August 4, 2012

1st time edit blog lelaki

August 04, 2012 6 Comments

Yeah!! baru terehat..tak siap lagi ni..dari semalam asyik pending..lemas la edit time puasa..kena banyak keluarkan idea..huhu..apa pun ini 1st time ambil tempahan edit blog lelaki, iyala..cita rasa kan beda..lagi-lagi lelaki tak minat yang pink-pink ni huhu..mencabar juga..


 

kalau nak follow, silalah..lagipun dia Newbie..follower baru 4 orang termasuk sha..nasib ja dia nak tema warna Purple..hehe..senang sikit nak design..
Nota Pink : Nanti nak sambung besok..malam ni tiba-tiba tiada mood..huhu..

Alasan tidak berpuasa

August 04, 2012 3 Comments


“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Ini adalah Ramadhan yang ke 15, pejam kelip dia datang, pejam kelip dia akan beransur pulang, sedangkan dia hanya datang sekali dalam setahun, jika kita lihat banyak pahala berlipat ganda untuk umat Islam yang berpuasa..kenapa?? sebab dia adalah salah satu perkara WAJIB dalam Rukun Islam..

Rukun Islam
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat


Berbalik kepada tajuk yang ingin dibicarakan, alasan tidak berpuasa..antara yang paling popular adalah tidak TERbangun sahur..lapar dan tidak larat untuk berpuasa dalam keadaan demikian..masyaAllah cuba kita bayangkan, jika kita tidak TERbangun sahur selama bulan Ramadhan apakah itu alasan kita untuk tidak berpuasa?? sedangkan banyak lagi umat Islam diluar sana yang tidak makan seperti mana kita makan di Rumah, tidak makan sahur hanya niat..semuanya kerana Allah..

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Mari kita lihat soal jawab bagi alasan ini 

Assalamualaikum ustaz saya tak terbangun makan sahur dan niat puasa selepas waktu imsak adakah sah atau tidak ?

Jawapannya..Sah puasa yang dikerjakan walaupun berniat selepas waktu imsak.

Niat sahaja sudah mencukupi..Jadi apakah alasan itu masih diguna pakai untuk bulan puasa? tepuk dada tanyalah IMAN..wallahualam~

August 3, 2012

Kemusykilan Solat Zuhur Pada hari Jumaat

August 03, 2012 4 Comments

Lepas dengar azan ja, sha terus pergi ambil air wuduk, dan selesai solat zuhur, kawan sha musykil tentang solat zuhur pada hari jumaat memandangkan khutbah pada ketika itu..persoalan ini telah dijawab oleh Mymetro

Dan jawapannya adalah solat Jumaat diwajibkan bagi golongan lelaki manakala wanita boleh menunaikan solat Zuhur pada Jumaat apabila masuk waktu Zuhur. 

Bagaimanapun, jika rumahnya atau dia berada berhampiran masjid, eloklah menghormati khutbah dan mendengarnya terlebih dulu, kemudian tunaikan solat selepas khutbah selesai.

August 2, 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

August 02, 2012 8 Comments


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyik
an – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Download English - Arabic Verb Dictionary

August 02, 2012 6 Comments

Ini adalah perisian hasil kerja Ustaz Mazuki, lecturer arab sha, sha kongsikan di sini untuk korang mempelajari atau mengingat kembali bahasa arab yang dulunya pernah belajar..

Perisian English-Arabic Verb Dictionary atau Kamus Kata Kerja ini disebarkan percuma kepada orang awam khususnya pelajar yang ingin mendalam bahasa Arab terutama dalam aspek kata kerja.
Info lebih lanjut boleh baca di sini
Nota pink :  Selain dari download perisian, dalam website beliau banyak bahan-bahan yang menarik seperti tutorial dalam photoshop dan lain-lain..

Dialah yang layak..

August 02, 2012 5 Comments

Tahniah buat Top segala top..dia memang layak dapat hadiah dari sha..sebab dia banyak bagi backlink pada blog sha ni..siapa ya??


Tu dia !!..setiap hari bagi backlink..thanks Madam Riena selain itu dia juga top 5 pengomen tegar dalam blog sha ini..

ini adalah banner award..kalau sudi letakkan pada sidebar ya

Hadiahnya..sila bagi details di sini dan nama tidak lebih dari 6 huruf..nak buat keychain :D

Hadiah Dari Penang

August 02, 2012 6 Comments

Ini entry semalam yang nda sempat pos..sha sangat happy dapat hadiah yang ke bla..bla..bla.. dari penang..jauh tu..orangnya pos dari Bangi ja pun..mesti korang dah agak siapa kan..kan..kan..hehe..pandai-pandai lah korang..apa pun jum tengok apa hadiah itu..


sha dapat 2 biji jam yang ada lakaran bangunan di bandar penang, 6 biji keychain pun ada bangunan or simbol-simbol negeri penang, 2 helai tudung, 2 kotak coklat..
alahai bila lah nak sampai sana..mesti pening sebab bahasanya beda dengan bahasa sabah..ah..amik kau !! hehe

hadiah ini sempena apa ya?? entahlah dia sengaja bagi hadiah sebab mahu mengayat lah tu..haha..tak dalah..apapun..thanks to MR. A, sha suka sangat tudung tu..ngee..nak tengok sha jadi model tudung?? hhehe


lena ja Spongebob tidur atas katil..ok dah..tak leh pandang lama-lama..

August 1, 2012

Cara nak buat submit form

August 01, 2012 2 Comments

Memandangkan sha ada buat segmen yang menarik ~> SINI..korang dah join belum?? jom lah..meramaikan segmen sha ni..hehe..ok..promote pula..

Submit form ini korang tak payah susah-susah nak copy paste nama peserta..sebab bila penyertaan submit, akan terpapar bawah tu nama dia..so senang lah kerja kan..nak tahu cara-caranya..jom follow the steps

Contoh..
Step 1. Sign up Sini
Step 2. Log ini guna Username dan password yang korang daftar tadi
Step 3. Isi Name of List contohnya Giveaway
Step 4. Copy code dan pastekan pada entry..