October 31, 2012

Angkaranya..

October 31, 2012 3 Comments

Mata dah layu..jari dah lemah..agrrrhh mengantuknya..terpaksa buat blog yang pending atas alasan yang tertentu..lagi yang paling sebal line siput betul..tunggu punya tunggu dia loading punyalah lama..sedangkan benda ni senang ja..issshhh...

on9 sampai tak ingat dunia..sebab line semput macam ni..ni hah angkara dia la ni..jangan nak salahkan sha pula tau !! :P (sapalah yang membebel nanti)

oh ya..kak ina dah selamat bersalin..dapat baby girl..wah..tahniah kak :)

penat..penat..nak restlah..nak tidur..nanti besok sambung lagi edit blog..takleh putus asa sharina..kena bersungguh-sungguh..orang dah beri semangat tu..hehe..apalah aku ni..?? :P

October 29, 2012

AidilAdha Tahun ini

October 29, 2012 4 Comments

Kami sekeluarga tak sambut raya aidiladha tahun ni sebab kenduri makan 7 jatuh pada hari tersebut..persiapan khas untuk kenduri dan tiada ziarah menziarahi melainkan saudara mara datang ke rumah lepas asar jumaat lepas..

Arwah dikebumikan lepas asar sebab terpaksa menunggu ketibaan sha dan kakak yang berada di untuk ziarah arwah buat kali terakhir..jenazah arwah selamat dikebumikan oleh adik beradik lelaki..dari mandikan jenazah sampailah kuburkan jenazah..

Raya aidilfitri yang lepas, kami sekeluarga beraya di hospital..kali ni kami beraya di kuburan..menziarahi kubur arwah..membaca yassin dan tahlil..moga sampai dengan tenang :)


Saimon (atau nama islamnya Razman) Bin Abdullah 
telah dilahirkan pada 08 Julai 1958 


dan telah wafat pada 20 Oktober 2012..
dikebumikan di bintang baru Rancangan Sg Manila Sandakan

Arwah berhasrat untuk memunaikan haji..namun telah pergi mengadap Ilahi pada bulan haji..moga amal ibadahnya diterima Allah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..al-fatihah T.T

Rindunya...

October 29, 2012 5 Comments

Hye korang..lamanya sha tak update...rindunya..rindunya..rindunya dengan blog tersayang..hehe..lately, sha busy..urus kenduri..dah 10 hari..segalanya berlalu dengan cepat..alhamdulilah dipermudahkan kami..sedih sangat tapi bukan tangisan yang kita patut sampaikan..doa itu penting :)

Dan...Hidup perlu diteruskan..ingat tu..yang pergi tak akan kembali..

Sha bersiaran di kampung..line memang lembap..insyallah sha akan balas BW korang..thanks korang yang ucapkan takziah pada entry yang lepas..doakan al-fatihah buat arwah..moga dia tenang di sana..

Nota Pink : hidup tanpa ayah memang susah kan :'(






October 20, 2012

Al-Fatihah Buat Bapa

October 20, 2012 23 Comments

Kita sedekahkan al- fatihah seminit buat bapa sha yang telah meninggal pagi tadi

 **

Al-fatihah

**

Penderitaan selama 3 bulan telah berakhir..kini Allah lebih sayangkan Arwah..mudah2an ditempatkan di kalangan orang yang beriman..amin..

kematian itu pasti..

Nota Pink : tinggal beberapa jam lagi..kenapa tak tunggu sha pulang T.T





October 18, 2012

Habis Sudah Paper..yeahhhhh

October 18, 2012 7 Comments

Amboi..punyalah happy kan..tiada sudah mau difikir..tinggal edit blog yang pending ni..maka berakhirlah semester 4..yeahh..bestnya...lepas sudah subjek killer..wah..dah macam last sem pula ni..tak lah sha ada 2 sem lagi..tahun depan tahun akhir lepas tu..kahwin !! hehe.. tak adalah..sha nak prepare duit tuk convo lagi..insyallah..kerja dulu dong..

Ok di dewan exam tadi..punyalah sedih..sha langsung tak dapat jawab..tak apalah sir..dapat C pun kira oklah..hehe..amin..amin..amin..keluar ja dari dewan tadi..sha rasa nak nangis sebab sha men hantam jawab ja..entahlah sir semak faham ke tak jawapan sha tu..

BTW, semuanya dah berlalu..nak menyesal pun tak guna..siapa suruh malas study..huhuh..apapun memang sha rindu nak pulang sandakan..maybe sabtu or ahad insyallah..kalau tak ada halangan..pulang sorang2..dah biasa dah pun..kita cuti 1 bulan..next sem akan mula padan bulan 12..arrrr..tak sabar nak bulan 12..hehe..ada apa? birthday sha !!! :P

dah..dah..panjang pula entry kali ni..happy kot..semua nak dicerita hahaha..

simbol 4 tu sebab kami sem 4 hahaha


ni pula simbol dua..dah jadi kebiasaan sha kalau bergambar

Nota Pink : yepi :) sha tengah BW ni..jangan korang heran kalau sha komen banyak-banyak tau !! heheh




October 17, 2012

Kisah bau KASTURI dan ZINA.

October 17, 2012 6 Comments

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengin
gatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. 

Sumber : FB

Jika anda perempuan, tolong jangan baca !!

October 17, 2012 6 Comments


Haha..terkiyal-kiyal korang nak buka entry sha ni..mestilah kan..perasan ingin tahu tu membuak-buak..ceh...ok..thanks korang yang telah baca entry ni..hang tak kena tipu bah..eh bercampur pula bahasa..ok..ok..today sha nak bagi korang cuci mata..perempuan pasal benda ni mesti berminat kan..kan..apa benda tu??

Kalau perempuan mesti berminat..tapi sha tak..entah sha ni perempuan ke tak..haha..original perempuan ok !! tapi korang benda ni berharga tau..untuk jangka masa panjang sebab benda ni..makin hari makin mahal harganya..macam bagi clue pla kan..cakap pasal berharga mesti terfikir emas..ya..betul..



Jika Berminat PM - FB Mohd Anas



October 16, 2012

Letakkan Cursor Cara Ke 2

October 16, 2012 5 Comments

Rest kejap..mata dah berbintang-bintang tengok laptop..hahaha..masih bingung idea tak datang lagi..asyik try and error ja..


oh ya..ni hah komen dari mama mia..pasal letakkan cursor..sejak dulu lagi tak dapat kecian kat mama..sha pernah try juga letakkan diblog mama..still tak dapat..aiyooo..
so sha dah dapat solusionnya..hope dapat membantu mama serta blogger lain :)

Mula2 sekali korang pergi Dashboard > Template > Edit Template > Tick Expand Widget Templates

1. Cari kod body {

2. Paste cursor: url(Kod Cursor), auto; kat bawah sekali

Contoh : 

body {
font-family: tahoma;
font-size:8pt;
color:#000000;
cursor: url(Kod Cursor), auto;
}
3. Preview Dan save

4. Dah Guna tu..jom komen pla :)

Nota Pink : Jom korang..temankan sha lunch