June 19, 2012

Tips nak Jimatkan Duit Ketika Study

June 19, 2012 14 Comments
picture dari google

Selamat petang kawan-kawan, hari ini sha nak bagi tips nak jimatkan duit ketika study, eh..ini penting tau !! hidup sebagai student kena berjimat cermat, tahulah korang guna elaun PAMA (Elaun dari Papa dan Mama) tapi sampai bila kan nak harapkan duit mereka..ok dah tau tips ni..hope dapat membantu, me as student baru terfikir nak buat ha ha ha...

1. Beli Buku 2nd hand - Bagi student Uitm macam sha, sha lagi suka beli buku 2nd hand, sebab murah, senang cari dan free slide and past year paper..hehe..

Berbaloilah guna Celcom dari plan yang lain..
Dulu Penyu sekarang Gajah pula? apa cer??

2. Jual Buku Semester Lalu - Yup, sha akan jual buku sem lalu, kalau sem sebelumnya sha akan biarkan ja buku-buku tu atas meja, maklumlah dah habis exam, buku malas nak bawa pulang, rezeki koranglah lau dapat bilik sha tu..membazir tau !! cuba korang jual, dapatlah juga Rm20-50..untung kan??

3. Buat Side Income - I'm taking Business, so sha buka bisnes top up, kalau orang beli Rm5 top up sha akan jual Rm 5.50 standard lah tu, semua pun jual gitu, so sha akan untung 50 sen..then sha ada Says, Nuffnang, Churp2..sha juga buat tempahan blog (ada kah yang nak??) semua tu membuahkan hasil, biarpun sikit tapi sha rasa berbaloi sebab sha boleh buat kerja yang berfaedah selain belajar..

Amacam berguna kan? korang pun boleh bah, atau mungkin korang ada tips time student dulu yang lebih advance dari sha?? mungkin nak dikongsikan..cuba cerita sikit..hehe~
Nota Pink : Malam ni nak pergi dengar ceramah pasal kolej kediaman..mesti bosan kan? -.- huh ~

Kepada En Nuffnang yang baik hati

June 19, 2012 16 Comments
-Short Entry-

First and foremost, thanks to Nuffnang sebab bagi BE ke berapa entah sha tak ingat....tak penting, yang penting Nuffnang dah tak kedekut pada sha hahaha..thanks..alhamdulilah..another RM40 something to cash out..haha lama lagi..tapi tetap bersyukur dan terus menanti BE seterusnya..insyallah ada rezeki..sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?? korang macam mana?

#Class Financial jam 2 ni..mode -macam malas ja ni- em..

June 17, 2012

Cantikkan Border Sidebar

June 17, 2012 14 Comments
Selamat petang semua, sebelum sha nak gerak ke hostel petang ni, sempat lagi rasanya sha nak buat tuto, maklumlah dah lama sepi ja tuto sha kan??..ok kali ni sha nak tunjukkan cara simple cantikkan border sidebar macam sha..yakah cantik? what ever hehe !!


Ikut Step ini
1. Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates
2. Cari kod h2 [Ctrl + F] 
3. Copy Kod bawah ni
-moz-border-radius-topright: 50px;
  border-top-right-radius: 50px;
  -moz-border-radius-topleft: 50px;
  border-top-left-radius: 50px;
  -moz-border-radius-topright: 50px;
  border-top-right-radius: 50px;
  font: normal normal 120% Verdana, Geneva, sans-serif;
  text-align: center;
  background-image:url(
url background);
  border-top: 1px dotted #000000;
  border-bottom: 1px dotted #000000;
  border-right: 3px solid #F6358A;
  border-left: 3px solid #F6358A;
  padding: 2px;
  margin: .5em 0;
Take a Note
  • Url Background boleh ambik di sini
  • color biru ketebalan border
  • color coklat warna pilihan korang boleh ambik di sini
4. Paste bawah kod h2 
5. Preview then save !

Kalau korang nak bentuk lain boleh tengok sini..kalau dah siap tu, cer komen sikit hehe..
ok..nak p hostel dlu..da~

Selamat Hari Bapa

June 17, 2012 6 Comments
‎"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

sha dan bapa tersayang

Setiap hari pun adalah hari bapa, tapi ini special day untuk kaum adam yang bergelar bapa, kita semua tahu bapa juga adalah ketua rumah, mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya..begitu besar pengorbanan mereka kan?

Selamat hari bapa buat semua bapa-bapa di Dunia..sokong? klik http://bit.ly/LWRZqm

Bila kita terjaga dari tidur yang lena....

June 17, 2012 4 Comments
Disebabkan shopping yang tersangatlah penat, jam 8 malam, sha dah pengsan tidur atas tilam, bila tengah malam macam ni..12.22 am sha terjaga, entah dream story sampai mana tadi, dah lupa..so, sha on laptop search pasal benda ni..jom kita hayatinya..

**********
Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai meliat jam sekadar mendapatkan satu kepastian.
“Oh, baru pukul 3 pagi…”
Dalam situasi di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.
PILIHAN 1
Kebanyakkan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel: “Apasal la aku bangun awal sangat.” Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal… Nauzubillah…
PILIHAN 2
“Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.’ Kemudian sambung kembali ibadah senyap…
PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah…
Terjaga diawal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah menjadikan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah cara mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.
Korang pilih yang mana? jika korang sama macam sha di pilihan pertama, eloklah kita pergi ke pilihan kedua, dan melangkah perlahan-lahan ke pilihan yang ketiga, insyallah malam-malam kita akan lebih indah..wallahualam :D

June 16, 2012

Pemenang Contest Teka Berapa Harga Aiskrim Comel ni..

June 16, 2012 7 Comments

-Tamat- 16 Jun 2012 

Thanks sebab join, alhamdulilah ada juga yang nak teka harga ais krim tu, actually murah ja, tapi sedap..saja-saja sha buat nak kasih korang point dapat hadiah di GA sha nanti..ok jom kita ucap tahniah pada yang teka harga aiskrim tu..

Senarai Peserta yang join
  1. http://dieynajoincontest.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html 
  2. http://umikasum.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html
  3. http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html 
  4. http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.htm
  5. http://sukahati-fieda.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html 
  6. http://cik-tom.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html
  7. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html 
  8. http://menariksanasini.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html
Jawapannya ialah RM1.50

Peserta yang dapat jawab dengan betul
  1. http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html
  2. http://menariksanasini.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html
kedua peserta ini akan dapat 1 point untuk menang hadiah dari Sabah GA by Sharina

1 Pemenang Topup RM 5 [ Mr.A yang sebut no 2 thanks to him]
  1. http://menariksanasini.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html
Sila bagi No Telepon dan Plan Simcard [Maxis | Digi | Celcom] di Sini
5 Peserta pertama akan diiklankan pada blog Shanas selama 1 Minggu
  1. http://dieynajoincontest.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html 
  2. http://umikasum.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html
  3. http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html 
  4. http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.htm
  5. http://sukahati-fieda.blogspot.com/2012/06/contest-teka-berapa-harga-aiskrim-comel.html 
Sila letakkan url banner korang di Sini
Tahniah kepada PEMENANG..tunggu hari bertuah anda di Sabah GA by Sharina pada 
1 Julai 2012

June 15, 2012

Pencil Case Cute Dari Kak Eita

June 15, 2012 6 Comments
Demam bola?? lelaki bola kawal tak??
Handphone 2nd kepunyaan si....
Takda yang sanggup selamatkan mereka
Cara nak menang hadiah !!

Alhamdulilah, rezeki bulan Jun, actually sha buatkan kak eita header simple ja tapi ikhlas dan sha taklah mahir sangat dalam bab ni, sekadar menolong mana yang dapat tolong, tahu-tahu kak eita bagi hadiah pula..suprise..hehe..

Tibanya benda ni semalam, tapi sha baru pulang tadi, so dapat ja tak tahu siapa pengirim, so sha mesej lah kak eita, hadiah tu dari dia rupanya..hehe..thanks kak...love it..


Thanks, jom terjah ----> kak Eita
"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Amalan hari Jumaat

June 15, 2012 6 Comments
Salam Jumaat bagi kawan-kawan semua, bagi kaum Adam, hari ni wajib bagi korang sembahyang Jumaat di masjid..so hari ini sha ingin berkongsi amalan pada hari jumaat yang sunat untuk kita menambah pahala maklumlah hari jumaat adalah hari yang baik untuk kita beramal, dan ianya penghulu segala hari..
1.  Mandi
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa,mandi ialah suatu rutin hidup.Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud,
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
2. Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.
Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
3. Memotong kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4. Memperbanyak doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita,di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita.Sehubungan itu,kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini.Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud,
“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.” (Riwayat Muslim).
5. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat,kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud,
“Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”