November 23, 2012

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK

November 23, 2012 7 Comments

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

Sumber FB

November 22, 2012

Larangan memakai gelang tangan bagi LELAKI

November 22, 2012 8 Comments


Daripada Imran Bin Hussain r.a : bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkena
an


Apakah bendanya ini..? (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), beliau berkata : Ia adalah gelang perubatan~

tegas baginda Rasulullah : sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) selama-lamanya~ - Hadis Sohih.

Sumber : FB

November 21, 2012

Hilang? errr

November 21, 2012 10 Comments


actually tak hilang..cuma sha lupa nak tukarkan setting kepada pop up windows ja..patutlah tak ada yang komen latest entry..apapun thanks kak intan..

ini mungkin sebab sha busy make over blog kemarin sampai terdelete post a commment kat bawah komen..nampak kan? tapi sha dah letakkan pada bawah post title dan footer



klik yang sha da tandakan tu..korang boleh lah mula mengomen ya..hehe




Khairul Fahmi Nikah Leuniey 28 Disember Ini!

November 21, 2012 4 Comments
Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex, 23, bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Leuniey Natasha pada 28 Disember ini.
Majlis pernikahan tersebut bakal dilangsungkan di kediaman bakal isteri Apex, Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Apex dan Leuniey menerusi satu sidang media yang baru saja diadakan sebentar tadi di Hotel Royale Bintang Damansara.

Sumber : SINI

November 20, 2012

Letakkan Footer bagi pengguna Simple Template

November 20, 2012 4 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥



Cer tengok kat bawah blog sha ni.. korang akan nampak seperti gambar diatas ni..itulah footer hehe..actually tuto ni sha dah lama cari sebab susah nak buat footer kalau tak guna template minima..jadi dengan rajinnya sha mengodek kod kemarin maka ini lah hasilnya..kalau sebelum ni korang akan nampak takda gambar..now dah ada hehe..itu lah kelebihan orang yang suka mengodek hehe..puas hati sha..perasan hahah

Cara-caranya jom follow me :]
---------------------------------------------------------------------------

Dashboard > Template > Edit HTML > Tick Expand

Cari <footer> ctrl + F untuk memudahkan

Pastekan  <center><img src='url footer korang'/></center>
diatas <footer>


done..jadi korang boleh lah save..jadi tak? kalau jadi alhamdulilah..

November 19, 2012

Memboikot Zionis Atau Memboikot Sesama Kita...???

November 19, 2012 8 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim, Ya Mukmin, Ya Jabar, Ya Amin, selamatkan saudara-saudara Islam ku di Gaza daripada Yahudi laknatullah.. Kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana.


Dari wall Ustaz Mohd Masri Mohd Ramli yang berkongsikan status Ustaz Abdul Salaam seperti berikut;

Dalam hiruk pikuk dunia membicarakan serangan Israel ke atas Gaza, ummat Islam (seperti biasa) sekali lagi berkesempatan untuk berdebat@berperang sesama sendiri dalam memenangi beberapa isu, antaranya:

-Boikot mcD, nestle dll., perlu atau tidak?
-Bolehkah menyalahkan Israel, ataukah Yahudi atau Zionis?
-Qunut nazilah,apa hukumnya?
-hukum ziarah dan jalan2 ke Palestin dan hukum menjadi tavel agen ke sana.
-Hukum untuk bersama2 dengan jemaah yang menentang Israel, khawarij atau bukan..
-Dan isu2 lain yang belum disebutkan...

Tiada halangan untuk mencari kebenaran, tetapi hendaklah adab2 Islam di utamakan. Jangan memaksakan pendapat ke atas orang lain. Sampaikan dulu, diterima atau tidak itu cerita lain.

Ukhuwah wajib di jaga, dan setiap pandangan dari orang lain, samada kita setuju atau tidak, tidak boleh dijadikan alasan untuk bermasam muka, tak bertegur sapa apatah lagi memutuskan silaturrahim.

Apa pun juga isu perdebatan kita, hendaklah ia tidak MENGABURKAN atau mengalihkan kita dari isu sebenar iaitu mendaulatkan Islam dan membebaskan Al-Aqsa. Hendaklah kita tetap bersatu hati walaupun pelan tindakan masing2 tidak serupa.

Sumber : FB