April 18, 2012

Madah Cinta Seorang Muslimah

April 18, 2012 0 Comments


Rugilah seseorang LELAKI 'melepaskan' wanita yang cantik AKHLAKnya, kerana terlalu 'mengejar' wanita yang cantik WAJAHnya.

Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik

Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan AGAMA itu, makan hilanglah cintaku padamu

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya, akhlak adalah bunga (hiasan) diri....tanpanya hilanglah perhatian manusia pada kita

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauhul Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

"Air mata seorang perempuan mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki tapi air mata seorang lelaki belum tentu dapat mencairkan hati seorang perempuan yang telah di sakiti"


Wanita yang suka mendahului 'Meminta maaf' walaupun dirinya
tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan
mudah disayangi 

Air mata kadang kala lebih istimewa daripada senyuman,
kerana senyuman boleh dberikan kepada sesiapa sahaja,
tetapi tangisan hanya dtitiskan untuk orang yang tersayang...!

“…aku tidak mencari yang terlalu sempurna, tetapi cukup bagiku yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan imannya..”

"Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya.."


renung-renungkan..:)



Universiti Kopi pertama di Malaysia

April 18, 2012 4 Comments


WONDERFUL Lifestyle Sdn Bhd, rakan francais induk Gloria Jean’s Coffees di Malaysia dan Brunei, akan membuka Coffee University, pusat latihan barista (pembuat kopi) serantau mulai Jun ini.
Wonderful Lifestyle adalah anak syarikat milik penuh Malaysia International Franchise (MyFranchise) Sdn Bhd yang juga cabang pelaburan francais Perbadanan Nasional Bhd (PNS), agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pengerusi MyFranchise, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie berkata, penubuhan akademi kopi berkenaan bertujuan melatih rakan kongsi francais dan kakitangannya untuk memastikan kejayaan masing-masing dan mewujudkan prospek lebih baik bagi perniagaan francais Gloria Jean’s Coffees.
“Penubuhan pusat latihan ini secara tidak langsung akan menjadikan Malaysia sebagai hab pembangunan serta latihan rakan francais induk dari seluruh Asean dan mungkin di peringkat Asia juga.

“Skop latihan kemudahan merangkumi proses perniagaan menyeluruh antaranya membabitkan kewangan dan operasi hinggalah kepada perkhidmatan pelanggan. Kita juga akan memanggil tenaga pengajar mahir membabitkan pembuatan kopi dari Australia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pengumuman Coffee University di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Gloria Jean’s Coffees International dan Ketua Pegawai Eksekutif Wonderful Lifestyle, Fauzi Awang.
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Shalimin berkata, Wonderful Lifestyle akan membuka tujuh lagi outlet Gloria Jean’s Coffees di Malaysia sepanjang tahun ini.

“Ketika ini terdapat 16 kafe kopi Gloria Jean’s Coffees di negara ini antaranya di Plaza Sentral di Kuala Lumpur Sentral dan Plaza IBM di Petaling Jaya. Kami juga akan mengembangkan jenama Gloria Jean’s Coffees ke Brunei dengan pembukaan kafe kopi pertama di sana pada 22 Mei ini,” katanya.
Gloria Jean’s Coffees adalah syarikat kopi global milik usahawan Australia yang membuka lebih 1,000 kafe kopi dan memeterai 48 perjanjian francais induk di 39 negara di seluruh dunia.

Letakkan Watermark pada Gambar

April 18, 2012 2 Comments

hehe saja buat entry ini sebab nak tunjuk watermark baru sha buat ni
comey kan?

ok kalau korang belum tau macam mana cara nak letakkan nya pada gambar
open photoscape

klik pada Editor

select gambar yang ingin di watermarkkan

klik object dan klik picture


select watermark cute korang dan adjust kekaburannya


done ! gambar pemandangan yang pelik..hehe

April 17, 2012

Lawak : Ibu melarang memakai Jilbab

April 17, 2012 0 Comments




Kamu rasa ada kah ibu yang sanggup melarang anaknya memakai jilbab?


*********
Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian
di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.
Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2
meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua
dengan anaknya.

Anak   : Ibu..

Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !

Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah..Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu !

Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..?

Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,Bu. Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan
pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!

Ibu : J A N G A N !!!
 
Anak : J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar
bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk ....namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH!
         KAMU KAN LAKI-LAKI.....

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai



*************


#hehehe, serius tul baca nampak..mmg ada juga kan ibu yang sanggup melarang anaknya untuk memakai jilbab...lol~
  

Tingkatkan Trafik blog anda di Blog Siot

April 17, 2012 0 Comments

KORANG RESAH TRAFIK BLOG KORANG MASIH TIDAK STABIL?
MAHUKAN BACKLINK DARI BLOG SIOT - TOO SIOT ! ?

Senang saja caranya...Sila ikut step dibawah :
1. Like dan follow Blog Siot - Too Siot ! sebagai tanda sokongan ( tiada paksaan ).
2. Pergi ke HOME dan pilih ENTRY TERBARU yang dipost oleh admin Blog Siot - Too Siot !.
3. Copy and paste entry itu di blog anda sebagai post anda (anda juga boleh edit, tambah dan juga guna ayat sendiri tetapi anda mesti menggunakan gambar yang disediakan di post asal)
4. Anda juga boleh bercerita tentang blog ini di blog anda dan linkkannya ke blog ini.
5. Letakkan sumber asal post yang anda buat itu iaitu dari Blog Siot - Too Siot !. Jangan lupa untuk hyperlinkkan ke blog ini.
ITU SAJA!

Bagaimana Backlink terjadi?

1. Selepas anda post entry yang dicopy dari blog ini (ataupun entry berkaitan blog ini) di blog anda, trafik blog anda akan dibawa ke blog ini (kerana hyperlink anda).
2. Setiap trafik yang datang dari blog anda akan dicatat oleh sistem e-referrer yang berada di kiri bawah blog ini. Sistem ini mencatat 100 backlink tertinggi yang diberikan oleh blog atau website lain ke blog ini.
3. Lagi banyak trafik dibawa dari blog anda ke blog ini, lagi banyak peluang untuk anda muncul di top referrer sistem dan memudahkan pembaca lain untuk klik dan kembali ke blog anda.
4. Promosi post anda seperti biasa. Dan lihat hasilnya apabila blog anda muncul dan mendapat backlink kembali dari blog ini.
5. Yang menariknya, apabila blog anda menjadi antara blog paling banyak memberi backlinks, pihak admin Blog Siot - Too Siot ! akan memberi *hadiah kepada anda sebagai tanda sokongan dan insentif untuk anda terus berblogging.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Lyssa Follower yang dinanti

April 17, 2012 1 Comments
lyssa..thanks tau follow sha ari ni happy sangat..da berabad da tunggu lyssa follow hehe :)
korang mesti kenal lyssa kan?
ala sapa ja nda kenal dia ni..blogger cute lagi rajin buat tutorial
sha selalu singgah memgerutkan dahi tengok tuto dia
bukan apa..HTML mmg leceh !!
dan hasilnya blog sha cute cm lyssa..

korang nak tau..lyssa adalah salah sorang blogger yang sha nntikan selepas abg ben
abg ben pun da follow sha ari tu, mau tau napa dia follow? klik sini
dan ni bukti lyssa dan abg ben follow

dalam masa seminggu ja 2 follower yang top datang follow blog sha yang nda seberapa ni
thanks sangat..

April 16, 2012

Cute Desktop Dengan Icon Sendiri

April 16, 2012 0 Comments



Desktop normal mmg macam ni..ia akan tambah semak jika seseorang itu tidak tahu cara penggunnaan komputer yang betul, 


hari ini sha akan ajar kamu cara2 buat desktop kamu lebih cute dengan icon sendiri
tapi sebelum itu kena download software Rocketdock,di sini
install dan right click pada icon yang nak diubah


tekan 1 dan 2 untuk cari icon pilihan kamu, tekan 3 untuk memilih gambar tersebut 4 pla icon nama application yang kamu ingin tukarkan dan 5 untuk selesai


untuk hide icon yang semak sebelum ni, right click pada desktop > view > tick pada show desktop icon


da siap..tgk la hasilnya..:)

Gucci Pink..coming soon

April 16, 2012 0 Comments

baru balik dari rumah kak Puteri Wewin, Business woman gitu lo~
alahai..ari tu dia ada tag sha di FB Gucci Pink sangat comel


memang berkenan gila tapi bukan pada beg diatas
tapi pada beg dibawah ni

opss salah pamer..actually design nya ja sma tapi wananya pink
dapat imagine x?cantik kan..
memandangkan stok lum ada..kena tgu lah..
nda pa..Gucci Pink akan dtg juga tu..mgkin mgu ni kot.. :)

happy la ada orang nak belikan sha beg Gucci ni..
sha bukannya branded sangat pun
tapi bila nak orang belikan..alhamdulilah
rezeki mari~

kalau korang berkenan bole contact kak Puteri Wewin..
dibawah ni sha bagi korang cuci mata jap..








Kesemua beg di atas bernilai RM90 *tidak termasuk penghantaran
maklumat lanjut sila PM kak Puteri Wewin :)
cpat sementara stok masih ada...terbaik !!!