June 14, 2013

Mangsa Samun Dagu terbelah dua

June 14, 2013 3 Comments

Mangsa Samun di Sipitang, Sabah. Kejamnya penyamun itu. Sesungguhnya penyamun / pencuri wajar dihukum dengan hukuman yang berat.

Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang.
1. Kronologi kes: menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian gelap dan mangsa tidak nampak saspek. Saspek hanya syak saspek terlibat berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. Saspek telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Masa kejadian dipercayai pada 12/06/2013 lebih kurang jam 2300 hrs.

2. Lebih kurang jam 0800 hrs org awam penama KADIR BIN AISHA yg lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Penama datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.

3. Suspek di syaki seorang lelaki bangsa Bugis dipercayai pekerja ladang sawit berdasarkan senjata yang digunakan.

4. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kota kinabalu untuk rawatan lanjut.

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota KInabalu untuk rawatan lanjut.

Sumber : FB

June 13, 2013

German Day @ UiTM Sabah

June 13, 2013 0 Comments



German day yang berlangsung pada 12 Jun yang lalu di Ujana Sarjana, UiTM sabah dapat mengukuhkan hubungan antara UiTM dan Jerman (keratan akhbar Borneo)


antara free gift yang dapat sha sapu hihih


 bergambar dengan orang jerman..so cute and tall hihi..

okey thats all..sha da kurang update blog dah sekarang..malas kot..and tiada bahan nak diceritakan..huhuh..
plus LINE semput ~


June 10, 2013

Pantang Larang Kucing Beranak

June 10, 2013 5 Comments

Assalamualaikum

hye guys..lucu dan pelik tak keyword hari ini? hahaha..*gelak jahat* siapalah yang buat lawak diblog sha ni?? 0.o?? ok2 sorry sungguh menghampakan korang semua..sha langsung tiada tips untuk itu..hahaha

Tapi nak story, sha pernah tengok kucing beranak, 1stly tu dia menigau2..cara tempat yang terbaik untuk melahirkan anak..tup2 keluar 8 anak..wah..hebat oh..hihih..geli? emm..tak kot..sebab suka tengok dia lahirkan anak ramai..semua comel2..

Siapa2 yang ada tips pasal keyword tu boleh PM sha :P

June 6, 2013

E-shop Jubah Muslimah

June 06, 2013 0 Comments
Assalamualaikum
Jubah Muslimah Stylo menghidangkan anda pelbagai jenis jubah untuk baju harian, tak kira kemana sahaja, ke pejabat, bersiar2 dengan keluarga mahupun ke kuliah..
Mari kita cuci mata di E-Shop Jubah Muslimah
Penghantaran 100% FREE !!
Contact
FB : E-Shop Jubah Muslimah
Call : 013-8537066

June 3, 2013

16 BANGSA SYAITAN DAN TUGASNYA

June 03, 2013 6 Comments


1. ZALITUN, tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja,tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

2. WATIN, tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada ALLAH Taala.

3. A’AWAR, tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4. HAFFAF, tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. MURRAH, tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka, dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. MASUD, tugasnya menyuruh manusia selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. DASIM, tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. WALAHAN, tugasnya menimbulkan rasa waswas dalam beribadat, khasnya ketika orang itu sedang mengambil wuduk.

9. LAKHUS, tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada ALLAH SWT.

10. SABRUM, tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima, umpamanya mengoyak-ngoyak baju pada saat kematian ahli keluarga dan sebagainya.

11. MISWAT / MASWAT, tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di samping melengah-lengahkan berbuat taat dan amal salih. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. ZAKTABUR / ZAKNABUR / ZALANBUR, tugasnya ialah menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. KHINZAB, tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang, dengan membuatkan manusia berasa waswas dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. LAQNIS, tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

15. ABYADH, inilah jenis syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya, kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. KHANNAS, inilah syaitan yang menimbulkan waswas hati terhadap adanya ALLAH Taala, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingat Tuhannya sepanjang masa.

Sumber FB