June 5, 2012

Nak tukar ke tak ??

June 05, 2012 13 Comments
Antara dua..owh..owh..yeah~~ buruknya suara..hahaha ok now, sha nak update pasal banner yang sha saja-saja nak buat tengah hari tadi, walaupun asalnya dah ada yang lama,lip-lap-lip-lap gitu ya..tak dah lah, sha cuma try buat ja, tup..tup..cute lah pula, perasan lah tu aish


banner baru yang sha maksudkan, apa pendapat korang? elok tak kalau sha tukar yang lama kepada yang baru? sebab yang baru ni..ada gambar sha cute gitu lor ok !! yang lama pun sama lah, tapi yang ini special sikit..sebab..em..sha suka color nya yang soft..korang tolong bagi komen sikit..!!
Yang ini pula banner yang lama, comot ja kan word tu, waktu ni, sha baru belajar buat, jadi ribut petir sikit..alhamdulilah jadi juga lip-lap-lip-lap nya, tapi pink tu terang sangat lah, tapi rasanya boleh tarik pengujung supaya datang singgah blog sha yang tak seberapa ni..ah..baru betul..ceh~~
Nota Pink : Korang pilih yang mana? nak buat survey jap hihihiikhlaskan hati ya, takda paksaan pun :) thanks ya

Alhamdulilah..Rezeki Bulan Jun

June 05, 2012 7 Comments
Dare you shurp?? http://my.churpchurp.com/opzzpinkyblogspotcom/share/NescafeUHT Kawan-Kawan Tolong Like yah..thanks

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
Riwayat Ibn an-Najjar
Dup..dap..dup..dap..alhamdulilah rezeki sha bertambah lagi, sudah menang Giveaway dua kali, kini menang hadiah dari Says pulak..actually sha betul-betul tak tahu sha pemenangnya sebab sha baru habis shopping pergi beli barang-barang keperluan nak balik hostel, tiba-tiba kak fieda PM sha di FB..thanks ya kak...eh..yaka sha menang? wah..bestnya..jom...tengok apa yang sha dapat...


kalau korang nak jadi pemenang macam sha..korang boleh pilih hadiah di sini http://shaelyana.says.com/recommendations/win-prizes-everyday

Nota Pink : Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. 

Header 3 in 1

June 05, 2012 9 Comments

Churp-Churp said The Travalo from #PerfumeHall is the smart way to take your fav perfume with you on the go, just ask Fay Hokulani! @#$%^! entah apa dia merapuh...tapi tolong klik ya..thanks

Penatnya..2 jam duk depan laptop tanpa kelip jangan percaya semata-mata nak cantikkan header yang dah cantik perasan jap hik..hik..hik..apa pendapat korang tentang header 3 in 1 sha ni??

Yup, memang jimat ruang dan kemas kan..kan..kan?? em..doodle yg cekak pinggang tu dr Bunga Hati Mama baru kidnap petang tadi hehe..korang boleh kidnap juga..banyak yang cantik-cantik..pink color lagi tu..puh!! 

Korang mesti tertanya-tanya apa yang 3 in 1..kan? ala mengaku lah hehe~ ok..now tengok header tu baik-baik..ada header, semestinya hihi, ada shoutbox and twitter..so 3 in 1 blog la tu..kui..kui..kui..
Nota Pink : Sha takkan sedar diri bila edit blog, sorry pada yang tak kena layan..apa pun header ini memuaskan hati sha..hik..hik..hik..

June 4, 2012

Cara nak letakkan Button Like Fanpage

June 04, 2012 9 Comments
hello, ada tak yang request benda ni, mesti semua dah tahu kan? ala..buat-buat saja tak tahu ya, sebab sha nak ajar cara nak letakkan button like fanpage macam dibawah ni..


cer like cikit !! hehe

Ikut Step ini

1. Pergi sini kejap.. Klik..nak isi form..

2. Akan keluar macam ini, isi betul-betul ikut gambar ya..boleh tengok preview..dah jadi kan?? klik get code
** FB page URL contoh : https://www.facebook.com/pages/Blog-Opzzpinky/212530322104062


3. copy dan paste kan pada add gadget korang..alahai simple nya..
credit to Lyssa Secret
Nota Pink : Hope Mama Mia Faham, sha nak caw jap, nak pergi solat..da~

Sha Suka Singgah Blog Korang Sebab Ada....

June 04, 2012 14 Comments

Ya !! sha paling suka singgah blog orang yang tinggalkan komen kat entry sha, kiranya dia luangkan masa baca entry sha la yah..thanks awak~, kalau sha tak balas kunjungan korang maaflah ya, maybe time tu sha sibuk, maklumlah perempuan kena buat kerja rumah kan..kan..kan..

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

copy dr google 'teringin nak naik benda ni..hik hik hik'

ah..da tgk gambar diatas? tu maksudnya sha BW guna beca hehe~ ok berbalik pada tajuk entry..Sha Suka Singgah Blog Korang Sebab Ada....

Tutorial dan Freebies, Betul, sha suka singgah kalau blog korang ada tutorial dan freebies, sukakan benda baru yang menarik untuk cantikkan blog yang da memang cantik hik..hik..hik..perasan kejap

Pink, yups..sha lagi suka kalau blog korang pink giler~ hehe, sha dan pink tak dapat nak pisahkan aiks..tapi warna lain pun ok bah, janji ada pink..adil kan?

Kemas dan teratur, ah..mana-mana blogger pun mesti suka singgah bila blog korang kemas dan teratur, dari segi penyusunan gadget dan tak perlulah hujan or blink yang turun dari langit tu..serabailah...

Mesra Kawan, wah, bestnya dapat kawan macam itu kan? alhamdulilah, setakat ni kawan-kawan sha semuanya mesra-mesra belaka..hihihi thanks..

Bahasa, Bahasa jiwa bangsa, mudah difahami..dan pandai berinteraksi dengan pembaca..best baca entry macam tu, walaupun panjang..kan?

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)
Nota Pink : Yang paling penting, meletakkan niat untuk berblog, kerana Allah, mudah-mudahan menambahkan pahala..

Betulkah Wang Hantaran Perkahwinan Mengikut taraf Akademik??

June 04, 2012 8 Comments


Wah !! terbeliak mata bila tengok jumlah, punya mahal !! aduhai, nak kahwin pun susah ya sekarang ni..dah lah harga barang naik, wang hantaran pun naik juga kah? rugi tak kahwin awal ya hehe~Copy dari Facebook..jom kita tengok reaksi / respond pembaca mengenainya..





Nota Pink : Mas Kahwin Murah Adalah yang terbaik..Apa pendapat korang?


ZIZAN : Menang bukan kerana popular

June 04, 2012 6 Comments

ZIZAN (kiri) dan Johan jadi pilihan penonton Super Spontan.

SEJAK awal program Super Spontan disiarkan, ramai yang menjangka Johan dan Zizan akan mendominasi pertandingan itu. 

Pada saingan akhir, nampaknya kemenangan berpihak kepada jejaka dari Terengganu itu apabila dia menewaskan rakan seperjuangannya dalam Jozan dengan 3.3 markah, membolehkan Zizan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan Toyota Camry 2.0G.
"Kemenangan ini ialah kejayaan saya bersama Johan. Ia juga bukan kemenangan kerana populariti, seperti dianggap orang ramai. Sebelum ini, kumpulan saya (Angsa Ganas) juga beberapa kali pernah kalah dan kumpulan Beruang Comel yang dianggotai Johan berapa kali menang. Ia bergantung kepada kecekapan dan kreativiti semua ahli kumpulan.
"Selain Johan, semua selebriti yang menyertai program ini ialah saingan kuat saya. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri, cuma rezeki saja yang berpihak kepada saya untuk pertandingan akhir ini," katanya. 

Bagaimanapun, sebagai naib juara, Johan tidak pulang tangan kosong, sebaliknya meraih RM50,000. Dia berada di hadapan Tauke yang mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM25,000. 

Manakala Rahim R2, Ropie dan Suhaimi menerima sagu hati RM5,000. 

Kata Johan, meskipun ramai penyokongnya ingin melihat dia menjuarai program itu, namun dia terpaksa akur dengan ketentuan rezeki. 
"Dari awal saya tidak pernah mengharapkan untuk menjuarai program ini. Selepas masuk peringkat akhir, saya yakin akan menang tempat keenam hingga kedua saja," katanya. 

Sementara itu, Ketua Saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, sejak awal lagi dia menjangkakan program itu akan mampu pergi lebih jauh. 

"Memang ia sangat berbeza dengan program komedi lain. Saya yakin ia mampu membuka mata penerbit untuk mempelbagaikan lagi genre komedi hari ini. Super Spontan juga akan diteruskan untuk musim kedua," katanya.

Nota Pink : Tahniah ya Zizan..you're the best hehe~

June 3, 2012

I'm Not Feeling Well :(

June 03, 2012 6 Comments

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)


Tiada mood nak buat BW.. aaasyiiee~ hidung pun dah merah..badan sha dah mula nak panas..sha jenis yang tak suka makan ubat, dan hope korang doakan sha cepat sembuh before habis cuti semester minggu depan..


Bagi korang yang sakit, amalkan membaca doa di bawah ini, solat jangan tinggal ya..hope korang sembuh..amin...hee~


Antara hak seorang muslim dengan seorang muslim yang lain ialah menziarahi orang sakit.Sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim,daripada al-Bara' bin 'Azib r.a dia berkata:

"Rasulullah s.a.w menyuruh kami menjenguk orang sakit,mengiringi jenazah,menidoakan orang yang bersin,menepati janji,menolong orang yang dizalimi,memenuhi undangan dan menyebarkan salam."
Nota Pink : Jaga kesihatan itu penting !! hee~