June 8, 2012

PTPTN Masuk pada....

June 08, 2012 2 Comments
Amboi !! cepat aja klik, kalau cerita pasal benda ni kan?? haha~ sama lah, to all yang peminjam duit PTPTN bagi pelajar UiTM Diploma 2012 sahaja..baca baik-baik..
baca perlahan-lahan tau..takut nanti tak faham pula..
Euro 2012, Aaron Aziz tak suka bola??
Lisa Surihani Pergi menari di London The Summer Musical?? ceh~
happy tak? wah mesti sekarang tengah dok berangan macam mana nak habiskan guit sebanyak 2k tu kan? alahai janganlah fikir macam tu, ingat korang!! jangan boros-boros sebab duit tu akan korang bayar balik...so jangan beli barang yang tak berfaedah tau..
Nota Pink : Minggu depan dah nak start kuliah, so akan jaranglah update blog ni, hope korang selalulah singgah ya...oh ya..pulus dah semakin banyak di says, senang ja, guna tips ni, thanks pada yang selalu klik..

SEGMEN : My BFF

June 08, 2012 6 Comments


Hadiah Menarik
  • BFF paling Cantik ( 1 winner - hadiah sepasang inner dan shawls )
  • BFF paling Comel ( 1 winner - hadiah Topup RM10 + 1 tudung bawal printed )
  • BFF paling Serasi ( 1 winner - hadiah sepasang inner dan shawls )
  • BFF paling Best ( 1 winner - Voucher 5% dari Craft MairaDiana )
  • BFF paling Sweet ( 1 winner - hadiah daripada KamiZuzi Craft )
 Tamat pada 26 Jun 2012 pukul 2pm dan sha nak tag My BFF dalam alam maya
Mama Mia | Kak Fieda | Niera
bertuah korang ..hik..hik..hikk join tau !!

Cerita 1st date sha dengan.....Jangan Jeles tau !!

BFF and ME

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Daripada kalangan umatku; Abu Bakr adalah yang paling mengasihani umatku; Umar adalah yang paling kuat didalam agama Allah; Uthman adalah yang paling benar bersikap malu; Ubai bin Ka’ab adalah adalah yang paling mengetahui cara membaca Al-Quran; Zaid bin Thabit adalah yang paling mengetahui ilmu faraidh (mawarith); Mu’az bin Jabal adalah yang paling mengetahui perkara halal dan haram. Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat orang jujur; manakala daripada kalangan umat ini Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah yang paling jujur."
( Riwayat al-Tarmizi )

Jika dihitung, semua yang kenal dengan sha itu adalah sahabat, tidak kira kenalan melalui sekolah, laman sosial, try and error or apa-apa jika kamu mengenal nama SHA or seangkatan dengannya, kamu sudah sha labelkan sebagai kawan, tapi kawan yang lebih memahami kita, bersama kita detik susah itu payah amat ditemui, namun perkenalan pada tahun 2007 hingga sekarang sha tidak pernah putus talian hayat bersama My BFF iaitu Hanisa Binti Mahmod atau nama pamesnya IS..


she is the goooood best friend that I have


we're 1 head. 1spirit, 1 bla..bla..bla..


the sotttt's photo..teka mana 1 sha??

Apa yang membuktikan kami ini secocok?? tanya saja pada yang mengenali kami..opss..ok sha ceritakan, mulanya sha kenal dia seorang yang very friendly. pelawak yang mengeringkan gusi [sikit-sikitlah], penolong yang baik..etc [cerita pun takkan habis] so dipendekkan cerita kami seiringan berduaan dan berdating bila bertemu, ketawa tersenyum bila berpandangan sehati dan seusus haha~ tiada lagi mampu sha katakan selain, she is my Best Friend ever and ever..thankssss by..Love u..this segment I wrote special for you..

June 7, 2012

6 Tips PROMOTE iklan Says dengan lebih EFEKTIF !!

June 07, 2012 18 Comments
Korang mesti da cuba guna ads ni kan? kiranya ads ni sebijik macam churp-churp ..ntahlah siapa copy siapa tapi yang jelas sha lebih suka pada SAYS sebab banyak iklan yang dia keluarkan berbanding dengan churp-churp yang cepat ja luput campaignnya, tapi menghairankan pulus dari churp-churp lagi banyak sha dapat berbanding SAYS ..now sha baru tahu cara sebenar yang efektif nak promote iklan dari  SAYS , hope bertambahlah pulusnya..
Sebelum tu, Bagi yang belum join SAYS  sila klik sini..
lepas tu baru boleh menang hadiah macam sha

6 Tips PROMOTE iklan Says dengan lebih EFEKTIF
Copy from Says' page [edited versi sha dalam BM]

1. Pilih Laman Sosial - pertama korang kena open iklan pada Recommendations dan pilih satu iklan, kemudian klik pada Generate your unique URL dan copy iklan url tu 

Paste kan iklan url tadi ke laman social yang korang ada, such as Facebook, Twitter , Google Plus, Instant Messaging, Tumblr, etc

2. Tag Kawan-Kawan - Pilih kawan yang korang rasa dia akan tertarik dengan iklan itu dan ingat jangan overdo it !!

3. Buat Mesej Dengan ayat yang Kretif - Cipta lah apa-apa ayat yang menarik untuk mendorong  kawan - kawan klik iklan tu dan pastikan ayat tu sentiasa berubah setiap hari, jadi taklah bosan tengok..hik..hik..hik

4. Masa yang sesuai - Pilih Masa yang sesuai untuk iklankan Says, seperti masa yang kawan-kawan akan selalu on9, kalau student, maybe dia akan on9 time tengah malam, kalau yang kerja pula time rest, buatlah andaian sendiri ya..

5. Jangan Paksa kawan untuk like - Sebab dorang mungkin tidak akan like..dan mungkin juga dorang akan kata dorang dah like tapi sebenarnya tidak..


6. Cara yang kreatif untuk posting - Cari jalan yang lebih menarik perhatian kawan-kawan untuk like, contohnya buat banner yang menarik dan letakkan disetiap entry..

so, now korang da tahu, jom kita try, actually sha pun baru tahu..hehe~ saja share dengan korang..usaha itu penting, baru boleh tawakal..ingat rezeki tak kemana...

cer like cikit

June 6, 2012

Updated, Tak Menarik Pun

June 06, 2012 8 Comments
Entry yang entah apa-apa ja sha buat ni, dah tak dah idea so sha buatlah entry ini, pasti korang kata tak menarik pun..tak apa..lagipun ini bukan penting sangat pun cuma nak bagitahu tentang nak tukar ke tak??, so sha tukar juga sebab ramai yang kata banner baru tu sesuai..kiranya dorang cakap macam tulah..hehe thanks korang yang sudi bagi pandangan..

Bolehlah copy dan paste pada sidebar korang

Rasanya ada tak yang nak copy..hehe~ takda paksaan pun..psttt !! nak tau? sha tengah menghitung hari ke 45 penting tu..kalau korang tahu mesti nak hitung sama-sama kan..hehe

ini Barang bagus punya..iklan churp-churp sha kini dalam bentuk banner lip-lap-lip-lap..korang jangan lupa klik tau !! tengok bawah ni..ada cute tak? perasan kan?? hik..hik..hik..



Remaja dirogol kenalan Facebook

June 06, 2012 6 Comments

PELAJAR Tingkatan Satu   dirogol remaja berusia 16 tahun yang ditemui  di Pusat Khidmat BN, Ipoh semalam.
PELAJAR Tingkatan Satu dirogol remaja berusia 16 tahun yang ditemui di Pusat Khidmat BN, Ipoh semalam.
Mangsa terpedaya pemberian barang kemas

IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang kenalan yang dikenali dari laman sosial Facebook selepas terpedaya dengan janji manis serta pemberian barang kemas daripada remaja lelaki terbabit.
Pelajar Tingkatan Satu itu mula mengenali remaja berusia 16 tahun dan sering berhubung menerusi Facebook sebelum membuat keputusan mengadakan pertemuan kali pertama pada 25 Mei lalu.
Adik saya turut akui menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin. - Lee, Abang mangsa
Malah, mangsa ponteng sekolah beberapa hari dan bersembunyi dua hari di rumah keluarga pasangannya itu untuk melepaskan rindu sebaik berjumpa sehingga menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 3 petang, 25 Mei kerana anak mereka tidak pulang ke rumah.


Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, mangsa ditemui selamat selepas dihantar ibu teman lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. 

Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee, 29, berkata dia mengesyaki perubahan sikap ketara pada adiknya selepas menjalinkan perkenalan dengan teman lelakinya itu, termasuk sering ponteng sekolah, mengabaikan pelajaran dan berubah sikap.

“Adik saya turut mengakui pernah menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin emas dihadiahkan remaja itu. 
“Saya percaya lelaki itu memperdayakan adik saya dengan pelbagai hadiah sebelum bertindak merogolnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Katanya, dia dan keluarga meminta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap remaja lelaki terbabit, termasuk ahli keluarga lelaki itu kerana bersubahat menyembunyikan adiknya selama dua hari di rumah mereka.

Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah, berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kes rogol yang berpunca daripada perkenalan di laman sosial sejak tahun lalu.

Katanya, empat daripada kes berkenaan membabitkan kes rogol di mana kebanyakan mangsanya berusia lingkungan antara 13 hingga 20 tahun.

“Justeru, saya meminta ibu bapa dan penjaga supaya dapat mengawasi tingkah laku anak masing-masing. Selain itu, pihak polis juga perlu memandang serius tingkah laku pelajar mereka dan segera memaklumkan kepada ibu bapa pelajar bagi mengelak masalah terus berlarutan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Nota Pink : Sentiasa berhati-hati dengan orang yang ingin berkenalan dari FB..jangan sesekali jumpa tanpa teman..bahaya tu.. 

June 5, 2012

Nak tukar ke tak ??

June 05, 2012 13 Comments
Antara dua..owh..owh..yeah~~ buruknya suara..hahaha ok now, sha nak update pasal banner yang sha saja-saja nak buat tengah hari tadi, walaupun asalnya dah ada yang lama,lip-lap-lip-lap gitu ya..tak dah lah, sha cuma try buat ja, tup..tup..cute lah pula, perasan lah tu aish


banner baru yang sha maksudkan, apa pendapat korang? elok tak kalau sha tukar yang lama kepada yang baru? sebab yang baru ni..ada gambar sha cute gitu lor ok !! yang lama pun sama lah, tapi yang ini special sikit..sebab..em..sha suka color nya yang soft..korang tolong bagi komen sikit..!!
Yang ini pula banner yang lama, comot ja kan word tu, waktu ni, sha baru belajar buat, jadi ribut petir sikit..alhamdulilah jadi juga lip-lap-lip-lap nya, tapi pink tu terang sangat lah, tapi rasanya boleh tarik pengujung supaya datang singgah blog sha yang tak seberapa ni..ah..baru betul..ceh~~
Nota Pink : Korang pilih yang mana? nak buat survey jap hihihiikhlaskan hati ya, takda paksaan pun :) thanks ya

Alhamdulilah..Rezeki Bulan Jun

June 05, 2012 7 Comments
Dare you shurp?? http://my.churpchurp.com/opzzpinkyblogspotcom/share/NescafeUHT Kawan-Kawan Tolong Like yah..thanks

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
Riwayat Ibn an-Najjar
Dup..dap..dup..dap..alhamdulilah rezeki sha bertambah lagi, sudah menang Giveaway dua kali, kini menang hadiah dari Says pulak..actually sha betul-betul tak tahu sha pemenangnya sebab sha baru habis shopping pergi beli barang-barang keperluan nak balik hostel, tiba-tiba kak fieda PM sha di FB..thanks ya kak...eh..yaka sha menang? wah..bestnya..jom...tengok apa yang sha dapat...


kalau korang nak jadi pemenang macam sha..korang boleh pilih hadiah di sini http://shaelyana.says.com/recommendations/win-prizes-everyday

Nota Pink : Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. 

Header 3 in 1

June 05, 2012 9 Comments

Churp-Churp said The Travalo from #PerfumeHall is the smart way to take your fav perfume with you on the go, just ask Fay Hokulani! @#$%^! entah apa dia merapuh...tapi tolong klik ya..thanks

Penatnya..2 jam duk depan laptop tanpa kelip jangan percaya semata-mata nak cantikkan header yang dah cantik perasan jap hik..hik..hik..apa pendapat korang tentang header 3 in 1 sha ni??

Yup, memang jimat ruang dan kemas kan..kan..kan?? em..doodle yg cekak pinggang tu dr Bunga Hati Mama baru kidnap petang tadi hehe..korang boleh kidnap juga..banyak yang cantik-cantik..pink color lagi tu..puh!! 

Korang mesti tertanya-tanya apa yang 3 in 1..kan? ala mengaku lah hehe~ ok..now tengok header tu baik-baik..ada header, semestinya hihi, ada shoutbox and twitter..so 3 in 1 blog la tu..kui..kui..kui..
Nota Pink : Sha takkan sedar diri bila edit blog, sorry pada yang tak kena layan..apa pun header ini memuaskan hati sha..hik..hik..hik..