August 30, 2024

Cara yang Sesuai untuk Anak Mula Membaca

August 30, 2024 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Cara yang Sesuai untuk Anak Mula Membaca | Awal bulan 8 hari tu, pra sekolah edan ada buat sesi perjumpaan guru bersama ibu bapa, macam ambil report kad tapi mana-mana tabika atau pra sekolah memang tiada peperiksaan so, cikgu just bagi sepatah dua kata tentang penilaian berdasarkan perkembangan semester pertama anak. 




Nak dijadikan cerita, edan ni dah 2 tahun duk sekolah tabika perpaduan, masuk tahun ni tahun ketiga dia bersekolah sha masukkan dia pra sekolah, dalam tempoh 2 tahun sekolah di tabika perpaduan memang dia cepat tangkap dengan pelajaran yang cikgu ajar, cumanya dari segi membaca dan mengira tu agak lambat dan boleh dikatakan hanya kenal huruf dan nombor, sha pun tunggu punya tunggu pandai 2 suku sampai akhir tahun persekolahan still sama, dan sha pernah dimaklumkan oleh cikgu yang dia hanya ikut silibus..ok kita faham sebagai cikgu nak ajar anak murid memang agak ramai tak dapat fokus 3M so kita buat solusi sendiri dengan mengajar anak dirumah.

Bermulalah tugas sebagai cikgu dirumah, langkah pertama yang kita perlu buat adalah kenal pasti cara kita mengajar anak, sejujurnya sha pernah mengajar di tadika swasta tapi tak sampai pun setahun sebab jadi guru ganti ja,sha ada lah tahu sikit-sikit kaedah fonik dengan mengunakan buku cahayaku, mengikut penelitian sha, akan senang ajar bila dah tahu kaedah bunyi huruf tu, sha pernah ajar edan menggunakan cara ini tapi tak dapat, dia tak boleh, ok ajar pula cara lama, iaitu mengeja macam s a, y a , tak boleh juga hampir 1 minggu sha buntuh nak cari cara mengajar dia waktu cuti semester tahun lalu 2023, menangis merajuk marah itu jangan kira lah..dah macam naga setiap kali nak mengajar..

Bila difikirkan sampai bila nak mengajar dia macam ni asyik marah ja, boleh jadi dia malas dan takut nak belajar, ok sha cuba cara menulis sambil mengeja, memandangkan dia dah kenal huruf, kita gabungkan pula dengan huruf vokul, sha memang struggle ya mengajar edan dalam tempoh 2 bulan tu sebab dalam kepala otak nak dia pandai membaca umur dia 6 tahun.

Sha beli buku Bacalah sayang dekat kedai oren, ada 2 buku, mula-mula tu agak susah tapi bila setiap hari baca benda yang sama, dia jadi ingat, tak cukup tu sha cari bahan bacaan dua suku kata dekat google dan print, beli buka latihan dua suku kata dekat one stop dan eco shop, hari-hari buat alhamdulilah dah pandai membaca dengan lancar 2 suku kata dan perkatan macam p u l a n g tu dia dah dapat eja walaupun tak lancar. memang usaha yang lebih membuahkan hasil. 

Jangan lupa bagi semangat dekat anak setiap hari, sebelum buka tab kena membaca dulu..sampai sekarang kalau dia nak tab dia kena bawa buku jumpa sha..dan membaca, paling cepat 10 minit setiap hari..kalau lama tu sha suruh dia hafal sifir sekarang baru fokus sifir 2 sekali tambah dan tolak sebab dia dah ok dalam membaca, kalau boleh fokus 1 subjek dulu..kalau ok baru ajar maths..maths pun kena belajar hari-hari kalau nda boleh lupa juga..

Bila cikgu dekat pra sekolah bagitahu yang edan dah pandai membaca dan mengira, sha bersyukur sangat, apapun cara untuk mengajar anak pastikan kamu tahu dari mana mahu mula, sebab setiap anak tidak akan sama cara mengajar, macam c edan ni special sikit sebab dia dulu speech delay jadi itu yang sha tak fokus sangat untuk ajar dia 3M waktu dia umur 4 5 tahun..lagipun masih budak lagi bah kesian cumanya sekarang ni masuk sekolah kena pandai membaca kalau tak anak akan ketinggalan 

Jadi bantulah anak kita untuk pandai 3M sebelum dia masuk darjah 1, ada banyak masa lagi, tapi bermula lah dari sekarang..gud luck ibu-ibu

August 25, 2024

Cungkil Minat Anak dengan Food Education Game

August 25, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum


Cungkil Minat Anak dengan Food Education Game | Al kisahnya anak perempuan sha memang suka tiru apa yang sha buat di dapur dan dari situ sha nampak dia minat memasak, alhamdulilah tak lama lagi sha bolehlah bersara dari kerja hakiki ini, itu yang bestnya ada anak perempuan kan, tapi kena ajar juga anak lelaki untuk tolong di dapur jadi bila dah kahwin ringan sikit tulang tu.


Minggu lalu sha berusaha untuk buat sendiri dapur idamannya walaupun tidaklah secantik yang dia harapkan tapi dapatlah melepas gian nya untuk memiliki sebuah dapur yang boleh dia bermain. 

Melihat dia gembira dan bermain, sha terimbau kenangan masa kecil yang sha tidak mampu untuk dapat apa yang sha mahu, tapi sha dapat juga bermain masak-masak dengan menggunakan api dan bekas tin susu, campur tanah, air dan rumput, lagi real kan..tapi lepas tu kena marah dengan mak sebab tangan kotor. hihi

Sebagai seorang ibu, kita mesti nak bagi yang terbaik untuk anak kita, bila bercampur usaha dan kerajinan maka jadilah set kitchen toys iaitu singki, peti sejuk dan oven, senang ja sebenarnya sha buat  menggunakan kotak terpakai dan dibalut dengan wallpaper, jimat dan senang dapat, mainan yang lain dah memang ada, sha beli dekat one stop dan eco shop. 

Cungkil Minat Anak dengan Food Education Game 

Food education game? adakah permainan yang macam ni? biasanya kita main permainan yang tembak-tembak ja hihi..saja nak share, ada lah permainan macam ni, sha selalu ja main dengan anak perempuan sha, kami bila dah main dekat laptop dah tak sedar jam 11 nak ambil abang dari sekolah apatahnya dua-dua asyik dengan laman web yang ada beratus permainan online, tak sempat nak bosan, ada ja nak di mainnya.


ini antara permainan yang sha dan eshal main, permainan ni sesuai dengan umuran eshal sebab kita nak ajar dia bukan semua benda boleh masuk mulut, nama permainan ini can I eat it kalau macam sosej ni tekan lah yes, lepas tu dia suruh teka kayu boleh makan tak, ah kita bagitahu eshal kayu tak boleh makan, begitulah seterusnya.


permainan ini pula, namakan buah berdasarkan gambar dan ayat yang sudah disediakan, permainan ini membantu anak mengenal pasti nama buah..kalau tengok gambar memang dorang dah kenal buah tu..jadi kita boleh tolong dorang mengeja dan padankan word yang betul. Best kan jadi cikgu


Berbalik kepada topik kita diawal tadi, anak perempuan sha minat betul dengan memasak jadi permainan ini secara tidak langsung akan mengcungkil lagi minat anak dalam masakan, contohnya cara-cara memasak telur dengan betul, walaupun umurnya baru 4 tahun tapi pendedahan ini bagus untuk menambah ilmu dorang dalam bidang masakan, bak kata orang meluntur buluh biar dari rebungnya, mengajar anak seawal usia manalah tahu dewasa nanti dapat jadi chef hihi



Selain permainan masak-masak, permainan Go To Market ini mengajar anak mengenal barang-barang dapur yang selalu kita beli di market, yang bestnya permainan ini, bila kita drag barang dari troli tu pada tempat yang betul, akan keluar suara menunjukkan nama barang tersebut. Nanti bila kita keluar beli barang, kita buat pula dekat anak, kita kenalkan barang yang kita masukkan pada troli, pasti dia suka.



Culinary Schools

Kalau korang nak tahu, Culinary School bukan sahaja laman web berbentuk permainan semata, tapi ianya laman web yang membantu pelajar dari bidang masakan mencari laluan bidang atau kerjaya yang sesuai dengan keperluan dan aspirasi mereka. Dengan itu, laman web ini telah memilih dan mengetengahkan semua jenis sekolah masakan untuk membantu para pelajar agar dapat menyambung latihan dan bimbingan dalam bidang masakan.

Selain itu juga, dalam laman web ni ada banyak function lain yang korang boleh cuba, contoh macam kalau korang dalam proses kurangkan berat badan, dalam laman web ini ada kongsikan juga pengiraan untuk estimate berapa banyak korang perlukan untuk mengubah cara diet korang dan dapatkan berat badan yang ideal. Dan ada body fat calculator untuk membantu korang mencapai matlamat penurunan berat badan dan mengukur kalori yang dibakar semasa bersenam dan workout calculator untuk menganggarkan jumlah kadar pembakaran kalori dengan 200 pilihan exercise berbeza. Rupanya kalau nak turun berat badan ni bukan hanya kurangkan makan sahaja, sha pun baru tahu kena ada planning yang betul .. so korang boleh mula masukkan 3 langkah pengiraan yang sha kongsikan tadi dalam list proses kurangkan berat badan korang.

Saja nak bagitahu, sha main Food Education Game di laman web Culinary Schools ini semuanya percuma dan tiada iklan langsung ini membuatkan laman tersebut sangat ringan dan cepat loading, so korang boleh main bila-bila masa dan tak kisah pakai handphone, atau laptop lama pun boleh asalkan device korang support any browser yang korang boleh layari laman web ini. jom hilangkan bosan anak dengan main Food Education Game sama-sama. semoga artikel ini bermanfaat :)















July 25, 2024

Selamat Tinggal Chibi

July 25, 2024 0 Comments
Bismillah,
 Assalamualaikum

just like chibi 😭..credit to fb 

Ini bukan kali pertama sha pelihara kucing..tapi ini kali pertama kucing yang sha pelihara mati di depan mata sha..sedih sangat even tengah typing sekarang pun sha masih menangis..dari semalam tak boleh tidur asyik teringat chibi..

Chibi ni kucing yang sha pelihara dari dia dilahirkan maksudnya sha jaga mak nya nama lulu sekali, sebab ownernya adik ipar sha kerja di Singapore, dari lulu mengawan sampailah melahirkan..sha ingat lagi waktu lulu melahirkan anaknya time subuh 25.11.23 dibawah tangga ruang tamu, keluar 4 ekor ingatkan dah habis..rupanya ada lagi 3 menjadikan adik beradik chibi 7 ekor bulus yang comel..malangnya sebegitu banyak anak, lulu tak dapat bagi susu sebab semuanya kuat menyusu jadi yang bungsu mati tinggallah 6 ekor

Husband cakap dia mau pelihara kucing parsi..sha kata mahal..tapi rezeki kami Alhamdulillah dapat pelihara 1 ekor secara percuma..terima kasih lulu dan tiger, (mak bapa chibi) dan owner kedua2 kucing tadi..sebab bagi peluang untuk kami jaga chibi..


So adik beradik chibi di bagi dengan sha 1 ekor, owner iaitu adik ipar sha 2 ekor, 2 ekor untuk owner bapa chibi, 1 lagi ipar sha punya kazen, sebelum chibi mati sha sempat bawa dia jumpa maknya lulu di kampung tapi lulu dan dia sendiri saling tak kenal..malah bergaduh lagi..sha juga sempat bawa dia pergi grooming sekali sebab bulunya jenis tebal dan panjang, biasanya sha mandikan dia di rumah ja..pergi grooming sebab mau potong kuku n bulu yang messy tapi dia tak sempat bawa dia pergi vaksin dan juga tak sempat bawa dia cari boboi untuk mengawan sebab sha nak mencari kucing jantan yang curl juga telinga nya..tak dapat..ada 2x juga tempoh dia bising mau mengawan..sorry chibi 😭


Chibi ni kacukan Parsi + American curl+Scottish tapi telingannya tak menjadi so sha nak mencari pasangan nya yang curl juga..supaya dapat menyambung baka nya tu..tapi tak sempat sha cari dia dah pergi...😭

Bila kucing yang kau jaga macam anak sendiri..sedih malah pedih bila dia mati di depan mata serius sha xdpt menahan air mata..lagi2 bila edan cakap umie chibi makan apalah sekarang? tiada makan dia mati suda 😭


hari kejadian - selepas sha balik dari klinik, sha ikat dia di belakang kereta, sebab dia ni kalau xkeluar dia akan jadi stress banyak bulu gugur, tahinya cair..so memang sha ikat dia untuk dia bermain di luar..tapi xtaulah sha perasan muka dia ada sedih sikit lepas sha kasih keluar tu..mukanya sama ja sebenarnya tapi dia mengelak dengan sha..dia memang jenis yang ganas walaupun dia betina..tapi sha terperasan lain selepas ikat dia..tapi sha masuk rumah bercerita dengan mak mertua, jadinya sha dah lupa yang chibi di luar, bapa mertua sha mau jalan suda ni tapi dia tak nampak chibi di ikat disitu, sha selalunya memang akan tengok dia kalau ada dorang mau jalan tapi time tu sha langsung tak ingat chibi..mesti dia takut sebab dia betul2 di bawah kereta bapa mertua sha..kalau dia xdiikat mesti dia lari bila dengan bunyi engin kereta..Allah 😭 minta maaf chibi..umie nda sengaja pun..seharian sha berfikir kalau la chibi xkeluar kalau lah chibi itu kalau la chibi ini..mesti dia masih ada sekarang

Chibi pernah terlepas sebelum ni paling lama 5 jam tapi dia pandai balik sendiri subuh2 dia tunggu depan pintu, paling pun dia lepak rumah depan..orang tak kan berani.amik dia sebab dia laju berlari cuma sha takut dia kena langgar kereta sebab banyak kereta lalu..itu yang sha ikat dia..tapi perasaan takut tu betul2 terjadi dia kena langgar kereta juga..dia sempat teriak dan terkapai..banyak darah biji matanya terkeluar..ya Allah 😭 chibi sorry xdpt selamatkan kau..itulah ajalnya macam mana pun berlaku..


setiap pagi mesti dia gigit kaki atau tangan sha sebab mau makan..dia selalu kacau eshal sampai eshal menangis kena bubut, geraut dan gigit.. tapi dia kucing yang baik..eshal tetap dekat sama chibi time chibi tidur, walaupun mula2 tu eshal takut kucing..chibi lah peneman kami di rumah..sekarang dia tiada hari2 kami akan sunyi..


Bapa mertua sha kubur dia di beluran, eshal cakap umie atok bawa chibi kasih bagus matanya..sha cakap dia hidupkah kalau dikasih bagus matanya? iya katanya..nda..tiada suda chibi 😭

sorry chibi..semoga kita jumpa lagi terima kasih sebab jadi kucing kami selama 8 bulan ini..walaupun singkat masanya tapi kami sayang chibi 😭

July 3, 2024

The Right Fit for Your Form: How Can Size Chart Help?

July 03, 2024 0 Comments
The Right Fit for Your Form: How Can Size Chart Help?

Finding clothes and shapewear that fit can be hard for many, especially as we live in an era where shopping online has become the norm. To find the right fit your best friend will be the size chart. 

They are often found on the websites of wholesale waist trainers, and they will provide detailed guidelines and measurements to help customers find the right size for their bodies. 




It is crucial to understand size charts and know how to use them correctly. This will reduce returns and exchanges and any frustration they might cause. But they will also make sure that your shapewear and clothes look good.  But most importantly they’ll feel comfortable as well. 

Let’s understand size charts 

They are typically divided into different measurements, which correspond to some parts of the body. They usually include measurements for the waist, hips, and chest. And sometimes the length of the sleeve and shirt. 

When we focus on pants, they tend to also include inseam and thigh measurements. Pieces like dresses or suits include length measurements too. Knowing your measurements will help you use the charts effectively. 

Why does size matter? 

Knowing your size of shapewear will reduce exchange and returns. Most of the time, incorrect sizing is one of the main reasons for returns. They are not only time-consuming but also costly for customers as for the retailers.

When you consult the size charts before buying, you’ll be ensuring that you are selecting the right size and minimizing the need to exchange or return items.  

 


It will help enhance the appearance and comfort. Shapewear with the right size will look better and be more comfortable. Sometimes pieces that are too loose or too tight can be uncomfortable and unflattering. 

Besides as a brand, you can build brand loyalty. When consumers find brands that fit them well, they are probably going to become returning customers. As a brand, it is important to provide easy-to-understand size charts. They help build trust with customers. And these customers, knowing they have reliable size charts, will shop again. 


How to effectively use the size charts?

One of the most important steps is to take accurate measurements if you want to get the perfect built-in shaper dress. Make sure you are using a flexible measuring tape. For the chest size, you’ll need to measure around the fullest part.

For the waist, you need to take measurements around the narrowest part. And for the hips, you’ll need to measure around the widest part. The measuring tape should be snug but not too tight. 

The next step is to compare your measurements to the size chart. Always pay attention to any guidelines or notes that the retailer provides. Usually, sizing varies significantly between different brands. Some charts might offer a range of measurements for each size. This will help you decide if you are on the edge of one size or another.

It’s important to consider the fit and style too. The different types of shapewear can and will fit differently. Make sure you are always reading the product description and consider the fit of the clothing and shapewear.  

 


Another aspect to consider is stretchability and the fabric. Fabrics definitely affect how your clothing and shapewear will fit. Materials that are more stretchable like elastase or spandex are more flexible in sizing. And on the contrary, fabrics with no stretch might require a more precise fit. Always pay attention to the materials when choosing a size. 

Is there a future for size charts?

Size charts are starting to become more sophisticated as technology keeps advancing. There are brands and retailers that offer virtual fitting rooms. You can now input your measurements and you’ll get a representation of how the piece will fit your body. Some other brands now use augmented reality or AI to provide more personalized size recommendations. 


April 2, 2024

Chibi Kucing Kesayangan Kami

April 02, 2024 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Setelah bertahun lamanya sha tidak memelihara kucing..seingat sha kucing pertama sha pelihara 2015 juga bernama chibi waktu tu sha tinggal dan kerja d kk..tinggal sendiri di rumah jadi ada kucing bolehlah temankan sha..tapi itu kucing kampung ja..bos beli di pasar tamu..specialnya kucing tu bulu nya ada 2 bentuk love dan  bentuk mickey..disebabkan sha berhenti kerja..jadi sha bagi kucing tu dekat orang lain..

Tahun lalu sha decide pelihara lagi kucing..kucing kampung juga..sha dapat free..2 ekor umur dalam sebulan lebih..namanya ahjuma dan ahjussi..ahjussi sha bagi dekt adik sha..yang ahjuma lari dari rumah..ermm

Kucing yang sekarang ni namanya chibi...asalnya maknya sha jaga sebab tengah sakit kena penyakit telinga tu..sempat hilang 3 hari nasib jumpa di taman perumahan juga..maknya nama lulu..lulu dalam Setahun lebih dah nak kahwin..so sha kahwinkan dengan tiger kucing baka mahal tu..american curl + Scottish..mana kala lulu pula kucing parsi..dalam 2 bulan juga proses mengandung..akhirnya 25.11.2023 lahir 7 anak kacukan parsi, tapi 1 mati tgl 6 ekor american curl yg telingan cacat plus Scottish yg kaki pendek tu..

Sebagai upah jaga lulu kucing ipar sha yang tengah kerja di singapore..sha pun minta la 1 anak kucing..Alhamdulilah dapat juga kucing baka mahal secara free..

Sekarang dah 3 bulan dah chibi teman kami..kuat makan..siap makan nasi lagi...kuat gigit kaki..haha anak2 sha memang suka kucing..semoga sentiasa ada rezeki bg makan chibi..