilah dapat husband yang tidak cerewat dalam bab makan, even makan telur dadar ja..edan pun serupa baba dia..xcerewet dengan makanan..



Bukan nak cakap sha langsung tak pandai masak semasa bujang haha..cuma lepas kahwin ni lebih berdikari sendiri..belajar masak favourite suami..selalunya minta ajar dengan mama dan mostly dekat youtube hahaha

Suami puji masakan kita sedap, pun kita dah puas hati, thats y people ada reason yang kuat untuk berubah..

Banyak skop yang boleh dibincangkan mengenai people changed..yang pastinya semua manusia diberi peluang untuk berubah..jangan putus asa..hiduplah untuk memberi manfaat kepada orang sekeliling kita..insyaAllah hihi