January 27, 2022

Hati-hati dengan Scammer Homestay di Kundasang

January 27, 2022 2 Comments
Hati-hati dengan Scammer Homestay di Kundasang

Assalamualaikum, musim cuti akan tiba tak lama lagi, mesti ramai yang sibuk membuat persiapan, korang cuti dimana? Sha dan family husband planning bercuti di kundasang pada Tahun Baru Cina ni, memandangkan cuti agak panjang so boleh lah menghirup udara sejuk di bumi kundasang.

Siapa tak kenal dengan Kundasang, yang seakan-akan New Zealand bilamana kundasang merupakan antara tempat sejuk yang menjadi popular di Malaysia. Selain itu, banyak tempat menarik untuk pelancong menikmati keindahaan semula jadi tempat itu.

Tak sangka, scammer dimusim nak cuti begini cepat buat kerja ya, al kisahnya, sha sibuklah mencari homestay di fb group kundasang, sudah tentu bila waktu kemuncak dekat-dekat mau cuti begini homestay dan hotel semua dah full kan, hampir 10 homestay juga sha contact kebanyakan nya full, dan sha ada dapat 2 pilihan yang masih belum kosong time tu.

Sejujurnya, sha perlu cari homestay yang kena dengan bajet kami sekeluarga, so Mohd Naim (scammer) sha dapat nombor nya dekat fb group tadi, dia sangat aktif balas komen orang yang tengah cari homestay, so dia pun balas la whatsapp sha

Sha agak musykil jugalah sebab rata-rata homestay di kundasang 3bilik pun paling murah RM250, tapi dia ni offer 5bilik RM300 so wow..time sha minta gambar homestay dia lambat balas, dan semua gambar dia ambil dari google, sha kiranya dah trauma kena tipu ni, sebab sebelum ni dah pernah kena dengan orang jual karpet, so sha google la nama homestay nya, eh contact dalam google tu tak sama pun dengan yang sha berurusan ni. So sha pun nak kepastian, sha contact owner dalam google tu.

Rupanya sebelum ni memang c naim ni pernah tipu orang yang booking kononnya homestay miliknya dengan harga yang sama RM800


Ini dah tukar nama dan bank pula

Dan kemarin sha jadi detektif gara2 c naim ni jadi scammer haha, jumpa pula nama dia naik bukan di kundasang ja tapi di melaka juga, sampaikan orang tu dah bank in, bayangkan dah bank in siap2, tapi bila sampai homestay tak dapat masuk sebab scammer, Alhamdulilah Allah bukakan hati sha untuk berasa pelik kalau tak terbang RM800 dekat c naim ni.

Tapi rasanya kalau sudah ter-transfer dekat scammer boleh buat laporan polis dan pergi bank kata salah tranfer, sha macam pernah baca orang buat begini, Lagipun RM800 tu jumlah yang banyak, lainlah 20sen kan..

Kalau boleh korang booking online ja, lagi trusted kan..tapi kalau urgent juga boleh lah contact owner terus, banyakkan research di fb atau di google, bila nak booking homestay

Apapun semoga owner Alizah homestay dimurahkan rezeki, dan harap c naim dan siapa pun scammer yang cuba mengaut keuntungan duit secara haram macam ni dapat hidayah..bak kata owner homestay yang kena pakai nama nya ni.

Selamat bercuti kamu..


January 19, 2022

Terkesan Pandemik 2021, RichWorks Prihatin Bantu Usahawan Bangkit Bersama

January 19, 2022 2 Comments

Terkesan Pandemik 2021, RichWorks Prihatin Bantu Usahawan Bangkit Bersama


Terkesan Pandemik 2021, RichWorks Prihatin Bantu Usahawan Bangkit Bersama | siapapun memang terkesan dengan pandemik yang melanda seluruh dunia, tidak kurang juga bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan setelah kerajaan mengumumkan untuk menutup beberapa sektor perniagaan pada tempoh perintah kawalan pergerakan. 


Perniagaan beku sementara stok rosak dan mengalami kerugian yang teruk dan usahawan terpaksa membayar sewa premis dimana tiada langsung urusan jual beli ketika itu. Ini menyebabkan beberapa premis terpaksa gulung tikar dan banyak pekerja hilang pekerjaan.



Tidak hanya pandemik Covid19, 2021 juga melabuhkan tirainya dengan musibah banjir yang agak teruk, tidak dengan itu RichWorks juga turut terkesan dengan bencana banjir yang melanda dibeberapa negeri akhir Disember 2021. 

Siapa RichWorks Dan Pengasasnya 


Richworks adalah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia dan yang paling berjaya khususnya dalam bidang penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan. RichWorks International telah melahirkan ramai usahawan berjaya dan dikenali.


Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Maka dengan itu, RichWorks memang tidak asing lagi dalam kalangan usahawan.


Segala prestasi usahawan yang telah terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan sahaja. 


Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Berikutan pandemik yang melanda, Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. Malangnya, Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Dan alhamdulilah keadaan beliau semakin baik.



Begitu kental semangat Dr Azizan, selepas beliau keluar dari hospital dan sedang dalam proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Well done, Dr.


Terkesan Pandemik 2021, RichWorks Prihatin Bantu Usahawan Bangkit Bersama dengan membuka peluang kepada orang ramai untuk mengikuti program yang dilaksanakan secara percuma bagi tingkatkan ilmu usahawan dikalangan rakyat Malaysia, sehubungan dengan itu, Richworks melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell dan banyak lagi. Ianya bertujuan untuk membimbing orang ramai berdepan dengan pandemik sekali gus mengharunginya hingga berjaya.


Terkesan Pandemik 2021, RichWorks Prihatin Bantu Usahawan Bangkit Bersama



Antara Kisah Perjalanan Richworks yang membanggakan pada tahun 2021


  1. RichWorks prihatin membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

  2. Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

  3. Richworks bantu rakyat dengan menubuhkan Kebajikan RichWell (RichWell). Ia telah berjaya mengumpul dana untuk membantu lebih dari 2000 keluarga.

  1. Sumbangan kilat berjumlah RM 500,000 dikumpulkan daripada Richworks dan usahawan dibawahnya, untuk mangsa banjir di Selangor pada Disember tahun lepas.

  2. RichWorks International Sdn Bhd bersama usahawan didikannya, ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban

  3. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Perjalanan RichWorks 2021, Inspirasi Buat Semua


Video mengenai perjalanan Richworks International Sdn Bhd sepanjang tahun 2021, korang boleh tengok melalui video Youtube ini.


Melihat sendiri pencapaian team Richworks, sha jadi terinspirasi untuk membuat benda baik walaupun hanya menyumbang beberapa ringgit, siapa tahu dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban mangsa yang terkesan. 


Berkat Usaha Team Richworks pada tahun lalu sedikit sebanyak memberi sinar baru untuk usahawan bangkit bersama dan Sha harap sangat artikel ini juga menjadi inspirasi kepada semua pembaca untuk sentiasa membantu semampu yang boleh, insyaAllah suatu hari jika kita susah, pasti ada yang turut membantu. Usaha murni Richworks ini patut dicontohi oleh semua pihak


December 15, 2021

Selamat Kembali Ke sekolah dengan Kasut PALLAS

December 15, 2021 1 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Selamat Kembali Ke sekolah dengan Kasut PALLAS | Mulai 8 November Sabah antara negeri yang beralih kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan (PPN) setelah merekodkan penurunan kes covid19 baru-baru ini, jadi dengan peralihan fasa, sekolah juga dibenarkan untuk beroperasi, setelah sekian lama anak-anak belajar online, mesti rindu dengan kawan, guru dan sekolah, semestinya para ibu bapa juga turut mula untuk membeli kelengkapan sekolah memandangkan pasar raya kini gian mengadakan promosi back to school, kasut sekolah masih muat kah tu hihi.

Pallas adalah jenama yang tidak asing bagi ibu bapa, dari sha sekolah rendah sampai menengah, bapa sha memang akan belikan kasut pallas, memang harga ada mahal sikit, tapi bapa cakap berbaloi sebab boleh pakai lama, bayangkan kasut boleh jadi turun temurun, kakak sha habis sekolah tingkatan 5 sha pula sambung pakai kasut dia, sebab masih bagus lagi sayang kalau nak buang, masa tu memang jimat betul bila start pakai kasut pallas ni.


Tapi kasut pallas sekarang sangat berbeza kan, sha perhatikan bahagian tapak tu kalau kita pakai cengkamanya lebih baik, so sangat sesuai untuk anak yang suka buat aktiviti luar, macam lumba lari, main bola dan sebagainya, kita sebagai ibu tak risaulah anak aktif bila pakai kasut pallas ini. 

Reka bentuk kasut pallas memberikan keselesaan dan keselamatan

Selain dari reka bentuk pada tumit kaki juga memberi lantunan yang baik untuk mengurangkan sakit kaki, kasut pallas juga memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang sedang membesar, itu yang penting sebenarnya. Bila pakai kasut yang selesa, banyak benda dorang boleh terokai, pergi sekolah pun bersemangat dan belajar lagi senang faham, ibu pun senang hati.

Selamat Kembali Ke sekolah dengan Kasut PALLAS 



Kasut pallas quick dry dan tahan lama

Hujung tahun biasanya cuaca tak menentu, selalunya hujan kan, untuk model PX25-013 direka khas untuk budak sekolah rendah yang aktif, kasut selalu kotor dan ibu kerap basuh pada malam hari, kasut model ini berfungsi cepat kering..ibu tak payah risau dah..anak pasti ke sekolah dengan kasut yang bersih dan kering.



Sha ingat dulu masa sekolah kasut lupa cuci, malam tu cuci letak belakang ais box, besok pagi kering siap ada tanda kuning pada kasut, sapu guna kapur, senang hati ke sekolah, tapi sekarang kasut warna hitam kan, bestlah pakai ada gaya macam pengawas pula haha..kalau kotor tak nampak sangat

Ibu dah mula cari kasut apa yang sesuai untuk anak bila sekolah dah nak buka, mari lah cuba kasu pallas, sha sangat recommended ibu beli kasut pallas untuk anak ibu, sebabnya kasut pallas sangat mementingkan keselesaan disetiap langkah anak kita pergi dan balik sekolah, selain dari itu ianya memastikan anak ibu selamat dari tergelincir dengan adanya tapak kasut getah dari pallas.

Boleh beli onlie di www.wow2wee.com jangan risau tak tahu macam mana ukur kasut anak, takut nanti sampai rumah kasut longgar atau sempit, dalam website wow2wee ada bagi guide cara ukur ngam-ngam dengan kaki anak

Untuk info lanjut mengenai kasut pallas boleh terjah website pallas www.pallas.com.my dan facebook (pallas malaysia)

Selamat Kembali Ke sekolah dengan Kasut PALLAS

November 28, 2021

Wajah Tampil Lebih Anjal Dengan Safi Youth Gold

November 28, 2021 1 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Wajah Tampil Lebih Anjal Dengan Safi Youth Gold | Perempuan dan kecantikan berpisah tiada, sedar tak zaman sekarang penjagaan muka semakin diketepikan apatah lagi kalau sudah berusia mempunyai anak dan menganggap ianya bukanlah lagi satu kemestian dalam rutin harian. Same goes to me, sejak anak dua, seharian sibuk mengurus anak, kemas rumah, buat kek sampai lupa nak pakai skin care, sejujurnya ada juga perempuan macam sha ni, tiada masa dek kerana terlalu sibuk dan paling menyedihkan, kulit jadi semakin kusam dan terjadi penuaan. 

Sudah semestinya bila tengok muka di depan cermin, sha jadi stress, suami kata it's ok duduk rumah ja pun tapi hakikatnya isteri perlu melawa depan suami kan. Tak perlu pakai mekap, tapi mesti jaga muka dengan guna skincare yang sesuai dengan kulit, oleh itu sha cuba Safi Youth Gold

Dari bujang lagi sha memang setia dengan produk Safi, penjagaan muka, badan, rambut semuanya menggunakan Safi, sebab produk Safi adalah produk Malaysia No.1 yang disahkan Halal oleh JAKIM. Dan baru-baru ini Safi telah melancarkan rangkaian Safi Youth Gold yang telah dipertingkatkan daripada produk penjagaan yang terdahulu iaitu Safi Rania Gold



Selaras dengan keperluan pengguna, Safi Youth Gold memperkenalkan The Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser untuk wajah tampil muda.

Kelebihan menggunakan kedua-dua produk Safi Youth Gold

1. Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur dan mampu mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.

2. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa, semestinya formulasi ini tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.

3. Gabungan kedua produk ini menjadikan wajah tampil lebih anjal, runcing dan tirus ini kerana disetiapnya diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit.

1. Menegangkan kulit 
2. Meningkatkan keanjalan 
3. Mengurangkan garis halus & kedutan 
4. Meningkatkan kelembapan kulit 
5. Melindungi kulit dari pengoksidaan 
6. Meningkatkan kehalusan kulit 
7. Memperbaiki kulit rosak 
*Berdasarkan ujian saintifik & klinikal.

4. Harga sangat berpatutan, hanya RM59.00 ja guys..

Korang boleh dapatkan di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. 

Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj


Testimonial Penggunaan Safi Youth Gold Selama 3 hari, mungkin terlalu awal nak nampak result tapi since sebelum ini sha pakai juga produk Safi, dan in love dengan keduanya pencuci muka ni dan serum, yang bestnya serum ni bila apply langsung tak melekit dan cepat menyerap, sha guna sehari 2x selepas mandi..kulit lebih segar dan haruman pun wangi..

Dah masuk 3 series ni kena rajin jaga muka, nanti cepat berkedut dan ada double chin, tapi jangan risau jom dapatkan produk Safi ini untuk bantu wajah tampil lebih anjal dengan Safi Youth Gold..beli sekarang tau..


#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia

Laman sosial Safi :
Instagram - @safimalaysia
Facebook - @SAFI.My
Twitter - @SAFImalaysia
Youtube – SAFI Malaysia





November 6, 2021

Kek Birthday Untuk 2 Customer Pertama

November 06, 2021 3 Comments


Assalamualaikum, dalam minggu ini saja 2x orang order kek bajet untuk birthday ini adalah 2 customer pertama sha, dari customer beli karpet sampailah dia try kek bajet 1pek RM5, dia kata sedap lepas tu dia mahu order pula kek bajet untuk birthday kawan nya perisa coklat, satu lagi pun sama, anty sha dekat rumah, try kek bajet 6pek semua flavor dia try. Ngam2 bulan ni hari jadi ibu nya iaitu nenek hajah, so dia order kek vanila, Alhamdulilah walaupun busy buat kek bajet 1pek rm5 tu, busy dengan anak kecil sha terharu ada juga orang order kek dengan sha iyala deko tak seberapa, tapi rasanya sha yakin sedap hihi

terima kasih sis adawia order kek coklat, actually kek ni untuk kawannya, dia dah booking date bulan 1 nanti tuk anak nya pula..tq sis

tq anty order kek dan yakin sama hasil tgn anak buah mu ni hahaha..selamat hari ulang tahun buat nenek hajah..semoga sihat selalu

Tahun ni agak mencabar jugalah. Setakat tahun ini sha baru open order dan ini antara kek yang sha buat untuk tahun ini dengan resepi baru yang sha belajar dari pjj, agak lama juga belajar selain dari buat kek untuk birthday anak, adik dan ipar semuanya puas hati dengan rasa dan deko baru sha open order 

Bagi area sandakan sabah, jangan malu segan kalau nak order kek bajet untuk birthday bole roger sha fb sharina saimon..