July 1, 2012

Cara Nak Ringankan Blog

July 01, 2012 5 Comments


Kak Ros..thanks bagitahu sha yang 1st blog sha berat..so sha dah jumpa solutionnya..mungkin banyak sangat widget kat blog sha..dan tutorial ini, hope berkesan pada blog macam sha..

Step 1. Copy kod bawah ni

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js">
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGGft0pLLF2FN-c9coTuT8CIoFC8IU51JR19_ZmE7DULG-VOlZc8Pw1kP_PP6ZrRuQ8Y86GteROQtH2ZPsxZjXuXbk9-JonjWgA15yL2ZS9Qh0VQ0yX1FlUQbtqbrsGG2_wx4EpzgHvbU/s1600/grey.gif"
});
});</script>

Step 2. Dashboard > Design > Add HTML dan pastekannya pada kotak itu..
Step 3. Done !!

June 30, 2012

Blog Shanas Berwajah Baru

June 30, 2012 9 Comments

Ini adalah blog kedua sha, dan sepatutnya ini adalah header baru, tapi sha nak jadikannya watermark lah..ok blog ini sha buat untuk join GA dan contest sahaja..segmen pun boleh juga.. 

Kini blog shanas berwajah baru..


Sila berkunjung ke shanas-punya-blog.blogspot.com

Blog ini sha dah kemaskan petang tadi..yup very kemas lah..sha guna template dari google, tapi ada yang sha edit sikit..mencabar juga, alhamdulilah dah cute heheh..pada yang belum follow..meh follow sha sat !! hehe

Gambar Perkahwinan Irma dan Redza

June 30, 2012 2 Comments
 "Kahwinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak." (HR. Abu Dawud)



 


Cantiknya busana yang dipakai oleh Irma, menutup aurat, cantik dan sweet..sha suka sangat..insyallah sha nak pakai macam ini time wedding day sha..tapi sha nak warna pink heheh..Selamat pengantin baru buat Irma dan suami, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

Lunch Time !!

June 30, 2012 9 Comments
Setelah mendengar perut sha bergendang-gendang jadi sha terpaksa merajinkan diri untuk ke dapur..lihat apa yang ada di peti sejuk, dan kali pertama sha masak sotong..tak pernah masak sotong sebelum ni..hehe..jangan gelak..cuba tengok apa kejadian sotong tadi..


Sotong masak..em..actually sotong ni sha nak masak kicap tapi terlebih kuah pula, so sha kasih nama dia sup sotong hitam..yaka?? apa-apa lah yang penting sotong ni pedas..nampak tak lada padi atas tu..perghh!!


Peria tumis kegemaran sha..yang ni memang selalu masak, tapi kalau yg selalu tu sha masak dengan telur tapi kali ni tidak..sebab telur habis hehe..tapi nampak pucatkan?? mungkin kuality gambar kot..hahaha..


Yang ni semuanya dah tahu kan..ikan goreng yang simple dan em..dah hancur hehe..tapi tak apa..benda ini senang ja masak, sedap dan sha suka..hehe

Sha bukan nak ikut masterchef, just share kat mama-mama yang pandai masak..banyak entry yang dorang publish tentang masakan semua sedap-sedap..jeles sha..hehe..nanti sha nak belajar..insyallah :D

Bapa rogol anak dipenjara 14 tahun, 10 sebatan

June 30, 2012 5 Comments
KOTA KINABALU: Seorang penduduk tempatan yang merogol anak perempuannya sendiri dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen kelmarin.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.

Lelaki yang tidak diwakili oleh peguam, merogol anak perempuannya berusia 17 tahun pada 16 Jun kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Belud.
Dia melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebat dengan rotan.

Menurut fakta kes, mangsa yang tinggal serumah dengan ibu bapanya dirogol oleh bapanya sejak dia berumur enam tahun lagi.
Semasa kejadian, bapanya memintanya untuk memegang lampu suluh kerana dia mahu membina tandas di luar rumah mereka.

Mangsa yang hanya mengikut arahan bapanya tiba-tiba dipeluk oleh tertuduh sebelum memaksanya untuk menanggalkan pakaian dan kemudiannya merogolnya.
Pada 18 Jun, mangsa telah memaklumkan kepada gurunya tentang perkara itu yang selepas itu membuat laporan polis terhadap bapa mangsa.

Dalam rayuannya, lelaki itu meminta hukuman terhadapnya diringankan kerana dia mengaku bersalah terhadap perbuatan itu. Tertuduh juga memberitahu mahkamah dia juga mempunyai lima orang lagi anak untuk dijaga.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Aida Jaafar Mad Ariff yang bertindak sebagai pendakwa meminta mahkamah mengenakan hukuman berat kerana tertuduh melakukan kesalahan yang serius.

Beliau berkata tertuduh sepatutnya melindungi anak-anaknya dan bukan melakukan perbuatan itu.
Aida berkata tertuduh juga merogol anaknya sendiri sejak mangsa berumur enam tahun lagi dan ini membuatkan mangsa menjadi truma.

June 29, 2012

Tiba-tiba tiada mood :(

June 29, 2012 7 Comments

Sorry ya kawan-kawan, sha tak dapat update pemenang GELANG MANIK malam ni..bagi korang yang sudah hantar, sila letak subjek, sha bingung sudah ni, tak tahu kamu pemenang or apa..so kena mention la ya..ok lah nak tidur dulu..selamat malam semua :D

Cara Nak Ping Entry ke Busuk.org

June 29, 2012 13 Comments
Buat semua yang masih confius atau buat-buat confius cara nak ping entry terbaik korang di busuk.org, korang boleh tengok tutorial ini..sebelum itu terima kasih pada Mama mia dan Bunga Hati Mama sebab dorang yang request tuto ni, kalau tak korang takkan tahu punya heee~

Ikut Tutorial ini
Step 1. Klik busuk.org
Step 2. Sign up dan isi form
Step 3. Pasang Widget
Step 4. Klik Submit Artikel anda


Step 5. Copy url entry korang dan klik Submit
Step 6. Tunggu pengesahan..done !!

Maaf sha tak dapat nak tunjukkan gambar sebab sha tak jumpa mana button sign up..sebab sha dah daftar..try and error ja k..insyallah dapat juga tu..:D

Dah Siap !! Cute tak ??

June 29, 2012 16 Comments

Tahniah pada yang telah menang, sorry sebab korang terpaksa tunggu lama, benda simple ni sha baru buat tadi..actually sha tiada masa nak buat..sorry ya..pada mereka yang bagi nama panjang sangat..sorry sha blurr nak design macam mana..so terima apa adanya ya..

Cursor Nama












Cara nak masukkan ke blog ikut tutorial ini


Banner Lip-Lap-Lip-Lap


Cara nak masukkan banner ikut tutorial ini


Bagi pemenang yang belum hantar penyertaan..kini dibuka kepada cursor 5 peserta pertama dan banner 1 peserta..cara-cara hantar details di sini..dan sila pendekkan nama korang pada cursor ya..:D