Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh
sHaRiNa (opzzpinky.com)
January 25, 2024
0 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum
Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh
D era serba kemajuaan kini, zaman 2024, sha masih guna mesin basuh manual ataupun semi auto..yang ada dua tempat satu membasuh dan satu lagi spin tu..sha juga pasti sha tak keseorangan yang masih menggunakannya, ini kerana mesin basuh manual ni jika dijaga dengan baik, iangka hayatnya akan panjang berbanding dengan mesin basuh auto, lagipula bila guna mesin basuh ni kita jadi auto rajin haha sebab memerlukan pemantauan yang kerap berbanding mesin auto. hihi
Sha ingat lagi pertama kali pindah rumah, sha belum ada mesin basuh, dan terpaksa mencuci kain menggunakan tangan walaupun sha time tu tengah sarat mengandung anak pertama, Kesian tapi itula perjuangaan seorang isteri ceh..haha..dan paling terpanggil untuk membeli satu mesin basuh ketika itu, waktu sha pindah rumah flat tingkat atas, waktu tu sha cuci selimut tebal, mana la kuat mau perah airnya tu jatuh kebawah macam hujan, datang seorang pakcik komplain marah2 dekat sha sebab habis jemurannya basah waktu pagi, dengan dia sekali basah macam mandi hujan katanya, adui sadis...kesian dekat pakcik tu..maafla belum ada rezeki lagi mau beli mesin basuh dia pun kesian dekat sha, dia kata beli la mesin basuh..so sha pun bagitahu dekat suami, kebetulan time tu ada duit lebih maka ada lah mesin basuh ini dari 2019 sampai ke 2024 sangat memudahkan kerja sha sebaai seorang ibu. terima kasih untuk 5 tahun ini
Sha sayang dengan barang2 rumah sha sebab susah nak dapatkan dengan duit yang terhad setiap bulan kami plan beli apa yang perlu dulu..begitulah hidup dipermulaan kahwin..Alhamdulilah, sekarang dah ok sikit..
ok berbalik kepada tajuk kita, panjang pula sha taip kan...haha..actually mesin basuh sha ni dah 2 kali repair dekat kedai, itupun dua2 masalah motor spin dan basuh sebab sha beli ada warranty 5 tahun untuk motor, dalam tempoh 4 tahun tu disitulah dia rosak, syukur juga sebab sha hanya bayar cas service ja RM50 untuk setiap kali hantar kedai, kalau beli motor pun dalam ratus juga sha tanya hari tu..nak hantar mesin pun satu hal, sha terpaksa pakai kereta saga, tempat duduk penumpang depan buka, sumbat sampai masuk, itu sha suruh suami yang buat hahaha bila unloading sha suruh staff kedai pula yang keluarkan, senang kerja sha, sebab nak harapkan suami, dia pun kerja, ahad kedai tutup..harung ja lah sebab yang penat cuci kain pakai tangan tu sha haha..
untuk claim pastikan ada warranty card dan date masih available untuk mengelakkan bayaran lain pada part yang rosak, kalau dah expired korang beli ja part dekat shopee lepas tu pasang sendiri, tak yakin hantarlah kedai hihi..
Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh
Bila kita isi air menggunakan hose, air tetap keluar walaupun kita dah pusing pada button normal, selalunya, kalau sudah siap membasuh tu, kita pusing ke drain-off atau dalam bahasa melayunya buang air haha. Dan paling ketara apabila kita basuh kain dalam tu air makin sedikit, dan kita pun makin panas bilanya nak siap kalau asyik sumbat airnya.
sumber google
Mula2 buka penutup yang ada dibelakang mesin basuh, jangan kacau yang lain hanya fokus pada hose putih ada 2 cabang, tengah tu buka penutupnya dan ada nampak getah atau valve untuk menghalang air dari lalu keluar dari hose sekali gus menghalang air melalui ke bahagian spin
buka dan bersihkan cek jika rosak, koyak dan kendur, biasanya mesin basuh usia sudah 5 tahun memang akan kena gantilah, dekat shopee harga pun baru RM1 kalau suruh orang buat paling murah RM20 buat sendiri jimat banyak, sementara menunggu barang sampai, gunalah dulu, at least airnya hanya sikit saja yang mengalir keluar sebab valve dah tak padat nak sekat dari keluar..ganti setel masalah.
Sha suka guna mesin basuh manual ni sebab sha yakin ja bersih tengok cara dia berputar lepas tu keluarkan kain bilas dengan air yang mengalir, angkat dan spin senang jugalah tapi no hal kalau korang dah ada mesin basuh auto, lagi2 ada anak kecil limit sangat masa untuk membasuh waktu pagi..apapun barang yang ada sekarang memang ada fungsi tersendiri untuk memudahkan kita semua bekerja. jaga baik2 ya..