July 3, 2013

Sinopsis Autumn Di Hatiku

July 03, 2013 0 Comments

Piwit..Korean tu...hencum lagi..haha..boleh lah bagi naik sikit rate..gila KPOP !!! so..nak update pasal sinopsis (1st time update pasal drama2 ni) haha..

AUTUMN DI HATIKU (ONLINE DRAMA)
MULAI: 3 Julai (RABU)
MASA: 12 Tengah hari
HARI: Setiap isnin hingga sabtu
PELAKON:Kim Jin Sung, Kim Jin Sung, Hanez Suraya dan Ezzaty Abdullah, aimanhakimridza, anasridzuan 
SALURAN: Tonton.com


Autumn Di Hatiku mengisahkan tentang seorang gadis manis dan happy go luck bernama Nina (lakonan Hanez Suraya) yang berkerja di kedai roti. Akibat landakan Hallyu Wave Korea yang melanda Malaysia, Nina juga tidak ketinggalan, dia adalah seorang peminat K-pop yang fanatik. Kehidupannya segala-galanya mesti bersangkut paut dengan Kpop dari pakaian sampailah sanggup belajar bahasa Korea. 

Bersama dengan Jaja (Ezzaty Abdullah) adalah kawan paling karib dia adalah juga peminat drama Korea, dan tentu saja bila bertemu cuma bergosip dan bercerita hanya tentang drama Korea apa yg terbaru dan apa yang berlaku dalam drama tersebut.

Suatu hari seorang pemuda Korea singgah dikedai roti tempat Nina berkerja. Jatuh cinta pandang pertama itu yang terjadi pada Nina ketika melihat Park Au Tum (Kim Jin Sung) yang tentu saja menepati segala citarasa impian Nina. 

Autumn (nick yang diberi Nina) datang ke Malaysia untuk urusan perniagaan kurang fasih berbahasa english manakala Nina pula seorang yang pemalu dengan lelaki.



Zidick (Aiman Hakim) adalah merupakan rakan sekerja Nina yang fasih berbahasa Korea kerana dia pernah tinggal di Korea, kini menjadi guru bahasa Korea Nina kerana Nina memaksanya mengajar bahasa Korea semata-mata ingin mendekati dan menarik perhatian Autumn. Zidick pula memang menyukai Nina sudah sekian lama tanpa disedari oleh Nina.

Nina dan Jaja pula selalu menghadapi masalah dengan Kai (Anas Ridzuan) anak tuan rumah yang disewa oleh Nina dan Jaja. Satu hari Kai mempermainkan untuk tujuan memalukan mereka berdua memberitahu mereka telah memenangi pakej percutian ke Korea. Kai sebenarnya dalam dalam diam menaruh hati pada Jaja.

Apakah berlaku kepada mereka? Dapatkah Nina memikat Autumn? Apakah Park Autumn tahu bahawa seorang gadis Malaysia telah jatuh cinta kepadanya? Bagaimana pula helah Zai tentang pakej melancong ke Korea itu? 

Apakah Nina menyedari yang Zidick mencintai dia secara diam? Dapatkah Zai menarik hati Jaja yang membenci dia atas segala perkara yang menyakitkan hati dilakukan Zai kepada Jaja dan Nina?


Boleh Download di SINI <-- copypaste 100% 

July 1, 2013

Draft untuk Edit Blog

July 01, 2013 0 Comments
Assalamualaikum
Maksud Draft yang ingin sha share dekat sini macam entry yang tunggu untuk dipublishkan..tapi draft itu akan kamu lakarkan tidak kira menggunakan tulisan tangan atau Microsoft Word dan hantarkan kepada sha untuk memudahkan urusan edit blog..
Nyatakan dalam Draft
  • Header : Warna/Gambar/Sytle/ayat
  • Banner : Warna/Gambar/Sytle/ayat
  • Gambar yang dipilih (dalam satu folder zip)
  • Background yang korang nak with link
  • Warna Tema Blog
  • Bentuk (border) Blog jika ada
  • Nyatakan Widget yang dikehendaki cth Like Fan Page
  • Jika tiada idea, sila lampirkan link blog yang menjadi contoh, tapi adalah dilarang untuk desak copy semua dalam blog tersebut.
  • Penting : Email blog dan paswod
Contoh Draft

June 28, 2013

Bedak Sejuk Tanaka

June 28, 2013 2 Comments
Assalamualaikum

Now sha nak memperkenalkan produk terbaru yang tengah hangat sekarang,

"Bedak Sejuk Tanaka Powder"..

Nora Danish dan sekeluarga dah guna bedak ni taw dan dijadikan amalan.Fungsi bedak ni sama macam bedak sejuk...sha pun guna juga tauuu..

BERAT : 110gram (TAHAN SEHINGGA 2 BULAN)



Tanaka powder ni berasal dari pokok Tanaka yang digunakan oleh orang2 Myanmar sebagai penjagaan wajah dan badan mereka dari jerawat,jeragat dan sinaran matahari.

Bedak Sejuk Tanaka ni original dari Myanmar taw dan bukan rebranding yaa...memang besstt sangat pakai bedak sejuk ni,rasa kulit makin soft,jerawat pun makin mengecut,dan parut pun semakin pudar.

Keistimewaan Bedak Sejuk Tanaka :
  • Kecutkan jerawat, haluskan kulit, cerahkan kulit.
  • Menghilangkan jeragat.
  • Boleh dijadikan bedak sejuk dan foundation
  • Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat,sensitif,normal.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Selain dijadikan bedak sejuk, Tanaka Powder ni pun boleh dijadikan foundation taw.Hebatkan?

BEDAK SEJUK ~ Basahkan tangan atau campurkan bedak dengan jari dan sapu ke muka..Boleh dipakai selama 30 minit atau dipakai sepanjang malam.

FOUNDATION ~ Sapukan bedak secara rata ke seluruh muka menggunakan span muka.

Contact
Syiela 
Sms/Whatsapp : 012 4003624

June 27, 2013

Ketenangan...

June 27, 2013 3 Comments

Assalamualaikum

Bila tinggal dalam kesibukan, lumrah manusia inginkan ketenangan..kan..kan..?

cantik kan picture diatas..tenang ja rasa..ikan bebas berenang ke mana sahaja..aishh..rasa nak bercuti kat pantai pula..korang tau tak mana tempat tu?? jernihnya air kan..

Kat Sabah ni, ada juga tempat sejernih itu..Di Semporna..memang best..sha dengar cerita ja..haha..memang pernah pergi tapi tak pernah sampai kat pantai/laut tu..kesian kan..huhu



InsyAllah will be there, soon..hihi..tapi that area masih dalam pengawasan..takut2 juga travel kat sana..
apapun..kalau korang buat vacation di pantai jangan lupa bawa sha sekali..siapa lah yang sudi kan..huhu



June 26, 2013

Sibuk !!

June 26, 2013 4 Comments


Assalamualaikum

busy pun penat..last sem dah banyak yang kena buat..hihi..banyak sangat business yang nak dirancangkan..subject entrepreneur plan laundry business dan satu lagi project MyHarapan..by this week..dah buat proposol tadi..besok ikut bengkel, kalau diterima 25K dalam tangan nak running tu project..hope so :P

apa project tu? nantikan entry seterusnya haha..

well latety teramatlah jarang update..sepi ja orang pun dah malas nak komen but alhamdulilah still maintain page view..thankss google hee...

Insyallah bila dah senang sikit sha nak buat segmen..dah ada seorang sponsor..hadiah owsem..tunggu..hihi..and pasal edit blog kita bincang weekend ya..so sorry sebab ada email/mesej yang tak di reply..

thats all..see u next entry :)



June 20, 2013

Alhamdulilah, sihat sudah !!

June 20, 2013 6 Comments

Assalamualaikum

Beberapa hari sha tak update blog..rindu sangat2..sejak isnin yang lalu, because of sha demam dan selesma, busy dengan class dan kemarin kena ulser..kebas pipi sha..dah macam kena suntik pula..but now alhamdulilah dah sihat.. :)


Lately sha diberi ujian dari Allah untuk menyedarkan diri sha yang semakin lupa..Ya Allah..kuatkanlah hati ini dalam menghadapi segala ujianMu..

Thanks korang yang sentiasa support me and my blog..I really appreciated it..tanpa anda siapalah saya heee...ok see u soon..

June 17, 2013

Review 3 Pemenang Contest Headerku Owsem

June 17, 2013 3 Comments
Assalamualaikum, seperti dijanjikan 3blogger ini antara yang terajin BW peserta lain, sorry sebab lambat..macam mana boleh lupa ni..aiya~ and sha nak minta maaf lagi sebab sha kurang arif dalm bab review blog ni haha..
http://leprecious-nineplus-two.blogspot.com/

♥ Gabungan warna (pink + blue) yang menarik..sha suka ~~
♥ Blog ringan

Cadangan Sha
 Padankan Background dengan warna yang lebih terang sebab tak nampak sangat body blog..(pink terang kot)
♥ Letakkan Back to Top untuk memudahkan blogger :)
lain2 smua cute !! keep it up ya..

Zana Punye Life
http://wonderfullifezanahamdan.blogspot.com
♥ Tema warna hijau..dan header sangat kreatif..cantik gambar duduk atas bubble tu
♥ Blog ringan

Cadangan Sha
 Sidebar Widget banyak sangat (maybe boleh shortkan guna tab..)
♥ Border atas header tu..(hijau) kemaskan skit sbb nampak sangat xbercantum..tapi sebenanrnya bole dicantum header dan body tu..hihi..
♥ lain2 smua cute !! keep it up ya..


♥ Header dah tukar..tapi sha akan komen header atas ni..simple dan penuh makna..hihi
♥ Sidebar cute !!
♥ Blog ringan

Cadangan Sha
  Tulisan pada entry, maybe boleh tukar..sebab pembaca lebih sukakan tulisan yang simple maybe ?
♥ lain2 smua cute !! keep it up ya..

Actually sha takut nak review blog orang sebab takut nanti kecil hati dengan cadangan sha..apapun tahniah..dan sorry atas cadangan itu :)