May 1, 2012

Tazkirah : 99 Nama Allah

May 01, 2012 3 Comments

Sempena lagu blog sha telah ditukarkan kepada Asma ul Husna, diharap korang tenang ja singgah di dalam blog sha ni :D dan mudah-mudahan dapat membantu untuk menghafalnya kerana

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

insyallah, kita semua dimasukkan dalam syurga Allah..

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

 Cara-cara Berdoa:
 1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

 2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

 3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

 4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

 5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.

 6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan   
sebagainya).


maka marilah kita sama-sama menghafal 99 nama Allah ini
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Hadiah Dah Mai

May 01, 2012 10 Comments

alhamdulilah, hadiah da mai..betul ka logat utara sha ni heheh
actually hadiah ni da sampai semalam cuma abg ipar lupa nak bagi..



alala~ cute bebenor kan..hehe~
1st time dapat hadiah dari blogger
sebelum ni pernah menang tapi hadiah tak sampai-sampai..tipu ja lebih..

ni hadiah dr sponsor GA sha ari tu
kalahkan pemenang pla sha ni..hehe
ini sponsor cik fyza yang baik hati 

kalau korang nak tgk handmade dia bole PM di FB
cute-cute semuanya
thanks fyza :) love it so much

#tengah tunggu hadiah dari cik eryn pla hehe

Tazkirah : Memperkecilkan Pemberian

May 01, 2012 1 Comments

Mensyukuri nikmat lalu berkata Alhamdulillah, mungkin kita sudah lupa atau jua kita tidak pernah mengenali khalimah Allah itu, masyallah..jauh kita menyimpang sedangkan kita hanya penumpang dibumi Allah, bermati-matian mencari duniawi namun akhirat dilupakan..bersyukurlah masih diberi kesempatan dalam menebus kesalahan, masih diberi nyawa untuk bertaubat dan kembali ke jalan Allah, dan jangan lah kita memperkecil-kecilkan pemberian orang..Disini sha ingin menceritakan kisah bagaimana Nabi mensyukuri pemberian..


Dalam kisah Rasullulah dan Buah limau

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas sambil tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu TERLALU MASAM semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

Word Verification MENYUSAHKAN !!

May 01, 2012 8 Comments

Actually sha suka jalan-jalan tengok blog orang tapi kadang-kadang malas sangat nak komen
terutamanya bila blog tu ada word verification..menyusahkanlah..


hati terbagi dua pla..nak komen ke tak nak..
komen la tinggal jejak...aih..len kali xmo la datang lagi

korang nak ini berlaku?kalau kena yang panas baran 
confirm bye..bye gaman :D

so mlm ni sha buat tuto bergambar cara nak buang word verification

1. Dashboard > Setting > Comments


2.  Scroll bawah sampai jumpa Show Word Verification


3. Da jumpa, tick No then Save setting

amboi..senang ja kan?
happy blogging :D

April 30, 2012

Today is Monday Couple ♥

April 30, 2012 1 Comments

hye peeps, lambat open blog sebab blackout dari jam 3 pagi..ni baru on balik
ngam sangat title hari ni kan? bukan hari dating sedunia la..
ni mesti nda tengok Running man kan..kan..kan?
dengar kata dorang akan shooting di Malaysia? baca entry ini
tapi hanya rumours ja..hampeh !
lau nak datang pun apa salahnya kan? best..best..


sweet monday couple, sha minat sangat..
sha pun baru juga tengok Running Man, banyak lagi Episode lum tengok
korang nak tak lau sha upload dalam blog ni nak bg korang tgk :D
lau xnak xapala..sha offer ja hehe

my monji and gary








I want Running Ball!
Gary: Ji Hyo, do you want the Running Ball?
Ji Hyo: Yes.
Gary: Do you really want it?
Ji Hyo: Yes.
Gary: I only want you! 
enjoy!! :D

April 29, 2012

Elakkan Kena tipu Klik iklan

April 29, 2012 2 Comments

"kata nak show gambar suruh klik iklan pla
aih..rimas la asyik nak klik iklan churp-churp ko ja.."

eh..ada ka cm ni? tipu orang dengan suruh klik iklan pla?
ish..ish..tak baik..tak baik..
memanglah korang dapat untung tapi orang yang klik tu terpaksa 
(da terklik) dan nda ikhlas
nak ke dapat untung dengan cara camtu?

kalau nak sangat, buat la cara yang baik
buat GA or Contest, nyatakan syarat-syarat yang wajib klik iklan korang
kan bagus..nyata lagi bersuluh

Cara nak elakkan dari korang terus ditipu


halakan mouse korang pada link..jangan klik dlu..then tengok bawah, yang color biru
contoh : Klik CINI <~ halakan mouse ke sini
ada link kan..korang tgk betul-betul..ada tak perkataan iklan ? 
contohnya churp-churp 
ada kan? ah..tu la caranya nak elakkan..

# da jumpa tu..dari korang la nak terus klik or tak..tak paksaan :)

Laptop Lambat Loading..Perhh !

April 29, 2012 1 Comments


argh!!...kecewa sangat laptop tak seperti yang mula-mula dibeli..
laptop buat hal lah..ni nak kena ganti baru ni !!
aih da kaya ka nak beli yang baru bro? reliks bah, 
laptop korang mungkin berat sangat sebab game..betul kan?
lelaki biasalah..kalau pempuan pla of coz drama korea berlambak, 
Running Man pun nda abis tengok lagi..hehe kita sama~

ok penyelesaian nya korang tengok betul-betul tuto ini

1. Klik Button Start > Run
2. Taip MSCONFIG > ok

3. Klik Startup dan untick application yang tidak digunakan
contohnya yahoo messanger

kemudian Restart dan tengok hasilnya

gud luck..nak tau jantina laptop? klik sini