April 28, 2012

Baju Kahwin ku

April 28, 2012 6 Comments

setiap wanita inginkan baju kahwin yang cantik dan menarik di majlis perkahwinannya
sha pun mau cam tu..
ini adalah baju kahwin impian sha 
telah sha peragakan khas buat korang semua..
tapi hanya perempuan sahaja boleh tengok
sebab modal free hair..

jom kita tengok

1. Queen of hearts dark gown

2. kimono flame 

3. Winter Queen R

4. Antoinette gown 

5. Princess Elegance 


6. red queen 

7. Black PFNY Dress

cantik kan? nak kahwin dress cam tu sha terpaksa pakai tudung..dan labuhkan skit tudung tu..insyallah

nda mampu benar sha beli..keja berkebun pun xkan dapat beli, haha~
sapa berkenan sila PM sha

Tahniah Kepada pemenang contest

April 28, 2012 2 Comments


Maka tamatlah aktiviti menlike photo di FB sha
sha da dapat pemenangnya..
tahniah

Pemenang Pertama


Topup RM 20 + Banner

Pemenang kedua

Topup RM 10 + Banner

Pemenang ketiga

Topup RM 5 + Banner

kepada dua lagi peserta jangan bersedih 
korang akan dapat saguhati dari sha 
Review blog korang 


Para pemenang sila alert !

Sila hantar detail korang : 
Nama
Url blog
Plan simcard dan no telephone sng nak masuk topup tu
dan tema banner yang korang mau..(jgn cerewet tau! )
antar ke Fanpage sha, tempoh 2 hari sahaja

kegagalan korang berbuat demikian, maka sha akan tarik balik hadiah tersebut..dan keputusan adalah muktamad !!

April 27, 2012

Kalau WANITA dah hilang DARA?

April 27, 2012 6 Comments



Si Wanita: "Aku sudah sering dipeluk lelaki lain"
Lelaki dengan hangatnya menjawab: "Dan aku adalah lelaki yang akan memelukmu dengan kasih"


Si Wanita: "U R not my FIRST kiss"
Lelaki dengan senyumannya: " And U R my First Kiss "


Si Wanita: "Beberapa lelaki pernah menjamah tubuhku"
Lelaki dengan sabarnya mengatakan: "Yang inginku jamah adalah hatimu, rasamu"


Si Wanita: "Pernah ada lelaki yang melihatku naked"
Lelaki itu menatapnya: "Dan aku melihatmu begitu polos, suci bersih tak bernoda"


Si Wanita: "Aku pernah petting dengan ex boyku"
Lelaki itu memeluknya dengan sabar: "Dan aku tahu, kau tak kan seperti itu lagi"


Si Wanita menangis semahunya dan berkata: "Aku takkan layak untuk lelaki sepertimu!! aku sudah tak perawan!!"
Lelaki itu menatapnya dalam, memeluknya, tersenyum dan berkata: "Aku bukan mencintai keperawananmu, yang aku cintai adalah dirimu, sepenuhnya,..."

"Kalau begitu aku tak mahu kau cintakan aku sepenuhnya, tapi cintailah aku setulusnya..."

Bukankah begitu lebih indah? Kenapa yang tak perawan mesti dipinggirkan, dihina sedangkan tiada seorangpun terkecuali melakukan dosa? Kenapa yang tak perawan sering dilecehkan sedang dia juga ingin berubah dan diterima seadanya? Bukan mau membela mereka yang sudah bermaksiat, tapi kebahagiaan sesebuah hubungan bukan terletak pada perawan atau tidak wanita itu, tapi saling toleransi kedua2nya!!

Pendapat korang bagaimana? xramai lelaki yg mcm nie??? adakah korang tergolong drpdanya???

Tazkirah : Bismillahirrahmanirrahim

April 27, 2012 1 Comments

"Dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulilah"

Salam jumaat, hari ini sha nak share satu tazkirah pendek mengenai kalimah Allah iaitu 


Maksud Bismillahirrahmanirrahim
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

6 kelebihan  Bismillahirrahmanirrahim 
1) Membaca  Bismillahirrahmanirrahim  sebanyak 21 kali sebelum tidur, dapat mengelakkan gangguan syaitan,  kecurian dan bala.
2) Ucapkan salam dan  Bismillahirrahmanirrahim  setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian.
3) Bacakan B Bismillahirrahmanirrahim  sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya.
4) Jika membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya.
5) Lafaz  Bismillahirrahmanirrahim  jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh.
6) Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca  Bismillahirrahmanirrahim  apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam.

Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

April 26, 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DIPLOMA UITM 2012

April 26, 2012 4 Comments


debaran makin terasa, sha bagai nak gila..macam nda pernah alaminya
dup dap dup dap dup dap
sudah lupa mau check dimana !!
haha~

jam 12 ni result akan kuar..
pada yang da bertarung sebelum ini 
takdanya dia nak risau sekarang ni
sha memang ada bertarung juga tp sikit la..
tp memang sha cepat nebes bah..

ada sejam lagi..nak standby buka email 
student portal compom bz hari ini dan esok
handphone pun akan bz juga
sebab kawan2 akan exchange keputusan

apapun GOOD LUCK to me :)