January 26, 2013

Melaka Bandar Bersejarah :)

January 26, 2013 4 Comments

termenung ku sendiri..mengenang diri diperantauan hehe


alahai lambatnya nak update entry melawat KL sambungan dari entry sha ke I-city hari tu..trep2 korea lagi tu haha..sebelum kami pergi melaka..kami shopping tudung kat masjid jamek..pulamak !! memang murah sangat..rugi tak beli banyak2 haha..1 kedai (Muaz) ja terus bingung ni..sebab murah sangat tak tahu nak pilih apa hehe..

kami bertolak ke melaka jam 3 kot..haha..lupa nak tengok jam..then singgah makan buah2an kat tepi jalan tu..memang kenyang lah kan..orang belanja makan durian hihih..

sesampainya kami di melaka ngam2 ja nak masuk magrib..terus pergi rumah blogger Najibah
memang layanan 1st class..dengan ibu dan ayah jibah yang sungguh peramah..siap masakkan mee goreng special lagi tu..wahhh..then family dia dah bagitau sha jadi anak angkat dorang..maklumlah jibah tunggal perempuan..best kan :)



thanks ibu dan ayah (baru) sebab tumpangkan kita solat di rumah..hehe..insyallah ada rezeki sha datang melaka lagi ya..lupa nak ambik gambar dengan dorang hihi..

then kami pun mulalah bergerak dengan perut yang penuh..kami ke bandar melaka naik boat keliling bandar..



peneman setia (kak munie) orang kelantan :)



ini ja sha dapat gambar sebab camera tak le focus sangat..gambar lain semua kabur..sabar lah hehe


 




jalan2 naik beca..haha..xjalan pun beca ni just bergambar pun jadi la..pilih beca ni sebab color pink..ada banyak lagi sebenarnya..haha..sha ja yang jakun :P

lepas tu kami pulang kl malam tu juga..mengantuk..penat..tak mandi haha..macam2 ada !! but happy dapat pergi round2 sana..nasiblah menara taming sari kena renovate..kalau tak sha kena paksa naik atas tu ..rrr..

next entry : jumpa blogger kat klang dan tengok hadiah apa sha dapat !! hehe...(korang dah tau pun siapa dia :P)




Lawak Rokok

January 26, 2013 1 Comments

Isteri : "Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah. "

Suami : "Iya abang tau sayang"

Isteri : "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan"

Suami : "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi 

memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang 

terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin 

dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita"

Isteri : "Membantu? Dengan membeli rokok?"

Suami : "Betul sayang, abang Sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang 

rokok yang ada di Malaysia... tetapi apakan daya... itu melanggar undang-

undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-

satu!"

Isteri : "@#$%%^

January 25, 2013

CONTEST BLOG PALING CANTIK 2013

January 25, 2013 2 Comments


hye alls..tiba2 rasa nak join satu contest menarik ini..wah..hebatkan? pemenang blog tercantik akan dapat duit dan topup tau !! sha saja2 try haha..nak kata blog sha cantik..xda nya pun hehe..
so jom ramai2 join..syarat memang simple !! rugi tau lau x join :)

"Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013"

January 25, 2013 0 Comments
klik banner kalau nak join sama :)

Hadiah Saguhati untuk beberapa orang peserta :
1. Peserta Pertama yang JOIN segmen ini akan menerima Topup RM5.
2. Peserta dengan entry yang memikat hati eca akan menerima Pin Blogger.
3. Top Referrer akan menerima Topup RM5 + Pin Blogger.
kesemua peserta yang terlibat,eca akan letakkan link blog mereka pada ruangan BLOGLIST 2013.

"Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan ecadwinkyasha.com"

‎6 CARA MENDAPAT PAHALA SELEPAS MATI.

January 25, 2013 8 Comments


1- Menghadiahkan Al-Quran pada seseorang atau di masjid, pasti anda 

mendapat pahala setiap kali Al-Quran tersebut dibaca.

2- Menghadiahkan kerusi roda kepada hospital pasti setiap kali kerusi 

roda tersebut digunakan anda akan mendapat pahala.

3- Terlibat dengan pembinaan masjid.

4- Menghadiahkan penyejuk air pada tempat awam.

5- Menanam pokok yang dapat memberi manusia atau haiwan berlindung atau 

memakan buah daripada pokok tersebut pasti mendapat pahala.

6- Dan yang paling mudah tolong sebarkan status ini. Pasti anda akan 

mendapat pahala dengan mudah :) 

wallahualam..


Sumber : FB

January 24, 2013

Jom berhenti merokok dengan rokok terbaru !!

January 24, 2013 9 Comments



tahukah anda rokok sangat merbahaya buat diri kita dan orang lain? aduhai..itu pun nda tahu ka !! 
pergi cari kat google..haha..meh tengok alternative lain untuk korang berhenti merokok !!

rokok yang agak panjang dan bole dimakan hahaha

jenama se7en yang murah dengan banyak perisa..bila terasa nak merokok boleh try cara ni..manis sikit..sehari 1 batang cukup la hehe


isi yang telah kurang..haha..so semoga korang berhenti merokok..kalau korang nak tahu sha tak suka orang merokok nasibla MR.A tak hisap rokok :) 

Amalkan hidup sihat hihih..terbaik ~

Salam Maulidur Rasul ♥

January 24, 2013 12 Comments

Hari ini adalah hari kelahiran nabi..mari kita berselawat keatas Nabi Muhammad :)

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ




sumber : FB