August 25, 2020

Kurma Ajwa Madinah Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu

August 25, 2020 5 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum



Kurma Ajwa Madinah Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu | Siapa yang selalu beli kurma memang akan tahu kurma ajwa adalah antara kurma yang agak mahal harganya. Ini kerana menurut sejarah abad ke 14, kurma ajwa adalah kurma yang ditanam sendiri oleh Nabi Muhammad di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah. Meskipun mahal harganya, kurma ajwa mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaat kepada kita terutamanya bagi ibu menyusu.

Sha memang merancang untuk genapkan 2 tahun penyusuan kedua anak sha, memang struggle sangat nak susukan pada anak pertama sebab belum ada pengalaman lagi kan, sha belum tahu makanan apa yang bantu banyakkan susu badan, kaedah apa yang perlu dilakukan untuk meriahkan susu badan dan sebagainya, jadi bila lahir anak kedua alhamdulilah susu badan memang banyak, anak pertama turut tumpang minum sekali. Tapi serius sha cakap menyusukan anak ini memang penat.

Sha sudah habis pantang selama 44 hari, banyak benda nak buat lepas habis pantang, sebenarnya bila dah jadi mak anak dua ni, pantang tu dah tak macam pantang dah, terpaksa juga kena uruskan anak besar dan anak kecil sekali gus, bila dah selesai semua baru dapat rehatkan diri, itu pun kena sambung pula untuk buat makanan tengah hari, letih jangan cakap lah memang sangat letih, ada suami yang bantu dan tolong jaga anak itu satu kesyukuran dah, lagi-lagi tolong buat kerja rumah, ringan sikit beban di bahu.

Ibu menyusu sangat perlu makanan yang membantu perbanyakkan susu badan sekali gus memberi tenaga kepada ibu itu sendiri disebabkan seharian menyusukan badan, sebenarnya banyak supplement di luar sana yang kita boleh pilih, tapi sha jenis yang takut nak ambil sebab kesian pada buah pinggang jadi ada baiknya kita makan makanan yang baik untuk badan secara alami kan.

Kurma Ajwa Madinah Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu


Kurma adalah makanan sunnah Nabi yang patut kita amalkan. Kurma ajwa ni adalah makanan terbaik untuk ibu menyusu, selain dari memberi tenaga ianya juga memperbanyakkan susu badan dan melindungi tubuh dari sebarang penyakit. Bila kita makan kurma ajwa, anak pun akan dapat khasiatnya juga, terutamanya zat besi. 

Yang penting korang jangan stress, fikir yang indah-indah ja, itu salah satu tips menyusu badan haha. iyala kalau susu meriah, anak kenyang, kita pun tenang kan.

Selain dimakan begitu saja, kurma juga boleh diblendkan bersama susu segar untuk milkbooster, korang cubalah, caranya senang sahaja, ambil 5 biji kurma ajwa yang direndam dengan air panas (buang biji ya) , campur 1 cawan susu segar.


5 Kebaikan Kurma Ajwa Yang Korang Patut Tahu

1. Rasa dan tekstur yang unik - Kurma ajwa lain dari yang lain, ianya berwarna gelap dan saiz agak kecil, isinya tebal dan manis pun tak seberapa, tapi kalau makan sekali pasti nak lagi hihi

2. Sumber Antioksidan - Bila makan kurma ajwa, ianya membantu menguatkan antibodi dan melindungi dari jangkitan, edan memang suka makan kurma ajwa ni, asal nampak sha kunyah memang dia menangis nak juga, so kena didik anak makan kurma masa kecil begini bagus untuk badan dia



3. Khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu badan - ok ini macam yang sha cerita tadi beri tenaga, melancarkan susu badan dan zat beri yang tinggi, so baik untuk anak juga.

4. Melancarkan Penghadaman - Bila dah lepas bersalin tu memang kerap kena sembelit, so kandungan serat pada kurma ajwa ini sangat tinggi dan membantu melancarkan sistem pencernaan kita. senang buang air besar ya.


5. Sesuai untuk Pesakit Diabetes - Kurma ajwa ni sangat sesuai untuk pesakit diabetes type 2 sebabnya walaupun manis ja kita rasa kan, tapi gula dalam nya adalah gula yang tak perlu diurai dan paling ringkas

Selain dari itu, kurma ajwa juga membantu untuk :-

Dari Aisyah RA berkata bahawasanya RASULULLAH SAW bersabda :
"Kurmah Ajwah berasal dari Syurga dan didalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata." ( Riwayat Al Tirmizi )

Untuk kurma ajwa ini, korang boleh dapatkan di:-

FB : https://www.facebook.com/rihuraherbs/
IG : https://www.instagram.com/rihuraherbs/
Whatsapp : http://wasap.my/60105012717/KurmaAjwaAsli
Website : www.rihura.com

Rihura Herbs (Rihura Herbs Enterprise (002942099-U)) adalah Kedai Makanan Sunnah & Semulajadi yang menjual secara online produk seperti  Jus Aimra'a, Kurma Ajwa, Tea herbs. kalau korang berminat dengan lebih lanjut mengenai produk yang dinyatakan, korang boleh follow dan like media sosial untuk update terbaru.

Untuk entry seterusnya sha akan berkongsi mengenai produk kedua dari Rihura iaitu Slimming Roselle, stay tune :)

August 8, 2020

Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja

August 08, 2020 1 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum


Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja | Wanita memang sinonim dengan perkataan jamu, orang dulu-dulu percaya bahawa jamu dapat mengembalikan kecantikan dalaman serta luaran kewanitaan apatah lagi diamalkan oleh ibu selepas bersalin. Pemikiran sesetengah wanita menganggap jamu adalah suatu minuman yang tidak sedap untuk diamalkan setiap hari, namun itulah kunci kebahagian setiap pasangan yang sudah berumahtangga.

Bagi sha selepas melahirkan anak kedua baru terpikir nak buat jamu sendiri, memang sha sendiri tidak cukup masa untuk membuat jamu di rumah, sedangkan mandi saja hanya 5 minit, apa lagi untuk memasak benda yang remeh. Belum sempat pegang periuk anak sudah menangis minta susu, yang si abang pula, sibuk nak minta makan, alahai..kenapa tak beli jamu di luar saja? senang kerja..sha boleh ja kalau nak beli jamu buatan bidan sha harga mampu milik RM25 sebotol 1liter bahan alami digunakan, tapi buat sendiri lagi puas hati kan..haha

Sebenarnya jamu yang sha kongsikan hanya perlu 2 bahan dapur yang utama dan boleh dibuat dirumah bila bila masa.

Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja

Ok, bahan utama adalah 2 sudu asam jawa dan 2 batang kunyit, ini ikut masing-masing nak berapa banyak ya.

Bersihkan kunyit dan potong halus, masukkan bersama asam jawa dalam periuk bersama 2 gelas air,  bila mendidih masukkan gula perang atau gula biasa pun boleh 1 sudu untuk menyedapkan rasa jamu tersebut haha.

Didihkan sampai air dalam periuk jadi 1 gelas, lepas tu saring air tadi, dan minum setelah suam-suam

Amalkan 3 kali seminggu untuk hasil yang mantap

Minum jamu ini sebelum sarapan pagi dengan perut yang kosong

Untuk ibu yang lepas bersalin sebaiknya amalkan selepas anak bebas dari demam kuning


Manfaat Jamu Kunyit Asam adalah :-


1. Menyingkirkan toksik dalam badan
2. Melancarkan darah haid dan nifas
3. Mencerahkan Kulit
4. Membakar lemak dan kuruskan badan
5. Kunyit sebagai penyembuh luka bersalin


Adapun barang-barang dapur itu sendiri banyak khasiatnya yang telah diguna pakai oleh orang dulu kala yang kita masih belum peka tentang nya. Kebanyakan lebih kepada kunci kebahagian rumah tangga, kita tidak perlu menghabiskan ratusan wang ringgit untuk kekal sihat luar dalam, jika ada barang dapur yang kita guna seharian bermodelkan tidak kurang dari RM5 sahaja tapi manfaat dan kebaikannya suami isteri yang rasa.

Amboi sharina hahaha..apapun semoga entry ini sangat bermanfaat buat kita semua..amin..

August 6, 2020

Nur Eshal Khadijah Genap Sebulan

August 06, 2020 1 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum


Nur Eshal Khadijah Genap Sebulan | Cepatnya masa berlalu, hari ini baby eshal sudah genap sebulan, umie nak juga buat entry untuk eshal baca di masa depan kelak eshal dah besar ya sayang, ini lah eshal yang bam bam haha, eshal senang ja dijaga cuma part vocal tinggi tu tak dapat di nafikan, semua baby pun sama, umie jadi tak tentu arah haha, part tu bagi bab jaga, umie dodoi abang edan ja. Cuma agak kerap jugalah eshal kembung perut, tu yang high note keluar tu, kesian baby eshal.

Hari ini baru buat surat lahir eshal sebab musim pkp ni pendaftaran kelahiran pun buat temujanji online, so semua date dah under booked, dapat pun tarikh eshal sebulan, itupun mykid belum boleh buat lagi. Tak apalah asalkan surat lahir dah buat haha, so setel kerja.


Baby eshal usia sebulan berat 4.1kg sama macam berat abang edan cuma tinggi rendah sikit mungkin sebab perempuan kan haha, 53cm, abang edan 56cm. Tali pusat jatuh pada 4 hari selepas dilahirkan, agak cepat berbanding abang edan, makan masa seminggu juga. Kuning eshal stop hari ke 15 eshal dilahirkan dengan 4 kali ulang alik ke klinik untuk cek kuning itupun turun mendadak setelah umie mandikan dengan rendaman halba 


Sekarang masa blogging agak terhad, ini pun curi masa sekejap anak-anak dah tidur, bila duduk rumah alahai tidur ja dorang terus bangun siapkan kerja rumah, cuci kain, masak, sapu kemas semua, lagi-lagi abang edan sekarang dah semakin aktif mengambur, perghh hebat dugaan ibu-ibu diluar sana. Tabik sha dengan mommy anak lebih dari 2, korang memang hebat

Tapi sejak jadi mak anak dua ni rasa macam me time sangat kurang, nanti lepas pantang nak bawa baba pergi honeymoon dekat kundasang bersama anak-anak haha, memang favourite place.

Itu saja sha nak kongsikan ada masa nanti sha cerita lagi, apapun sayang anak-anak umie EdanEshal, semoga kamu berdua jadi anak yang soleh dan solehah. Amin

July 30, 2020

Perbezaan Mengandung Anak Lelaki dan Perempuan

July 30, 2020 1 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum


Perbezaan Mengandung Anak Lelaki dan Perempuan | Alhamdulilah dah dapat anak sepasang, rasanya dah boleh stop kilang dah ni umur pun dah lanjut haha..tapi bilang nurse boleh lagi kalau nak tambah 1 anak sebelum umur 35 tahun, hihi..tengoklah dulu nurse, tu la rugi sangat lambat kahwin kan..kalau awal kahwin, anak dah sebaya dengan mak..eh haha...tak apa guys..jodoh yang terbaik itu selalunya datang lambat haha.

So topik sha nak sharing dengan korang adalah Perbezaan Mengandung Anak Lelaki dan Perempuan. Semasa sha mengandungkan anak pertama rata-rata ramai meneka dengan tepat yang sha tengah mengandungkan anak lelaki, maka lahir pun anak lelaki..begitu juga dengan anak kedua..eh korang memang campin la..tahniah korang yang meneka tu haha..ada yang magik, pegang perut dha terus tahu jantina ya? Ada yang lagi pro tengok perut pun dah tahu lelaki..haha

Sejujurnya sha sebagai ibu yang mengandungkan anak pertama gagal meneka jantina anak pertama..maybe sebab sha nak anak perempuan kan haha..sehinggalah doktor sah kan sha mengandungkan anak lelaki..sebabnya sha ingat lagi time usia kandungan anak pertama 3 bulan, sha rasa teruja nak ada set mekap..haha sedangkan sha langsung tak pandai mekap pun, apatahlah punya barang mekap..

Jadinya..husbandlah yang jadi mangsa untuk dimekapkan hahaha..lucu la time tu sha dah lah xpandai mekap, mekap pun time kahwin ja, ada hati nak mekapkan husband..buruk benor muka dia sha mekapkan..jadi itu yanh menyakinkan sha, yang anak dalam kandungan itu perempuan hihi..then bila dah tahu jantina, perasaan gugurl tu dah hilang..muka sha jadi kusam..jalan pergi mana mana pun pakai ja ala kadar yang penting tutup aurat, beza ya dengan kandungan kedua ni..sha lebih kepada kecantikan dan kekemasan haha..

Ok kita cerita time mula mengandung ya, anak pertama dan kedua time sha mula mula detect mengandung of cos sebab sha tak datang period beberapa hari lewat, sebab sha jenis yang period on time 28 hari..senang kira hihi..terus feeling dia lain matchiam..anak pertama memang excited haha..anak kedua haru biru sebab anak pertama baru masuk setahun 1 bulan haha..fikir positif ja..Allah dah bagi rezeki awal, kena ready dah ni..dua2 ni sebab sha pergi berurut dengan bidan sha..so tambah subur lah jawab nya kan

Awal mengandung, anak pertama seingat sha dalam 2 minggu juga lah alahan sakit kepala, muntah di oetang hari, kuat kencing, tak boleh hidu bau asap, bau minyak wangi, kuat makan asam, mangga dan yang masam masam, anak kedua puladekat 3 bulan sha alami alahan tahap 1, lebih kepada sakit kepala dan muntah muntah, agak emosi sikit sebab anak pertama terlampau aktif..sha kuat menangis time ni..rasa nak husband beri perhatian lebih..haha..

Bila dah masuk 2nd trimester, anak pertama sha jadi pemalas, makan tak ingat dunia..makan makanan masam dan manis sehingga kena kencing manis tapi diet control, sha kuat tidur..tak boleh ada masa tidur ja kerja..banyak sangat sha mengidam secara tiba2 tapi yang selalu mau makan roti canai dan teh tarik..

Anak kedua pula, sha jarang tidur siang, sebab rajin sangat kemas rumah, urus anak yang aktif, buat kuih raya, memasak macam macam resepi..makan kurang sikit sebab tak ada selera tapi kena juga kencing manis siap pakej makan ubat metformin hahaha..sha selalu mau makan nasi kuning..sampai mak mertua kirim nasi kuning dari kampung.

Kalau dilihat memang banyak perbezaan mengandung anak lelaki dan perempuan, husband pun selalu cakap kalau time mengandungkan edan dulu, sayang malas betul, tau nya tidur ja hahah..time eshal ni rajin sampai tengok barang bertaburan pun kena kemas time tu juga kalau tak naik marah sha nampak rumah tak kemas..ahh mesti time eshal besar nanti jadi pengemas orang nya hahah..

Sampaikan satu tahap, edan sendiri kemas balik barang yang dia hambur bila dengar umie nya cakap, kemas balik!!  Hahaha selalu termarah dan kadang tercubit gak edan kerana emosi umie ni, maafkan umie nakkk..huhu

Apapun, mengandung adalah saat yang paling best dalam hidup sha..walaupun penat bawa perut yang besar, badan semakin gemu, hidung kembang, celah badan hitam, tidur tak lena, sakit pinggang, cepat emosi, nak makan ja kerja, tapi hakikatnya itulah yang dirindui oleh setiap ibu ibu..kan

Sha doakan korang yang tengah menanti zuriat, semoga korang juga berpeluang untuk merasai manusia kecil singgah di dalam rahim dan lahir kedunia..insyaAllah amin.


July 24, 2020

Merawat Alahan Kulit Bayi Dengan Minyak Herba Glow Gelenggang

July 24, 2020 3 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum



Merawat Alahan Kulit Bayi Dengan Minyak Herba Glow Gelenggang | Alahan kulit pada bayi mesti mommy diluar sana risau macam mana cara untuk menghilangkannya, apatah lagi pada kulit bayi yang sensitif, kita pun takut nak mencuba pelbagai produk di pasaran walaupun ramai yang syorkan, namun kita nak juga guna produk yang organik dan selamat pada kulit bayi, so kali ini sha nak kongsikan dengan korang satu produk yang sha gunakan untuk baby eshal yang baru sahaja lahir pada awal bulan July 2020.

Baby eshal sudah bebas dari demam kuning pada 2 minggu selepas kelahirannya, jadi sha berasa senang hati, boleh bebas makan apa saja yang bercanggah dengan demam kuning tersebut, namun selang beberapa hari,  kerisauan sha datang balik apabila celah pahanya naik merah ini mungkin disebabkan oleh kerap buang air kecil dan besar semasa kena demam kuning, sha pasti kemerahan itu sangat memeritkan dan gatal, letak bedak baby pun tanda kemerahan tidak ansur pulih. Allhamdulilah, sha baru guna Minyak Herba Glow Gelenggang khas untuk kulit baby, yang bestnya produk ini adalah organik dan tanpa steroid.

Apa itu Steroid?


Steroid adalah hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dengan mengawal fungsi badan. Steroid di kategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor. Sebarang produk yang mengandungi steroid hendaklah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bahayanya penggunaan steroid pada kulit baby, namun kebanyakan produk diluar sana mengandungi steroid. Jadi ibu bapa perlu berhati-hati dalam pemilihan produk dalam merawat alahan kulit bayi, better korang guna Minyak Herba Glow Gelenggang ini sebabnya, ia mengandungi :-

1. Gelenggang (Cassia Alata) - agen anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat. Dikenali sebagai Cassia Alata atau Senna Alata. Mempunyai nilai perubatan penting dalam merawat penyakit kulit oleh kulat dan telah digunakan oleh manusia berabad lamanya. Gelenggang dikenali sebagai penawar untuk menghilnagkan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh masalah kulit seperti eczema,prosiasis, bisul, panau, kudis buta , kayap, ruam dan masalah kulit lain.

2. Habbatus Sauda (Black Seed Oil) - Bahan-bahan aktif dari Habbatus Sauda ialah thymoquinone, fixed oil dan nigellone yang bertanggungjawab kepada anti-histamine, anti-oksida dan anti jangkitan. 

3. Minyak Argan (Argan Oil) - Flavonoids yang hadir dalam minyak argan mempunyai ciri-ciri anti radang yang kuat. Triterpenoids didapati memberi manfaat untuk eczema dan membina sel kulit baru yang sihat. Kaya dengan vitamin A dan E untuk kelembapan dan ketegangan kulit. 

4. Minyak Zaitun (Olive Oil) - Kandungan nutrisi pada minyak zaitun mampu meresap hingga lapisan terdalam kulit dan menguatkan lapisan tisu berkenaaan. Bertindak sebagai pelembap yang berkesan pada semua kulit termasuklah kulit kering. Malah ia berfungsi melembut dan mengurangkan kekeringan serta kekenduran kulit. 

5. Tanah Liat Putih (Kaolin Clay) - Tanah liat putih merupakan salah satu tanah liat paling asli dan paling halus di planet bumi, ia digunakan pada kulit untuk menyembuhkan ekzema, psoriasis, dermatitis dan pelbagai masalah kulit.

6. Crystal Menthol - Memiliki sifat antiseptik bagi menghalang pertumbuhan kuman dan dapat mengurangkan rasa sakit kerana bersifat dingin. Ia juga digunakan sebagai aromaterapi kerana mengeluarkan aroma yang sejuk dan menjadikan kulit lebih rileks.


Merawat Alahan Kulit Bayi Dengan Minyak Herba Glow Gelenggang


Minyak Herba Glow Gelenggang ini tidak memedihkan, tidak melekit, minyak ini juga tidak panas apabila disapu dan dapat hindari ganguan jin dan makluk halus dengan adanya campuran minyak bidara. Wangian juga sangat best sesuai untuk bayi.

Cara Penggunaan :-
Mandi atau bersihkan kulit bayi menggunakan tisu basah, pastikan betul-betul bersih baru letakkan 1-2 titis minyak herba Glow Gelenggang pada kulit yang gatal, sapu dan biarkan ia menyerap. Gunakan selepas mandi, sebelum tidur dan semasa kulit gatal.

Setiap satu botol Minyak Herba Glow Gelenggang 30ml berharga RM47 dengan percuma penghantaran seluruh Malaysia beserta free gift akan diberikan jika korang beli by set dan combo, dapat harga lagi murah, korang boleh order di https://glowgelenggang.com/, pembayaran melalui online pun boleh

Untuk Maklumat lanjut tentang Glow Gelenggang
WEBSITE : www.glowgelenggang.com FB PAGE : Glow Gelenggang Whatsapp : 014-5445951