January 29, 2013

Sungguh menyusahkan !!

January 29, 2013 7 Comments

disebabkan ini semuanya entry2 sha tak dapat dibuka..stress jugalah..menu tab sha pun tak dapat open..nak tukar pun sha bz sangat..tak ada masa dan malas :P  lagi sha stress..bila GA,Segmen, contest yang sha join..urlnya semua tak dapat open..aiyah !! time tukar hari tu ok ja..emm..tulah benda free kan..ada ja masalah !! 

sabar ja la :)

Happy Belated Day for My Sis Fatni Aisah

January 29, 2013 3 Comments


sory 100 juta kali.. bukan lupa tapi tak ingat..haha..maafkan diri daku sebab lambat nak wish..disebabkan setarikh dengan kenduri 100 arwah ayanda tercinta maka kaka mu yang cute ini diselubungi kesibukan..

entry ini khas buat kamu adik ku Nur Fatni Aisah Binti Kassim (amik kau full name !!) haha...happy belated day pada ahad lepas 27 hb January..maka genaplah usia mu dan bertambah setahun..makin tua..perbanyakkan amalan..(pesanan untuk diri sha juga) 

tiada hadiah yang tersangat istimewa buat insan yang masih bergelar birthday girl melainkan em..ucapan khas dari blogger femes macam kakamu ni haha..perasan ok !!!

moga panjang umur dan murah rezeki, belajar rajin2 dan..nanti free atau ada rezeki kita sambut birthday dengan adik sorang lagi yerrrr..

January 28, 2013

Blog yang pakai Domain dot My tak dapat open

January 28, 2013 11 Comments

Jiwa ku stress..haha..tatkala sha stress buat report yang dilupa..bukan sengaja..tapi disebabkan sha pulang kampung (Sandakan) kenduri arwah bapa sha makan 100 ahad lepas..so sha lupa nak buat report..dengan senang hati, sha pun autopublish la segala entry2 lawak sha..bila sha tengok kemarin  (ahad malam) perggg..blog sha tak boleh nak open..kenapa..mengapa???? patutla comment sha 7 bijik ja..uv dah 3 ja..sedih !!! kenapa asiahost tiada mention..urrrmm...

so tadi mama mia gitau sha..semua orang dah tukar ke blogspot..sha taknak tukar?? cepat2 sha tukar..dalam hati kenapalah tak tukar kemarin..hohoh..apa2 la..yang penting dapat tengok blog tercinta ni balik ...hehe..korang kena terjah entry yang autopublish tu tau !! haha..

mungkin ada yang tak tahu cara tukar..meh sha ajar..

Dashboard > Setting > Blog address 
Sila pangkah domain dot my

tukar kod nuffnang korang balik di SINI

January 27, 2013

Poligami

January 27, 2013 2 Comments

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."

Jamaah : "Wah, hebat ustazah!"

Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi."

Jamaah : "Wah, benar-benar kelas ustazah."

Ustazah : "Yang penting........"

Jamaah : "Yang penting...adil ye ustazah?"

Ustazah : "Bukan...yang penting, bukan suami saya

Jamaah : =.=

Pesakit dan Doktor

January 27, 2013 1 Comments

Seorang Doktor sedang memberi berita yang kurang baik buat seorang 

pesakitnya.

Dokter: Saya membawa dua kabar buat anda!

Pesakit: Khabar apa doktor? Baik atau buruk!

Dokter: Maaf berita yang saya bawa buruk. Mahu yang mana dulu yang buruk 

atau yang paling buruk.

Pesakit: Yang buruk dulu doktor(dgn muka yg murung pesakit itu menjawab)

Dokter: Berita buruknya hidup anda hanya tinggal kurang dari 24 jam.

Pesakit: Ah... benar ke doktor?

Dokter: Ya benar.

Pesakit: Apakah berita yang paling buruk?

Dokter: Sesungguhnya saya sudah mencari anda dari semalam untuk 

mengkhabarkan berita ini......

January 26, 2013

Doa si Anak...

January 26, 2013 5 Comments

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, 

tuhanku,selamat kanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk". 

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si 

datuk ditemui mati kerana sakit jantung. 

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, 

tuhanku,selamat kanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga 

kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. 

"Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi 

lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang 

pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi 

tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati 

sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??

Kwang Kwang Kwang ...

p/s: anak siapa sebenarnya budak nih?