July 2, 2012

Semua Hadiah Dah Pos..hehehe

July 02, 2012 8 Comments


Alhamdulilah segalanya dah selesai..tadi lepas kelas jam 12 sha terus pergi pejabat pos, semata-mata nak hantar hadiah pemenang Sabah GA by Sharina..1st time sha kirim guna pos biasa..selalunya guna pos laju ja..lancar ja prosesnya..kali ini tersangkut sikit..dah lah sha pergi sorang-sorang..hehe..tapi tak apalah, semua dah beres tinggal tunggu roger korang ja kalau dah sampai hadiah tu..kerani kat pejabat pos kata maybe sampai dalam 3-4 hari..so korang tunggu jala..sabar~

July 1, 2012

Cursor Comel Free..Free !!

July 01, 2012 10 Comments
Hello semua..sha bagi free lagi dan lagi..kali ini cursor yang comel yaka comel??hehe..saja..ada handphone, camera, pokok dan kereta..kalau rasa berkenan kidnap la hehe..

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/cursor4.png

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/cursor3-1.png

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/cursor2.png

http://i1185.photobucket.com/albums/z344/shaelayana/cursor1-1.png


Cara nak masukkan dalam blog ikut tutorial ini 

Tips Nak Buat Lyssa Faizureen Lepak kat Blog Kita

July 01, 2012 10 Comments

!    ✿LYSSA FAIZUREEN✿   !

Hye Lyssa, kali ni sha buat tips nak buat lyssa lepak kat blog..haha..lucu kan tajuk ini..tapi lyssa memang akan lepak punyalah..sebab lyssa ni seorang yang mudah mesra..korang mesti dah kenal dia kan...macam mana nak bagi lyssa lepak kat blog..jom tengok tips ini...


Buat Entry pasal lyssa..eh..ini senang saja..kalau kita letak backlink, mesti bagitau dia, confirm dia akan singgah punya..mesti nak tahu apa yang korang tulis pasal dia..hehe..lyssa mesti komen tu..tak percaya tengok entry pasal lyssa follower yang dinanti..dia seorang ja yang komen..huh~

Tinggalkan Jejak di Shoutbox lyssa..la..ni pun orang dah selalu buatkan?? ya..korang jangan ingat lyssa tak balas..dia dah banyak kali jerit kat cbox sha..nasib ja private..hehe..kidding..

Jadi Kawan Maya Lyssa nak katakan sha ni kawan maya dia..yes !! I am..sebab dia dah follow sha..sha pun dah follow dia..blog sha, dia dah terjah..siap lepak minum teh panas kan..lyssa kan..hehe..be nice with her..janganlah buat dia review blog korang FREE dengan maki hamun..for those yg kaki pencuri dan kaki duplicate

Actually lyssa juga blogger macam kita, satu advantage lah bagi dia kalau dia popular, itu sebab rezeki dan usaha dia, kalau korang nak dia singgah makan gula-gula mestilah tarik perhatian dia, selalulah komen kat blog dia..mesti dia balas tu..insyallah..entry ini sha buat saja-saja..takda kena mengena dengan hati dan perasaan ngee~enjoy ya..

She will be a silent reader at your blog..Siapa tahu !! eh guys..hari ni lyssa jadi pelayan budak-budak..hehe..mesti comel kan..

Cara Nak Ringankan Blog

July 01, 2012 5 Comments


Kak Ros..thanks bagitahu sha yang 1st blog sha berat..so sha dah jumpa solutionnya..mungkin banyak sangat widget kat blog sha..dan tutorial ini, hope berkesan pada blog macam sha..

Step 1. Copy kod bawah ni

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js">
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGGft0pLLF2FN-c9coTuT8CIoFC8IU51JR19_ZmE7DULG-VOlZc8Pw1kP_PP6ZrRuQ8Y86GteROQtH2ZPsxZjXuXbk9-JonjWgA15yL2ZS9Qh0VQ0yX1FlUQbtqbrsGG2_wx4EpzgHvbU/s1600/grey.gif"
});
});</script>

Step 2. Dashboard > Design > Add HTML dan pastekannya pada kotak itu..
Step 3. Done !!

June 30, 2012

Blog Shanas Berwajah Baru

June 30, 2012 9 Comments

Ini adalah blog kedua sha, dan sepatutnya ini adalah header baru, tapi sha nak jadikannya watermark lah..ok blog ini sha buat untuk join GA dan contest sahaja..segmen pun boleh juga.. 

Kini blog shanas berwajah baru..


Sila berkunjung ke shanas-punya-blog.blogspot.com

Blog ini sha dah kemaskan petang tadi..yup very kemas lah..sha guna template dari google, tapi ada yang sha edit sikit..mencabar juga, alhamdulilah dah cute heheh..pada yang belum follow..meh follow sha sat !! hehe

Gambar Perkahwinan Irma dan Redza

June 30, 2012 2 Comments
 "Kahwinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak." (HR. Abu Dawud)



 


Cantiknya busana yang dipakai oleh Irma, menutup aurat, cantik dan sweet..sha suka sangat..insyallah sha nak pakai macam ini time wedding day sha..tapi sha nak warna pink heheh..Selamat pengantin baru buat Irma dan suami, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

Lunch Time !!

June 30, 2012 9 Comments
Setelah mendengar perut sha bergendang-gendang jadi sha terpaksa merajinkan diri untuk ke dapur..lihat apa yang ada di peti sejuk, dan kali pertama sha masak sotong..tak pernah masak sotong sebelum ni..hehe..jangan gelak..cuba tengok apa kejadian sotong tadi..


Sotong masak..em..actually sotong ni sha nak masak kicap tapi terlebih kuah pula, so sha kasih nama dia sup sotong hitam..yaka?? apa-apa lah yang penting sotong ni pedas..nampak tak lada padi atas tu..perghh!!


Peria tumis kegemaran sha..yang ni memang selalu masak, tapi kalau yg selalu tu sha masak dengan telur tapi kali ni tidak..sebab telur habis hehe..tapi nampak pucatkan?? mungkin kuality gambar kot..hahaha..


Yang ni semuanya dah tahu kan..ikan goreng yang simple dan em..dah hancur hehe..tapi tak apa..benda ini senang ja masak, sedap dan sha suka..hehe

Sha bukan nak ikut masterchef, just share kat mama-mama yang pandai masak..banyak entry yang dorang publish tentang masakan semua sedap-sedap..jeles sha..hehe..nanti sha nak belajar..insyallah :D

Bapa rogol anak dipenjara 14 tahun, 10 sebatan

June 30, 2012 5 Comments
KOTA KINABALU: Seorang penduduk tempatan yang merogol anak perempuannya sendiri dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen kelmarin.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.

Lelaki yang tidak diwakili oleh peguam, merogol anak perempuannya berusia 17 tahun pada 16 Jun kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Belud.
Dia melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebat dengan rotan.

Menurut fakta kes, mangsa yang tinggal serumah dengan ibu bapanya dirogol oleh bapanya sejak dia berumur enam tahun lagi.
Semasa kejadian, bapanya memintanya untuk memegang lampu suluh kerana dia mahu membina tandas di luar rumah mereka.

Mangsa yang hanya mengikut arahan bapanya tiba-tiba dipeluk oleh tertuduh sebelum memaksanya untuk menanggalkan pakaian dan kemudiannya merogolnya.
Pada 18 Jun, mangsa telah memaklumkan kepada gurunya tentang perkara itu yang selepas itu membuat laporan polis terhadap bapa mangsa.

Dalam rayuannya, lelaki itu meminta hukuman terhadapnya diringankan kerana dia mengaku bersalah terhadap perbuatan itu. Tertuduh juga memberitahu mahkamah dia juga mempunyai lima orang lagi anak untuk dijaga.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Aida Jaafar Mad Ariff yang bertindak sebagai pendakwa meminta mahkamah mengenakan hukuman berat kerana tertuduh melakukan kesalahan yang serius.

Beliau berkata tertuduh sepatutnya melindungi anak-anaknya dan bukan melakukan perbuatan itu.
Aida berkata tertuduh juga merogol anaknya sendiri sejak mangsa berumur enam tahun lagi dan ini membuatkan mangsa menjadi truma.