March 2, 2013

Edit Blog Aien

March 02, 2013 5 Comments

Assalamualaikum

alhamdulilah siap akhirnya setelah sekian lama pending..takla lama sangat just 2-3 hari sebab kena tunggu free kan..maka jadilah blog yang cute ini hehe..

tema doodle dan purle + pink 
full template + iklan pakej RM 5 [link

1st time buat sidebar dan post body hasil photoshop..sangat puas hati :) tapi owner tak nampak lagi..sebab dia ada event 1minggu kot..tapi sha terpaksa publish awal sebab nak follow iklan dia pula kan :) nak tengok lebih dekat [sini] jangan lupa follow tau :)

#satu lagi blog nak di publish hari ini..tguuu~

Edit Blog Saidatul Qifayah

March 02, 2013 7 Comments
Assalamualaikum

alhamdulilah dah siap blog ini..hehe..lambat publish ja..tunggu pelepasan dari owner..hehe..takut nanti dia nak edit lagi kan..so..semalam comfirm cantik katanya..lega hati kan :)

tema doodle muslimah dan purple..nak tengok lebih dekat bawah ni


edit blog full template :)
jangan lupa follow ya kawan2 [link]


March 1, 2013

2 komando terkorban | Lahad Datu

March 01, 2013 6 Comments
Assalamualaikum

"AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI". Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina - Bernama

al-fatihah..

Siapa kirim orang sulu ke Lahad Datu, Sabah???

March 01, 2013 5 Comments

Assalamualaikum

MANILA: Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.

“Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini.
Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I.

Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I.
Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan Sabah sejak waktu itu.

“Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail.
Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.
Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II.

“Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino.
Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960 an. 

sumber : FB

Nota Pink : jom sama2 berdoa agar semuanya kembali pulih, sebab ada khabar mengatakan..hospital sandakan akan menjadi pusat rawatan bagi tentera yang cedera..takut nanti akan melibatkan bahagian kampung sha pula..God bless us..

March telah tiba

March 01, 2013 3 Comments

Assalamualaikum

pejam kelip..ja dah tiba bulan ke3..bulan dua tiada 29hb jadi siapa2 yang lahir pada tarikh tu..happy birthday ya..hehe..[adakah org yang lahir tarikh tu?] hihi..

So, jom kita tengok statistik blog sha


next entry : pengomen terhebat :)