June 22, 2012

'Dia' nak datang bulan hadapan..

June 22, 2012 2 Comments



Picture from FB


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, kami semua menanti kedatanganmu pada bulan hadapan hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita ke bulan yang penih keberkataan, iaitu bulan Ramadhan


Dari abu hurairah : Sabda Nabi s.a.w: Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan menjadi sihat..

Hadis riwayat Tabrani

Bulan ramadhan ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan, dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka.

Diriwayatkan oleh ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya.

Dari abu hurairah: sabda Nabi: Barangsiapa menghayati malam al-qadr dengan mengerjakan solat dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa2 yang telah lalu.

Hadis sahih riwayat Bukhari.

10 Warming up sebelum menjelang Ramadhan

Picture from Facebook

Nota Pink : Sekadar pergkongsian bersama," Sampaikanlah dakwah Islam, biarpun dengan satu ayat" Semoga kita diberi umur yang panjang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan..Insyallah :D

Alhamdulilah..she's back

June 22, 2012 1 Comments


-Loghat Sabahan-

Adui..punya gerigau sha semalam, berfikir sudah ni !!  kenapa nda boleh log in ni blog..google cakap kena remove sudah ni blog opzzpinky dan blog shanas..jiwa nda sudah tenang..nda sudah boleh blogging..tau-tau...




Rupanya begitu cerita nya..hahaha ingatkan kena apa ja..risau sudah ni..bah, korang yang akan kena macam ni nanti jangan korang gerigau ah..benda ni simple ja..the solution is verify by phone then fill in the code and log in macam biasa..tapi bila ingat balik..memang lucu juga semalam tu..heheeh..



June 21, 2012

♥ Tanda-Tanda Lelaki Sayang Part 1

June 21, 2012 5 Comments


Allah tidak melarang hambanya untuk bercinta malah, Dia yang telah menciptakan perasaan itu, maka beruntunglah bagi mereka yang menyucikan cinta itu..

Setiap manusia tidak lari dari perasan sayang, kaum adam juga begitu, mereka telah dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu, maka kasih sayang itu lebih cenderung kepada mereka..sedangkan kaum adam yang tegas lagi garang akan luntur bila bertemu dengan pasangan yang dia sayangi..apakah tanda-tanda dia menyayangi pasangan tersebut..jom kita tengok 10 tanda-tanda itu..

 Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 
 Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 
 Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 
 Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap
 Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 
 Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
 Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 
 Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 
 Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain. 
 Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 

Semua kaum hawa memang ingin disayangi apatah lagi dapat pasangan yang caring..tapi korang jangan tengok sekarang, tunggu lepas kahwin nanti barulah romantik kan??



 Nota Pink : Nantikan tanda-tanda lelaki sayang part 2..


June 20, 2012

Segmen : Smart Blogger Award June Season by Yuyu

June 20, 2012 7 Comments

klik pada banner untuk join

Actually, Sha ditag oleh cik Niera yang cute, so sha nak join lah..hehe..nampak macam best ja tajuk entry Segmen : Smart Blogger Award June Season by Yuyu..sha baru follow yuyu dah klik apa yang dia suruh now, korang pun jom lah join sekali ya..

Tag mama-mama yang sha sayangi...
EXPIRED DATE : 30 JUNE 2012

Kenapa blog sha mesti dapat Smart Blogger Award : Actually sha blogger baru, nak kata sha mesti dapat award tu mungkin tak layak sebab follower baru setengah jagung, tapi sha menghargai follower yang setengah tu, sebab sha yakin tanpa diorang, takdalah BE dari Nuffnang dan pembaca serta pengomen terhebat sha..thanks to all..kalau diberi peluang sha mesti nak juga dapat award tu sebab sha design blog dengan jemari yang kecil ini, alhamdulilah setakat ini sha telah membuat tutorial dan tips berguna pada semua blogger..hope dapat membantu..itu saja dari sha..

Kalau yuyu tak keberatan boleh join my 1st GA here and join my group here thnks :D

June 19, 2012

Tips nak Jimatkan Duit Ketika Study

June 19, 2012 14 Comments
picture dari google

Selamat petang kawan-kawan, hari ini sha nak bagi tips nak jimatkan duit ketika study, eh..ini penting tau !! hidup sebagai student kena berjimat cermat, tahulah korang guna elaun PAMA (Elaun dari Papa dan Mama) tapi sampai bila kan nak harapkan duit mereka..ok dah tau tips ni..hope dapat membantu, me as student baru terfikir nak buat ha ha ha...

1. Beli Buku 2nd hand - Bagi student Uitm macam sha, sha lagi suka beli buku 2nd hand, sebab murah, senang cari dan free slide and past year paper..hehe..

Berbaloilah guna Celcom dari plan yang lain..
Dulu Penyu sekarang Gajah pula? apa cer??

2. Jual Buku Semester Lalu - Yup, sha akan jual buku sem lalu, kalau sem sebelumnya sha akan biarkan ja buku-buku tu atas meja, maklumlah dah habis exam, buku malas nak bawa pulang, rezeki koranglah lau dapat bilik sha tu..membazir tau !! cuba korang jual, dapatlah juga Rm20-50..untung kan??

3. Buat Side Income - I'm taking Business, so sha buka bisnes top up, kalau orang beli Rm5 top up sha akan jual Rm 5.50 standard lah tu, semua pun jual gitu, so sha akan untung 50 sen..then sha ada Says, Nuffnang, Churp2..sha juga buat tempahan blog (ada kah yang nak??) semua tu membuahkan hasil, biarpun sikit tapi sha rasa berbaloi sebab sha boleh buat kerja yang berfaedah selain belajar..

Amacam berguna kan? korang pun boleh bah, atau mungkin korang ada tips time student dulu yang lebih advance dari sha?? mungkin nak dikongsikan..cuba cerita sikit..hehe~
Nota Pink : Malam ni nak pergi dengar ceramah pasal kolej kediaman..mesti bosan kan? -.- huh ~

Kepada En Nuffnang yang baik hati

June 19, 2012 16 Comments
-Short Entry-

First and foremost, thanks to Nuffnang sebab bagi BE ke berapa entah sha tak ingat....tak penting, yang penting Nuffnang dah tak kedekut pada sha hahaha..thanks..alhamdulilah..another RM40 something to cash out..haha lama lagi..tapi tetap bersyukur dan terus menanti BE seterusnya..insyallah ada rezeki..sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?? korang macam mana?

#Class Financial jam 2 ni..mode -macam malas ja ni- em..

June 17, 2012

Cantikkan Border Sidebar

June 17, 2012 14 Comments
Selamat petang semua, sebelum sha nak gerak ke hostel petang ni, sempat lagi rasanya sha nak buat tuto, maklumlah dah lama sepi ja tuto sha kan??..ok kali ni sha nak tunjukkan cara simple cantikkan border sidebar macam sha..yakah cantik? what ever hehe !!


Ikut Step ini
1. Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates
2. Cari kod h2 [Ctrl + F] 
3. Copy Kod bawah ni
-moz-border-radius-topright: 50px;
  border-top-right-radius: 50px;
  -moz-border-radius-topleft: 50px;
  border-top-left-radius: 50px;
  -moz-border-radius-topright: 50px;
  border-top-right-radius: 50px;
  font: normal normal 120% Verdana, Geneva, sans-serif;
  text-align: center;
  background-image:url(
url background);
  border-top: 1px dotted #000000;
  border-bottom: 1px dotted #000000;
  border-right: 3px solid #F6358A;
  border-left: 3px solid #F6358A;
  padding: 2px;
  margin: .5em 0;
Take a Note
  • Url Background boleh ambik di sini
  • color biru ketebalan border
  • color coklat warna pilihan korang boleh ambik di sini
4. Paste bawah kod h2 
5. Preview then save !

Kalau korang nak bentuk lain boleh tengok sini..kalau dah siap tu, cer komen sikit hehe..
ok..nak p hostel dlu..da~

Selamat Hari Bapa

June 17, 2012 6 Comments
‎"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

sha dan bapa tersayang

Setiap hari pun adalah hari bapa, tapi ini special day untuk kaum adam yang bergelar bapa, kita semua tahu bapa juga adalah ketua rumah, mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya..begitu besar pengorbanan mereka kan?

Selamat hari bapa buat semua bapa-bapa di Dunia..sokong? klik http://bit.ly/LWRZqm