April 2, 2024

Chibi Kucing Kesayangan Kami

April 02, 2024 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Setelah bertahun lamanya sha tidak memelihara kucing..seingat sha kucing pertama sha pelihara 2015 juga bernama chibi waktu tu sha tinggal dan kerja d kk..tinggal sendiri di rumah jadi ada kucing bolehlah temankan sha..tapi itu kucing kampung ja..bos beli di pasar tamu..specialnya kucing tu bulu nya ada 2 bentuk love dan  bentuk mickey..disebabkan sha berhenti kerja..jadi sha bagi kucing tu dekat orang lain..

Tahun lalu sha decide pelihara lagi kucing..kucing kampung juga..sha dapat free..2 ekor umur dalam sebulan lebih..namanya ahjuma dan ahjussi..ahjussi sha bagi dekt adik sha..yang ahjuma lari dari rumah..ermm

Kucing yang sekarang ni namanya chibi...asalnya maknya sha jaga sebab tengah sakit kena penyakit telinga tu..sempat hilang 3 hari nasib jumpa di taman perumahan juga..maknya nama lulu..lulu dalam Setahun lebih dah nak kahwin..so sha kahwinkan dengan tiger kucing baka mahal tu..american curl + Scottish..mana kala lulu pula kucing parsi..dalam 2 bulan juga proses mengandung..akhirnya 25.11.2023 lahir 7 anak kacukan parsi, tapi 1 mati tgl 6 ekor american curl yg telingan cacat plus Scottish yg kaki pendek tu..

Sebagai upah jaga lulu kucing ipar sha yang tengah kerja di singapore..sha pun minta la 1 anak kucing..Alhamdulilah dapat juga kucing baka mahal secara free..

Sekarang dah 3 bulan dah chibi teman kami..kuat makan..siap makan nasi lagi...kuat gigit kaki..haha anak2 sha memang suka kucing..semoga sentiasa ada rezeki bg makan chibi..

February 14, 2024

D'idiama Camp Site Kiulu, Tempat Camping Yang Bersih Dan Damai

February 14, 2024 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

D'idiama Camp Site Kiulu, Tempat Camping Yang Bersih Dan Damai


Cuti CNY baru-baru ini sha dan husband plan last minit pergi camping with our kids dan my mertua, 10hb tu kami jalan dari sandakan jam 12 tengah hari, terus ke polumpong melangkap, kota belud sampai jam 7 lebih, lepas bermalam disitu kami pun check out dan pergi ke kota kinabalu plan mahu pergi bukit kokol, menggatal sebab sana pun ada camp site tapi malangnya full sudah tapak untuk camping, maklumlah plan last minit so sementara kami mencari camp site berdekatan kami singgah pacak khemah di teluk likas, santai dulu, bagi chance anak-anak main pasir, dan alhamdulilah rezeki dapat tapak yang available di kiulu


Sebenarnya sha ada dapat 2 pilihan camp site dekat kiulu ni, satu minurod camp site dan satu lagi d'idiama camp site, bingung diberi kuasa veto oleh husband untuk pilih mana yang siuk, so sha google dan terjumpa satu post dari kawan blogger juga si precious cla di https://www.cla-travel.asia/2022/03/one-of-best-campsite-in-sabah-didiama.html dia ada review tempat yang sha mahu pergi, dan korang bolehlah baca blognya

Selepas buat booking di WhatsApp kami memulakan perjalanan ke kiulu tamparuli, memakan masa 1 jam 19 min kalau dari tuaran, jalan agak tinggi jugalah, pastikan brake kereta korang dalam ok.

Sesampainya kami di lokasi, kami disambut mesra oleh owner camp site, siap temankan sha tengok tapak mana yang sesuai, memang friendly ownernya, tempatnya sangat bersih dari tapak, pondok, sungai sampailah ke tandas dan bilik mandi, begitu juga dengan setiap singki yang dorg sediakan semuanya dihias dengan cantik..camp site ini sesuai untuk budak-budak, ada disediakan beberapa kereta mainan, serta tapak yang lapang selesa untuk dorang bermain.



kami sampai camp site jam 6lbh, set up khemah, angkat barang, masak pun di sini juga


biru tu khemah kami, hijau tu khemah ipar sha, pinjam sebab mak mertua ikut sekali
kalau khemah kami tu memang muat kami 4 beranak, beli dishopee dalam 60ringgit++ macam tak tahan lama..haha sebab murah kan tapi senang buka dan tutup n waterproof


tapak khemah yang sangat luas


pinjam bergambar di khemah orang, insyaAllah ada rezeki beli yang macam ni, besar dan luas





bilik mandi


singki


dewan berbayar, sesuai camping ramai-ramai


kandang arnab, boleh bagi arnab makan kangkung


tangga ke sungai


sungainya ada yang cetek ada yang dalam, pastikan korang masuk sungai pakai selipar yang ada tali sebab batunya licin dan besar sakit kaki bila tidak guna selipar


boleh guna pelampung free


air sangat sejuk..bila masuk rasa tak mau keluar dah..hihi


ini kawasan sungai yang dalam




kesiukan betul c eshal, sampai biru bibirnya pun tak mau naik keatas..

memang puas hati camping disini, tapi tak puas mandi sekejap ja sini jam 10 dah nak balik sandakan, next time repeat lagi mungkin 3 hari 2 malam jadi puas mandi sungai..recommended tempat ini kalau korang jenis yang mahu santai-santai, yang bawa baby, anak kecil dan parent pun boleh bawa sini, sejuk tak macam di polumpong, bangun pagi memang embun membasahi khemah hihi..so sediakan selimut tebal dan stokin ok..happy camping guys..

 D'idiama Campsite ⛺
📍Lokasi: Kg. Pahu, Kiulu Sabah  https://goo.gl/maps/ABVko5dGPBuiWcLo7 

ENTRANCE FEE
----------
DAYTRIP
•Dewasa: RM5
•5-12 tahun : RM3
•4 tahun kebawah: Free

CAMPING (1 malam)
•Dewasa: RM10
•5-12 tahun : RM5
•4 tahun kebawah: Free

SEWA PONDOK
•Daytrip: RM25
•Overnight: RM30

SEWA KHEMAH
•4-person size tent
(RM 30)

CAMPING DALAM DEWAN
•RM50

SEWA KANOPI
RM15

Fasiliti
•Tandas 2
•Kamar Mandi 2
•Life Jacket
•Pelampung
•Lampu Solar

*Aktiviti selain mandi sungai*
•memancing (peralatan sendiri)
•tersedia bahan² bacaan; buku²
*boleh main carom, congkak...*

--------------------
Untuk BOOKING WhatsApp +60 11-1686 8246



February 10, 2024

Pertama Kali Camping Di Polumpong Melangkap View Camp Site, Kota Belud, Sabah

February 10, 2024 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Pertama Kali Camping Di Polumpong Melangkap View Camp Site, Kota Belud, Sabah


Sebenarnya cuti awal tahun baru sha memang ada singgah sini, tapi tu la tak dapat camping sebab time tu barang camping pun tiada, boleh ja sewa tapi bajet tak mencukupi, jadi kami pasrah ja la..berendam dalam air yang dipenuhi batu-batu pun jadilah..so plan lagi cuti yang terdekat time tu, cuti tahun baru cina, so sha pun pelan-pelan beli khemah, fly sheet dan tempat masak, nasib barang sampai sebelum cuti CNY,

Bayangkan banyak lagi barang yang sha belum beli tapi kami on ja pergi camping sampai sana jam 7 malam dengan tiada lampu, bergelap kami setup khemah dan masak guna lilin ja haha, tidur pula di atas batu-batu kecil, lupa beli tikar, sakit belakang sha tidur beralaskan selimut apapun ini lah pengalaman pertama kali camping..bila dah merasa baru tahu barang apa yang patut ada bila camping kan..

Suasana di polumpong melangkap bila malam agak santai lah juga khemah kami menghadap sungai, dengan batu-batu, dengan bintang di langit, banyak lampu-lampu tapi di sebabkan camp site sebelah pasang lagu kuat sangat, karaoke sampai tengah malam, suasana santai tadi jadi kelam kabut dan terganggu..cuaca tidaklah sesejuk yang sha jangkakan, tapi tetap pakai stokin takut pula subuh nanti sejuk tapi tak ya..kami tidur dengan pakai khemah pintu kelambu sebab panas, khemah jauh dari tandas dan parking, terlampau ramai orang dan tak sesuai bagi yang ada baby, tempat khemah tidak teratur tapi masih oklah juga

mungkin kalau mau repeat di sini time weekday / time orang bekerja, yang tak ramai orang sebab nak tunggu turn pakai tandas n bilik air tu makan masa juga sebab tandas sikit dengan ramai orang hihi


time kami datang ni airnya cetek banyak sangat batu, tapi air sejuk


inilah barang yang penting untuk berkhemah, tempat masak ni sha beli di shopee harga RM20+ ja gasnya beli asing dekat mart




Kami sewa kanopi RM15 muat 2 khemah, tapi time ni dah packing sikit-sikit sebab nak berangkat ke tempat lain lagi

kalau korang mau booking boleh pergi website nya kira camp site paling murah sebab tapaknya rm5 ja, kalau tempat lain rm10-15 websitenya : https://officialpmvcs.com/ boleh booking awal, sewa barang pun dalam website nya juga semua ada.

sha tak banyak gambar di sini, sebab sampai ja hp terus mati, husband sha cas hp di kereta, bahaya juga tapi itulah power bank pun tiada haha..


Kasut Sekolah Pallas sesuai untuk anak Tabika

February 10, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Kasut Sekolah Pallas sesuai untuk anak Tabika

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2024 dah kita kan..anak sha yang sulung tahun ni dah masuk 6tahun, tahun depan darjah satu alhamdulilah, tak terasa pula, macam baru ja lahirkan dia..hihi.. tahun ini juga anak bungsu sudah mula bersekolah, tak sabar betul dia mahu sekolah, tiap hari cakap umie lambatnya mau sekolah ni..ok fine, kita sekolahkan lah dia awal walaupun masih 4 tahun. Untuk anak kedua ni, tak susah cari kasut sekolah macam anak sulung sebelum ini..sebab dah nampak kasut anak sulung pakai, keselesaannya dan keselamatan untuk dia..dan juga kesenangan untuk kita.




Kasut Sekolah Pallas sesuai untuk anak Tabika

Kasut sekolah pallas wajib pakai tahun 2024 kerana kasut sekolah pallas satu-satunya kasut yang menekankan aspek:-




1) Penjagaan pada tumit - Reka bentuk dan span yang tebal memberi lantunan yang baik untuk mengurangkan sakit pada bahagian tumit
2) Tapak Kasut Tebal – Cengkaman pada tapak kasut memudahkan anak berjalan dengan selamat dan tapak lambat ‘haus’ walaupun pakai dalam tempoh yang lama.
3) Extra light weight - Walaupun tapak tebal tapi sebenarnya kasut pallas ni bersifat ringan yang mana membantu mengurangkan beban pada kaki anak ketika memakainya.
4) Jahitan kemas – jahitan keliling kasut pallas sentiasa kemas, memastikan kasut tidak mudah tercabut dan cepat rosak.



5) Breathable – material kain yang mudah dilalui angin dan sistem pengudaraan ini memastikan kaki anak dapat bernafas dengan baik dan juga membantu mengekalkan kelembapan pada kaki
6) Quick dry – dicipta dengan fungsi cepat kering memastikan anak memakai kasut ke sekolah dengan bersih setiap hari.
7) Single velcro – Memudahkan anak memakai kasut tanpa bantuan ini kerana pelekat velcro ni senang dibuka dan dilekat kembali. Zap zap
8) Mudah didapati – Malas keluar rumah, kini boleh beli kasut sekolah pallas secara online di www.wow2wee.com atau boleh usha dekat facebook @pallasmalaysia ataupun website www.pallas.com.my , dan sekarang Pallas ada back to school contest, boleh menang cash sehingga RM3000. Jom lah join..
9) Ukuran Kasut - Tidak tahu ukuran kasut sekolah anak? Jangan risau, dalam website wow2wee ada bagi guide cara ukur sesuai dengan kaki anak. Dan Pallas ada ‘size kecil’ untuk anak-anak tabika ya
10) Harga mampu milik – kasut sekolah pallas yang berkualiti dan tahan lama kena dengan harga yang berpatutan dan mampu milik

Kesimpulannya, mak-mak yang ada anak tabika atau darjah, belikan mereka kasut sekolah pallas untuk memastikan keselesaan dan keselamatan untuk keseluruhan bahagian kaki sepanjang memakai kasut di sekolah.

February 5, 2024

Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Sandakan 2023/2024

February 05, 2024 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Sandakan 2023/2024| Tahniah kepada semua anak-anak tabika yang telah tamat sesi persekolahan 2023/2024, selamat melangkah ke tahun satu march ini, edan tahun ni masih tabika lagi hihi..tapi sha pindahkan dia ke pra sekolah..so last la ni dia bersekolah di tabika perpaduan selama dua tahun..walaupun 1 tahun di tabika perpaduan taman airport, dan tahun ni di tabika perpaduan taman mawar, tapi syukur dia mudah serasi dengan persekitaran di sekolah , dengan cikgu-cikgu sebab dia ni jenis yang peramah, senang dapat kawan.

Majlis Apresiasi kali ni berjalan dengan lancar, diadakan di dewan hotel sanbay, sandakan pada 27 january, seramai 13 buah tabika perpaduan di sandakan termasuk dari kinabatangan menjayakan majlis ini dengan gemilang, sha sangat teruja dengan persembahan dari si cilik di setiap tabika, walaupun dewan agak sempit tapi mampu memuatkan sejumlah ibu bapa dan penjaga yang hadir.

cikgu-cikgu tabika dan murid-murid harapan
tahniah !

cikgu, ibu bapa dan anak tabika perpaduan taman mawar sandakan

kad jemputan