March 3, 2013

Maklumat Palsu

March 03, 2013 7 Comments

Assalamualaikum


aduhai..dalam kehuru haraan macam ini pun dia nak ambil kesempatan?? tolongla jangan sebarkan maklumat palsu macam tu..ianya boleh menakutkan orang sabah ja..baik serahkan saja pada pihak berkenaan..dan orang sabah perlu berhati2..ok..mudah2an cepat settle semua ni..


Semporna : Dua anggota keselamatan terkorban

March 03, 2013 0 Comments

kalau korang nak info yang betul2 sahih korang like page KPPDM insyallah sha akan update tentang hal ini..berdasarkan apa yg pihak KPPDM nyatakan dalam FB mereka :)


KUALA LUMPUR, 3 Mac - Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.

Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

Tuntutan Filipina keatas Sabah

March 03, 2013 2 Comments

Assalamualaikum

Mesti korang tertanya2 kenapa tiba2 negara Filipina datang menceroboh Sabah? yang dah 'belajar' sejarah memang dah tahu lah kan..bagi yang tak belajar lagi..mari kita belajar sama2 sebab sha tak minat belajar sejarah nasib ja tak fail haha...

Sejarah..

Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. 

Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. 

Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. 

Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan. 

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sabah#Tuntutan_Filipina_keatas_Sabah

Apapun still pray for Sabah..sentiasa berjaga2..jangan keluar merayau sendirian..nasihat dari mama sha hehe..

Pencerobohan kini merebak ke Semporna Sabah

March 03, 2013 2 Comments

Assalamualaikum

KUALA LUMPUR 2 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ.

"Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

"Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya.
Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.

Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.

Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan.
Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab.

BERNAMA

ternyata apa yang dikecohkan oleh rakan2 di FB itu benar..meskipun banyak kesahihannya tapi akhirnya melibatkan kematian..sampai bila rakyat Sabah harus hidup dalam ketakutan? #prayforSabah..

March 2, 2013

Edit Blog Myra

March 02, 2013 0 Comments


Assalamualaikum

huha..tak sangka dalam 1 hari ja dapat post 4 blog yang telah disiap..haha..lucu pula..mesti kes tak ada keja ni kan? aduhai..yang ni tempahan untuk petang tadi..cepat2 sha siapkan *entry ini autopublish..sebab malam ini sha ada tugas penting..nanti sha ceritakan :P 

Edit Blog RM 5 [link]
termasuk header :) cute dan simple..hehe
tema : pink + blue soft
jom terjah ---> sini


#pening tengok laptop sepanjang ari ni..cari makan memang cam tu kan :)
rezeki tak kemana..thanks Allah..

Edit Blog Lyn Munir

March 02, 2013 2 Comments

Assalamualaikum

yang ni baru siap semalam..edit blog full template bertemakan warna hijau dan peach..tapi sha tak kacau semuanya..just edit sidebar, post title, header plus banner..selebihnya akak lyn nak kekalkan :D

kalau korang nak tengok lebih dekat [sini] jangan lupa follow tau !!

Allah menduga kita...

March 02, 2013 5 Comments
Assalamualaikum

huh..sesibuk mana pun, sha tetap teringat kat someone..its about my feeling actually..hehe..abaikan jika korang tak suka nak baca :P

papai...he's flying..don't measure the distance ya..

dia nun jauh disana..di negara orang..baru seminggu rasanya..dah macam berabad..perr..ayat orang sedang dilamun..hikhik..seriously I feel it sebab tiada yang menyatukankan kami melainkan Allah.. remember that !! also skype and FB [thanks for them] and...masing2 punya hal sendiri..emm..I can't wait untill 2 months !! haha..sedangkan jauh juga semanjung tu..sabar sharina..sabar..dah macam mau kahwin pula :P takla..just mau kan lebih perhatian..memang semuanya wanita macam tu..enough for today :P nanti korang muntah pula baca cerita jiwang lah sangat !! hehe


pic taken by him :) miss that one..