July 31, 2012

Bapa tahu sha mahu pulang KK

July 31, 2012 6 Comments

Alhamdulilah setelah 7 hari terlantar kaku di wad ICU di hospital Duchess of Kent Sandakan bapa sha kembali membuka matanya, memang agak lemah..dan tidak mampu berkata-kata, dia bangun sebab dia tahu sha mahu pulang KK hari ini..T.T

Mama : bang..ni nah sasa..dia mau balik kk hari ini..
Bapa mengerakkan kedua matanya yang layu dan kebiru-biruan..

Ya Allah..menitis air mata sha melihat bapa mencari-cari keberadaan sha..apa lagi yang sha harus lakukan selain dari menangis kesedihan melihat keadaannya masa itu..disebalik itu tanda syukur kepada Allah masih diberi peluang untuk memohon ampun pada bapa sha..

Sha : Pa..aku mau pulang KK sudah ni..bapa kuatkan semangat..ingat Allah..cepat sembuh..pa..ampunkan dosaku pa...(sambil mencium tangannya)
Air mata bapa mengalir..mulutnya terasa seperti ingin berkata sesuatu..tapi masih tidak mampu..

Memang saat ini sha sangat sedih dan menangis..tapi hidup perlu diteruskan..sha kena pergi kuliah..sebelum ini sha harap bapa sedar..sebab sha mau pulang dengan hati yang tenang...alhamdulilah saat sha mahu pulang KK bapa sedarkan diri..Terima kasih Allah..semoga dia semakin sembuh..be strong dad !! 

July 29, 2012

Header tuk orang yang bertuah..ngee~

July 29, 2012 5 Comments

Rasa boring tadi pagi..so sha bermain dengan coding, tengo tutorial Ibu pink ajar pasal layout..lepas tu terasa nak buat pahala..nak buat header simple buat mama yang bertuah..hehe..siapa ya?? jom tengok..


sorry ya madam riena, sha curik gambar haiqal..memandangkan tak boleh copy jadi sha print screen..hehe..credit to mama arina..doodle sha culik dari dia..hehe

Selamat berpuasa semua :D

Contoh Layout

July 29, 2012 5 Comments
Ini adalah contoh layout..apa tu layout..korang boleh tengok contoh bawah, ini adalah blog Ibu pink..memang pink giler..hehe..

yang anak panah itulah layout..cute kan?? hehe
korang boleh pilih di bawah ini atau pun korang boleh cari di Google.com 

1.Design A

2.Design C

3.Design D

4.Design E

5.Design G

6.Design H

7.Design I

8.Design J

9.Design M

10.Design L

11.Design L

12.Design M

13.Design L

ini memudahkan korang buat pilihan sendiri apabila nak suruh sha edit blog korang nanti..

July 28, 2012

Alhamdulilah, Bapa semakin sembuh

July 28, 2012 5 Comments
Setelah sha sampai ke sandakan pada rabu lepas, terus direct ke hospital, penat sangat..lagi time tu sha puasa..tapi tetap mahu tengok bapa di hospital..apabila sampai memang sangat tenat dan menyedihkan..dengan keadaan pucat dan tidak sedarkan diri, tekanan darah beliau memang rendah sangat..

Tekanan darah bapa naik mendadak, Alhamdulilah..setelah kami adik beradik berkumpul di hospital bersama keluarga sebelah bapa yang sha tak pernah kenal, dalam situasi itu juga, memang banyak hikmah disebaliknya..Dalam 2 malam tu, sha tidur diluar wad semata-mata nak tunggu bapa sedar, keadaan hospital sangat panas dan bising..memang penat berjaga..

Alhamdulilah, kata adik sha, doktor dah buka hos penafasan dan dia dah sedarkan diri..syukur alhamdulilah..terima kasih Allah..terima kasih juga pada kawan-kawan yang mendoakan beliau..doa korang..Allah ja yang mampu balas..sha belum lagi ke hospital..insyallah petang ni sha lawat dia..semoga dia dapat keluar dari wad ICU hari ini :D

Sorry ya kawan-kawan yang telah komen di blog ini..sha belum dapat lagi nak balas komen korang..sorry juga pada yang belum balas blogging korang..nanti sha akan balas juga..

July 25, 2012

Doa korang diperlukan

July 25, 2012 5 Comments

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga." Abu ad-Darda' r.a

Apa yang penting sekarang adalah tenang dan banyak berdoa..Bapa sha sekarang dalam keadaan tenat setelah di masukkan ke dalam wad ICU semalam, tekanan darah rendah dan amat membimbangkan..dan hari ini sha skip semua kelas..terpaksa sebab nak pulang sandakan..

Jadi sha sangat perlukan doa kalian..sebagai teman yang baik marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh, amin..amin..amin..

Terima kasih buat kawan-kawan yang ambil berat tentang sha dan keadaan bapa sha..dan doa kalian..Allah saja yang dapat membalas ya..salam Ramadhan :)

July 24, 2012

Apakah ini disengajakan??

July 24, 2012 6 Comments


Al-quran yang sengaja diletakkan dilantai dalam permainan PS3 Resident Evil 5

sha jumpa sumber ini dari FB, tengok ja gambar ini, sha rasa sedih sangat kenapalah buat Al-quran macam tu..ni dalam game pula..orang kafir memang tahu remaja sekarang suka main game ini, tapi tak perlulah sampai nak persendakan agama..Apa komen korang??

July 23, 2012

Mengenal Nombor Dalam Bahasa Arab

July 23, 2012 7 Comments
Dalam Bulan Ramadhan ini, Sha ingin berkongsi ilmu bahasa ketiga yang sha ambil di UiTM iaitu Bahasa Arab, tahap kedua, tapi masih banyak yang perlu sha belajar..entry permulaan ini sha nak kongi sebutan nombor dari 1- 10..mungkin ramai yang dah tahu..tak apa boleh kongsikan di sini :D


kalau ada pertanyaan boleh ajukan di sini, insyallah kalau sha tahu sha akan terangkan, kalau tak tahu, sha akan tanya pada ustaz Mazuki