December 9, 2012

Suatu hari di kedai makan...

December 09, 2012 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t 
hey semua :) 

Jom layan Lawak versi bengong hahah..sha copy dari FB

Suatu hari di kedai makan...

pelanggan: Bang,mari sini sekejap..
pelayan : ye saye, ada apa encik?
pelanggan : saya ada masalah dengan sup saya ni..

pelayan : kenapa encik?
pelanggan : cuba kamu rasa sup ni..
pelayan : kenapa? sup ni terlalu masin ke encik?
pelanggan : tak, cuba kamu rasa dulu..
pelayan : ke sup ni terlalu panas?
pelanggan : takkkk, cuba le kamu rasa dulu..
pelayan : ok, baiklah... eh, mana sudunya?

pelanggan : haaa... tu la masalah dia.. ! Saya nak makan sup ni
dengan apa?...B-)


Apa pandangan korang mengenai lawak diatas? :D

 Sekian :) 
 Terima kasih sebab sudi baca 
Wasalam

Pink is MINE

December 09, 2012 5 Comments
Assalamualaikum w.b.t 
hey semua :) 

Hari ini entry pasal pink..kalau anda peminat pink mesti nak cepat2 buat entry like this haha..kidding :P meja belajar juga mempengaruhi mood belajar..setuju tak? angkat tangan..turun balik..sesi senanam ringan hehe..
ok..bagi sha..pink itu satu warna yang sangat2 cute :P lawa :P dan semualah..sebab sha peminat PINK of cos sha kata yg baikkkk ja kan..gambar dibawah merupakan environment meja study yang baru saja sha kemas2..80% of the stuffs are pink.. jomm tengok !!!




ini baru meja..belum lagi katil, bantal, kasut, pakaian..heheh..malu la nak gambar :P

 Sekian :) 
 Terima kasih sebab sudi baca
 Wasalam

December 8, 2012

Mood Ke laut...

December 08, 2012 5 Comments

Assalamualaikum w.b.t
hey semua :)

Sha penat..jalan-jalan dengan kasut tinggi..haha..sedarlah diri tu rendah kan :P taklah korang ni !!! sha try kasut tu..yang sha beli time sales kat Doss Center point hari tu..tadi hujan lebat..habis basah kasut baru..haha..maybe kena hujan..so otak jadi tak ada mood..emm..tapi nak siapkan tempahan dulu..nanti siap semuanya..baru balas blogwalking korang ya :D

Mood sha actually bukan ke laut...tapi depan laptop..haha..besok kalau mood ok..nak jalan2 jumpa baby baru lahir..hehe..

Sekian :) 
Terima kasih sebab sudi baca entry merapu :P
Wasalam

Tips Tingkatkan Follower by Nabila Medan

December 08, 2012 7 Comments
Assalamualaikum w.b.t
hey semua :)

Nabila Medan

nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com:n:

:sparks2:Nabila Medan..nama yang tidak asing lagi dalam dunia blog..dengan kekuatan follower seramai 5k mampu untuk beliau berdiri sendiri seawal usianya yang baru belasan tahun itu..tahniah atas kegigihan remaja ni..

Sha memberanikan diri untuk menemubual nabila di facebook..untuk mendapatkan beberapa tips tingkatkan follower..jom check it up !!





Dalam kesibukan, nabila sempat spend her time untuk ditemubual dengan sha..ramai juga yang minta tips dengan nabila ni tau !! FEMESnya dia kan?? hehe..sha actually tak ada idea nak tanya takut ja takada link dengan title..tapi nabila memang sporting..siap rasa gemuruh macam jawab SPM ja hahaha..hope tips ini berguna buat newbies diluar sana..of cos untuk sha juga :D

Soalan Bonus..sha tak ketinggalan untuk menanyakan tentang edit blog


wah..hebat kan dia..ramai yang menggunakan perkhidmatan edit blog nabila..dan hasilnya semua cantik2..tahniah telah sampai ke tahap setanding dengan blogger FEMES macam LYSSA, BEN dan lain2..insyallah sha menyusul :D apapun keep it up !! good luck for SPM tahun depan ya..


Sekian..Wasalam :)

December 7, 2012

Kami hanya ada sepasang baju dan kasut sekolah

December 07, 2012 5 Comments
Assalamualaikum w.b.t 

Cerita yang akan sha kongsikan adalah sumber dari FB..dan ianya kisah sedih dan benar-benar terjadi..


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. 

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. 

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. 

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. 

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

Mini Segmen : Nakalnya Aku..

December 07, 2012 6 Comments

Setelah mini segmen INI sha ceritakan tentang pengalaman di hostel, maka beralih pula kepada mini segmen kedua..yang bertajuk nakalkah aku..simple ja..cerita tentang kenakalan korang di kotak komen entry ini..of cos lah yang negatif kan..but..lucu ok ! jangan dok cerita hal2 yang 'mengerunkan'..auto delete!!! 

So..sha akan pilih 1 untuk direview..macam review INI dan mini segmen ini berlangsung selama 24jam sahaja..Objektif mini segmen..untuk mengeratkan silaturahim between bloggers dan mengimbau kembali zaman2 kegemilangan hehe..

December 6, 2012

Review : The Sporting Guys

December 06, 2012 14 Comments

Sha ada mention dalam entry INI if pengalaman yang diceritakan itu hebat maka sha akan review blog mereka..INI komen mereka dan memandangkan merekalah yang sporting..sha akan review blog ke enam-enam blogger..


*Header Print screen* oh mai..habis tangan sha kena pukul..sebab dok rite klik ja..last2 print screenlah jawabnya hahha..minta maaf ya sebab curik header kakak..

oh ya..ni madam riena..mama kepada haikal yang cumel..blogger dari labuan..seorang yang suka jalan2 ke blog orang lain..of cos dia ni sangat femes..cer tengok pipi dia dah merah hahah..kak riena merupakan top commenter blog sha..thanks kak..

Mengenai blog beliau..sha tak ketinggalan untuk terjah blognya..boleh dikatakan tiap hari bah..hehe..blog simple..with rainbow color..sidebar penuh dengan bloglist..oh my banner ada situ hehe..

Terjah beb --> Riena Haiqal !!

--------------------------------------------------------------------------------------


Continue with blog Mama si mia..sama macam blog diatas..tak boleh copy dah...tapi tekad nak curi juga header family tu..see..cute kan?? mama..kupu2 dah stick kuat2 tak? takut nanti terbang lah :P

Sha kenal mama tahun ni rasanya kan mama? truly she is the best mother that I have..cehhwaa..blognya pelbagai tips dan cerita buat tatapan anak nya si cute mia bila dewasa nanti..untung kan..mama mia juga antara top commenter blog ini..thanks mama

Blog mama background agak terang sikit :D but I like because of PINK well !! haha matching with blue at the sidebar..nice..and terselit Hello kitty sebab mia like them..thats ol..here blognya ---> Mia Duniaku

--------------------------------------------------------------------------------------


Mari kita ke penang..seorang Blogger yang cute..sedang meningkat naik..siapalah tak kenal dengan Cherita Hearty yang sweet lagi deboom hihihi..bila sha nak ambil header tiba2 dia jerit kuat2..sayaaaaaang kamu...sha jawab dalam hati..sayang kamu juga..hahah..

Sidebar kemas..cepat loading membuatkan blogger suka singgah blognya..sha suka bubble love di cursor..lagu nya pun best..tapi auto on..ada kat bawah sidebar..ak ada lagi apa nak komen sebab semuanya cantik..

Blognya --> Miss Hearty

--------------------------------------------------------------------------------------

*mai nak cerita*

Panggil saja M..Yang Pastinya Mai tu bukanlah nama daku..Isteri Tercinta Buat Mr.Kyn & Ibu Penyayang kepada Muhammad Naufal Khalish *Maaf bagi sesiapa yang tak senang dengan penggunaan AKU & HANGPA dalam penulisan blog ni. (copy form her blog)

ini ahli GSF..korang mesti kenal kan? sebab 60% reader blog ni adalah geng segar follower termasuklah kapten mama arina..thanks sebab memeriahkan blog sha..

Blog pink..senang nak review..haha..tapi pengunaan sidebar amat banyak..tapi blognya cepat loading thats good kan..mungkin line tempat sha ok kot..hehe..apapun nice blog :D

Jom dengar Mai nak Cerita hehe

--------------------------------------------------------------------------------------


Tempek gambar owner blog..sorry tak jumpa headernya hehe..she said "Time changes everything, I changed, because people change"..huh I agreed !..semua pun changing kan..cost of living..even wang hantaran pun naik..matai !!

Peace yo !! SPM candidate ni..gud luck ya..:) kurangkan blogging and facebooking..its not good to student..hehe..like me..

Achieve blog gagal ditemui..but simple blog..cuma sidebar agak semak sikit mungkin sebab warna kurang match kot..jangan marah ya :)

overall cute !! hazy punya blog

--------------------------------------------------------------------------------------

BannerFans.com

finally sampai juga ke blog lelaki kacak ni..berdiri dengan domain tersendiri..seorang blogger yang punya gaya tersendiri..dan sha suka gaya penulisan beliau..setanding dengan abg ben ..mungkin seumur kot..sha ada terbaca latest entry yang beliau pernah masuk rancangan TV jangan lupa lirik..yoo..tahniah..berjaya membawa pulang RM 2k

blog simple..kalau bagi sha..ini blog matang..haha..sebab tak ada bunga2..takada blink2 kecuali patung cute tu..em..em..kot yang hadiahkan :P

melihat kembali pada nama blog BONI KACAK..lalu sha tambahkan..tiada lagi lelaki kacak di dunia haha..faham tak? tak faham lupakan ja :P

--------------------------------------------------------------------------------------

Siap juga sha mengulas blog mereka..jika tersalah kata mohon maafkan ya..english broken sila tegur..semoga review ini dapat manfaat buat semua..nanti lain segmen sha buat lagi

Nota Pink : Kadang-kadang kita perlu sokongan kawan untuk terus berjaya..buat apa nak mengejar follower yang banyak2 tu..bukannya kita kenal pun kan :)


Header Blog versi Facebook

December 06, 2012 12 Comments

! ✿ opZZpinky ✿ !

header baru buat 20 minit yang lalu..apa matcam? ok tak? owsem tak? hehe..of cos cute sebab pink culur..haha..seriously capek deh..nak edit benda kicil2 ni..finally..siap !! alhamdulilah..puas hati..Korang jangan pula confius..ni bukan blog FB ya..ni blog Opzzpinky!! fully of pink :D

Nak juga?? Header RM 3 --> PM me :)