September 8, 2012

Mood Asyraf hari ni..

September 08, 2012 7 Comments

Jam 7 Pagi tadi Asyraf ditinggalkan dengan auntie yang baru bangun..haha..tak mandi lagi ni..dia pula bau kencing..mama dan ayah dia pergi kampung..dia dah biasa dengan sha...sha pun nak jaga dia mahu ja..suka..suka..suka..


Jadi pagi tu, dia happy ja..mood pun ok..main dengan dia..alololo..sha buatkan dia susu dan dia tidur diriba sha..alaalala sweetnya kalau baby tidur kan? nak gigit sikit..haha..tengah dia tidur lena..entah mimpi mama dia belikan pakaian kot sampai dia senyum-senyum sendiri..haha..sha pun mulakan blogwalking..dah lama tak balas jejak..alhamdulilah ada beberapa blog sha dah singgah..

Ceritanya lagi siuk kalau kamu baca ni, tadi kan sha kasih mandi asyraf..actually memang takut la bah kan..masih baby..sha memang nda berani..lagi-lagi asyraf jenis suka air..dengan perlahan-lahan sha kasih mandi..pakai sabun..terus angkat..heheh..lulus sikitlah..

Bab kasih pakai baju..sha sudah tererla..yang paling duluan..kasih pakai pampers sebab takut dia timbak pula auntienya hahaha..mata nya pun layu-layu sudah..bah ngam la ni..sha kasih isi dulu perutnya..baru kasih tidur..aman jugalah sha depan laptop..

Mukanya tidur..hahah

Nota Pink : Korang breakfast makan apa tadi?? sha makan coklat ja..hahah

Blog berwajah baru

September 08, 2012 8 Comments


Selamat pagi korang semua..hye blog baru..ceh..ceh..haha..ceria tak dengan blog baru ni? kali ni bertemakan 3 warna, pink sudah semestinya..hehe..2 color lagi korang dah boleh tau tu..purple and putih..maksudnya 3P :)

header simple ja..haha..lucu pula tengok muka sendiri..tapi kali ni yang berbeza ..cuba tengok sidebar..ada nampak bunga-bunga tak? hehe..penat sha gali-gali tu code..akhirnya jumpa juga benda tu..yang selebihnya sha tengok tutorial lyssa and kak ros..

1st time tukar background..rasa macam sejuk ja mata memandang..kan..kan?? hehe..kali ni dah open shoutbox..korang bolehlah jenguk-jenguk sana..em..ni pun belum siap lagi ni..rasanya blog sha ni masih lembab lagi tak? sebab sha rasa ok ja..korang bagi komen ya..

Nota Pink : Dah lama sha nak tukar background..alhamdulilah, dapat juga sha tukar..memandangkan mood coding ok..line pun ok..dan inilah hasilnya :)..korang dah tengok blog  lyssa baru?? cute kan? merah gitu..

September 7, 2012

UiTM Iklan Jawatan Kosong 2012

September 07, 2012 8 Comments

Iklan Jawatan Kosong 2012 (Baru)


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara 
Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk 
mengisi kekosongan jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah bagi memenuhi 
Wawasan 2020 Negara. 

Sila klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut :-

Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 September 2012.

Sumber : SINI

September 6, 2012

Buat Website

September 06, 2012 3 Comments

Hye korang..sudah makan? alhamdulillah tadi kan..Ustaz Mazuki (without R) bawa kek double cheeses..sedap~ tapi kalau dia bawa ayam penyek tadi lagi sedap haha..apapun syukran ya ustaz..katanya janji ditepati..terus kami :) tanda kenyang..

Ok berbalik pada entry yang sebenarnya..sha and the genk..diberi satu projek untuk class lab iaitu buat website..jadi kunun-kunun kami ni mau buat website tentang kasut..haha..terer?? ndahlah juga bah, cuma dulu pernah juga buat..3tahun yang lepas..masih perlukan ilmu..

 guna microsoft front page

Nama website tu..VESSINI hasil gabungan beli di sini..haha..ada sama tak?? sedangkan ambil dari jenama kasut..sha baru buat tadi ni..penat juga tapi siuk..yang ni site signup..kalau ni siap sudah..yang home tu belum..sebab sha nak bagi gambar tu..berslide..baru lawa kan..tapi nda pandai :(
publish guna IE
Agak semak dan tidak menarik kan?? apa pendapat korang?? komen lah banyak-banyak bah..hehe..ahh..pada siapa yang terer bab ni..tolong bah ajar..cara nak buat slide bergambar..pless~

Happy Birthday ♥

September 06, 2012 8 Comments


Happy birthday to you...♥
Happy birthday to you...♥
Happy birthday to you...♥
Happy birthday to you...♥

6 September jatuh pada hari ini..makan genaplah usia..makin..tua..makin tua..hahaha...alhamdulilah masih bernyawa..dan yang pastinya ni bukan birthday sha..sebab birthday sha hujung tahun..ngeee~ ok..dah..jangan nak melalut..say hapyy birthday to..my best friend forever..siapa lagi kalau bukan..HANISA BINTI MAHMOOD..atau yang paling cute hahaha..genk..sorry nda dapat celebrate together..no present and I only have the great wish in my blog..hope you love it..and I love you so much..thanks to being my BFF..

*updated ( ini gambar nya..birthday..)


ni lah rupanya...hahaha..eh salah..bukan ni..


heheh..ini rupa sebenarnya..cute kan? not available ahh..

September 5, 2012

tengok gambar ni..terus cakap..

September 05, 2012 5 Comments

tengok gambar ni..terus cakap..oww,,sweetnya...

tengok gambar ni terus cakap..wah kreatifnya..

tengok ni terus cakap..nak..nak..nak..heheh

tengok gambar ni terus cakap..sedapnya..lapar terus..meleleh air liur

tengok gambar ni terus cakap..betul..betul..betul..

tengok gambar ni terus cakap..erk..entah..apa-apa..bah =.='

tengok gambar ni terus cakap..hahaha..lucu..

Nota Pink : Tengok entry ni terus cakap..sha saja nak update benda yang cute semuanya dari FB :) have fun =.=V

September 4, 2012

Sop Nama Saya Review Blog Opzzpinky

September 04, 2012 5 Comments

Penantian..saja nak tunggu orang review..haha..yala..hari tu sha ada join segmen ni..jadi En Sop dengan baik hati jiwa raganya, belek-belek blog sha ni..dia tak bagitahu pun dia telah review..tup-tup dia komen sha pagi tadi..nak buat entry ni pun tak sempat sebab sha ada kelas pagi..curi-curi ja on9 kat lab tadi..

Dengan rasa senang hati, sha nak ucapkan terima kasih atas hasil forensik terhadap blog sha..dan korang boleh tengok komen di bawah ni..insyallah nanti sha akan perbetulkan..
  • Blog agak berat kerana penggunaan banyak widget. Widget yang kurang penting boleh dikurangkan
  • Penggunaan gambar yang bersaiz besar menambah jumlah berat blog. Boleh kecilkan kualiti untuk meringankan blog
  • Shoutbox kecil tidak papar link yang ditinggalkan tidak digemari oleh kaki BW [betul ker?]
  • Ruang iklan banner kurang sesuai pada pendapat Sop. Jika dimasukkan pada sidebar lebih menarik. Apabila laptop atau komputer saiz kecil, ia mengganggu paparan di sebalah kiri.
Korang rasa-rasa mana sangat betul dimata korang? hehe..sha bukan tak puas hati..tapi saja nak korang komen..hahaha..bah..yala kan kritikan korang sangat dihargai..tapi janganlah bah pedas sangat..nanti nda kena kawan hehe..

Nota Pink : Tengok blog sha kena review di sini thanks juga kepada blogger yang telah singgah di blog ini dan telah memberi pendapat tentang blog sha di kotak komen En sop..insyallah ada masa sha akan kurangkan widget di sidebar :)

September 2, 2012

10 Petanda dia jodoh kita ♥

September 02, 2012 8 Comments


Perempuan itu, lahirnya dari tulang rusuk lelaki, maka dia dijadikan berpasang-pasangan..maka tidak hairanlah jika petanda itu memang lahir dengan sendiri melalui perlakuan antara pasangan tersebut..tapi benarkah dia jodoh kita..? Allahualam :) ♥ Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja, 
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber : Dia 
Nota Pink : Bukan taksub dengan kenyataan diatas tapi Jika benar apa yang telah diterangkan..Alhamdulilah..bila tiba masanya..Allah akan satu kan ♥