February 24, 2020

Ok kah anak lelaki?

February 24, 2020 5 Comments
Ok kah anak lelaki? | Assalamualaikum guys tengah free ni memang curi masa update blog, anak dah semakin aktif memang susah sikit buka laptop..so hari tu, cousin sha datang kenduri tahlil mak..borak punya borak isterinya dah masuk 9 bulan mengandung..sha dan dia ni kahwin pada tahun yang sama..lahirkan anak pertama pun pada tahun yang sama..beza anak dia perempuan lahir bulan 8, edan lelaki lahir bulan 9, insyallah anak kedua pun tahun yang sama haha..baby 2020 la kata kan..

So sha tanya dia dah scan ka? dia cakap dah anak lelaki, alhamdulilah kalau betul dah dapat sepasang kan..so dia tanya sha, macam mana jaga anak lelaki? Ok kah anak lelaki? kiranya dia mau tahu lah dari segi dalaman dan luaran bila dapat anak lelaki..sebab anak sebelum ni kan dia dapat perempuan..memang bezalah kan..hihi..


So sha jawab dengan pantas kuat menyusu dan aktif, walaupun sha ni baru ja dapat baby boy..orang tanya sha..sha jawab ja la haha..memang dari dulu lagi edan memang kuat menyusu..kebanyakan orang tua-tua pun cakap begitu..sampai suggest sha suruh selang seli kan dengan susu formula..nanti tak angkat kalau harapkan susu badan ja..tapi sha ni degil sikit haha..sampai sekarang edan masih susu badan ahhh..tak tahu lah sha nak sedih or gembira haha..

Aktif pula..yes memang aktif sejak dia dah 'dapat kaki' ni tak terlayan penat dia asyik ke sana sini ja dia..dah tu dapat tangan pula asyik mengambur ja kerja..terutamanya barang dekat kabinet dan paling sadis sekali pakaian yang sudah dilipat..warggghhhh 

Ni dari mata kasar sha lah..kot-kotlah dalam kandungan sha ni anak perempuan terus 'closed' buat sementara waktu haha..rehat dulu bah..mana la tahu kan...membesarkan anak perempuan dan lelaki ni lebih kurang lasak nya..istigfar umie setiap hari haha

Sha nak tanya juga pendapat ibu-ibu diluar sana..apa komen korang...beza kah tak anak lelaki dan perempuan..betulkah anak lelaki ni kuat menyusu?

February 23, 2020

Taubatlah nak beranak lagi

February 23, 2020 2 Comments
Taubatlah nak beranak lagi | Assalamualaikum haha awatlah tajuk entry macam seram kan..al kisahnya ternampak gambar ni dekat facebook, macam sama ja situasi..eh ada yang tersindir kah? haha..gambar pertama tu ala first time beranak kan..,siapalah tak merasa sakitnya beranak tu..sakit bah..tapi lepas ja tengok baby keluar..semua sakit tu hilang ahh ni ayat biasa kita dengar haha

Baca entry kelahiran edan di entry yang lepas : http://www.opzzpinky.com2018/10/kelahiran-putera-sulung-ku.html

Gambar kedua tu pula bestnya cium bau baby..wangi tau, bila besar-besar sikit baby..mula lah rindu nak ada baby haha..umur dah lanjut macam sha ni beza 2 tahun ok apa..nanti beranak jauh-jauh anak lambat besar..umur dah tua..so time ini lah kita pulun nak beranak..hahaha..biasa dengar juga kan ayat ni?


Gambar ketiga tu mula lah ingat balik trauma yang dulu mai datang balik haha..alahailah wanita trauma sakit sekejap ja pergi..lepas tu trauma balik sampailah anak ke 10..ah kau..haha..itulah pengorbanan seorang isteri dan ibu, walaupun macam mana sakitnya pun beranak, ada rezeki tetap tak boleh tolak, sakit beranak tu tetap juga kena hadap..Allah gantikan dengan PAHALA. Insyallah

February 21, 2020

Awal tahun 2020 yang menyedihkan

February 21, 2020 5 Comments
Image result for sedih

Assalamualaikum, sepanjang bulan january, sha teramat sibuk..lagipun sha berada diluar kawasan internet yang kuat..sha berada di kampung ulang alik jaga dan temankan mak, sedihnya mak meninggalkan kami pada 25 January 2020 jam 8.30 pagi di hospital dutchess of kent, sandakan, hari ini adalah hari yang ke 27 pemergian arwah..arwah menghadapi penyakit kanser payu dara pada awal 2017, lepas operate tahun yang sama sebelah kiri, pada akhir tahun 2019 pula disahkan merebak sebelah kanan, dan akhirnya terus merebak ke kepala arwah..

ajal arwah sudah sampai, dan selamat dari menanggung kesakitan yang arwah tanggung selama 2 minggu..sakit, sha nampak kesakitan nya..semoga arwah tenang bersama orang-orang beriman dan beramal soleh

al-fatihah juga kepada blogger doodle dayang deno meninggal pada hari yang sama

mereka sudah pergi, kita pasti akan menyusul..bila dan bagaimana itu rahsiaNya..

T.T


February 5, 2020

Barang Lepas Janganlah Dikenang

February 05, 2020 6 Comments
Image result for benda dah lepas"

Barang Lepas Janganlah Dikenang | Assalamualaikum, lately ada ja komen datang yang explain pasal hubungan lama..maaflah ya..entry ini saja-saja nak bagitau, yang diri ini tak mau dengar apa-apa ulasan mahupun alasan..kenangan yang lepas tu..stop sampai situ ja la..anggap ja lah itu batu lonjatan untuk kebahagian hari ini..haha..husband pun ada cakap..macam hal tu ada yang belum dirungkai kan..kah..kalau nak stalk blog sha, sila kan..mohon doakan yang baik2 untuk kelaurga kecil sha juga..sha sekarang bz jaga husband dan edan..so tiada masa nak kenang kembali hal lama haha..




Jawatan Kosong Online Sabah

February 05, 2020 2 Comments


Jawatan Kosong Online Sabah | Assalamualaikum, sha nak share dekat korang info jawatan kosong bagi warga Sabah korang boleh pohon sekarang di laman web Kerajaan Negeri Sabah di SINI, korang boleh pohon jawatan kosong bersesuaian dengan tahap pendidikan korang bermula dari PMR. SPM,Diploma, dan Ijazah. Tarikh tutup mengikut jawatan yang dipohon dibawah ini





Semoga berjaya..